Friday, August 31, 2012

Minggu Terakhir di Musim CUti Panjang.




Hari berganti hari..akhirnya kusampai juga ke minggu ini.. Huh, minggu penuh debaran la katakan.. Dah penat rasanya menunggu dan terus menunggu hari bergelar Pelajar Jurusan Undang2 Universiti Kebangsaan Malaysia..Bukan untuk berbangga dan riak serta takabbur..tapi cukuplah dikatakan,

I am proud to be here..and reach this level.. I believe that this is not the end of my life..Somehow it just a beginning for me to create my name in this small world..I will always proud to be a part of Law Student coz i know this is my dream since my childhood..Alhamdulillah, tanx to Allah for assist me and giving me this golden achievement..no matter what, I always need my friends and family to support me morally..

Minggu Syawal kedua memang sangat sibuk dgn open house..Rasenyer hampir semua invitation sy pergi..dan minta maaf kalau ada sesetengah jemputan yg xdpt ditunaikan..maklumlah..setakat yg termampu..to tell u the truth, setiap hari sy balik kul 1 atau 2 pagi..pagi2 lagi dah keluar rumah, gathering dgn kawan2..ziarah rumah kawan2..g open house..dan x lupa juga selesaikan hal2 utk masuk belajar ni..

Alhamdulillah, barang2 semua dah beli..baju2 kene beli baru memandangkan size badan da berubah dgn drastik cuti 5 bulan ni...seluar pun kene beli baru...Memang terpaksa..ikutkan hati, memang guna yang lama saja..lebih jimat dan cermat kan ^^ tapi xpe la.. "time to change" ewahh..

Hari ini Jumaat barulah saya ada masa di rumah..2 hari sebelum masuk belajar ni..eloklah rasanya saya tumpukan  perhatian kt rumah pula..barang2 pun x start packing lagi..mungkin ada sesetengah kawan yg dah mula packing barang..masuk dalam beg siap2..ada yang bawak beg macam nk pergi oversea..padahal study Malaysia je..ewahh..over!! haha..tapi mungkin itu gaya korang kan..sy tengok je la dari jauh..

Ramai yang masih tertanya tanya..saya ni study law apa? Syariah ke civil ? okeyh okeyh...itulah, lain kali baca blog ni selalu..baru lah tahu !:)  Sebenarnya, sy ni belajar civil law...kenapa? ada masalah? cewahh...marah ni kalau ada orang hina kos yg saya belajar.. jangan pandang rendah..walaupun awak doktor ke, akauntan ke, pharmacist ke, dentist ke...one fine day, I believe that u will find lawyer to assist u in legal process.. hah, biasalah tu...

Apa2 pun, kita manusia memang sentiasa memerlukan antara satu sama lain..doakan sy semoga tercapai hajat dan cita2 saya ni..

InsyaAllah utk degree nanti..saya dah ada mission dan vision..azam baru pasti ada!! walaupun selalunya azam itu akan jadi semangat hangat2 tahi ayam candu..tapi setidak tidaknya ia memberi rangsangan kepada kita utk bersemangat memulakan dunia baru!! yeahh~

Sekian sahaja utk entry kali ini! bertemu di lain hari.. :)


Classmates Law masa di UiTM. I Miss All The Days With All of You.







Sunday, August 26, 2012

Mutiara Yang Hilang - Owh Kemana ?



Assalamualaikum, salam minggu ke-dua syawal . Entry kali ini agak panjang, tapi tolong baca jugak, anggaplah ia angpau hari raya !

Raya oh raya, beberapa hari meninggalkan Ramadhan, zon paling selamat dan penuh rahmat. Sekarang hari berlabuh satu demi satu membentuk minggu dan bulan menuju ke pangakhiran Syawal. Alhamdulillah, Syawal berlalu dgn penuh nikmat dan ragam..Pelbagai juadah hari raya, resepi turun temurun nenek moyang jadi santapan di Pagi Aidilfitri. Alhamdulillah, kuah kacang, ketupat, lontong, lemang, rendang ayam, rendang daging, kuih tart, kuih semperit semuanya menjadi daya tarikan ever green di Syawal ini.

Hari berlalu...owh sedar x sedar, lagi beberapa hari bakal masuk ke tahun pertama Degree..eh, kejapnya masa berlalu!! Rasa baru semalam lahir dan melalak di pangkuan ibu! Owh, sungguh terasa pantasnya masa berlalu..seminggu lagi bakal menjadi pelajar tahun pertama ijazah undang2 ^^

Tapi entry kali ini tidak berniat utk bercerita panjang tentang pelajar undang2..sekian harap maklum..ini utk menjaga hati dan perasaan sesetengan sahabat2 tercinta sy di luar sana kerana ada yg beranggapan sy ni riak dgn kejayaan ini.. ya Allah, sungguh x pernah terlintas..apa yg sy tulis sekadar menzahirkan rasa gembira dan kesyukuran yg x terhingga. Jadi, mohon jgn salah interpretasi.

Dalam dunia berganti fasa perubahan dan gelombang pilihan raya yg x berkesudahan, penduduk Islam semakin dihimpit keresahan dan ketakutan, saudara2 muslim di Mesir, Palestin, Rohingnya, Syria yang x pernah duduk dalam keamanan, tiba2 wujud pula satu gelombang hiburan yang x berkesudahan di Malaysia. Belum campur carut marut dan cerita karut Politik di Malaysia yang menjadi syaitan perosak ukhwah dan tautan persaudaraan Islam di negara Malaysia tercinta ini.

Saya juga x berniat utk cerita politik di entry kali ini, sekadar menyentuh kesedaran kita semua yang semakin hari semakin nyenyak di ulit mimpi ! Owh my Iman !!

Semalam sy bertandang di rumah seorang bekas murabbi saya.. yang pasti beliau adalah seorang guru wanita yg pernah mengajar saya satu ketika dahulu...walaupun sekejap, beliau tetap seorang guru ! Pertemuan yang sekejap itu sedikit sebanyak menyentuh hati dan mengetuk kuat kotak fikiran sy supaya kembali berfikir tentang hidup ini..mungkin sy seorang sahaja yg merasai perkara ini pada ketika itu memandang sayalah satu2 nya bekas pelajar kolej islam sultan alam shah..harap maklum, murabbi sy ini adalah guru sy di sekolah lama  sebelum sy berpindah ke kisas klang.

Tidak perlu sy mendetailkan perbualan kami, sekadar berkata, ia menyentuh sensitiviti sy sendiri selaku insan yg pernah bernaung di bawah bumi waqafan. Owh, maaf kepada yang allergic dgn nama kisas atau bumi waqafan...sy mmg selalu tulis pasal sekolah sy di blog saya..jadi kalau x suka, mohon jangan dipertikaikan..sekian..

