Sunday, December 23, 2012

My Sister Wedding's Day.




“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redha i agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)


Alhamdulillah, hari perkahwinan berjalan lancar. Hari Sabtu lagi majlis dah bermula di rumah dgn Majlis Khatam Al-quran dan doa selamat di malam hari. Sedara mara semua pakat turun ramai-ramai memeriahkan lagi suasana perkahwinan akak aku yang sorang ni. Ini lah satu satunya bungan di taman keluarga Tuan Hj Fital dan Puan Hjh Rohayah. Setelah 28 tahun hidung bujang, akhirnya Disember 2012 dipilih sebagai tarikh keramat utk menamatkan zaman bujang bersama kumbang pilihan Encik Hairi bin Ramli. 

Nak dikatakan jodoh pertemuan itu semua di tangan Allah. X kiralah berapa lama kenal, bercinta,bertunang dan ber ber ber sebagainya. Tapi kalau sudah jodoh itu xkemana biarpun dipisahkan dua benua Utara dan Selatan. Cinta itu tetap menjadi kekuatan utk bersatu.

Dulu masa zaman belajar, sibuk bercinta dengan orang lain, tapi akhirnya...kahwin dengan orang lain. hahaha. Adatlah..selalunya memang mcm ni. Ini lah nama dia jodoh di tangan Allah. Akak aku ni kenal dgn husband dia 3 bulan saje. Itupun melalui kawan2 kerja. Maklumlah sibuk belajar sampai dah dapat Master..sekarang sibuk bekerja sebagai Pensyarah kat UniMap Perlis..bila masanya nak cari teman hidup? nak bercinta apatah lagi ye kan? Jadi syarat perkenalan pertama terus letakkan Kahwin sebagai asas perkenalan. Fulamak, senang je kan ?

Masing-masing pun da berkerja, ada sumber kewangan sendiri. Husband akak aku ni umur da 30 lebih da. Aku syak dia pun dah banyak kali frust bercinta atau sibuk sangat kejar kerjaya, kumpul duit sampai nak kahwin pun lambat daa. Tapi x pelah, sudah sampai masanya utk mendirikan rumah tangga. Moga2 mereka hidup bahagia.

Majlis berlangsung hari Ahad. Jenuh penat letih semput semua ada. Maklumlah tetamu datang bertali arus. X cukup tangan nak melayan. Pukul 5 petang pun masih ramai lagi tetamu yang datang.. Memang ajaib..adat majlis selalunya pukul 4 petang dah lengang dah. Tapi inilah dia dikatakan tetamu pembawa rezeki.. x putus putus orang datang.. Sampai nak jadikan kisah... Makanan pulak x cukup !!

Haih sudah ~ mana nak cari lauk pauk ni? Mujurlah pakcik dan makcik aku masing2 Chef..ada restoran sendiri.. hasil kerjasama 12 adik beradik Mak..campur anak2 buah sedara spupu spapat semua..dapatlah juga hidangkan makanan utk tetamu tetamu yang dtg masa petang hari. Ini mungkin suatu pengajaran supaya lain waktu, dah boleh tempah banyak lagi makanan. Maklumlah tetamu datang x diduga. Berbanjir banjir datang.

Gambar kat atas sekali tu adalah gambar bersama kawan2 aku dan juga penggantin. sorry la, semua da berpunya.. Jadi tak ada peluang pulak utk aku kenalkan kat korang . hehehe. Sedangkan aku juga masih Single..mana boleh bagi chance anda anda semua langkah bendol..

Di kesempatan ini juga dapatlah saya merasa duduk di atas pelamin bersama seorang insan istimewa..hahaha. Mungkin ramai tertanya tanya siapakah gerangan insan ini.



Awww, Sweet !

Mohon tidak ada mana mana individu yang cemburu buta ! haha. Ini adalah kawan saya..tidak ada apa2 hubugan istimewa melaikan sebagai seorang kawan.. Pendek kata, jangan sapa2 ada niat nak kacau. :D

Tak lupa juga kepada brothers saya.. iaitu kawan2 saya yang bersama sama membesar dan mengenal dunia..Terima kasih sebab turut datang walaupun masih lagi ramai yang x dpt munculkan diri .






Sekadar ini sahaja coretan perkahwinan akak saya. InsyaAllah, bulan 3 tahun 2013, sorang lagi abang aku akan tamatkan zaman bujangnya. Fuh fuhh, maka tinggallah aku sorang yang masih belum ada sesiapa. Lai lai lai, ada sesiapa sudi jadi teman hidup saya? hahah.

Semoga akak saya dan suaminya kekal hingga ke anak cucu dan ke jannah Allah.


Wednesday, December 19, 2012

Forum On The Financial Service and The Consumer


The Committee of Forum On The Financial Service and The Consumer 2012

Assalamualaikum. Alhamdulillah, 2 hari yang lalu pada 17 Disember 2012 suatu International Forum berjaya dijalankan di Bilik Senat, Chancellori UKM. Program ini adalah anjuran Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah diurus tadbir sepenuhnya oleh Pelajar Tahun Satu Fakulti Undang-undang bersama sama Professor Dr Sakinah selaku pensyarah yang menjadi founder dan pembimbing dalam menjalankan forum ini.

