Tuesday, December 31, 2013

Puisi : Kasihan Kita (sempena mengakhiri 2013 )





KASIHAN KITA

Kasihan kita,
tercengkam dalam demokrasi,
Parlimen ibarat tak berfungsi,
habis diktator menguasai

Kasihan kita,
hendak turun serba salah,
kalau turun dianggap salah,
memang rakyat selalu bersalah

Kasihan kita,
tersepit antara dua,
antara jadi rakyat yang ambil berat,
atau rakyat yang membawa mudarat

Kasihan kita,
hidup dihimpit,
kewangan semakin sempit,
nak keluar menyumpit,
tapi lawan sedia mengepit

Kasihan kita,
habis kederat kita usahakan,
tapi mereka masih tidak ketahuan,
niat untuk kebaikan,
tapi ancaman datang bertindan tindan

Kasihan kita,
lama-lama hilang pedoman,
yang nak diubah tak makan saman,
yang menuntut hilang kewarasan,
dari asal insan beriman,
lama-lama hilang pertimbangan

Kasihan kita,
kalau tidak bangkit, selamanya kita akan dihimpit.
bukan minta menjerit, cukuplah faham kita sedang sakit.
bukan minta menyumpit, cukuplah faham kita perlu bangkit.


Kasihan Kita. 

Nukilan, Muhammad Naim bin Fital
Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

Thursday, December 26, 2013

Kalau Bukan Di Jalan Di Mana?



Kalau Bukan di Jalan di Mana?

Revolusi Kebangkitan bukan fenomena baru, ia telah bermula sejak berpuluh tahun dahulu, era 70 an. Banyak revolusi telah di lakukan, bermula Revolusi Iran, Revolusi Syria, Arab Spring , dan banyak lagi tempat termasuk Indonesia dan Malaysia. Fenomena "Street Protest" di Malaysia bukan penglibatan golongan berpendidikan rendah, namun ia adalah penglibatan rakyat dan pemimpin. Berikut rentetan demonstrasi jalanan  dan himpunan rakyat di Malaysia:  Bersih, Bersih 2.0, Himpunan Hijau, Tuntutan Royalti, Lynas , Hapus AUKU, Mansuh PTPTN , Mansuh ISA dan sebagainya.


Keadaan ini sebenarnya melihatkan protes rakyat Malaysia untuk menuntut keadilan dan ketelusan dalam pemerintahan kerajaan di Malaysia. Adakah mereka ini salah turun ke jalan raya menuntut keadilan buat mereka? Tidak kerana ini negara demokrasi, kita berhak bersuara dan melemparkan rasa tidak puas hati. Namun adakah acuannya di jalan raya semata-mata?

Persoalan ini yang kita tinggalkan sepi. Hairan, sudah 56 Tahun Malaysia merdeka, kenapa seolah-olah negara kita masih belum merdeka? Perlembagaan Persekutuan menjamin suara rakyat didengari oleh pemerintah, namun kita ada 28 juta suara rakyat, jadi bagaimana hendak memenuhi permintaan 28 juta suara ini ? Sebab itu di Malaysia kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Rakyat menjalani proses Pilihan Raya Umum, diberi hak memilih calon yang akan mewakili suara rakyat. Wakil Rakyat ini lah yang akan ke Parlimen dan menyampaikan suara hati rakyat.

Namun, sayangnya, setelah PRU13 berakhir, kehidupan rakyat semakin terbeban dan dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga. Kos sara hidup meningkat sekali ganda baik di desa mahupun bandar, kita semua rakyat yang merasai peningkatan kos sara hidup ini. Harga minyak dinaikkan, harga public transport bas domestik dinaikkan, taarif elekrik dinaikkan, GST diluluskan menjelang 2015, harga tol dinaikkan, harga gula dinaikkan, dan selepas ini harga apa lagi yang kerajaan rasa perlu dinaikkan?

Hairan, bagaimana sebuah negara yang dikatakan mempunyai status pembangunan ekonomi yang baik, tetapi rakyat hidup dihimpit kesusahan dan terbeban dengan peningkatan sara hidup ini ? Hairan, di mana pelaburan kewangan negara bergerak? Lebih hairan, adakah rakyat perlu menanggung sengsara akibat perbelanjaan kurang cermat kerajaan?

PRU 13, kerajaan menjanjikan pelbagai perubahan dan manifesto utk rakyat dengan matlamat mengurangkan beban rakyat. Namun, ini semua ibarat melepaskan batuk di tepi tangga. Bukan salah kerajaan? jadi ini salah siapa? 56 Tahun  Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional, tak kanlah ini salah Rakyat?

Saya bukan pro-pembangkang, namun isu yang dibawa pembangkang sangat dekat di hati. Pakatan Rakyat tampil membawa isu ini ke Parlimen, namun ini tidak menjamin suara mereka didengari. Jadi adakah suara rakyat hanya boneka yang tidak dipandang di Parlimen?

Benar, tidak semua dasar yang kerajaan lakukan salah, namun dalam isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, ini benar-benar membuat rakyat terhimpit. Jika di Parlimen sudah kita bawakan, jika aduan sudah kita lakukan, jika di Facebook penuh kita luahkan, jika di Blog penuh rakyat tuliskan , jadi di mana lagi suara ini perlu di bawa?