Sebelum mata ini mampu terlelap dan dapatkan tidur paling nyenyak, sy baring di tepi katil dan bermuhasabah sekejap tentang diri..ternyata ianya tidak mengecewakan...bergoncang pintu hati ini dek kerana memikirkan apa akan jadi kalau tibe2 nyawa sy diambil malam tadi ! ya Allah, rasa nak menangis sekuat hati!! Tapi xde sapa yg faham apa yang tersirat di lubuk hati ini..betul2 menakutkan..ia ibarat amaran kepada saya selaku insan yg banyak melakukan kesilapan dan kekilafan di muka bumi Allah ini..erghh..nauzubillah :/

Utk insan yang selalu berjumpa saya, bersama dan mengenali sy dgn lebih rapat..pasti anda sedia maklum perwatakan sy.. in a simple word..sy adalah insan2 biasa, insan pertengahan, yang boleh masuk dgn pelbagai cabang manusia dan haluan. Mungkin ada yg tidak sefikrah dan tidak sebulu dgn saya..jadi itu pendirian anda..sy punya cara sendiri menghargai dan mewarnai kehidupan sy! Anda juga ada cara sendiri, sy hormati..sy segani :)

Yang pasti dan sangat pasti!! Semua orang pasti melalui jalan2 gelap dalam hidupnya...hati manusia ini ibarat magnet kepada semua perkara...ia menarik segala apa yang terhidang...lalu habuan2 dunia ini terlekat di lubuk hati.. yang lebih malang jika ia susah dicabut dan terus kekal terlekat di hati..maka jadilah kita insan2 yang hatinya mati dan lumpuh dalam belaian habuan dunia ! erggh..takut..ya Allah.. memang lumrah kita x pernah lari dari kelalaian..hati x pernah konsisten dgn sikap2 seorang muslim sebenar, ibadah yang x mampu istiqamah, solat yang kekadang acuh x acuh, doa yang kekadang sambil lewa.. Owh my Iman ! ini semua ujian yang setiap manusia lalui..

Ramadhan dah berlalu, Syawal bakal pergi, bulan2 lain menati, 2013 semakin menunggu waktu.. tapi itu semua belum pasti kita tempuhi. Ada sesuatu yang sangat pasti utk semua orang hadapi dan tempuhi..iaitu hari kematian ! Ya, kematian ! Mati itu pasti berlaku bila2, di mana sahaja, x kira dalam keadaan apa, dan tidak mengenal usia. Ia adalah ketetapan yang perlu disedari oleh semua insan. Jadi, hidup ini memang perlu bersedia menghadapi mati.sedia?

Tapi, adakah kita benar2 bersedia? Atau sekadar menjadi insan yang takutkan mati tapi cintakan dunia..arghh...jangan sesekali hati kita terus menerus ikutkan belaian nafsu dunia ! rosakk... tapi ini hakikat..kita semua x de yang sempurnya akhlaknya..ada masa kuat, kita kuat!! ada masa lemah, kita lemah ! ada masa di atas, dan ada masa jatuh bergolek golek..ini lah manusia spesies akhir zaman..

Dari kita kecil, sudah banyak mutiara2 berharga yang kita kumpul dalam hidup ini ! apa itu mutiara? Bekalan ilmu serta didikan agama daripada ibu, ayah, masyarakat, dan guru2 di sekolah...mutiara2 inilah yang menjadi kekuatan kepada kita semua utk berjaya didunia dan akhirat..tapi semakin kita besar, semakin banyak mutiara2 yang kita terlepas pandang utk kutip..yang lebih malang mutiara2 yang pernah kita sama2 kutip dulu banyak yang tercicir..ada yang hilang..ada yang terlepas dari genggaman ! mana perginya?? ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga lalu bergolek jatuh ke lumpur...sungguh malang hidup ini kalau kehilangan mutiara2 beharga ini..

Owh mutiara yang hilang..terasa diri ini tidak ada harganya lagi..utk apa dipuja manusia kalau pada pandangan Allah kita cuma bangkai yang tidak bernilai..mana hilangnya mutiara2 ini..we need it.. Tapi..nak ke syurga itu bukan seorang diri! nama pun kulluhum ajmainnn... kita perlu bersama sama..berpimpin tangan..ke sana..nama pun ukhwah fillah abadan abada... xgitu ? Yea, saya perlukan kawan2..kita semua perlukan antara satu sama lain..nasihat menasihati..tolong menolong..tegur menegur..barulah ukhwah itu kerana Allah..tapi bukan mudah bukan? !

InsyaAllah..mudah mudahan...sama2 kita jabatkan doa kepada Allah azzawajalla tuhan pemilik sekalian hati !! Semoga dilembutkan hati kita semua, diberikan dorongan serta kekuatan utk mendekatiNya..carilah mutiara2 yang hilang..agar memenuhi kelompongan2 di hati ini.. Semoga dipermudahkan dalam setiap urusan, dan hayat ini akhir dalam keimanan. Erghh x layak sy nk menulis sebegini baik bunyinya..tapi itulah, kita mmg perlukan ini semua..kerana fitrah kita memerlukan yang baik meskipun hati kekadang lalai mencari habuan dunia semata mata.

- seorang insan yang penuh khilaf



Friday, August 24, 2012

They Are My Sunshine. Little Niece :)



Rumah saya akan lebih berseri dgn kepulangan dua anak buah tercinta saya ni. Owh buah hati saya..sayangku intan payung !! Mereka lah yg jadi peneman saya kalau tgh boring, bosan, sedih, muram, stress, dan seadegan dengannya. Sy cuma ada 2 anak buah sahaja buat masa ni..dan mereka ni sangat sangat lah nakal nauzubillah..budak2 kecik kan, semua mcm tu...hyper active! penat nak melayan kadang2 tuh.

Tengok gambar kat atas ni,dua2 askar kecik ni datang serang saya sejurus lepas solat maghrib ! haha..kami pun bergambar lah..berpuluh puluh kali snap..dan ini sahajalah yg saya tayangkan..sebab yang lain tu semua x cantik..hehehe.. sy hensem je 24 jam.. xkesah apa2..haha.

InsyaAllah coming soon ada anak buah lagi ramai..dan ada anak sendiri insyaAllah..aminnn... ha, dgr tu bakal maksu die? ecehh..dgr x ? xpe, harap ada orang terasa..haha...boleh ea mcm ni ? :)

Ok la ok la..saja nak berkongsi gambar2 bahagia sy mse cuti ni..btw ada orang cakap sy da gemok..cehh sampai hati awak ... tunggulah naik cuti ni..masuk degree.. i will start exercise.. take balance diet..cewahh..dah kurus, jangan perli2 saya lagi tau !! haha..

With love, Hadhinah Afiqah ( Dinah ) dan Hadhinah Athirah (Tya)  !





Tuesday, August 21, 2012

Pemergian Yang Tak Dijangka di Minggu Syawal



Salam Syawal semua..semoga Syawal anda dipenuhi dgn barakah dan inayah daripaNya. Jangan lepaskan peluang bersama insan2 tersayang, bermesra dalam tautan ukhwah yang indah dan penuh muhibbah.

Saya ada cerita nak dikongsikan bersama semua pembaca. 2 jam lepas sebelum sy menulis entry ini kucing sy yg comel kt atas (Qasih) ni dah pun kembali ke dunia asal..iaitu alam ghaib...Mungkin sebelum ini ada dalam kalangan anda semua yang pernah terbaca entry tentang "Ukhwah Kucing2 Yang Mantap" ..kalau belum, sila ke link ini -->  (TEKAN)

Seminggu sebelum Raya akak sy bawak kucing 10 ekor baby kucing ke rumah bersama pasangan paling Ideal Qasih dan Suci iaitu ibu kepada 10 ekor tersebut. Ha, semua kecik2 je lagi..comel2..macam anak patung yang biasa kita beli kt kedai Teddy Bear tu ! 


Qasih dan anak2 nya yang comel2 belaka !


Bobot dan Debot !

