Friday, September 28, 2012

Pilihan Raya Kampus - PRK . Where I Stand ?



Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lepas, suatu Pilihan Raya Kampus telah diadakan di seluruh Malaysia bagi Universiti2 Awam (IPTA). Tempoh masa seminggu sebelum pilihan raya sudah semakin rancak dgn kempen2 politik oleh Parti2 di Universiti yang didominasi oleh Aspirasi dan Gabungan Mahasiwa@Pro-M . Namun, ada juga sesetengah inidividu yang memilih utk berkempen dan bertanding dengan tiket Bebas.

Selaku pelajar tahun pertama di UKM dalam jurusan Undang-undang, ternyata Pilihan Raya Kampus ini adalah pengalaman pertama buat saya serta rakan2 lain yang baru masuk ke dunia mahasiswa ini. Suasana ini mungkin memberi sedikit tanda tanya kepada ramai pihak di luar sana, adakah suasana kempen ini sama seperti dunia Politik Sebenar di luar sana. Hakikatnya, ia tidaklah sama 100% namun masih wujud persamaan dari segi pegerakan dan usaha2 utk memenangi pilihan raya ini. Pelbagai manifesto dibentangkan oleh wakil2 tertentu untuk menarik minat dan perhatian mahasiswa2 di universiti.

Walaubagaimanapun. terdapat sesetengah unversiti yang tidak rancak suasana Politiknya seperti UiTM. Ramai kawan2 saya yang bernaung di bawah UiTM tidak faham apa Itu Pro-A dan apa itu Pro-M dan apa pula peranan mereka?

Oleh itu, di entry kali ini sukalah untuk saya mengupas serba sedikit tentang pergerakan politik yang melibatkan semua mahasiswa di negara ini.

Adat berpolitik pasti wujud pihak yang berhaluan kanan dan kiri. Ada pihak yang menyokong dan ada pula yang membangkang..seperti mana yang berlaku dalam mana2 dunia politik di dunia ini. Begitulah juga yang berlaku di dalam kancah politik Malaysia yang melibatkan Kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. 

Oleh itu, suasana ini turut meresap ke dalam kancah politik di Kampus.. Aspirasi adalah satu badan politik yang menjunjung tinggi dasar2 Universiti dan kerajaan dan mereka akan bekerja utk mahasiswa di samping mempertahankan dasar2 universiti meskipun ianya bersifat menekan dan menyekat kebebasan mahasiswa. Pro-Mahasiswa pula adalah satu badan Politik yang dikatakan sebagai pembangkang di Politik Kampus..ianya melibatkan gabungan2 pelajar di Universiti dan mereka bertanding di bawah tiket Pro-M. Seperti UKM, Pro-M lebih dikenali dengan GMUKM iaitu Gabungan Mahasiswa UKM.

Ada sesetengah pihak yang meletakkan Aspirasi sebagai pendokong UMNO dan Pro-M sebagai pendokong PR..saya tidak mahu mengulas tentang perkara ini kerana hanya mereka yang berada di dunia mahasiswa memahami perkara ini. Anda pasti menyedari akan hakikat ini. 

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak yang mempunyai Side yang berbeza antara Politik Kampus dan Politik Sebenar di Luar. Ada yang bergerak di bawah gerakan Aspirasi di Universiti tetapi hakikatnya di Luar mereka berada di side pembangkang. Hal ini adalah sesuatu yang biasa kerana Politik di Kampus mempunyai perbezaan berbanding di luar.

Where I stand ?

Ada sesetengah pihak yang melampirkan soalan2 seperti ini kerana ingin tahu di mana side saya yang sebenar..apa yang saya pegang dan prinsip politik saya sering berubah mengikut kepada keadaan dan kehendak semasa. Oleh itu, saya sentiasa mengambil langkah selamat utk berada di tengah2 dahulu sebelum memutuskan saya berada di pihak yang mana. Namun ada beberapa kritikan yang ingin saya lampirkan kepada kedua-dua belah Parti ini.