Sejarah kebangkitan di seluruh dunia menunjukkaan betapa kebangkitan rakyat sangat memberi kesan kepada pemerintahan.  Saya bukan orang yang sentiasa bersetuju dengan idea pembangkang kerana pada saya ada sesetengah perkara yang dibawa Pakatan Rakyat baik PAS, DAP mahupun PKR, adalah tidak masuk akal dan tidak relevan untuk dipanjang lebarkan. Namun,apabila Pakatan Rakyat sudi mengajak rakyat bersama mereka menuntut keadilan buat rakyat, perkara ini saya kira bukan suatu kesalahan untuk kita sambut baik? Ya benar, kalau inilah jalan yang terbaik untuk kita semua.

Saya percaya, di dalam pemerintahan kerajaan sendiri ada sesetengah wakil rakyat yang simpati dengan nasib rakyat, namun mungkin atas kepentingan Parti , nasib rakyat pula diperjudi. Saya tidak suka rakyat menjadi hamba demokrasi, namun saya juga tidak mahu rakyat sakit di bumi sendiri.

Kesimpulannya, kerajaan sedia ada perlu bimbang akan keadaan dan beban yang rakyat tanggung pada hari ini. Bukan salah rakyat jika membantah kerana kerajaan perlu bekerja untuk rakyat, ini Negara demokrasi berparlimen.

Jika Parlimen sudah tidak mampu menjadi saluran utama,  maka sebab itu jalan raya menjadi pilihan rakyat.

2014, Tahun Sengsara Rakyat.


Tuesday, December 17, 2013

BOLEHKAH "MABUK DENGAN SENGAJA" MENGGUNAKAN DALIHAN DI BAWAH SEKSYEN 84 KANUN KESEKSAAN ?







Seksyen 84 Kanun Keseksaan memperuntukkan, tidaklah menjadi suatu kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang pada masa melakukannya, akalnya tidak sempurna, tidak berupaya mengetahui keadaan perbuatan itu, atau tidak tahu apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang.

Malaysia,mengguna pakai Seksyen 84 ini sebagai suatu dalihan setelah melakukan sesuatu jenayah. Sekyen 84 ini adalah suatu konsep yang diasaskan daripada kes England iaitu kes Mc’ Naghten. Sekiranya tertuduh berjaya membuktikan wujud elemen-elemen yang dikehendaki di dalam Seksyen ini, maka beliau akan dilepaskan daripada tuduhan jenayah.

 Kedua-dua prinsip ini walaupun memberikan dalihan jenayah dalam konteks yang sama, namun terdapat beberapa perbezaan di dalamnya yang perlu untuk difahami dan diperhalusi sebelum membuat sesuatu keputusan. Mc Naghten Rule melihat kepada penyakit mental semata-mata, iaitu seseorang yang mempunyai penyakit mental berpanjangan dan ianya disahkan oleh laporan doktor . Namun, Seksyen 84 menilai kepada ketidak sempurnaan akal.  Skop penilaian di bawah Seksyen 84 adalah lebih luas iaitu ia menilai kepada ketidakupayaan seseorang untuk mengetahui sesuatu perbuatan itu salah atau tidak semasa melakukan perbuatan tersebut.

Ini bermakna, jika seseorang itu mempunyai “penyakit mental” namun, pada waktu melakukan kesalahan tersebut, dia berupaya untuk mengetahui bahawa kualiti perbuatannya salah dari segi fizikal, maka dalihan di bawah Seksyen 84 ini tidak terpakai. Hal ini kerana, “penyakit mental” tidak bermakna seseorang itu tidak berupaya untuk mengetahui kualiti perbuatannya salah dari segi fizikal atau tidak. Seksyen 84 menekankan tentang keadaan minda semasa seseorang itu melakukan kesalahan tersebut.

Walaubagaimanapun,  di dalam peruntukan Seksyen 84 ini, terdapat lakuna berkenaan dengan punca ketidaksempurnaan akal . Seksyen 84 tidak menceritakan punca berlakunya ketidaksempurnaana akal tersebut, sama ada tidak sempurna akal itu berpunca daripada pemakanan, pengambilan ubat-ubatan, akibat perbuatan jahat seseorang atau sebagai satu kesan daripada tekanan perasaan.

Namun, ianya jelas di dalam Seksyen 84 bahawa apa yang ditekankan adalah keadaan minda seseorang semasa kesalahan tersebut dilakukan, dan adalah tidak penting ianya berpunca daripada apa sekalipun. Elemen di bawah Seksyen 84 menuntut untuk membuktikan bahawa seseorang itu tidak berupaya untuk mengetahui bawaha perbuatannya adalah salah atau berlawanan dengan undang-undang disebabkan oleh ketidaksempurnaan akal semasa kesalahan dilakukan. Hal ini bermakna, adalah tidak penting sama ada seseorang itu mempunyai penyakit mental berpanjangan atau tidak, atau ianya berpunca daripada apa, kerana perkara yang lebih penting untuk dinilai adalah keadaan tidak sempurna akal semasa kesalahan tersebut dilakukan.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan, bolehkah seseorang yang mabuk dengan sengaja menggunakan dalihan di bawah Seksyen 84 ?