Perjalanan dari Perlis ke Melaka menaiki kereta Viva Hitam itu rupa-rupanya adalah perjalanan terakhir kucing2 kesayang keluarga saya ini..Memang dah ditakdirkan kucing2 ni akan habiskan sisa2 terkahir hidupnya di Melaka...Dulu, nenek diorang ni pun tanam kat Melaka, depan rumah je.

Malam sebelum Raya, sekor mati..mula2 x tahu sebab apa kucing tu mati..ye lah, tibe2 nazak kan..so, biarkan je la.. esok nya sekor lagi mati..laaa, dah 2 ekor pergi...lepas tu barulah akak bagi ubat, susu dan sume2 yang patut la.. then, kami satu family pun balik kg..dgn harapan kucing2 tu semua selamat dan boleh survive utk dua hari.. dah siap2 tggalkan air dan makanan da utk sume kucing2 tu..

Tapi last night kami balik Rumah, 2 ekor lagi kucing kami yang comel mati..pukul 12 malam menggali tanah kt depan rumah..tanam 2 ekor yg comel tu..kesian die..dah kene gigit dgn kucing2 lain..lapar kot :(

Pagi2 tadi lepas kemas2 rumah, sy dgn akak pun decide nak bawak kucing ni pergi Klinik... Masa tu semua seronok main dgn Qasih...dalam kereta pun Qasih boleh feed susu utk anak2 dia..boleh jilat, gosok2 leher, gurau2 dgn baby dia..

Sampai je kat Klinik..sementara tunggu turn nak masuk bilik.. tiba2 ada sekor anjing ni lalu depan dia..Tapi anjing ni x buat apa2 pun..Qasih terus berdiri macam nk marah..muka dia terperanjat...dalam masa 5 saat lepas tu akak pun ambil cage kucing tu dan bawak masuk dalam bilik Doktor..tibe2 kucing tu terus terkulai atas cage.. *masa ni ingatkan die nak baring..


Tapi, bila letak atas meja klinik tu..tiba2 je Qasih menjerit dan mati..Qasih x sakit apa2 pun..tiba2 je dia mati..Semua berlaku dalam masa beberapa saat..x sampai seminit..sangat sekejap.. Masa tu memang saya dgn akak terperanjat.. Saya syak Qasih ni mati terkejut..yelah, kucing macam ni bela dalam rumah..bukan kucing2 jalanan..sedih betul tadi..Dia mati depan mata, depan anak2 dia yg tgh menyusu masa tu..memang kesian...

Mula2 datang nak suruh Qasih temankan anak2 dia...tapi Qasih yang pergi dulu...dah sampai masanya..memang x sangka..maybe jantung dia dah lemah..so bila terperanjat, die terus mati..x nazak pun .

Terus kami simpan dia dalam Kotak dan bawak balik rumah utk tanam...



Satu Family terperanjat bila dgr Qasih mati..yelah, semua tahu Qasih x sakit apa2..tibe2 dia yang pergi dulu...moral nya, ajal datang tanpa tggu sakit atau dah sedia ke belum..walaupun ni kucing, tapi sebagai orang yang bela, mesti dia akan beri pengajaran pada kita yang manusia.. Qasih dgn Suci daripada kecik2 dah kawan baik..lepas ni mestilah Suci sedih sebab dah xde kawan baik die..mesti malam2 dia cari2 Qasih tu..



Qasih dan Suci kawan baik paling bahagia!!

Sekarang tinggallah Suci sekor yang akan jada 6 lagi baby kucing yg lain... Suci sekor lah yang akan feed susu utk baby2 yang lain..kalau x, Qasih dgn Suci ni selalu kongsi2 susu bagi kat baby diorang ni.. dah 5 tahun bela Qasih dgn Suci ni..daripada kecik sampai besaq..di Melaka juga pengakhirannya..maka tinggallah generasi ke 5 dalam keluarga kucing2 ni..



Si Comel ni masih ada lagi !

Memang mati ni datang bila2 masa je.. ni la pertama kali sy tengok kucing mati terkejut depan mata..sangat sekejap..takde apa2 petanda nak mati..haihh, kita yang manusia pun bila2 masa sahaja Allah boleh ambil nyawa kita..

Harap2 kucing2 lain boleh survive..Raya ni sahaja dah 5 ekor yang mati..memang x dijangka.. 

Saturday, August 18, 2012

Heading To Syawal , Selamat Hari Raya :)



Hye..Assalamualaikum ^^

Cantik kan baju Melayu ni ? haha. this is mine...tahun ni tetiba terasa nak pakai Gold..homaii, memang kacak pakai baju ni..tambah2 yang pakai pun kacak.. #eh

Mcm ne persiapan raya korang? Baju raya, seluar raya, spec raya, langsir raya, kereta raya, hp raya semua da beli kan ? hahah. Biasalah org Melayu raya..typical, semua tukar baru kan ..kan..

Alhamdulillah, hari yang dinanti nanti bakal tiba.. esok !

Ya Allah, x sabar nak sambut syawal dan dalam masa yang sama, mengharap dapat bertemu Ramadhan yg akan datang. InsyaAllah mudah-mudahan diizinkan Allah.

As my previous entry, sy ada menulis tentang "Jangan Jadi Hamba Ramadhan"  . Ingat lagi x ? Kalau x ingat boleh tekan link ni ---> (tekan)

So, Ramadhan berakhir x bermakna ibadat kita semua pun berakhir. Jangan lupa, Ramadhan cuma medan tarbiyah rohani dan jasmani setiap manusia..Jadi, setelah berakhirnya musim tarbiyah sepanjang sebulan, apa hasilnya? Hanya anda jugalah yg tahu hasil masing2..

Kalau orang menuai padi..sekarang ni musim kutip hasil.. ^^

Alhamdulillah, nak raya ni semua sepupu sepapat balik ke Kampung..adik beradik pulang ke rumah..anak buah sedara mara berkumpul..Ohhh inilah waktu yang ditunggu2.. Kumpul ramai2..gotong royong..masak2...kemas2 rumah..kan? Ukhwah tu..ukhwah! 

Saya pagi2 lagi lepas subuh dah berkemas kat rumah! Fuh, abes da bersih bilik bujang...Rak buku semua da kemas..langsir rumah semua dah tukar.. weiwwiitt.. kan bagus setiap bulan Raya..setiap bulan nampak berseri Rumah ! haha .. dan setiap bulan la mood rajin saya akan jadi luar biasa.HAHA.

Apa khabar orang kampung ? Sampaikan salam Saya utk semua keluarga awak awak tau. InsyaAllah kepada yang mengenali, sila lah datang rumah..pintu rumah sentiasa terbuka menerima kehadiran tetamu...okeng? siapa malu dia rugi..dapat 50 rgt sekali dtg! haha

Biasanya tiba pagi Syawal..saya mesti akan cari Ketupat dgn Kuah Kacang ! Ya Allah ! Favorite sepanjang zaman tu.. xmungkin dan x kan lepaskan peluang.. Mungkin ada orang lebih minat Lontong..but for me..kuah kacang sahaja dah cukup terbaik!! 

Last but not least, sepanjang saya aktifkan diri sebagai penulis blog..walaupun x femest macam Hilal Aysraf, Lyssa Faizureen, Aiman Azlan, or BenAshaari...tapi saya rasa seronok je menulis ni..nak jadi mcm diorang itu mustahil! haha.. Jadi mungkin ada penulisan2 saya yang menyinggung perasaan kawan2 semua..tambah2 kalau masuk bab Politik kan ! Mesti ada yang x puas hati..siapa lah saya utk memuaskan hati semua orang..jadi dengan rendah diri saya nak mohon maaf kepada semua bloggers,readers dan kawan2 yang rajin baca blog saya ni..Maaf zahir batin ok!

