Tuesday, August 14, 2012

Section 114A Akta Keterangan, Propaganda atau Agenda?



Click Gambar Utk Lebih Jelas

Pertama sekali saya ingin katakan, penulisan kali ini adalah bertujuan utk memberi pemahaman yang lebih terbuka tentang Seksyen 114A Akta Keterangan yang telah digazetkan di Palimen pada 31 Julai 2012. Saya pasti penulisan ini akan tersebar ke seluruh negara, dan pastinya ia akan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang berbeza latar belakang politik dan ideologinya. Oleh itu, saya nyatakan sekali lagi, penulisan ini perlu di pandang dari sudut yang terbuka.. Bila saya kata bersikap terbuka, sama ada anda berada di haluan kanan atau kiri, anda kedua duanya termaktub utk bersikap terbuka ketika membaca penulisan saya ini. 

Pertama sekali, saya ingin katakan bahawa Seksyen 114A ini adalah suatu pindaan undang-undang yang telah dipersetujui oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Rank undang-undang ini telah melalui pembacaan kali pertama dan kali kedua di Parlimen Malaysia sejak 18 April tahun ini. Ternyata ini adalah suatu gerak kerja yang dikepalai oleh Menteri Perundangan Negara,Nazri Aziz kerana beliau memegang portfolia dalam bahagian perundangan negara di Parlimen. Secara jelasnya, ini adalah kesepekatan yang telah berlaku di Parlimen secara voice of majority, iaitu 2/3 daripada ahli Dewan.

Pada awalnya, saya membaca tentang isi kandung yang termaktub dalam pindaan Akta Keterangan ini, saya merasakan bahawa ini adalah satu pindaan undang-undang yang tidak masuk akal kerana ia nyata menyekat hak rakyat dalam menyatakan pandangan dan bersuara di laman social internet khususnya.

Terlebih dahulu, kita boleh lihat illustrasi gambar di bawah :


Setelah membaca beberapa artikel dan pandangan daripada segelintir pihak dan blogger, maka saya dapat melihat beberapa titik kebaikan dan kekurangan dalam Seksyen 114A ini yang akan saya kongsikan dalam penulisan saya kali ini.

Pertama sekali,

Apakah tujuan utama pindaan undang-undang ini dilakukan?

Secara mudahnya ia bertujuan menyekat sebarang bentuk penyebaran video, gambar dan bahan-bahan bacaan sama ada dalam bentuk penulisan artikel, penulisan blog, status di Facebook atau Twitter yang mempunyai unsur-unsur yang tidak baik terhadap Malaysia dan kerajaan khususnya. 

Apa yang dikatakan sebagai unsur2 yang tidak baik ?

Unsur-unsur yang tidak baik ini adalah sebarang bentuk penyebaran yang berbaur fitnah dan provokasi terhadap negara.  Jika ia dibiarkan berleluasa maka ia akan mengakibatkan kemudaratan dan bahaya terhadap negara tanah air tercinta ini. Ia mungkin akan mengancam keselamatan negara memandangkan dunia hari ini terlalu pesat dengan penggunaan Internet, oleh itu bagi menangani masalah ini daripada menjadi semakin beracun dan parah, kerajaan Malaysia telah bersepakat memperkenal Syeksyen 114A ini bagi memastikan rakyat Malaysia menjadi pengguna laman sosial yang berdisiplin dan berhemah. Ia secara tidak langsung menjaga nama baik negara di peringkat Global kerana kita sedia maklum, laman social internet ini mampu dibaca dan sampai ke serata dunia tanpa mengira sempadan warna kulit dan negara.

Secara asasnya, undang-undang yang bertujuan menyekat penyebaran fitnah dan maklumat yang berbaur ancaman kepada negara ini adalah satu undang2 yang baik ..Saya bependapat seluruh rakyat Malaysia harus beterima kasih kerana undang2 yang menyekat penyebaran bahan2 yg berunsur provokasi ini adalah suatu undang2 yang memberi manfaat kepada semua pihak bahkan menepati ciri2 negara Islam.

Namun, pindaan baru Akta Keterangan ini nyata telah mengubah persepsi saya terhadap ketulusan undang2 itu sendiri dalam mengangkat Justice dan Human Rights seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara dan lontaran idea masyarakat di laman sosial bahkan ia seolah olah menjadi ancaman buat kita secara keseluruhannya.Diamana nilai asas undang2 yang menjadi titik pertemuan Rights dan Justice? 