Prinsip asas dalihan mabuk adalah dibawah Seksyen 85 Kanun Keseksaan yang mana terdapat dua bahagian penting yang perlu untuk diketahui. Pertama, mabuk dengan tidak sengaja  dan kedua mabuk dengan sengaja.   Mabuk dengan tidak sengaja, adalah jelas dinyatakan bahawa dalihan Seksyen 85 adalah terpakai , namun bagi seseorang yang mabuk dengan sengaja, Seksyen 85(2)(a) menerangkan dalihan mabuk adalah tidak terpakai kepada mereka.

Oleh hal yang demikian, apakah dalihan di bawah Seksyen 84 terpakai kepada mereka yang didapati mabuk dengan sengaja?

Merujuk kepada kes AG for Northern Ireland v Gallagher, tertuduh memang berniat mengambil minuman alkohol untuk melakukan jenayah. Tertuduh yang telah membuat keputusan untuk membunuh isterinya telah mengambil minuman alkohol untuk memberikannya kekuatan untuk berbuat demikian.  Mahkamah memutuskan di dalam kes ini bahawa dalihan mabuk tidak boleh digunakan kerana niat untuk melakukan jenayah sudah ada sebelum dia mabuk lagi.

Berdasarkan kepada kes tersebut, terdapat 2 elemen penting yang boleh dinilai. Pertama, mabuk dengan sengaja tidak akan memberi peluang kepada tertuduh menggunakan dalihan Seksyen 85(2)(a) . Kedua, tertuduh sengaja mengambil minuman alkohol untuk melakukan jenayah tersebut.

Oleh itu, timbul persoalan, bagaimana pula jika seseorang sengaja mengambil minuman alkohol atau apa-apa benda lain yang boleh memabukkan atau menghilangkan kewarasan akalnya, namun tidak pun berniat untuk melakukan jenayah? Adakah apabila orang tersebut melakukan jenayah, beliau tidak boleh membela dirinya menggunakan dalihan di bawah Seksyen 84?

Seksyen 85(2)(a) dengan jelas menyatakan mabuk dengan sengaja tidak boleh sama sekali diterima sebagai satu dalihan untuk melepaskan tanggungan jenayah. Namun, peruntukan Seksyen 84 sebenarnya telah memberi peluang kepada seseorang yang mabuk dengan sengaja untuk menggunakan dalihan “tidak sempurna akal”  sekiranya berjaya membuktikan bahawa pada waktu kesalah itu dilakukan, beliau tidak menyedari bahawa perbuatannya itu salah atau berlawanan dengan undang-undang.

Lakuna yang terdapat di dalam Seksyen 84 yang tidak menceritakan punca “tidak sempurna akal” yang boleh diterima pakai untuk dalihan ini, telah membolehkan seseorang yang mabuk dengan sengaja menggunakan dalihan ini namun hendaklah memenuhi elemen yang diterangkan di bawah Seksyen 84 ini.

Mabuk bukan sahaja terhad kepada pengambilan minuman alkohol tetapi juga akibat daripada penggunaan narkotik atau dadah. Oleh itu, sekiranya seseorang secara sengaja mengambil alkohol, narkotik, ubat-ubatan, atau dadah yang menyebabkan dia tidak sempurna akal , sehingga pada waktu dia melakukan kesalahan tersebut, dia tidak pun sedar akan perbuatannya itu, maka ia juga termasuk di bawah mabuk dengan sengaja. Oleh itu, di dalam keadaan ini Seksyen 84 kanun keseksaan boleh diguna sebagai dalihan.

Perkara ini perlu dibezakan dengan peruntukan Seksyen 85(2)(b) .  Seksyen 85(2)(b) menyebut seseorang yang mabuk boleh menggunakan dalihan di bawah seksyen ini sekiranya akibat daripada mabuk, telah menyebabkan dia “gila” semasa melakukan perbuatan itu.

Oleh kerana Seksyen 85(2) menggunakan perkataan “ATAU” iaitu 85(2)(a) “ATAU” (b), maka ia sebenarnya memberi pilihan untuk menggunakan salah satu dalihan, sama ada 85(2)(a) atau 85(2)(b). Walaupun, Seksyen 85(2)(a) jelas mengatakan mabuk dengan sengaja tidak boleh menggunakan dalihan mabuk, namun, Seksyen 85(2)(b) tidak pun menceritakan mabuk itu sama ada sengaja atau tidak, kerana yang disebut di dalam Seksyen 85(2)(b) adalah seseorang yang mabuk kemudian menyebabkan dia “gila” semasa melakukan kesalahan . Peruntukan ini seolah-olah menunjukkan seseorang yang mabuk dengan sengaja juga boleh menggunakan dalihan di bawah Seksyen 85(2)(b).

Namun, terdapat perbezaan yang perlu dinilai di dalam Seksyen 84 dan Seksyen 85(2)(b). Peruntukan Seksyen 85(2)(b) menggunakan perkataan “gila”  manakala Seksyen 84 menggunakan perkataan “tidak sempurna akal”.

Perkataan “gila” adalah terlalu terhad, kerana ia merujuk kepada keadaan mental yang perlu mendapat pengesahan doktor dan hospital. Namun, Seksyen 84 menggunakan perkataan yang lebih luas iaitu tidak sempurna akal. Tidak sempurna akal bukan bermakna gila, namun ia membawa makna keadaan pemikiran yang tidak berupaya untuk mengetahui keadaan perbuatannya sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang. Oleh itu, sekiranya seseorang yang mabuk dengan sengaja, lalu berlaku ketidaksempurnaan akal, dan menyebabkan beliau melakukan jenayah, beliau boleh menggunakan dalihan di bawah Seksyen 84.

