Wednesday, December 19, 2012

Forum On The Financial Service and The Consumer


The Committee of Forum On The Financial Service and The Consumer 2012

Assalamualaikum. Alhamdulillah, 2 hari yang lalu pada 17 Disember 2012 suatu International Forum berjaya dijalankan di Bilik Senat, Chancellori UKM. Program ini adalah anjuran Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah diurus tadbir sepenuhnya oleh Pelajar Tahun Satu Fakulti Undang-undang bersama sama Professor Dr Sakinah selaku pensyarah yang menjadi founder dan pembimbing dalam menjalankan forum ini.

Pengarah untuk program ini adalah Saudari Elli Liliana Aishah yang telah berjaya membentuk ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya yang hensem lagi bergaya. Bukan setakat bergaya malahan bijak dan berketerampilan.  hahaha.

Panel untuk International Forum ini adalah :




Sambutan yang diterima juga menggalakkan kerana turut dihadiri oleh Wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta serta para akademik. Pelajar-pelajar universiti lain juga turut hadir bagi mendapatkan maklumat berguna daripada ketiga tiga panel yang cukup berpengalaman ini.

Daripada pengajuran program seperti ini, ia dapat memberi gambaran kepada kami dalam menjalankan program yang disertai oleh ahli-ahli koprat dan perniagaan. Jelaslah forum ini bukan sekadar forum biasa yang boleh dibuat di peringkat sekolah tetapi telah melibatkan golongan-golongan profesional dan ahli akademik.

Tahniah diucapkan atas kejayaan menganjurkan Forum ini. Semoga ia memberi pengalaman yang berguna buat semua :)



1 comment:

aLieF si Muncung ManiS said...

perghhhh!!! hensem lagi bergaya tu.... haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...