Pengarah untuk program ini adalah Saudari Elli Liliana Aishah yang telah berjaya membentuk ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya yang hensem lagi bergaya. Bukan setakat bergaya malahan bijak dan berketerampilan.  hahaha.

Panel untuk International Forum ini adalah :




Sambutan yang diterima juga menggalakkan kerana turut dihadiri oleh Wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta serta para akademik. Pelajar-pelajar universiti lain juga turut hadir bagi mendapatkan maklumat berguna daripada ketiga tiga panel yang cukup berpengalaman ini.

Daripada pengajuran program seperti ini, ia dapat memberi gambaran kepada kami dalam menjalankan program yang disertai oleh ahli-ahli koprat dan perniagaan. Jelaslah forum ini bukan sekadar forum biasa yang boleh dibuat di peringkat sekolah tetapi telah melibatkan golongan-golongan profesional dan ahli akademik.

Tahniah diucapkan atas kejayaan menganjurkan Forum ini. Semoga ia memberi pengalaman yang berguna buat semua :)



Saturday, December 15, 2012

Heading To Final Exam !





Alhamdulillah, 13 Dicember 2012  ! Done With Debate :)


Berakhirnya tugasan Debate ini maka berkahirlah tugasan semua subjek Law untuk semester ini. Maka sekarang adalah masa untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Final Exam yang bakal menjelang 3 mingggu lagi. Semoga Allah memberkati usaha saya dan rakan-rakan yang lain.

Apa yang telah aku usahakan cuma sekadar kemampuan yang sedikit..segala galanya aku serahkan kepada Allah yang Maha Tahu akan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

X boleh dinafikan rasa takut untuk berhadapan Final Exam x lama lagi. Mungkin aku akan kecundang untuk sem ini ? ya Allah..nauzubillah min zalik..mintak jauh jauh jauhh dan jauhh..

Dengan baki 3 minggu ini.. insyaAllah.aku akan cuba yang terbaik..taqarrub ilallah.. semoga diampunkan segala dosa2 yang lepas..dan diberi kemudahan berhadapan dengan exam yang bakal menjelang.




PBL Law Faculty UKM - Done !



Assalamualaikum, alhamdulilllah akhirnya selesai tugasan PBL yang memakan masa hampir 3 bulan untuk diselesaikan..Pelbagai onak dan duri dilalui untuk selesaikan kerja paling mencabar untuk sem ni..hahaha..memang nampak macam hiperbola je ayat aku ni..tapi inilah realitinya...sakit kepala, sesak nafas, tekanan perasaan nak siapkan tugasan ni.. Mungkin ramai yang nak tahu..ape sebenarnya PBL ni ? ha ? tahu x ?

Secara jujurnya PBL adalah Problem Based Learning seperti mana yang tertulis di tajuk entry kali ini..tapi secara hakikatnya..boleh lah aku simpulkan PBL sebagai Permanent Brain Lost ! 

Semua sebjek ada tugasan PBL masing-masing...tapi...yang paling mencabar adalah tugasan PBL Conract Law..hell yeah..inilah dia :)

Secara kesuluruhannya ada 22 Kumpulan yang terbentuk hasil percaturan yang telah disediakan oleh Pensyarah kami..maka terbentuklah kami sebagai ahli kumpulan yang ke 22 ..hoho..epicc..

Seawal hari pertama membaca soalan :

"kumpulan anda dikendaki membuat tugasan berkenaan pengeksportan balak - terdapat elemen fraud - khilaf - dan salah nyataan "

Memang x faham apa sebenarnya yang kami kene buat..maka beberapa siri penerangan telah dijalankan bagi memastikan kami faham kehendak tugasan...

Kumpulan ini dibahagikan kepada kumpulan peguam dan kumpulan klien.. Klien dikehendaki menggubal kes berdasarkan tajuk yang diberi...adalah Haram sama sekali klien menceritakan kes yang mereka gubal kepada sesiapa termasuklah peguam dalam kumpulan..kes yang telah siap digubal mestilah dibentangkan semasa proses Client Counselling... kes tersebut mestilah kreatif dan susah untuk difahami..

Kumpulan Peguam pula perlu bersedia dengan sebarang bentuk kes yang akan diberikan klient semasa proses Client Counselling ! hek hek..maka perlulah masing-masing bersedia dengan pelbagai kemungkinan kes yang bakal diceritakan..

Sepanjang tugasan juga kami mesti membuat kerja-kerja lapangan untuk mendapatkan maklumat yang betul mengenai Client Counselling dan juga maklumat berkenaan industri pembalakan ini..