Kesimpulannya, berdasarkan semua penilaian di atas, seseorang yang mabuk dengan sengaja sebenarnya memmpunyai hak untuk membela dirinya dengan menggunakan dalihan di bawah Seksyen 84. Di dalam Undang-undang Malaysia, minum minuman keras seperti alkohol bukanlah suatu kesalahan jenayah, oleh itu adalah tidak munasabah sekiranya disebabkan meminum alkohol seseorang melakukan jenayah, tidak berupaya untuk membela dirinya sedangkan beliau tidak sedar akan perbuatan tersebut. Sehubungan itu, kes AG for Northern Ireland v Gallagher , boleh dijadikan sandaran untuk membolehkan mabuk dengan sengaja menggunakan dalihan di bawah Seksyen 84. Mabuk dengan sengaja itu hendaklah tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah seperti yang berlaku di dalam kes AG for Northern Ireland v Gallagher, yang mana tertuduh tidak boleh menggunakan dalihan mabuk kerana beliau sengaja memabukkan diri untuk membunuh isterinya. Selain itu, mabuk dengan sengaja itu hendaklah menyebabkan tertuduh itu tidak sempurna akal, iaitu tertuduh tidak berupaya untuk mengetahui keadaan perbuatannya sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang semasa melakukan kesalahan tersebut. Seksyen 84 sendiri tidak menceritakan punca “tidak sempurna akal” namun apa yang dipentingkan adalah keadaan minda semasa jenayah dilakukan. Sekiranya seseorang yang mabuk dengan sengaja berjaya membuktikan bahawa semasa jenayah dilakukan, beliau berada dalam keadaan tidak sempurna akal, maka dalihan di bawah Seksyen 84 adalah terpakai. Akhir sekali, disebabkan Seksyen 85(2)(b) seolah-olah membenarkan seseorang yang mabuk dengan sengaja untuk menggunakan dalihan di bawah Seksyen 85, maka perbezaan yang perlu dinilai adalah perkataan “gila” atau “tidak sempurna akal”. Sekiranya ianya melibatkan keadaan “tidak sempurna akal” , maka dalihan yang tepat untuk digunakan adalah dalihan di bawah Seksyen 84. Secara keseluruhannya, seseorang yang mabuk dengan sengaja juga mempunyai hak untuk menggunakan dalihan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan di Malaysia.


MUHAMMAD NAIM BIN FITAL
FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM




Sunday, December 15, 2013

My Dear Baby, You Are So Cute









Alhamdulillah, tanggal 9 Disember 2013, Allah swt telah mengurniakan kami seorang lagi ahli baru dalam keluarga. Seorang puteri yang diberi nama Hadhinah Mardhiah bt Mohd Hafiz. Tahniah kepada Along dan Kak Yan kerana dikurniakan cahaya mata ketiga, dan kesemuanya puteri . Sesungguhnya rezeki Allah ini tidak ternilai harganya, maka didiklah puteri ini menjadi anak yang solehah sehingga ke akhir hayatnya .


Tiada apa yang dapat saya tuliskan melainkan rasa gembira dan syukur teramat sangat melihat wajah bayi yang baru berusi 3 hari ni. Sejuk mata memandang, sejuk lagi perut ibu yang melahirkan :)

Pagi tadi bergegas daripada UKM bangi ke Batu 9 Cheras semata-mata nak jumpa anak buah kesayangan. Seronok dapat tengok ahli keluarga bertambah ni. Terasa rezeki Allah semakin bertambah !

IsyaAllah, semoga adik Hadhinah Mardhiah akan terus dibesarkan dgn ilmu yang bermanfaat dan kelak menjadi sri kandi yang hebat !:)


Selamat membesar sayang.


Thursday, December 5, 2013

Love Is What ?




Give me one word to describe life ? Could you ?

Yes, some will say life is precious, some will say life is unfair, some will say life is messy !



same goes to love, could you give me one word to describe love?

some will say love is everything, some will say love is nothing. Yet, love hurts u more, isnt it?







Monday, December 2, 2013

My Love Last Forever For You My Queen



Kadang-kadang, Allah sempitkan masa kita dengan terlalu banyak kerja dan urusan
Sampai kita lupa hari paling istimewa buat insan yang paling kita cintai dan sayangi
sungguh, kasih sayangnya tiada tara dan banding.




Dalam kesibukan menyiapkan assignment yang bertimbun, tiba-tiba teringat, "Eh hari ni birthday Mak", cepat2 aku capai handphone di sebelah laptop dan mula menaip ucapan selamat hari lahir kepada ibunda tercinta.

Assalamualaikum , baru perasan hari ni 1 Dec dah.
Selamat Hari Lahir mak. Semoga dipanjangkan umur, diluaskan rezeki,
ditambah keimanan dan kebahgiaan, diberikan kesihatan tubuh badan,
dikurniakan kekuatan untuk beribadat, dan sentiasa menjadi emak yang terbaik.
Terima kasih untuk segalanya, terima kasih untk jasa-jasa mak,
dan terima kasih untuk makanan yang sedap-sedap dan didikan yang cukup.
Tak de hadiah untuk mak, tapi doa untuk mak sentiasa ada. Elok2 bercuti ke Beijing nanti ! :)

Haih, baru masuk tahun dua, dah sibuk dengan mcm2 hal, sampai hampir terlepas nak wish birthday mak. Ini baru 20 tahun, esok lusa macam mana lah kan ? So thats why, setiap hari, lepas solat, jangan lupa kirimkan doa untuk kedua ibu bapa kita, setidak tidaknya kita tidak pernah lupa mereka dalam doa kita.

