Saturday, September 22, 2012

Juara Debat MMP - Piala Naib Chancellor UKM




Dalam hidup ini saya belajar untuk menerima dan memberi
ada kala kita akan dapat apa yang kita korbankan..dan ada kala ia x membuahkan hasil..
Tapi saya tetap percaya, mana nak dapatkan sagu kalau x dipecahkan ruyungnya..

Debat bukanlah satu bidang yang sinonim dgn diri saya..Jujur, ia sekadar penyertaan sampingan..ataupun sekadar mencukupkan ruang2 pertanding semasa di peringkat sekolah dahulu.. xpernah langsung dipilih utk wakil sekolah dalam debat apatah lagi pidato..Walaupun pernah beberapa kali jadi Johan Pidato peringkat sekolah masa menengah rendah dulu, tapi..hakikatnya jiwa dan hati saya lebih kepada sukan..

Almaklum, sukan x boleh dipisahkan dgn hidup ini.. Petang, malam, pagi dan siang..Hidup dgn sukan !

Kerana itu saya dah puas dgn dunia sukan.. Dalam usia 12 tahun sudah melakar sejarah utk berlari di Trek Kebangsaan sebagai Atlit lumba lari 100 meter, kemudian diteruskan di sekolah menengah dalam acara lari berpagar..dan x lupa juga Rugby yang menjadi sukan terkahir saya di pentas kebangsaan.

Orang kata, hidup ini x kan ada akhirnya kecuali mati sudah tiba!

Ya, saya x pernah mengaku kalah dalam meneruskan perjuangan yang masih berbaki. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya kecederaan di lutut kanan saya..tapi sy kira, sudah tiba masanya untuk beralih kepada sesuatu yang baru.. dan inilah masanya mencipta nama dan sejarah dalam satu lagi Diari yang baru...lantas mengucapkan selamat tinggal kepada Balapan dan Padang Rugby!

Alhamdulillah, Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hambanya !

Masuk ke UKM telah memberi satu laluan baru utk saya..Terima kasih kepada Warga Unit Pengucapan Umum UKM atas penganjuran debat utk semua freshie UKM..di sini saya belajar banyak perkara..dan terima kasih atas tunjuk ajar yang x berbelah bahagi daripada anda semua..senior2 yang dihormati..Abg Faizal, Kak Najah, Abg Fendi, Abg Suhaimi, Abg Aqim, Kak Mira dan lain2..anda telah memberi suntikan semangat kepada saya utk terus ceburkan diri dalam dunia debat di universiti ini..

Penglibatan pertama saya dalam debat di UKM ini adalah semasa di minggu pertama orientasi...Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama daripada semua pihak..Kolej Pendeta Zaaba menang dalam debat tahun ini..dan kenangan ini lebih manis kerana Pendebat Terbaik jugak daripada Kolej Pendeta Zaaba.. tambahan pula ketiga tiga kami tersenarai dalam 10 pendebat terbaik ! Inilah kejayaan yang sangat menggembirakan hati saya yang sudah berbulan terkurung dalam cuti yang panjang.



Pentas Final telah menemukan kami dgn barisan pendebat Kolej Keris Mas.. Bukan calang2 pedebat kerana mereka adalah rakan2 seperjuangan semasa belajar di Asasi Undang2 UiTM sebelum ini..dan telah mempunyai rekod yang baik dalam debat sejak di peringkat sekolah..namun saya, hanya insan yang baru belajar menjolok sarang tebuan..

Ternyata tidak sia2 sarang tebuan yang saya jolok..kerana akhirnya saya peroleh madu yang sangat manis!! inilah kepuasan ! Selain dinobatkan sebagai Johan Debat , nama saya turut tersenarai dalam 5 pendebat terbaik..lantas mendapat anugerah sebagai Pendebat Harapan UKM.. alhamdulillah.. saya sedar, kejayaan ini hanyalah satu pencapaian kecil dan x dipandang langsung oleh pendebat2 handalan di luar sana.. saya mengaku, sy cuma hamba yang baru belajar..doakan saya agar lebih maju dan sukses dalam dunia debat ini..

Berbaloi rasanya berlatih sehingga ke pukul 4 pagi setiap hari..terasa hilang semua penat ! Apa2 pun, kami sedar..tanpa bantuan abang2 dan kakak2 senior..siapalah kami utk menjulang kejayaan ini..mereka lah yang banyak membantu!

Sekarang life saya di UKM sudah memberi tumpuan yang series kepada Debat..insyaAllah dgn melibatkan diri dalam UPU..sy harap dapat membaiki kelemahan2 dan kekurangan yang ada pada diri saya..Biar apa pun persepsi yang masyarakat sekeliling luahkan saya terima dgn hati terbuka..yang penting saya tahu apa yang saya buat adalah utk kebaikan saya juga..

Debat akan menjadi a part of my life di UKM ini! :)




2 comments:

sofea shukor said...

Jeles :p

Naim said...

x payah nk jelessss la soso! hehe..bukan ada ape pong ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...