Pertama, saya melihat Pro-M sebagai satu badan Politik Universiti yang bagus dan mendidik mahasiswa untuk lebih berani kehadapan dan bersuara selaku pemimpin di universiti. Apatah lagi, ia menunjukkan kematangan mahasiswa utk memimpin pelajar2 universiti dan menjadi perantara antara universiti dan pelajar dalam menyampaikan suara hati mahasiswa di Universiti. Ia tidak terikat dgn Universiti bahkan Pro-M bebas daripada Dasar2 Universiti dan mereka begerak di bawah nama mahasiswa utk kebajikan mahasiswa keseluruhannya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menjadi ketidakpuashatian saya terhadap Pro-M ini. Ada sesetengah pihak menjadikan Agama sebagai Umpan utk memikat hati mahasiswa supaya masuk menyertai parti Pro-M ini. Saya sedar akan kepenting perjuangan utk agama ini, namun permasalahan yang berlaku hari ini apabila banyak perlaku penyelewengan2 dan penipuan yang secara tidak sedar menjadikan agama sebagai umpan menutup kesalahan.

Sebelum saya masuk ke dunia mahasiswa ini, pelbagai rakaman2 video telah tersebar di YouTube yang melibatkan pegerakan politik mahasiswa iaitu golongan Pro-M ini di luar kampus. Mereka terlibat dengan pelbagai perkara seperti demonstrasi, provokasi, memijak bendera, membuat kecoh, mengalungkan bunga sembayang india, memijak gambar Perdana Menteri, dan aksi tunjuk punggung di gambar PM.. perkara yang paling menyedihkan apabila pelajar2 yang cintakan agama ini, yang berkopiah dan bertudung labuh ini seolah oleh mereka merelakan perkara ini atas dasar membasmi kezaliman. Ada antara mereka yang bertakbir dan bersorak seolah-olah puas akan tindakan rakan2 mereka yang beraliran politik yang sama kerana berjaya membuktikan suara mereka hebat ! Mereka ingin basmi kekejaman dan penipuan. Namun, adakah Islam mengajar kita bertindak sedemikian? tidak pernah mereka tempelak akan hakikat sebenar nilai2 perjuangan Islam itu. Mereka seolah olah tertipu akan umpan2 manis yang digunakan oleh sesetengah individu utk bergerak dalam jamaah yang menggunakan sentimen Islam utk menarik minat mahasiswa .

Setelah saya mengenal pasti beberapa identiti yang mengepalai Pro-Mahasiswa ini di universiti2 tertentu, akhirnya saya dapati mereka ini berfahaman SYIAH. Mereka juga menggunakan sentimen menghapus kezaliman dan penipuan ! Mereka lah yang menjadi dalang penipuan yang kononnya bergerak utk kepentingan Islam tetapi apa yang mereka sampaikan dan saluran yang mereka gunakan ternyata bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenar.Akibatnya, ramai mahasiswa yang berkopiah dan bertudung labuh ini menang Takbir di tengah gelanggang maksiat hasil acuan parti mereka sendiri.

Saya berkata kerana ini realiti yang berlaku.. saya sendiri kadang2 malu dgn keadaan insan2 yang bertudung labuh ini tapi terjerit2 semasa membuat demonstrasi. Adakah ini nilai2 murni yang Islam anjurkan? tidak pernah mereka kaji kesilapan dan penipuan yang berlaku dalam pergerakan Pro-M ini. Mereka sangat aktif dalam movement di luar dan dalam kampus kerana mereka bekerjasama dgn universiti2 lain seperti UM, UPSI, UiTM, serta UIA dan lain2. 

Inilah yang menjadi duri dalam daging yang perlu dikaji oleh Pro-Mahasiswa agar tidak terjerat dan tertipu dgn mainan sendiri ! Apa yang penting jangan jadikan Islam sebagai Umpan untuk meraih undi sekiranya perjuangan anda juga tiada unsur2 menaikkan Islam itu sendiri dan anda juga tidak faham apa itu nilai2 perjuangan yang Islam anjurkan.

Namun, saya tidak pernah melihat sebarang kekacauan dan kekecohan berlaku di UKM..ternyata Pro-M atau GMUKM bersikap matang dalam berhadapan dgn masalah2 ini. Saya bercakap atas pengalaman yang baru sebulan di Universiti ini.

Kedua, saya ingin memberi kritikan kepada Aspirasi.. saya sedar akan Aspirasi ini sebagai satu Parti yang menjadi agen Universiti..merekalah insan2 yang akan mempertahankan dasar2 Universiti dan kerajaan Malaysia. Saya merasakan perkara ini sebagai suatu yang bagus kerana anda bertindak utk mempertahankan dasar di tempat anda belajar. Pastinya aspirasi adalah Parti yang cintakan keamanan kerana tidak melakukan Demonstrasi mahupun Provokasi..dan saya lebih sukakan keadaan seperti ini. 