Jadi, berikut adalah beberapa jejak kerja lapangan yang berjaya kami buat :


Firma Guaman P. Gunalan & Co




Firma Guaman Lailawati Husain & Co


Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Selangor


Kilang Pembalakan di Bangi


Kedai Perusahaan Kayu Balak


5 kerja lapangan ini bukan mudah untuk diuruskan...maklumlah..masing-masing ada jadual kelas yang berbeza beza...tambahan pula, bukan senang nak berurusan dengan pihak luar..perlu buat surat..perlu ada kereta...perlu ada duit..kalau xde semua tu...x boleh la nak uruskan semua kerja-kerja ni.. contohnya macam nak buat appointment dengan Firma Guaman..bukan senang2...dekat 4 firma aku call, semua xnak terima kerja lapangan kami..sedih kan ? haha..maka kerja ini amat perlukan kerjasama dan komitmen semua ahli kumpulan...

Sepanjang tugasan ini, ada suatu peristiwa yang menjadi kenangan manis buat kami semua...iaitu semasa kami semua menghala ke kilang pembalakan di daerah Bangi ini..


Kami cuba meredah jalan berlecak dan tanah lembik ni dengan kereta Viva Putih ! haha.. Bayangkan....betapa azabnya nak lepas jalan mcam ni..tapi memang mustahil untuk lepas..aku pikir kereta Viva dah cukup hebat setanding pacuan 4 roda yang masuk hutan tu..tapi harapan aku meleset,..haha...Memang jalan ni khusus untuk lori balak sahaja..maka kereta yang kami pandu terpaksa berhenti di tengah2 jalan lecak ini..dan kami meredah jalan2 lembik ni dengan berhati hati..anjing berkeliaran..memang menakutkan..

Setelah 14 kali bermesyuarat dan membuat pelbagai perbincangan..akhirnya tibalah hari yang ditunggu tunggu..iaitu.. tanggal 6 Disember 2012..hari Client Counselling pun tiba...seminggu selepas Client Counselling, kami diminta untuk menghantar dokumentasi kerja kami kepada pensyarah untuk disemak dan diberi markah...

Hasil x cukup tidor dan x cukup makan...maka, alhamdulillah. ! 140 muka surat pendokumentasian kerja berjaya disiapkan !! Ya Allah..azabnya nak siapkan... Inilah kali pertama dalam hidup buat assignment setebal 140 muka surat..memang sangat tebal...

Hari 12 Disember adalah hari menghantar Dokumentasi kerja ini...boleh dikatakan..aku kehilangan 5 kg untuk selesaikan kerja ini ! hampir 2 minggu bersengkang mata..haha..

Memang x dinafikan..kerja-kerja macam ni mengundang sedikit pergaduhan dan perbalahan sesama ahli kumpulan...masing-masing pun stress dengan kerja yang melambak lambak..maka selaku ketua kumpulan..aku lah insan yang perlu banyak beralah..dan biarlah aku yang tanggung susah lebih sikit dari orang lain..asalkan kerja siap ..Alhamdulillah :)



Tuhan, Aku Hamba Yang Keliru




Salam rindu aku hulurkan buat semua teman2, rakan2, dan sahabat2 yang sentiasa di sisi. Semoga semua sihat2 selalu.. terlalu lama rasenyer aku x jengah blog kesayangan ni.. Ya, kadang-kadang rasa nak menulis tu x de.. hidup yang terlalu sibuk dengan macam-macam perkara..Maaf lah kalau ada yang tertunggu tunggu aku update blog ni..sibuk sangat.. :(

3 bulan meninggalkan aku dalam dunia penuh trauma di bumi UKM ini.. alhamdulillah masih lagi diberi nikmat nyawa dan kehidupan sebagai hambaNya...terasa hina dan kerdil pulak diri ini berlegar-legar di ruang muka bumi milik Allah Azzawajalla.. siapa aku untuk rasai semua nikmat kehidupan ini ?

Ya...kalau tangan ini mampu bercakap kat muka bumi ini..nescaya aku akan lari ke serata bumi mencari tempat berselindung daripada menahan malu ditertawakan manusia..kalau kaki ini mampu bercakap akan segala langkah-langkah keburukan yang pernah aku lakukan...nescaya aku akan berlari mencari tempat yang tidak akan ada manusia langsung di situ... Semuanya kerana aku takutkan cercaan dan kejian manusia..tapi sejauh mana mampu aku berlari ? Mungkin dari utara ke selatan ?

Tapi aku lupaaa...tidak ada tempat di dunia ini yang Allah tidak tahu...larilah kemana sahaja...Allah jugalah yang akan menutup aib diriku...sepatutnya aku malu padaNya...sepatutnya aku takut akan azabNya...bukan takutkan manusia yang tidak pernah memberikan manfaat buat diri ini..arghhhh....bodohnya aku....

Tuhan...tolonglah aku...

Meskipun aku tidak layak mendapat pertolonganmu...namun aku sedar..aku tidak pernah ada apa2..berilah aku kekuatan...untuk bangkit dari kekeliruan hidup ini....

Mana perginya kekuatan yang kau campakkan dulu ? Hilang tah kemana...aku jadi hamba yang keliru dengan rentak tari duniawi ini..

Sungguh...aku hamba yang celaka....tersekat dalam kekeliruan berpanjangan...

Tuhan...tunjukkan aku jalan...teman pohon sokongan..hulurkan doa..buat perjalanan diri ini..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...