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya utk semua ! Semoga Selamat meraikan kemenangan kita semua di pagi Syawal..main mercun tu hati2..drive balik kampung pun hati2..makan pun hati2 ! haha..takut gelojoh sangat mati tercekik..nauzubillah..mintak jauh ^^  . Sama2 kita raikan Syawal ini dengan mensyukuri nikmat persaudaraan sesama Islam dan rezeki daripaNya yg melimpah ruah. 





Tuesday, August 14, 2012

Section 114A Akta Keterangan, Propaganda atau Agenda?



Click Gambar Utk Lebih Jelas

Pertama sekali saya ingin katakan, penulisan kali ini adalah bertujuan utk memberi pemahaman yang lebih terbuka tentang Seksyen 114A Akta Keterangan yang telah digazetkan di Palimen pada 31 Julai 2012. Saya pasti penulisan ini akan tersebar ke seluruh negara, dan pastinya ia akan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang berbeza latar belakang politik dan ideologinya. Oleh itu, saya nyatakan sekali lagi, penulisan ini perlu di pandang dari sudut yang terbuka.. Bila saya kata bersikap terbuka, sama ada anda berada di haluan kanan atau kiri, anda kedua duanya termaktub utk bersikap terbuka ketika membaca penulisan saya ini. 

Pertama sekali, saya ingin katakan bahawa Seksyen 114A ini adalah suatu pindaan undang-undang yang telah dipersetujui oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Rank undang-undang ini telah melalui pembacaan kali pertama dan kali kedua di Parlimen Malaysia sejak 18 April tahun ini. Ternyata ini adalah suatu gerak kerja yang dikepalai oleh Menteri Perundangan Negara,Nazri Aziz kerana beliau memegang portfolia dalam bahagian perundangan negara di Parlimen. Secara jelasnya, ini adalah kesepekatan yang telah berlaku di Parlimen secara voice of majority, iaitu 2/3 daripada ahli Dewan.

Pada awalnya, saya membaca tentang isi kandung yang termaktub dalam pindaan Akta Keterangan ini, saya merasakan bahawa ini adalah satu pindaan undang-undang yang tidak masuk akal kerana ia nyata menyekat hak rakyat dalam menyatakan pandangan dan bersuara di laman social internet khususnya.

Terlebih dahulu, kita boleh lihat illustrasi gambar di bawah :


Setelah membaca beberapa artikel dan pandangan daripada segelintir pihak dan blogger, maka saya dapat melihat beberapa titik kebaikan dan kekurangan dalam Seksyen 114A ini yang akan saya kongsikan dalam penulisan saya kali ini.

Pertama sekali,

Apakah tujuan utama pindaan undang-undang ini dilakukan?

Secara mudahnya ia bertujuan menyekat sebarang bentuk penyebaran video, gambar dan bahan-bahan bacaan sama ada dalam bentuk penulisan artikel, penulisan blog, status di Facebook atau Twitter yang mempunyai unsur-unsur yang tidak baik terhadap Malaysia dan kerajaan khususnya. 

Apa yang dikatakan sebagai unsur2 yang tidak baik ?

Unsur-unsur yang tidak baik ini adalah sebarang bentuk penyebaran yang berbaur fitnah dan provokasi terhadap negara.  Jika ia dibiarkan berleluasa maka ia akan mengakibatkan kemudaratan dan bahaya terhadap negara tanah air tercinta ini. Ia mungkin akan mengancam keselamatan negara memandangkan dunia hari ini terlalu pesat dengan penggunaan Internet, oleh itu bagi menangani masalah ini daripada menjadi semakin beracun dan parah, kerajaan Malaysia telah bersepakat memperkenal Syeksyen 114A ini bagi memastikan rakyat Malaysia menjadi pengguna laman sosial yang berdisiplin dan berhemah. Ia secara tidak langsung menjaga nama baik negara di peringkat Global kerana kita sedia maklum, laman social internet ini mampu dibaca dan sampai ke serata dunia tanpa mengira sempadan warna kulit dan negara.

Secara asasnya, undang-undang yang bertujuan menyekat penyebaran fitnah dan maklumat yang berbaur ancaman kepada negara ini adalah satu undang2 yang baik ..Saya bependapat seluruh rakyat Malaysia harus beterima kasih kerana undang2 yang menyekat penyebaran bahan2 yg berunsur provokasi ini adalah suatu undang2 yang memberi manfaat kepada semua pihak bahkan menepati ciri2 negara Islam.

Namun, pindaan baru Akta Keterangan ini nyata telah mengubah persepsi saya terhadap ketulusan undang2 itu sendiri dalam mengangkat Justice dan Human Rights seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara dan lontaran idea masyarakat di laman sosial bahkan ia seolah olah menjadi ancaman buat kita secara keseluruhannya.Diamana nilai asas undang2 yang menjadi titik pertemuan Rights dan Justice? 

Saya amat menyokong jika tindakan undang-undang dikenakan terhadap pihak yang melakukan  penyebaran fitnah dan provokasi di laman sosial.  Namun setelah pindaan baru dibuat, ia telah mengancam hak saya sendiri dan hak rakyat Malaysia dalam menggunakan laman social sebagai medium utama masyarakt hari ini. Ayuh telusuri isi kandung nya :


Apa permasalahan yang terdapat di dalam pindaan baru ini ?
  1.  Unsur ancaman dan fitnah itu suatu yang subjektif dan ia mungkin boleh melibatkan apa sahaja bahan yang tersebar..Sekiranya bahan bacaan itu tidak menyebelahi pihak kerajaan, saya pasti..mudah2 sahaja rakyat negara ini akan di kenakan tindakan di bawah seksyen 114A ini.
  2. Setiap penyebaran bahan2 bacaan, video, dan gambar yang berlaku di laman social adalah di bawah tanggungjawab pemilik nama dan account. Apa sahaja bahan yang didapati bersalah, maka pemilik account yang akan dikenakan tindakan meskipun orang lain yang melakukannya. (hacked)
  3. Sekiranya ada pihak lain yang menggunakan laptop, hp, atau ipad kita tanpa disedari dan memecah masuk account FB atau Blog kita tanpa sedar..dan menyebarkan bahan2 yang tidak baik.. maka kita akan dikenakan tindakan undang2 dibawah Seksyen 114A.
  4. Pemilik wiFi dan line internet juga akan dikenakan tindakan undang2 yang sama dibawah seksyen 114A ini sekiranya penyebaran bahan2 tersebut dilakukan dibawah line wifi yang telah didaftarkan.
  5. Penulis blog akan dikenakan tindakan undang jika terdapat komentar yang berbaur hasutan di ruangan komen entry blog.

Bagaimana kerajaan ingin mengesan identiti sebenar penyebar maklumat ini sekiranya ianya adala perbuatan hackers ?  Negara kita tidak cukup maju dalam teknologi maklumat, senang2 sahaja orang awam boleh hack dan menggodam akaun laman sosial orang lain. Jadi pindaan baru undang2 ini hanya lah suatu pindaan yang memberi lesen kepada hackers bergerak secara halal. Pastinya undang2 ini telah mengancam kita sendiri kerana bila2 masa kita terdedah pada tindakan undang2. Pindaan baru ini sama sekali tidak akan mampu menangani masalah jenayah siber..bahkan ianya sebenarnya menggalakkan jenayah siber berlaku dgn berleluasa..Lambakan fitnah, provokasi dan ancaman terhadap negara pasti akan bertambah kerana mereka tahu, undang2 ini menggalakkan hackers and anonymous utk bergerak secara halal dalam undang2. Undang2 ini telah melindungi mereka.

