Saturday, December 15, 2012

PBL Law Faculty UKM - Done !



Assalamualaikum, alhamdulilllah akhirnya selesai tugasan PBL yang memakan masa hampir 3 bulan untuk diselesaikan..Pelbagai onak dan duri dilalui untuk selesaikan kerja paling mencabar untuk sem ni..hahaha..memang nampak macam hiperbola je ayat aku ni..tapi inilah realitinya...sakit kepala, sesak nafas, tekanan perasaan nak siapkan tugasan ni.. Mungkin ramai yang nak tahu..ape sebenarnya PBL ni ? ha ? tahu x ?

Secara jujurnya PBL adalah Problem Based Learning seperti mana yang tertulis di tajuk entry kali ini..tapi secara hakikatnya..boleh lah aku simpulkan PBL sebagai Permanent Brain Lost ! 

Semua sebjek ada tugasan PBL masing-masing...tapi...yang paling mencabar adalah tugasan PBL Conract Law..hell yeah..inilah dia :)

Secara kesuluruhannya ada 22 Kumpulan yang terbentuk hasil percaturan yang telah disediakan oleh Pensyarah kami..maka terbentuklah kami sebagai ahli kumpulan yang ke 22 ..hoho..epicc..

Seawal hari pertama membaca soalan :

"kumpulan anda dikendaki membuat tugasan berkenaan pengeksportan balak - terdapat elemen fraud - khilaf - dan salah nyataan "

Memang x faham apa sebenarnya yang kami kene buat..maka beberapa siri penerangan telah dijalankan bagi memastikan kami faham kehendak tugasan...

Kumpulan ini dibahagikan kepada kumpulan peguam dan kumpulan klien.. Klien dikehendaki menggubal kes berdasarkan tajuk yang diberi...adalah Haram sama sekali klien menceritakan kes yang mereka gubal kepada sesiapa termasuklah peguam dalam kumpulan..kes yang telah siap digubal mestilah dibentangkan semasa proses Client Counselling... kes tersebut mestilah kreatif dan susah untuk difahami..

Kumpulan Peguam pula perlu bersedia dengan sebarang bentuk kes yang akan diberikan klient semasa proses Client Counselling ! hek hek..maka perlulah masing-masing bersedia dengan pelbagai kemungkinan kes yang bakal diceritakan..

Sepanjang tugasan juga kami mesti membuat kerja-kerja lapangan untuk mendapatkan maklumat yang betul mengenai Client Counselling dan juga maklumat berkenaan industri pembalakan ini..

Jadi, berikut adalah beberapa jejak kerja lapangan yang berjaya kami buat :


Firma Guaman P. Gunalan & Co




Firma Guaman Lailawati Husain & Co


Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Selangor


Kilang Pembalakan di Bangi


Kedai Perusahaan Kayu Balak


5 kerja lapangan ini bukan mudah untuk diuruskan...maklumlah..masing-masing ada jadual kelas yang berbeza beza...tambahan pula, bukan senang nak berurusan dengan pihak luar..perlu buat surat..perlu ada kereta...perlu ada duit..kalau xde semua tu...x boleh la nak uruskan semua kerja-kerja ni.. contohnya macam nak buat appointment dengan Firma Guaman..bukan senang2...dekat 4 firma aku call, semua xnak terima kerja lapangan kami..sedih kan ? haha..maka kerja ini amat perlukan kerjasama dan komitmen semua ahli kumpulan...

Sepanjang tugasan ini, ada suatu peristiwa yang menjadi kenangan manis buat kami semua...iaitu semasa kami semua menghala ke kilang pembalakan di daerah Bangi ini..


Kami cuba meredah jalan berlecak dan tanah lembik ni dengan kereta Viva Putih ! haha.. Bayangkan....betapa azabnya nak lepas jalan mcam ni..tapi memang mustahil untuk lepas..aku pikir kereta Viva dah cukup hebat setanding pacuan 4 roda yang masuk hutan tu..tapi harapan aku meleset,..haha...Memang jalan ni khusus untuk lori balak sahaja..maka kereta yang kami pandu terpaksa berhenti di tengah2 jalan lecak ini..dan kami meredah jalan2 lembik ni dengan berhati hati..anjing berkeliaran..memang menakutkan..

Setelah 14 kali bermesyuarat dan membuat pelbagai perbincangan..akhirnya tibalah hari yang ditunggu tunggu..iaitu.. tanggal 6 Disember 2012..hari Client Counselling pun tiba...seminggu selepas Client Counselling, kami diminta untuk menghantar dokumentasi kerja kami kepada pensyarah untuk disemak dan diberi markah...

Hasil x cukup tidor dan x cukup makan...maka, alhamdulillah. ! 140 muka surat pendokumentasian kerja berjaya disiapkan !! Ya Allah..azabnya nak siapkan... Inilah kali pertama dalam hidup buat assignment setebal 140 muka surat..memang sangat tebal...

Hari 12 Disember adalah hari menghantar Dokumentasi kerja ini...boleh dikatakan..aku kehilangan 5 kg untuk selesaikan kerja ini ! hampir 2 minggu bersengkang mata..haha..

Memang x dinafikan..kerja-kerja macam ni mengundang sedikit pergaduhan dan perbalahan sesama ahli kumpulan...masing-masing pun stress dengan kerja yang melambak lambak..maka selaku ketua kumpulan..aku lah insan yang perlu banyak beralah..dan biarlah aku yang tanggung susah lebih sikit dari orang lain..asalkan kerja siap ..Alhamdulillah :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...