Saya amat menyokong jika tindakan undang-undang dikenakan terhadap pihak yang melakukan  penyebaran fitnah dan provokasi di laman sosial.  Namun setelah pindaan baru dibuat, ia telah mengancam hak saya sendiri dan hak rakyat Malaysia dalam menggunakan laman social sebagai medium utama masyarakt hari ini. Ayuh telusuri isi kandung nya :


Apa permasalahan yang terdapat di dalam pindaan baru ini ?
  1.  Unsur ancaman dan fitnah itu suatu yang subjektif dan ia mungkin boleh melibatkan apa sahaja bahan yang tersebar..Sekiranya bahan bacaan itu tidak menyebelahi pihak kerajaan, saya pasti..mudah2 sahaja rakyat negara ini akan di kenakan tindakan di bawah seksyen 114A ini.
  2. Setiap penyebaran bahan2 bacaan, video, dan gambar yang berlaku di laman social adalah di bawah tanggungjawab pemilik nama dan account. Apa sahaja bahan yang didapati bersalah, maka pemilik account yang akan dikenakan tindakan meskipun orang lain yang melakukannya. (hacked)
  3. Sekiranya ada pihak lain yang menggunakan laptop, hp, atau ipad kita tanpa disedari dan memecah masuk account FB atau Blog kita tanpa sedar..dan menyebarkan bahan2 yang tidak baik.. maka kita akan dikenakan tindakan undang2 dibawah Seksyen 114A.
  4. Pemilik wiFi dan line internet juga akan dikenakan tindakan undang2 yang sama dibawah seksyen 114A ini sekiranya penyebaran bahan2 tersebut dilakukan dibawah line wifi yang telah didaftarkan.
  5. Penulis blog akan dikenakan tindakan undang jika terdapat komentar yang berbaur hasutan di ruangan komen entry blog.

Bagaimana kerajaan ingin mengesan identiti sebenar penyebar maklumat ini sekiranya ianya adala perbuatan hackers ?  Negara kita tidak cukup maju dalam teknologi maklumat, senang2 sahaja orang awam boleh hack dan menggodam akaun laman sosial orang lain. Jadi pindaan baru undang2 ini hanya lah suatu pindaan yang memberi lesen kepada hackers bergerak secara halal. Pastinya undang2 ini telah mengancam kita sendiri kerana bila2 masa kita terdedah pada tindakan undang2. Pindaan baru ini sama sekali tidak akan mampu menangani masalah jenayah siber..bahkan ianya sebenarnya menggalakkan jenayah siber berlaku dgn berleluasa..Lambakan fitnah, provokasi dan ancaman terhadap negara pasti akan bertambah kerana mereka tahu, undang2 ini menggalakkan hackers and anonymous utk bergerak secara halal dalam undang2. Undang2 ini telah melindungi mereka.

Apakah Pindaan ini suatu Propaganda atau Agenda ?

Saya melihat pindaan undang2 ini adalah salah satu langkah yang diambil pihak kerajaan bagi melindungi dan menjaga identiti mereka daripada dibongkarkan oleh pihak2 tertentu. Sudah tentu mereka takut dengan kepesatan penggunaan internet zaman ini, ramai rakyat Malaysia dan anak muda khususnya lebih cenderung mencedok maklumat daripada laman2 sosial Facebook, Blog dan YouTube.. Ini pasti memberikan ketakutkan kepada pihak kerajaan kerana mereka pasti tahu bahawa rakyat hari ini sudah semakin bijak dalam menilai sesuatu perkara. Apatah lagi dengan lambakan blogger dan vlogger yang semakin aktif membongkarkan perkara2 terselindung yang berlaku dalam negara ini telah berjaya menarik ramai anak muda utk memahami permasalahan negara ini dgn lebih telus dan terbuka..Kerajaan pastinya sedar bahawa sudah tidak ramai yang berminat utk mendapat hebahan berita dan maklumat daripada TV3 dan RTM  yang nyata berat sebelah. Jadi tidak keterlaluan jika saya katakan, undang2 ini sebenarnya bertujuan utk melindungi mereka dan bukannya rakyat. Sama ada ianya suatu agenda atau propaganda, terpulang pada anda utk menilai.

Saya berpendapat, ianya tidak mampu menangani masalah jenayah siber, bahkan menggalakkan lagi gejala jenayah siber. 

Segala penulisan di dalam blog ini  hanya sekadar membuka mata anda sekiranya masih belum faham cerita disebalik pindaan baru ini. Terpulang pada anda hendak menilai dari sudut yang bagaimana. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...