Apakah Pindaan ini suatu Propaganda atau Agenda ?

Saya melihat pindaan undang2 ini adalah salah satu langkah yang diambil pihak kerajaan bagi melindungi dan menjaga identiti mereka daripada dibongkarkan oleh pihak2 tertentu. Sudah tentu mereka takut dengan kepesatan penggunaan internet zaman ini, ramai rakyat Malaysia dan anak muda khususnya lebih cenderung mencedok maklumat daripada laman2 sosial Facebook, Blog dan YouTube.. Ini pasti memberikan ketakutkan kepada pihak kerajaan kerana mereka pasti tahu bahawa rakyat hari ini sudah semakin bijak dalam menilai sesuatu perkara. Apatah lagi dengan lambakan blogger dan vlogger yang semakin aktif membongkarkan perkara2 terselindung yang berlaku dalam negara ini telah berjaya menarik ramai anak muda utk memahami permasalahan negara ini dgn lebih telus dan terbuka..Kerajaan pastinya sedar bahawa sudah tidak ramai yang berminat utk mendapat hebahan berita dan maklumat daripada TV3 dan RTM  yang nyata berat sebelah. Jadi tidak keterlaluan jika saya katakan, undang2 ini sebenarnya bertujuan utk melindungi mereka dan bukannya rakyat. Sama ada ianya suatu agenda atau propaganda, terpulang pada anda utk menilai.

Saya berpendapat, ianya tidak mampu menangani masalah jenayah siber, bahkan menggalakkan lagi gejala jenayah siber. 

Segala penulisan di dalam blog ini  hanya sekadar membuka mata anda sekiranya masih belum faham cerita disebalik pindaan baru ini. Terpulang pada anda hendak menilai dari sudut yang bagaimana. 

Sunday, August 12, 2012

Memori Terindah Bersamamu. Raya 12 Tahun Lalu ^^


Kenangan Bersama 12 TahunYang Lalu Di Pagi Raya ^^

Nice one ! Saya memang x sangka akan jumpa gambar ni..tibe2 rasa kelakar dan terharu.. How time flies..sekarang saya dah cecah 19 tahun..dan insyaAllah bulan Januari mendatang sy masuk 20 tahun..ya Allah, sekejap saya da besar kan? Bila tengok gambar kat atas ni..kecik je saya masa tu.. Kalau pandai sila teka which one me ?? siapa berjaya teka, sy bagi duit raya ..tapi datang rumah la raya k! haha..

Dalam gambar ni ada 5 insan kerdil..tapi yang tengah2 d Blue One is not my cousin..his our nephew!  Kakak sedara punye anak tapi umur dah sebaya saya dah.. Mungkin sebab die jauh dan jarang balik kg, jadi x banyak pengalaman dan cerita yang selalu kami kongsikan..

The rest yang 4 orang tu semua adalah cousin sehati sejiwa ~  both girls sama baya..sekarang diorang dah besar panjang..dah anak dara la katekan..haha..dan kami d Blacky and Yellowish pun sama baya..insyaAllah seorang bakal doktor..and me bakal peguam ! InsyaAllah..aminnnn kan ?! aminnnn..

Saya xde adik perempuan or laki, so dua cousins sy yang senget ni dah macam adik saya lah ^^ ehh diorang ni x pandai masak..so jangan la usha !! :P

Saya percaya semua orang ada kenangan terindah beraya masa zaman kecik2 kan? Seronok sangat bila pagi2 raya semua beratur panjang2 nak amik duit raya...adik beradik mak ade 12 orang..so kami semua cousin mesti la 3 gali ganda lagi ramai kan! kalau pagi raya tu ya Allah...boleh runtuh menara KLCC! Bising gamat yang teramat sangat..awak semua bayangkanlah macam ne 12 adik beradik berkumpul dan ada anak2 yang ramai..campur ipar2 lagi..memang sangat ramai ! haha.

Begitulah meriahnya beraya di kampung mak ^^

InsyaAllah i promise u..nnti bila da masuk syawal sy akan update tentang raya tahun ni..tapi bezanya sekarang da besar panjang..dulu dulu dulu kami budak2 je..dapat duit tu sangat mewah!! sekarang pun masih mewah jugak tau ! Lagi besar usia..lagi besar nilai duit raya yang kita dapat kan? setuju stuju? haha..

Selagi x kerja..selagi tu saya ada hak mintak duit raya... ^^ 

Ingat x masa kita kecik2 dulu..kalau raya ade pasang pelita kat kampung kan..ade main meriam and what so ever rite? Sekarang ni budak2 generasi baru ni..nak raya sibuk layan twitter lagi..ceh..main ipad kat rumah..main meriam dalam game je! alaaa, x best nyer lah kan... 

Kalau raya kat bandar x kan sama dgn kampung ! every year kami akan gotong royong bersihkan kampung ramai2..potong rumput..tebang pokok...pergi cari buluh...bakar sampah..masak lemang..buat rendang ramai2 kt bawah pokok nangka.. buat BBQ.. amacam x cukup indah tu ? hehe..sure la seronok kan..kalau kat bandar, I bet u..memang lain pulak suasana raya nyer kan..

Okeyh, insyaAllah mood raya dah mula terasa..sure la eksaited..hari kemenangan tu kan...apa2 pun Ramadhan masih perlu dimanfaatkan..

Sila tinggalkan komen anda..tell me kenangan mase kecik2 dulu mcm ne ? k2..Road To Syawal :)






Friday, August 10, 2012

Jaguh Lumba Basikal Era Kanak2


Ibu kita pergi sekolah dulu yeaaa!! byee ibu !

Baik2 bawak basikal tu ! Jangan berlumba...nanti jatuh ibu yang susah !

Sambil menggalas beg di bahu..kayuhan demi kayuhan di atur menuju ke sekolah..hidup di kampung, mana sama hidup di bandar..anak2 orang bandar semuanya dijemput ayah ke sekolah. Sesetengahnya ada driver jemput..paling tidak pun naik Bas sekolah yang warna kuning tahi itik tu..huh, jauh sekali beza kehidupan kita..anak2 desa macam kami hanya mampu mengayuh basikal keramat ini sahaja ke sekolah..biar jauh perjalanan,kerana itu semua adalah lorong2 kebahagiaan yang menjadi tempat aku mengumpul kenangan dan sejarah yang tersendiri.

Memang x mungkin dilupakan kenangan meredah denai, sawah padi, becak, lubang, dan jalan raya yang dikerumuni kereta2 pacuan 4 roda..Aku hanya seorang pengayuh basikal yang setia dengan karenah manja basikal keramat ku ini..kekadang rantai putus di tengah jalan..kekadang tayar pancit..kekadang brek putus..haha..tapi tu semua x jadi masalah utk aku berbasikal ke sekolah..kadang2 habis tangan kotor kena minyak rantai..tapi x pela..sampai sekolah boleh basuh kan ^^  kenangan2 macam ni..x mungkin dapat kita rasai lagi..hidup di zaman kanak2 itu cuma sekali..masa tu jugalah kita berpeluang mengumpul 1001 pengalaman yang x terungkap dgn kata2.hanya insan yang mengukirnya jugalah yang memahami erti setiap kenangan itu..

