Tuesday, September 11, 2012

Jadi Mahasiswa Bukan Sekadar Hebat Akademik !




Assalamualaikum,

Bertemu dalam entry kali ini pasti membawa percambahan minda yang serba sedikit mengetuk pintu hati anda utk terus membina semangat perjuangan di bumi intelektual menara gading.

Terbit fajar di minggu kedua di UKM ini memberi saya satu nafas baru utk berdiri menilai manusia dari pelbagai sudut. Yang saya pasti, setiap insan yang bergelar pelajar baru mahasiswa ini sedang mencari cari indentiti mereka di sini, Soal Culture Shock itu atas diri masing2. Mungkin ianya terkesan pada sesetengah individu, mungkin sesetengah lagi tidak. Tapi, secara lumrahnya, budaya memang memberi kesan pada hidup manusia.

Sebagai pelajar yang baru berjinak jinak mengenali dunia sebenar mahasiswa pasti memberi saya satu suntikan semangat yang berkobar kobar. Pada masa yang sama, tidak ada siapa yang dapat menafikan perasaan takut serta gentar saya utk mengharungi hari hari mendatang di UKM ini. Harap maklum, insan2 yang berada di sekeliling saya pastinya bukan calang2 manusia, merekalah yang akan beri saingan kepada saya sepanjang berada di UKM ini. Bukan niat utk jadi lebih baik daripada orang lain dan meninggalkan mereka di belakang! Tapi sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri agar majukan lah diri ! maju kan diri! agar dapat buat yg terbaik utk diri sendiri !

Harapan ibu ayah itu pasti menjadi pendorong nombor satu utk saya bangkit daripada kejatuhan. No matter what ever happened ! Family come first.. Ibu bapa itu sumber inspirasi yang tiada tolok bandingnya.. Without them, we are nothing ! Kerana itu berwaspadalah dalam membawa panji2 semangat ini, bukan mudah mengharungi 4 tahun ini. Kemanakah haluan aku ?

Soal akademik itu menjadi tanda tanya paling besar. Apa result aku ? yea, saya sendiri dalam kerisauan yang x berkesudahan memikirkan exam2 yang bakal diharungi. Meskipun baru 2 minggu di sini, nyata roh dan semangat exam itu sudah menghantui diri ini. Terasa takut yang x pernah dirasai sebelum ini.

Saya pasti, setiap insan yang bergelar mahasiswa turut merasai perasaan yang sama ! Jadi apakah peranan kita ? Duduk diam diri lalu biarkan hidup ibarat dibawa ombak..menghempas pantai..lalu terdampar di bawah terik matahari..dan mati kepanasan!

Sedar atau tidak, menjadi pelajar itu adalah zaman  mencari kekuatan dan kemampuan dalam diri. Disini, jangan salah tafsirkan kehidupan mahasiswa sebagai musim mencari populariti dan publisiti ! owh yea, benar kita perlu bersikap proaktif dalam pergerakan di universiti tapi bukan atas dasar populariti ! Masalah utama apabila semuanya disandarkan atas dasar nama dan darjat..sia2... percayalah, anda buat yang terbaik , populariti itu x perlu dicari dan diminta..ia datang sendiri.. Jadi dalam mengharungi hidup ini.. Do the best for the best !! U will get the best !

Soalnya adakah akademik kayu ukuran utama menjadi pelajar yang berjaya? Ketepikan paradigma pemikiran ini..memang x dinafikan akademik itu penting...tapi barang diingat, hidup ini bukan diukur atas pencapaian akademik! Ianya diukur atas dasar "karisma" dan "kemampuan diri" !

Ubah cara kehidupan di sini utk lebih aktif dan proaktif.. Jangan jadi pasif ! Sampai bila mahu jadi manusia yang hidup dipenuhi dgn bebanan buku dan assignment semata mata. 4 tahun di Universiti, adakah selamanya ingin jadi pelajar yang duduk menerima arahan. Jadi adakah anda rela berkerjaya pada masa akan datang sebagai insan yang menerima arahan semata mata.. Adakah anda ini menjadi insan yang tidak mampu bersuara, x mampu melontarkan pandangan dan x mampu mengetuai pasukan ? Sampai bila? Kerana itu, 4 tahun menjadi mahasiswa di bumi intelektual ini, manfaatkannya utk mengasah kemampuan diri agar kita semua lebih bersedia utk berhadapan dgn realiti kehidupan selepas tamat pengajian. Ingat, dunia ini penuh persaingan !

Di universiti bukan seperti di sekolah.. Lebarkan sayap anda di sini.. Soal "politik kampus" perlu dinilai dgn paradigma yang luas.. Jangan sempitkan pemikiran pada satu cabang dan pergerakan. Hidup di universiti bukan setakat menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik, malahan cemerlang sahsiah, penampilan, gerak kerja kumpulan, berpesatuan, dan x lupa juga Politik Universiti. X perlu takut utk memberikan pandangan, as long as ure in the right place ! Suarakan, lontarkan, dan lepaskan yang perlu..dan ketepikan yang x perlu..

X dinafikan, wujud beberapa gerakan yang manggunakan nama "ISLAM" sebagai umpan kepada insan2 yang mencintai Islam.. Lalu mereka bergerak dalam medium2 tertentu dan menyebarkan fahaman mereka..akhirnya, mereka sendiri gagal membentuk wadah perjuangan seperti mana yang Islam anjurkan ! Malang sekali apabila sesetengah daripada mahasiswa yang mempunyai semangat jihad dan perjuangan yang tinggi tapi terperdaya dgn beberapa suntikan semangat yang tidak menepati dgn ciri2 perjuangan yang Islam anjurkan ! Barang diingat Provokasi dan Persepsi bukan ajaran Islam. Jadi berwaspada dalam berpesatuan, fahami Islam dari pucuknya dan selarikan dgn kehendak agama...jangan terjerat kerana terlalu ikutkan perasaan dan keadaan rakan sekeliling ! Sudah besar, pandai2 lah menilai dgn akal yang waras .

Minggu kedua di sini, tidak banyak yang saya faham tentang keadaan di bumi intelektual ini. Sekadar berkongsi beberapa buah fikiran yang saya kira perlu kerana inilah detik2 permulaan sebelum kita semua menjana jentera masing2. Yang paling penting, "mind ur steps" .. InsyaAllah, bertemu di lain entry. Banyak lagi yang ingin saya tulis di blog ini.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...