Tahu kan, salah satu tanda anak durhaka adalah apabila kita lupa pada ibu dan ayah kita ? Hatta kita berjaya tara mana pun, tapi kalau lupa untuk mendoakan mereka dalam kehidupan seharian kita, sungguh, rugilah kita sebagai seorang anak. Percayalah, di sebalik kejayaan kita adalah hasil doa daripada ibu dan ayah kita semua. So, keep praying for them also ! Kehidupan kita pasti diberkati .

To be a great father , we must know how to be a great son.
To be a great husband, we must know how to be a great son.

Setiap orang impikan kehidupan yang penuh dengan kebahgiaan, dan kita percaya, Tuhan memberikan kita jalan kebahgiaan bukan sahaja di dunia tapi di akhirat. Apa yang aku impikan adalah kehidupan bersama dengan orang-orang yang aku sayang. God already stated in Quran, nak keluarga bahagia, jagalah keluarga dengan pegangan agama. " ku anfusikum, wa ahlikum na ra"

Walaupun kita pernah menjadi anak yang banyak menyusahkan kedua ibu bapa kita, tapi belajarlah untuk menghargai mereka sementara mereka masih hidup ! Kasih sayang ibu membawa ke syurga ! Keep remember that my dear friends :)

Seperti mana sayangnya kita pada ibu dan ayah, begitulah juga kita curahkan kasih sayang kepada isteri dan anak2 ! haha. I am dreaming for a happy life in future.  To my future wife, if u know who you are, i know u are a great daughter, and i hope one fine day, u will be great wife of mine.

Selamat hari lahir emak! <3




Friday, November 22, 2013

Undang-undang Perkahwinan di Malaysia dan Kesan Terhadap Kanak-kanak Bawah Umur






Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pembaca.

Lazimnya beberapa penulisan saya sebelum ini berkisar tentang kebaikan kahwin muda, nikmat kahwin semasa belajar, dan kehebatan berumah tangga semasa usia muda. Namun, pada kali ini, saya tertarik untuk menulis berkenaan kupasan isu kahwin muda mengikut konteks Undang-undang yang ada dalam negara kita hari ini. Di dalam penulisan ini saya akan menceritakan beberapa masalah yang timbul dan kajian pakar berkenaan kesan berkahwin di bawah umur .

Terdapat Dua Undang-undang Perkahwinan di Malaysia :

1) Akta Enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia memperuntukkan bahawa had umur minimum perkahwinan bagi lelaki ialah 18 tahun dan bagi perempuan pula 16 tahun. Sekiranya berada di bawah Had Umur, mereka boleh berkahwini dengan kebenaran Mahkamah Syariah dan persetujuan Ibu Bapa.

2) Undang-undang Sivil iaitu Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Akta ini secara umurnnya memperuntukkan umur minima perkahwinan adalah 18 tahun. Namun perkahwinan dibenarkan untuk mereka yang berumur antara 16 dan 18 tahun dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Menteri dan Mahkamah.

Hal ini bermakna, perkahwinan di bawah had umur mengikut undang-undang di Malaysia adalah dibenarkan sekiranya mendapat kebenaran Mahkamah. Perkahwinan di bawah Had UMUR hanya dikira jenayah sekiranya tidak mendapat kebenaran Mahkamah dan persetujuan ibu bapa . Oleh itu, sekalipun wujud undang-undang yang seolah-oleh tidak membenarkan kanak-kanak di bawah 18 tahun berkahwin, namun, ianya masih lagi longgar kerana permohonan di Mahkamah boleh dibuat oleh pihak yang ingin berkahwin.

Perkara ini terbukti kerana jumlah perkahwinan bawah umur yang tercatat menunjukkan pertambahan yang ketara :

Statistik Jabatan Agama Islam negeri turut menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam permohonan perkahwinan yang membabitkan individu bawah umur antara 2008 dan 2010 di Kedah. Jabatan itu menerima 75 permohonan perkahwinan daripada individu bawah umur pada 2008, manakala pada 2009 terdapat 99 permohonan, dan 2010 sebanyak 101 permohonan. Daripada jumlah itu, 90 peratus membabitkan gadis bawah 16 tahun.

Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula melaporkan  pada tahun 2012, terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin, di mana satu pihak, kebiasaannya bakal pengantin perempuan, adalah lebih muda berbanding usia yang dibenarkan dalam undang-undang berkahwin. Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan itu. Ini merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid berkata dalam Kajiannya berkenaan Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia, Sehingga kini dianggarkan 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15 tahun di negara ini mendirikan rumah tangga .

Hal ini terbukti menunjukkan peningkatan kerana pada tahun ini sahaja iaitu setakat Mei 2013,Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerima 600 permohonan perkahwinan bawah umur, di mana 446 telah diluluskan.  

