Sunday, December 23, 2012

My Sister Wedding's Day.




“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redha i agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)


Alhamdulillah, hari perkahwinan berjalan lancar. Hari Sabtu lagi majlis dah bermula di rumah dgn Majlis Khatam Al-quran dan doa selamat di malam hari. Sedara mara semua pakat turun ramai-ramai memeriahkan lagi suasana perkahwinan akak aku yang sorang ni. Ini lah satu satunya bungan di taman keluarga Tuan Hj Fital dan Puan Hjh Rohayah. Setelah 28 tahun hidung bujang, akhirnya Disember 2012 dipilih sebagai tarikh keramat utk menamatkan zaman bujang bersama kumbang pilihan Encik Hairi bin Ramli. 

Nak dikatakan jodoh pertemuan itu semua di tangan Allah. X kiralah berapa lama kenal, bercinta,bertunang dan ber ber ber sebagainya. Tapi kalau sudah jodoh itu xkemana biarpun dipisahkan dua benua Utara dan Selatan. Cinta itu tetap menjadi kekuatan utk bersatu.

Dulu masa zaman belajar, sibuk bercinta dengan orang lain, tapi akhirnya...kahwin dengan orang lain. hahaha. Adatlah..selalunya memang mcm ni. Ini lah nama dia jodoh di tangan Allah. Akak aku ni kenal dgn husband dia 3 bulan saje. Itupun melalui kawan2 kerja. Maklumlah sibuk belajar sampai dah dapat Master..sekarang sibuk bekerja sebagai Pensyarah kat UniMap Perlis..bila masanya nak cari teman hidup? nak bercinta apatah lagi ye kan? Jadi syarat perkenalan pertama terus letakkan Kahwin sebagai asas perkenalan. Fulamak, senang je kan ?

Masing-masing pun da berkerja, ada sumber kewangan sendiri. Husband akak aku ni umur da 30 lebih da. Aku syak dia pun dah banyak kali frust bercinta atau sibuk sangat kejar kerjaya, kumpul duit sampai nak kahwin pun lambat daa. Tapi x pelah, sudah sampai masanya utk mendirikan rumah tangga. Moga2 mereka hidup bahagia.

Majlis berlangsung hari Ahad. Jenuh penat letih semput semua ada. Maklumlah tetamu datang bertali arus. X cukup tangan nak melayan. Pukul 5 petang pun masih ramai lagi tetamu yang datang.. Memang ajaib..adat majlis selalunya pukul 4 petang dah lengang dah. Tapi inilah dia dikatakan tetamu pembawa rezeki.. x putus putus orang datang.. Sampai nak jadikan kisah... Makanan pulak x cukup !!

Haih sudah ~ mana nak cari lauk pauk ni? Mujurlah pakcik dan makcik aku masing2 Chef..ada restoran sendiri.. hasil kerjasama 12 adik beradik Mak..campur anak2 buah sedara spupu spapat semua..dapatlah juga hidangkan makanan utk tetamu tetamu yang dtg masa petang hari. Ini mungkin suatu pengajaran supaya lain waktu, dah boleh tempah banyak lagi makanan. Maklumlah tetamu datang x diduga. Berbanjir banjir datang.

Gambar kat atas sekali tu adalah gambar bersama kawan2 aku dan juga penggantin. sorry la, semua da berpunya.. Jadi tak ada peluang pulak utk aku kenalkan kat korang . hehehe. Sedangkan aku juga masih Single..mana boleh bagi chance anda anda semua langkah bendol..

Di kesempatan ini juga dapatlah saya merasa duduk di atas pelamin bersama seorang insan istimewa..hahaha. Mungkin ramai tertanya tanya siapakah gerangan insan ini.



Awww, Sweet !

Mohon tidak ada mana mana individu yang cemburu buta ! haha. Ini adalah kawan saya..tidak ada apa2 hubugan istimewa melaikan sebagai seorang kawan.. Pendek kata, jangan sapa2 ada niat nak kacau. :D

Tak lupa juga kepada brothers saya.. iaitu kawan2 saya yang bersama sama membesar dan mengenal dunia..Terima kasih sebab turut datang walaupun masih lagi ramai yang x dpt munculkan diri .






Sekadar ini sahaja coretan perkahwinan akak saya. InsyaAllah, bulan 3 tahun 2013, sorang lagi abang aku akan tamatkan zaman bujangnya. Fuh fuhh, maka tinggallah aku sorang yang masih belum ada sesiapa. Lai lai lai, ada sesiapa sudi jadi teman hidup saya? hahah.

Semoga akak saya dan suaminya kekal hingga ke anak cucu dan ke jannah Allah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...