Monday, September 10, 2012

Minggu Mesra Pelajar UKM 2012



Assalamualaikum..apa khabar saudara dan saudari pembaca sekalian ? semoga sihat2 semuanya. Alhamdulillah saya baru sahaja selesai menjalani minggu orentasi pelajar tahun satu Degree di UKM. Minggu ini dinamakan sebagai Minggu Mesra Pelajar atas dasar ingin bermesra antara satu sama lain.hahaha. Seminggu berada di UKM telah memberi pengalaman yg sangat manis kepada diri saya..ya Allah xtipu ni! baca ya sampai habis.. manisnyeeerr ^^

Hari pertama daftar

2 September 2012 menjadi saksi saya mendaftarkan diri selaku warga Kolej Pendeta Zaaba UKM Bangi Malaysia. Alhamdulillah, perjalanan daripada Melaka ke UKM dipermudahkan tanpa sebarang masalah dan kekacauan. Jalan juga tidak sesak seperti biasa, ditambah pula cuaca yang baik seolah olah memahami perjalanan penting saya ke UKM ini. ewahhh :)

Alhamdulillah, ketibaan disambut baik abang2 dan akak2..kelihatan semuanya berpakaian serba merah..owhh..itu lah warna Baju Kolej Kami.. Senang cerita, Kolej Pendeta Zaaba temanya Merah! Maka, lengkaplah sejarah hidup saya selaku Ahli Merah sepanjang zaman.

Masa sekolah rendah dulu, saya adalah ahli sukan Rumah Merah, masa sekolah menengah saya juga ahli sukan Rumah Merah, masa kat PLKN saya adalah ahli kompeni Alpha iaitu Kompeni Merah! Sekarang saya adalah ahli Zaaba..juga berwarna Merah! Maka..merah la selamanya..patutlah saya gagah dan berani! #phewwww

Hari Kedua dan seterusnya

Maka minggu orentasi pun berlalu dgn baiknya sepanjang hari. Untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya x dpt nak join orentasi ni sepanjang hari sebab saya terlibat dalam pertandingan debat. Saya habiskan masa di bilik rehat utk latihan debat. Owh lupa nak bagi tahu~ saya terpilih utk wakil Kolej ke Pertandingan Debat Piala Naib Chancellor UKM .. pertandingan ini adalah program tahunan anjuran UKM..khas utk pelajar2 baru UKM..matlamat utama adalah utk mencari pelapis2 baru debat UKM dan meneruskan kecemerlangan UKM..

Alhamdulillah saya terpilih bersama 7 lagi rakan yang lain. Zaaba hantar 2 pasukan debat, setiap satunya terdiri daripada 4 pendebat. Kami berlatih sepanjang hari sehingga pukul 4 pagi. Pastinya tidur x pernah cukup..Semangat yang ditunjukkan akak2 dan abang2 senior utk mengajar saya dan kawan2 debat x mungkin dapat saya gambarkan dalam penulisan..mereka sangat komited mengajar kami dalam debat..matlamatnya hanya satu..utk berikan kemenangan kepada Kolej kami yang dah sekian lama ketandusan kejuaraan.

Hari Rabu ( Hari ke 4 )

Pertandingan Debat Bermula. Kami bertarung dan terus bertarung.

Hari Khamis ( Hari ke 5 )

Alhamdulillah kami KPZ 2 sampai ke peringkat separuh akhir setelah bertungkus lumus mengalahkan semua pasukan. Kami x pernah kalah sepanjang perlawanan.. Tapi. team KPZ 1 kecundang di pusingan pertama.

Hari Jumaat ( Hari ke 6 )

Alhamdulillah kami sampai ke FINAL.. hari ini adalah hari Ikrar Aku Janji pelajar2 baru UKM.. semua pelajar2 baru di kampus Bangi dan KL turut hadir ke Dewan Tunku Abdul Razak ( Decrar ) UKM utk program ini. Selepas sembahyang jumaat, Pertandingan Akhir Debat berlangsung secara live di hadapan 3000 penonton di dewan besar UKM! Hanya Allah sahaja yg tahu betapa terharu dan takutnya saya masa ni. Tapi saya tetap panjatkan kesyukuran kerana itulah kali pertama saya masuk ke Final Debat..dan itulah pertama kali saya perform di atas Dectar UKM..itulah kali pertama saya jejak kaki di Dectar..itulah minggu pertama saya di UKM ! Hanya Allah sahaja yang tahu, ini lah kepuasan utk saya.

Perlawanan akhir debat menemukan kami dgn Kolej Keris Mas ! Musuh tradisi di UKM ini..bayangkan bagaimana keadaan dewan sewaktu kami berdebat..sangat bising dgn tepukan dan sorakan..itu semua menjadi sumber semangat saya utk buat yg terbaik utk kolej zaaba !



Alhamdulillah, kami  menang !! Sungguh inilah pencapaian yang sangat membanggakan saya di UKM..utk minggu pertama saya sudah berjaya mecipta sejarah di hadapan 3000 ribu penonton..ini cuma pencapaian yg kecil..tapi ianya besar utk saya..

Kenangan yang manis ini bertambah manis apabila saya disenarai pendekkan sebagai 5 pendebat terbaik dan mendapat anugerah sebagai Pendebat Harapan UKM!

Allah Allah Allah..semuanya dari Allah ! :)

Hari Sabtu ( Hari ke 7)

Majlis penutup di Kolej Pendeta Zaaba. Majlis Hari Raya dan bermaaf maafan bersama senior2 kolej.

Selaku pelajar baru di UKM..saya sangat2 terharu dgn kejayaan yang saya miliki ini..terima kasih kepada senior2 yang disayangi..tanpa anda siapalah kami..Debat bukan kemahiran saya..tapi anda dah berjaya buat saya jatuh hati pada Debat..semoga ada rezeki yang lebih pada masa akan datang!

InsyaAllah, saya akan berusaha keras utk kebaikan UKM dan diri saya sepanjang berada di sini. Saya yakin UKM adalah tempat terbaik utk saya..

Pewaris Keunggulan Pendeta Zaaba! :)


4 comments:

sofea shukor said...

Tahniah again :)

sfw said...

salam..
sekian lama membaca blog ini,akhirnya dpt tgk penulisnya secara 'live' berdebat di pentas DECTAR..
APAPUN,TAHNIAH..

Anonymous said...

hai abg naim fital...
mmuaahhh <3 selamat berkenalan..
saya sentiasa ushar awk dri kaca mate sye..
dri sofea first year ukm..heee

aqim said...

hey bro,aku bakal pelajar ukm..nervous pulak..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...