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan permohonan kahwin di bawah umur ini meningkat antaranya adalah gejala seks bebas yang berleluasa yang menyebabkan ramai kanak-kanak di bawah umur memilih untuk berkahwin setelah terlanjur bersama pasangan mereka. Antara faktor lain adalah trend atau budaya masa kini yang menunjukkan anjakan golongan muda yang ingin berkahwin di awal usia sebelum menamatkan pelajaran mereka. Yang lebih menggusarkan kerana ramai juga pelajar yang masih di sekolah menengah memilih untuk berkahwin. Dewasa ini, ada juga ibu bapa yang memilih untuk mengahwinkan anak mereka atas alasan tertentu . Kesemua perkara ini adalah antara penyumbang kepada meningkatnya jumlah permohonan perkahwinan bagi mereka yang di bawah had umur.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang perlu untuk kita ambil kira sebagai sandaran supaya kita sedar hakikat sebenar kehidupan. Memang benar di dalam Islam, perkahwinan bagi mereka yang baligh adalah sah dan Halal . Malahan ianya tidak pun berlanggar dengan hukum Syarak. Namun, kita berbalik semula kepada konteks kesihatan, emosi, dan kesejahteraan dalam kehidupan yang sepatutnya perlu kita jaga untuk memenuhi maqasid syariah .

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, kesan perkahwinan di bawah umur lebih dirasai remaja perempuan berbanding lelaki kerana mereka akan melalui proses kehamilan dan melahirkan anak.

Remaja berkahwin awal akan hamil pada usia muda dan berdepan banyak komplikasi serta masalah kesihatan sepanjang kehamilan, ketika melahirkan anak dan selepasnya. Ini sebabnya kehamilan di kalangan remaja dianggap kehamilan berisiko tinggi.

Kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat di kalangan remaja. Ia bukan disebabkan komplikasi ketika proses kehamilan dan kelahiran saja, faktor persekitaran juga menyukarkan mereka mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan secukupnya . Kajian kesihata juga mendapati, kanak-kanak yang terlalu muda dan masih belum matang sepenuhnya akan mengalami kelahiran pra-matang, keguguran, kematian bayi dan ibu, serta ada juga keadaan yang menyebabkan kehamilan terlalu kerap.

Suatu kes dilaporkan berlaku di Yaman, seorang gadis Yaman berusia 8 tahun baru-baru ini yang meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang dialami pada malam pertama perkahwinan. Keadaan ini menunjukkan kesan fizikal yang dialami kanak-kanak di bawah umur apabila berkahwin yang akhirnya menyebabkan kematian.

Selepas tragedi itu, dilaporkan Menteri Hak Asasi Manusia Yaman, Huriya Mashoor kini berikrar mengharamkan perkahwinan kanak-kanak dan akan menekankan di Parlimen bagi memastikan umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun.

Selain daripada memberi kesan terhadap emosi, kesihatan fizikal, dan masalah kehamilan, perkahwinan di bawah umur juga menyebabkan kerencatan terhadap pendidikan dan perkembangan minda seseorang.

Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid berkata, Sehingga kini 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15 tahun di negara ini mendirikan rumah tangga dan kajian menunjukkan remaja yang berkahwin sebelum umur 18 tahun kehilangan empat tahun persekolahan berbanding orang yang berkahwin lebih lewat.

Kajian otak yang dijalankan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada 2000, mendapati bahagian otak yang terbabit dalam kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi akan berkembang sepenuhnya apabila mereka berumur 20 tahun. Sebelum umur 20, perkembangan otak tidak akan berlaku sepenuhnya dan menyebabkan ramai kanak-kanak berfikir di luar jangkaan dan tidak tahu jalan penyelesaian yang betul terhadap masalah yang timbul.

Perkembangan otak mereka akan terganggu kerana pada usia yang terlalu muda mereka terpaksa memikirkan rumah tangga, keluarga dan tanggungjawab sebagai ibu. Ada antara mereka yang disisihkan keluarga akibat telah terlanjur sebelum berkahwin, akibatnya mereka hilang tempat bergantung dan tidak menyambung pelajaran. Setelah tamat SPM, rata-ratanya memilih untuk tinggal di rumah menjaga anak-anak.

Kesemua ini adalah rentetan masalah yang berlaku hari ini . Mungkin ramai yang menganggap penulisan saya ini terlalu prejudis terhadap golongan yang berkahwin di awal usia, namun saya menulis berdasarkan realiti yang berlaku.

Seterusnya, Undang-undang sedia ada hari ini yang membenarkan kanak-kanak untuk berkahwin telah membuka ruang terhadap penganiayaan kanak-kanak bawah umur. Ada di antara mereka yang menjadi mangsa keadaan , dan dipaksa berkahwin atas sebab tertentu.

Di Malaysia, hubungan Seks dengan kanak2 di bawah umur 16 tahun adalah suatu kesalahan Merogol walaupun dilakukan dengan kerelaan hati. Terdapat kes-kes yang melibatkan lelaki dewasa didapati merogol kanak-kanak di bawah umur, kemudiannya berkahwin dengan kanak-kanak tersebut untuk mengelakkan hukuman, malu dan sebagainya:

Satu kes di Mahkamah Sesyen di sini baru-baru ini, membabitkan seorang lelaki berumur 40 tahun yang didakwa merogol gadis berusia hampir 13 tahun, dan kemudiannya memaklumkan dia berkahwin dengan gadis itu mengikut undang-undang Syariah.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, 50% daripada permohonan perkahwinan di bawah had umur ini adalah disebabkan telah terlanjur dalam hubungan seks dan ingin berkahwin bagi menutup aib keluarga dan diri sendiri. Ramai daripadanya dipaksa oleh ibu bapa, dan kerana tidak tahu jalan penyelesaian yang lebih baik.