Namun, Aspirasi dilihat sebagai satu Badan yang terlalu tersekat dan tidak bebas dalam bekerja untuk mahasiswa. Selama ini, banyak dasar universiti yang bersifat menyekat kebebasan mahasiswa di universiti telah ditentang hebat oleh Pro-M.. dan hasilnya memuaskan kerana dengan adanya suara2 mahasiswa ini, Universiti mula sedar akan kepentingan perkara2 yang perlu mereka ubah. Namun, apakah jaminan Aspirasi utk menyeimbangkan kepetingan suara mahasiswa dan pihak universiti ? Andai ada dasar2 yang menyekat kebebasan mahasiswa, apakah yang mampu dilakukan aspirasi utk kebajikan pelajar?

Itu antara tanda tanya yang sentiasa bermain di fikiran..selaku pelajar yang baru menapak di dunia mahasiswa ini, saya kira..Aspirasi perlu lebih kehadapan dan lantang bersuara..bukan menjadi pihak yang tahu menjalankan tugas..bahkan berani bersuara..pada masa yang sama bergerak dalam keadaan yang aman...

Mana perlu lihat, Calon atau Parti ?

Bagi saya, perkara utama yang saya nilai adalah calon itu sendiri.. Sekiranya ia lebih berkepimpinan dan layak..saya pasti akan memilih calon dan ketepikan soal parti.. hari ini kita perlu lebih bijak agar tidak terperangkan dgn kehendak parti semata mata.. Calon itulah yang akan menjadi ketua kepada kita, oleh itu pilihan haruslah bijak dan tepat. Di UKM, saya sendiri dapat menilai dgn mata kepala saya sendiri, calon2 Pro-M nampak lebih hebat dan berani. Kerana itu mereka menang besar di UKM.

Adakah bebas satu langkah yang betul?

Bertanding sebagai calon bebas ini bukanlah satu masalah. Ia terpulang kepada individu2 tersebut. Sekiranya mereka yakin utk bergerak secara bebas tanpa bernaung di bawah mana2 parti..mereka perlu yakinkan semua pihak bahawa mereka mampu.

Harapan kepada Politik Kampus?

Kedua2 belah Pihak perlu mengkaji semula dasar dan corak perjuangan.. Pro-M perlu lebih rasional dan matang dalam bersuara ! Suara anda sangat diperlukan dalam menyampaikan suara dan masalah2 mahasiswa namun biarlah ianya berasas dan rasional.. Pada masa yang sama, biarlah ia tidak melanggar adab2 dan nilai2 Islam seperti mana kebanyak daripada pengikut Pro-M inginkan. Begitu juga dengan Aspirasi, perlu lebih berani dan tidak menjadi macai yang takut utk bersuara! Bekerja utk mahasiswa , dan pertahan dasar2 yang perlu dipertahankan.

PRK 2012, apa keputusannya?

Tahniah kepada mereka yang menang pada undian di Pilihan Raya Kampus kali ini. UiTM seperti biasa, 100% dimenangi Aspirasi..kita semua sedia maklum UiTM memang tidak ada pergerakan politik seperti mana yang wujud di UM atau UKM. Namun tahun ini UPSI didominasi oleh Aspirasi..nampaknya setelah kes Adam Adli menjadi punca UPSI dipandang serong masyarakat, barisan bakal pendidik di UPSI sudah matang utk tidak mengikut corak insan tersebut..UKM pula didominasi kuat oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dengan kemenangan 19 kerusi berbanding Aspirasi yang hanya menakluki 9 kerusi.  Di Universiti Malaya juga dimenangi oleh Pro-M yang memenangi 21 kerusi berbanding 20 oleh Aspirasi ! Perbezaan yang sangat tipis.

Oleh itu, tahniah saya ucapkan kepada Pro-M di UKM dan UM ! Semoga terus maju jaya dan bekerja utk mahasiswa seperti mana yang terkandung dalam manifesto anda. Ubah paradigma masyarakat terhadap mahasiswa agar mereka tidak memandang mahasiswa sebagai Insan yang tidak matang dan tidak bermoral..saya yakin, GMUKM mampu buat yang terbaik.. jangan ikutkan rentak semasa utk membuat provokasi..gunakan saluran yang betul dan beradab.. 

Seperkara yang boleh dikongsi, Pengerusi GMUKM tahun ini adalah Alumni Sekolah saya, iaitu senior di KISAS dahulu.. Tahniah untuk beliau ! Semoga kepimpinan GM di bawah anda lebih baik dari sebelum ini.

Suara Mahasiswa Suara Semua ! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...