Pesan ibu, jangan berlumba kalau ke sekolah tu! ha,dasar anak jantan..mana boleh dicabar rakan taulan..lumba itu ibarat lagu dan irama kalau ke sekolah..setiap hari sawah padi yang terbentang luas di Kampung Padang Melaka akan menjadi saksi pertarungan hebat sekumpulan anak2 kecil yang berbakat besar menjadi PocketRocket Malaysia..tapi sayang bakat kami langsung x pernah dipandang..kalau tidak,pasti hari ini aku dah ada sebaris dengan Azizul Hasni Awang berlumba di pentas Olimpik..haha.. namun, apakan daya..aku cuma jaguh kampung era kanak2..Basikal LeRun Biru yang menjadi teman berkongsi suka dan duka aku tu cuma mampu meredah laluan tanah merah dan becak2 kampung sahaja..

Sekarang satu dekad meninggalkan aku dengan semua kenangan kanak2 itu..dalam tempoh satu dekat inilah sawah dah berganti dengan rumah2 batu yang menghiasi lorong2 kenangan silam aku satu masa dahulu.. Silap hari bulan, jamban rumah dekat kawasan perumahan baru tu adalah tempat aku lepak2 satu masa dahulu ! haha.. Memang banyak perubahan berlaku..yang ada cuma setompok sawah yang dah dipenuhi dengan lalang..mungkin anak2 zaman sekarang akan katakannya padi..tapi, hakikatnya itu hanyalah lalang yang menghakis suatu pemandangan terindah zaman kecilku..di depan rumah aku dulu cuma kawasan sawah yang lapang tempat aku dgn kawan2 main pondok2..tapi sekarang dah jadi bangunan rumah kedai 4 tingkat.. ha, terlalu banyak perubahan yang berlaku..daripada kampung kini sudah layak dipanggil bandar..

Bila da besar macam ni..basikal bukan lagi pilihan utama...cukuplah aku kata basikal yang pernah membawa aku sebagai juara kampung tu tersadai dimakan matahari dan hujan..aduhh, sayu hati tengok keadaan basikal yang masih cantik pada pandangan aku..tambahan lagi aku x duduk kat rumah sejak form one..dah menghinap kat asrama..jadi basikal tu xde siapa yang bela..adik pun x de..jadi aku adalah insan terakhir yang merosakkan basikal kesayangan tu ^^

Suatu hari aku pulang bercuti..tiba2 tergerak hati utk repair basikal keramat tu semula..maklumlah rasa rindu hendak mengayuh..tapi nyata basikal itu bukan lagi milik aku..

"abah kau dah bagi basikal tu dekat bangla kerja kontrak depan rumah ni"

Itu yang aku dengar daripada mulut mak..haha..sedih teramat...senang2 je abah bagi basikal kesayangan tu kat bangla kontrak tu..terasa nak pergi dan rampas semula basikal tu..tapi nyata itu bukan rezeki aku...mungkin dah sampai masanya utk Bangla tu menyambung warisan hero basikal kat kawasan aku..

Tapi malang x berbau..sebulan lepas tu aku dengar basikal keramat aku tuh dah selamat dicuri orang ! Ya Allah..apa punya manusia la yang mencuri..tibe2 terdetik rasa kesian kat abang bangla tu...tapi apakan daya..dah sampai masa basikal tu hilang dari pengetahuan aku! :(  Sekarang x tahu kat mana basikal yang pernah jadi kawan baik aku dulu..xtahu siapa guna..tapi harapnya, basikal tu baik2 lagi sampai ke hari ini! 

Begitulah indahnya era kanak2..dan suatu hari bila kita semua dah meningkat usia...pada saat itulah kita akan mengenangkan usia remaja kita hari ini ! Kerana itu, manfaatkanlah setiap detik dan saat yang berlalu dengan lakaran kehidupan yang penuh warna warni supaya nostalgia ini tidak akan suram ditelan zaman ! :)




Thursday, August 9, 2012

Enough Fake Friend !



Enough With Ur Drama Fake Friend

I dont need this type of friend in my chapter of life but its happened at last..Owh now I know, haters and fakers are everywhere..Hey, u fake friend..Enough being a good actress and actor.. Enough with ur 5 stars drama.. Go..go away with ur life.. and dont ever bother me with my little dream in life..dont ruin what Ive build for my future...dont try to under estimate my capabilities..In a simple word..Go fine ur hell..and be happy there ^^ i know u deserve for it faker...

Who next ? Hey!! I dont bloody care whoever u are and what ever ure talking about me.. I know my self and dont u ever judging me with ure own intelligent..Come on..please look at the mirror and reflecting ur self...Dont u feel shame being a faker? Ure wasting ur time with ur own drama..Grow up faker !

Hey hey hey fake friend,

I was tired giving u a chance talking and talking and talking behind me.. Ure such a wild faker who talk, talk, talk and talk bad behind me...Owhh, how dare u ? Please, I beg u.. Be mature la faker..

Thats all...dont simply under estimate people..dont simply judging people smaller than u.. dont simply sabotage other people kindness.. I try hard to be kind, but u are insulting me..k then, be happy with ur hell..






Wednesday, August 8, 2012

Daie Jangan Gila Nama.



Jadilah Daie Yang Setia Memburu Cinta dan Pandangan Kasih Sayang Daripada Allah


Berdiri di atas jalan dakwah ini bukan meminta utk dijulang mahu dipandang kitalah Helang di awan biru..Jangan megah menjadi Helang dalam kalangan Pipit yang berkicauan...sedarlah, kamu pada pandangan Allah juga cuma ciptaan yang kerdil..siapalah kamu ingin meminta dijulang mahupun diangkat dalam kalangan pipit..

Menjadi Daie ini bukan ingin memberitahu pada dunia..sayalah Daie yang "public figure" itu..tapi jadilah daie yang hebat di mata Allah..setiap kata-katanya ikhlas mencari nama di Syurga Allah..bermuhasabah dalam setiap tutur bicara..berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah..bersedia memipin yang lemah..jadilah Daie yang hujahnya penuh hikmah dan adabnya diiringi sunnah..

Wahai insan yang mulutnya berbicara pada jalan dakwah,

Sedarilah tatkala namamu disebut sebut manusia...ada bisikan paling bahaya disisi Allah sedang meracuni hatimu..iaitu bisikan takabbur, riak dan ujub..maka bersedialah menerima pertarungan ini..sungguh hebat di mata manusia..belum tentu hebat di mata Allah..kerana itu bersabarlah menjadi daie dalam menempuh dunia yang penuh godaan ini..

Bersabarlah saat dipuji manusia..kerana pujian ini adalah pedang yang bisa memancung kepalamu..Sungguh, dalam hati ini punya daerah nafsu..medan paling sensitif menerima sanjungan manusia..maka berzikirlah wahai daie..ingatlah bahawa Allah sedang menduga ketabahanmu menjadi seorang Daie..jangan terkubur dalam keujuban populariti manusia..sabar..sabar..dan terus mendidik hati bersabar dgn ujian ini..