Kajian juga menunjukkan 70% daripada mereka yang berkahwin di bawah umur kerana terpaksa dan terlanjur ini akan bercerai setelah 2 atau 3 tahun. Ini berpunca daripada ketidak serasian dan ketidaksediaan mereka. Akibatnya, wanita akan terabai, pendidikan mereka terencat dan terpaksa mencari punca rezeki sendiri.

Keadaan hari ini menunjukkan gejala seks bebas semakin berleluasa. Ramai antara mereka yang telah terlanjur memilih untuk berkahwin sebagai jalan menutup aib dan malu walaupun terpasa. Walaupun pada satu sisi ianya adalah penyelesaian yang baik, namun, sebenarnya ia membuka ruang untuk kanak-kanak wanita dizalimi. Undang-undang sedia ada menyebabkan kanak-kanak terpaksa berkahwin sekiranya disuruh oleh ibu bapa mereka dan mendapat kelulusan mahkamah.


Rentetan daripada statistik yang menunjukkan pertambahan jumlah kanak-kanak bawah umur yang membuat permohonan untuk berkahwin, beberapa desakan telah dibuat oleh beberapa badan dan pihak agar Undang-undang sedia ada dalam negara kita dinilai semula dan diperketat untuk membela nasib kanak-kanak daripada diperjudi.

Malaysia, bersama-sama dengan lebih daripada 90 negara-negara lain, menerima pakai satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan perkahwinan awal atau paksa kanak-kanak, pada Majlis Hak Asasi Manusia minggu lepas. 

Memandangkan bilangan perkahwinan bawah umur yang ketara, kerajaan perlu mengkaji semula peruntukan-peruntukan dalam undang-undang Syariah, adat dan sekular yang kini membenarkan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun untuk berkahwin, kata Penasihat Program United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia Saira Shameem.

Kami berdiri bersama-sama PBB bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah berbahaya kepada kanak-kanak dan anak gadis, khususnya terdedah kepada penderaan, masalah kesihatan, masalah dalam mengakses pendidikan dan kehilangan zaman kanak-kanak dan remaja, kata Pegawai Undang-Undang Sister In Islam Kartina Mohd Sobri.

DAP menyarankan kerajaan agar meminda undang-undang sivil dan syariah bagi melarang perkahwinan membabitkan kanak-kanak bawah umur. Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching berkata, tindakan perlu segera dilaksanakan kerana pengantin kanak-kanak ini cenderung untuk tidak melengkapkan pendidikan mereka dan lebih terdedah kepada pelbagai risiko.

Secara kesimpulannya , beberapa perkara telah kita nilai daripada perkahwinan di bawah had umur ini, dari segi kesihatan, kajian saikologi, perkembangan minda, dan juga kesediaan kanak-kanak. Terdapat banyak masalah yang timbul yang akhirnya memberi kesan buruk kepada masyarakat. Pada pandangan pribadi saya, perkahwinan di usia muda tidak lah memberi masalah sekiranya, kita sudah mampu berfikir dengan waras dan matang. Namun, yang menjadi masalah adalah apabila perkahwinan itu tidak mempunyai asas yang kukuh, dan tidak diberikan pengetahuan yang betul berkenaan pengurusan kesihatan dan rumah tangga selepas berkahwin.  Pada akhirnya, kita dapati wujud lakuna dalam Undang-undang Syariah dan Sivil berkaitan  perkahwinan kanak-kanak di bawah umur yang melibatkan kanak-kanak yang masih lagi di bangku sekolah. Saya berpendapat, eloklah Undang-undang ini dikaji semula agar ianya memberi kebaikan kepada masyarakat dan generasi muda di luar sana.

Segala penulisan di dalam blog ini adalah hasil pandangan dan bacaan saya dalam beberapa artikel. 

  MUHAMMAD NAIM BIN FITAL
FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM
















Monday, October 14, 2013

Penggunaan Kalimah "Allah" di Malaysia Dari Sudut Perundangan dan Norma Masyarakat





MENTERI DALAM NEGERI & 8 LAGI V 
TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR

Setelah beberapa fasa perbincangan Isu Kalimah Allah ini berlangsung sejak beberapa yang lalu, maka hari ini Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald .Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Keputusan ini pastinya melegakan hati umat Islam yang ada di dalam negara ini, dan ia merupakan mesej moral kepada semua pihak bahawa dalam isu-isu yang melibatkan Aqidah serta privilege Islam, ianya bukan suatu perkara remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja.

Keputusan ini adalah sama sekali berbeza dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memihak kepada Penganut Agama Kristian. Perbezaan keputusan ini juga menjadi punca mengapa penganut agama kristian tidak berpuas hati dengan keputusan di Mahkamah Rayuan. Namun, ianya bukan isu tidak puas hati, ianya adalah isu keadilan dan kebenaran. Di dalam institusi Mahkamah, keputusan Mahkamah yang lebih tinggi akan mendahului keputusan mahkamah yang lebih rendah, maka secara perundangannya, keputusan Mahkamah Tinggi tidak diterima.