Berdiri atas jalan dakwah ini ibarat mendayung sampan di lautan bergelora...bukan mudah melawan ombak apatah lagi bertarung dgn ribut di lautan..jangan gentar berhadapan gelora tapi bersedialah mengahadapinya..jangan gentar mengorak kayuhan..kerana musuh x mungkin berundur.Jadilah Daie yang berani..mara ke hadapan..biar lautan luas ini menjadi api, sekali pun tidak akan mematahkan semangat ini! Daie bukan utk dipuji manusia..tapi Daie utk berhadapan dgn cacian manusia..Daie bukan utk diangkat seperti Raja..tapi Daie bersedia utk dipenjara..itulah Daie...berjuang utk Allah..bukan berjuang mencari nama!

Janji Allah itu pasti..siapa yang membantu agama Allah..maka Allah pasti membantunya..kemahsyuran dan ketinggian darjat seseorang manusia itu hanya milikNya.. dialah Allah yang memberi kuasa kepada orang2 Dia kehendaki..dan Dia jugalah yang mencabut kuasa daripada sesiapa yang Dia kehendaki..

Oleh itu, janganlah tersungkur dalam jalan dakwah sebagai Daie yang seronok dan ujub dipuji manusia..sedangkan Allah jugalah yang memberi kamu sedikit peluang itu sebagai semangat utk terus kuat di jalan dakwah..Kerana itu, ingatlah setiap pujian dan sanjungan manusia itu adalah ujian buatmu wahai Daie..sabarlah mendidik hatimu..

Jangan sibuk mengejar populariti..tapi sibukkanlah dirimu menambah ilmu di dada..mencurah ilmu kepada manusia..agar manfaatnya sama2 dirasai..jadilah Daie yg sentiasa bermuhasabah diri..tidak tenggelam dalam pujian manusia..ayuhh..kuatkan semangat jihad !

Rapatkan saf perjuangan ! Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang !


Sunday, August 5, 2012

Seri Cempaka In Memory. Nice Experience As a Facilitator.



Assalamualaikum dear readers,


It have been several days I failed to keep updating my blog as usual..well i was quite busy last week for having some works and joining a program organized by Seri Cempaka, the International School located at Cheras Kuala Lumpur.


For about two days I was there to be a part of Cempaka Islamic Association committee in organizing this program clearly and successfully. Somehow I am not the student there, I just coming to lend my hand as a Facilitator in d program which known as FaithBook !






Congratulations to the founder of this name..at least ure trying well to beat Mark Zuckerberg ! Hoping that Faithbook will be very popular as well as facebook...we are using this trademark to get attention and attraction by the students there in uphold this program effectively.


Our main objective in this program is to teach and guide them reading alQuran in a proper way with an excellent Tajwid and great makhraj ! They are all coming from different background of families and some of them are not having much time to focus on Al-quran and even learn about Quran.


This is the reason why Cempaka Islamic Association think that they shall do someting in helping those students who are having a problem in reciting al-Quran kareem, our fundamental law of d land. We are all know that they are coming from rich families and their lifestyle is much much different from other students in other schools. So, to keep balance and neutralize their lifestyle in a good manner with a good Islamic knowledge...we are providing them with this Module..








Me as a facilitator are trying hard to share everything that I know to them..For me, this is the great chance and opportunity to share all the knowledge that I ever study with my Muslims members as they are all deserve to know it ! They are Muslims so, they shall know how to read al-quran with a proper Tajwid and makhraj. This is my responsibility to help and guide them in order to be a gud Muslim in d future..at least they get something from this program and will realize how important Al-quran is in our daily life. It is the greatest Mukjizat Ever Green given by Prophet Muhammad saw. 





Look ! How focus they are in doing their task !

This awesome group is under Me and Wan Syazwan. After ice breaking we are decided to give "Saha Zuhuddin" as our group name. The purpose we choose Zuhud was actually to put the feeling of humbleness in d heart of each members of d group towards Allah swt. They are all very nice and give full of commitment along the program. I shall say thank you to all of them ! ^^ They were very interested to know about Quran as they were lending me a pail of questions to be answered. Luckily, me and Syazwan managed to answer it brilliantly :D

To tell u the truth, when I was entering the school i was thinking that its hard for me to mix up with the private students as they are coming from rich families and their status as the International School student make me feel like a small ant walking in the group of Elephants. They are speaking fluently and honestly I am not very good in speaking ^^  however my first expectation was wrong as they were very friendly..I manage to bridge the gap between us and become a part of them.. Ismail, Dayat, Faris, Naqib and Syahidan ..For your information we are winning the best Group in this program..Well, this is Saha Zuhuddin..hopefully will see u again guys!!




Talking about d school, Cempaka International School was officially created in 1983.. It has 3 branches of Cempaka which located at Cheras,Damansara and Sepang..The picture above is taken in front of the main block of Cempaka..The school is really awesome and having a beautiful scenery with complete facilities.. Once I stepped there, I felt that I was in London, Uk, France or any other Universities in overseas. Cempaka is the Best Private School among all the private schools in Malaysia and The Chairman of Cempaka is also the Head Chairman of all private schools. The student here is from kindergarten until A-Level student..How lucky they are to study here in a very beautiful and awesome school. Thats why, I feel very lucky too to be here and giving some contributions towards the students .




The night before d program, we were having a meeting with all the facilitators including Men and Women all together..As this is d first date for all of us, so we started the meeting with Taaruf session as suggested in Surah Al-hujrat verse 13. How lucky I am to meet new friends here.. Kaif, Pali and Aiman..and other Muslimat ^^  The rest of men are my former schoolmate, Kolej Islam Sultan Alam Shah which are Wan Syazwan, Muhammad, Safuwan and Syazwan Shaharum. Pali and Aiman are older than me..they are the former Cempakan and currently studying abroad..

We were having a great time together...watching television, youtube, talking, laughing, eating, joking, and sharing some stories.. Tanx Allah for giving me nice friends in this world..within 3 days we manage to build up a great ukhwah..and I will remember all of u in my du'a..may Allah bless ^^  

Even though we are not meant to enjoy the KFC and Burger Bakar together, at least we are  having a great Sahur with Mee Sedap and Mamee together ! hahaha.. ^^ 




The picture taken before we are going back home... From the left, Kaif, Wan, Mad, Safuwan, Me, and Syazwan... Aiman is the one who snap the picture and Pali left the house earlier than all of us.. Then we were leaving the house early in the morning... I was sending them to LRT Station and then I went home alone with a sad feeling inside.. When will meet again? The biggest question mark played around my mind..

When I was driving,I felt very sleepy and dozing off frequently as no one in the car to talk with me..I stopped at RnR Seremban and sleep in the car for an hour.. hahaha ^^  Me safely reached home at about 11 o'clock ... 

Tanx to All the Committee of Faithbook for inviting me in ur program ! I am coming here is actually to learn something..and Alhamdulillah I get something from this program.. What goes around, come around.. What u give, u get back.. and now I get new friends, new experiences, and new knowledge by the end of d program... Sent my regards to all Cempakan :) 



Wednesday, August 1, 2012

Emergency Break Utk Ramadhan !!




Separuh perjalanan Ramadhan meninggalkan kita,


Orang kata masa berlalu dengan sangat pantas, sekejap dan x terasa apa2.. tapi saya kata kita yang gagal menikmati setiap detik saat itu..sebab tu masa yang berlalu ibarat "bangun dan hidup semula daripada tidur" hanya menyedapkan badan tapi rohani ketandusan dan kekeringan...


Wake up bro ! 


Ramadhan dah separuh perjalanan meninggalkan kita, hehhh sedar x? Sebelum dilempang bertalu talu ke muka, sila ambil wudhuk sekarang ! supaya anda sedar di mana anda sekarang..lihat dimana langit yang anda junjung..Langit Illahi mungkin? Atau terawang awang di awan biru berangan dan berimaginasi lagi dgn kuih seri muka, kuih tepung pelita dan kuih cucur badak ! Hoihhh, bangkit2...Ramadhan dah separuh perjalanan ni ! karang ini makan die... (dush)

Masjid dah mula ketandusan makmum, surau dah tinggal satu atau dua saf..tapi setiap ary Moreh kt surau mesti habis! Bazar makin meriah...shopping makin rancak..ewahh... biasalah kan ni semua? - typical Ramadhan.. ( kt Malaysia je maybe )


Dah cukup ! Bazar tu syurga mkanan tau..rugi sapa x pergi..me too, petang2 selalu pergi cari kuih best2..bawak balik rumah makan dgn family lagi 2 kali ganda best..kan kan?

Dah 2 minggu berlalu, ehh, apa jadi dgn 2 minggu kita ea? dah jangan buat2 tanya orang lain..tanya diri sendiri..hanya jauhari juga yang mengenal manikam...dulu saya selalu scroll timeline twitter dan fb...masa bulan Rejab dan Syaaban berbondong bondong orang tweet perasaan Eksaited mereka nak sambut Ramadhan..saya yang baca pun rasa teruja dan terseronok ! 


Haa! begitulah perasaan kita nak sambut Ramadhan, penuh dgn azam dan iltizam..semangat dan harapan...begegar Twitter tu dgn semangat kita nak sambut Ramadhan ! Moga2 Ramadhan akan membawa kita terbang lebih tinggi menjadi muslim lebih proaktif dan aktif memburu syurga Allah ^^ 


Tapi sedar atau tidak, segala tweet2 eksaited yang pernah kita luahkan pada seluruh dunia itu kini hampir terkubur dan tenggelam..maka,dengan sengaja saya nak preview semula tweet2 di bawah ini supaya anda tahu, u are one of them yang pernah menulis status yang sebegini rupa :

" Xsabarnya nak Ramadhan..!"  


" Rindunya nak berpuasa, nak pergi terawih,wah2..rindu nyah"


" Nanti Ramadhan aku nak berubah lah, bye2 jahiliyah !"

Alhamdulillah, niat yang baik selalunya bercambah menjadi benih yang baik..lalu membentuk pohon yang subur dan hasilnya adalah buah yang berkhasiat ! Benih yang baik pasti memerlukan siraman air dan baja yang berkualiti barulah mampu membentuk pohon yang subur..kerana itu Ramadhan ini perlu disirami dgn siraman ibadah yang berkuali dan dibaja dgn taqwa kepada Allah.


Fitrah manusia ini sering lupa, leka dan lalai..kerana itu Allah kurniakan sahabat2 di sekeliling kita utk menasihati dan mengingatkan...bukankah kita semua diciptakan dan dipertemukan utk saling mengingati..bergurau dalam belaian mesra yang penuh hikmah dan qudwah..moga2 kita bersama peroleh maghfirah..Sungguh, ukhwah itu akan lebih indah jika sama2 memburu syurga Allah..


Rasanya da tibe masanya utk kita semua break emergency !!


Biarkan yang lalu sebagai genjatan utk kita bangkit dari kelalaian ini..yang penting bagaimana kita berusaha mengurus masa dan nikmat Ramadhan ini dgn sebaik mungkin..Masa x mungkin berpatah balik..tapi masa yang datang ini perlu digunakan dgn sebaiknya..

"Kalau kita boleh nekad nak buat jahat, xkan nak buat baik xboleh nekad?"


Dah ada peluang, jangan ragu2..jangan malu2..jangan sipu2...ambil peluang, pegang erat2, genggam dgn penuh semangat dan bernekad utk jadi muslim yang haibat !


"Aturkan gerak dan rentak menjadi satu..rapatkan semangat dan jihad menjadi kubu..semoga langkah ini menuju maghfirah Allah seluas langit biru "


Bukan bermakna kita buat baik di bulan Ramadhan lalu kita dilabel sebagai Hipokrit dalam beribadah ! Tapi percayalah bahawa Ramadhan ini adalah peluang dan ruang yang Allah sediakan utk mencariNya dan mendekatkan diri kepadaNya..Hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara...siapa tahu dengan sedikit keringanan anggota tubuh badan kita ini utk beribadat kepadaNya..lalu Allah campakkan kemanisan beribadat dalam diri kita selama lamanya..subhanallah ! ^^  bertuahnya..


Ayuh jadi Muslim yang Proaktif dan Aktif ! Moga Lebih Hebat dan Semangat ! :)





Someone Pos Kad Raya di Rumah ^^


Assalamualaikum ! Dah lama rasanya x dapat kad raya kan? Seriesly, last time saya dapat kad raya masa Form 3 ! Its about 4 years ago ! Itu pun masa tu dah ramai yang prefer hantar ucapan raya melalui SMS..cepat, murah dan pantas kan :)


Dua hari lepas saya dapat surat,


Wahh ^^ suspen rasenyer..siapa pulak yang bagi surat ni..dalam hati penuh eksaited nak buka sampul surat tu..gelojoh betul masa tu..maklumlah, dah lama x dpt surat kan..sekali dapat mmg teruja muja la kan..


Dan terus nampak Warna Kuning ! Kad Raya tahun ni...ya Allah, ini betul2 terhibur..memang klasik habis la..masih hantar kad raya pada zaman gadget ni..tapi memang betul la, perasaan dapat kad raya ni xkan sama dgn ucapan di Fb, Twitter dan sms sekalipun..ianya lebih bermakna dgn sekeping kad yang diutus ke rumah..cewahh..


Sebenarnya memang seronok budaya pos kad raya ni..dulu2 kalau raya je, penuh rumah dgn kad2 yang dikumpul...letak kat dinding..bila ada tetamu datang, mesti akan baca2 sikit..cehh, baru terasa kehangatan beraya tu kan..sekarang ni, semua lebih prefer bagi ucapan dekat twitter dan Fb..tapi saya sangat percaya bahawa kalau budaya post kad raya boleh dihidupkan semula..ianya akan memberi kesan yang lebih baik dalam silaturrahim persahabatan kita semua ^^ setuju x?


Ha, mesti nak tahu kan siapa yang hantar kad raya serba kekuningan ini? Nanti dulu..jangan suspen..beliau adalah classmate di UiTM..sama2 belajar foundation dulu..dari jauh kad ini diutus...dari negeri Pahang ke negeri Melaka...lalu jatuh ke rumah hamba..


Terima kasih kepada Soso...nama sebenar Sofea Syukor..nama retiss Soso..haha..anda telah menceriakan hari ramadhan aku dgn kad raya yang begitu bermakna...Barulah old-school sikit..klasik dalam kemodenan..seriesly sangat appreciate !! Aku tulis dalam blog ni sebagai tanda penghargaan la...ini kad raya pertama yang sampai di rumah..xtahulah kalau ada yang lain2 turut sama nak buat kejutan dan genjatan di Ramadhan ini..sangat2 dialu alukan! ^^


Itu dia kawan saya yang baik hati telah hantar sekeping kad raya..anda? Bila lagi? ceh ceh ceh...kalau ada siapa yang sudi tu, apa salahnya kan..boleh buat koleksi peribadi..haha...k, Sekian sahaja entry kad raya..yok kita hidupkan era klasik ni.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...