Pada penulisan kali ini, saya tertarik ingin mengajak pembaca memahami konteks sebenar penggunaan kalimah Allah dalam negara kita. Benar, setiap pihak mempunyai pandangan masing-masing yang pastinya berbeza. Tambahan pula, ada sesetengah pihak yang memandang isu ini dari sudut Politik, maka ianya kelihatan lebih terbuka dan tidak menguntungkan kita sebagai orang Islam.

Ramai dalam kalangan kita hari ini membuat perbandingan dengan Negara Arab, yang mempunyai latar belakang agama yang terdiri daripada Islam, Kristian, dan sebagainya. Ya, benar di sana kalimah Allah ini bebas digunakan oleh mana-mana agama sekalipun. Ianya adalah bahasa asal mereka selaku orang Arab. Sama juga dengan kalimah "Assalamualaikum". Di dalam norma masyarakat Arab ia adalah perkara biasa untuk diucapkan oleh sesiapa sahaja. Ia sekadar ucapan Selamat Sejahtera yang membawa maksud Hai atau Hello.

Namun, perbandingan semudah ni tidak boleh dilakukan di negara kita. Persoalannya kenapa?

Dalam membuat perbandingan, kita perlu mengambil kira isu Norma masyarakat serta ketemadunan mereka di dalam negara tersebut. Di negara Arab, sejak ratusan tahun lamanya, mereka sudah lama menggunakan kalimah Allah sebagai sebutan biasa dan harian sama ada mereka adalah Islam mahupun bukan Islam. Kebiasaan yang wujud ini sekaligus menjadikan masyarakat di sana tiada masalah dalam penerimaan ini, dan umat Islam di sana jelas memahami perbezaan antara kalimah Allah yang digunakan oleh bukan Islam dan orang Islam. Tambahan pula, negara Timur Tengah adalah pusat kegiatan dan penyebaran ilmu Islam yang masyhur di dunia. Mereka juga mampu memahami Al-quran dan Hadith dengan mudah kerana itu adalah bahasa mereka selaku masyarakat Arab.

Namun, ianya jauh berbeza dengan Malaysia. Sejak berdekad lamanya, kita hidup sebagai masyarakat berbilang kaum yang menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan. Malahan, kita sendiri jelas bahawa majoriti penduduk di dalam negara ini adalah Islam. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Memang terdapat perbahasan berkenaan status negara kita sama ada ianya adalah Negara Islam atau tidak. Maklumlah, setiap pengamal dan penganalisis undang-undang mempunya kaedah tafsiran yang berbeza-beza. Namun, kita semua perlu bersetuju bahawa Islam adalah agama rasmi Kebangsaan dan agama-agama lain masih boleh diamalkan di dalam negara kita seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama, Perlembagaan tidak membenarkan mana-mana agama yang bukan Islam untuk menyebarkan fahaman agama mereka kepada penganut agama Islam sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Ini bermakna, dalam kebebasan mengamalkan ajaran dan agama mereka, agama lain seperti Kristian, Hindu, atau Buddha adalah dilarang sama sekali menyebarkan dakyah kepada umat Islam. Maka penilaian pertama kita adalah dari segi kedudukan agama Islam serta majoriti penganut Islam yang ada dalam negara kita.

Bila kata berkenaan majoriti, ia bukanlah bermakna kita mewujudkan diskriminasi terhadap golongan minoriti, namun penilaian majoriti dan minoriti ini penting dalam membuat keputusan yang lebih adil dan sesuai mengikut populasi serta demografi dalam negara kita.

Penilaian kedua pula adalah dari segi kepentingan agama. Kita sedia maklum, di semenanjung Malaysia atau mana-mana penganut Krisitian sekalipun, rata-ratanya menggelarkan Tuhan mereka sebagai "God" dan bukannya Allah. Pendek kata, sebut sahaja "God" maka tidak ada seorang pun penganut Kristian yang akan menganggap "God" itu sebagai sesuatu yang lain. Begitu jugalah penerimaan masyarakat Islam, sebut sahaja Jesus atau God, semua umat Islam pun tahu bahawa ianya merujuk kepada Tuhan penganut Kristian. Maka, dari segi kepentingan agamanya, penggunaan perkataan "God" ini tidak pernah merugikan penganut Kristian dan Islam. Ianya bebas digunakan oleh Kristian di dalam pengamalan agama mereka, malahan ia tidak akan sesekali mengelirukan Umat Islam dalam negara ini.

Norma masyarakat kita dari dahulu lagi menerima penggunaan God atau Jesus adalah merujuk kepada Tuhan penganut Kritian, manakala penggunaan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan penganut Islam. Sepatutnya norma ini telah menjadi sesuatu yang tidak akan dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana tidak wujud sebarang bentuk diskriminasi atau jurang yang menghalang kedua-dua agama untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lalu, isu penggunaan kalimah Allah ini menjadi kecoh dan hangat diperkatakan dek kerana Gereja Katolik ingin menggunakan kalimah ini di dalam amalan keagamaan mereka.Bukan itu sahaja, mereka juga ingin memasukkan penggunaan kalimah Allah ini di dalam kitab Bible dan di dalam artikel keagamaan mereka.

Sebagai sebuah negara yang sudah lama hidup dalam Norma yang diterima umum, pastinya pekara ini menjadi sesuatu yang menyentuh sensitiviti penganut Islam di dalam negara kita. Ia bukan soal kebebasan agama, ia adalah isu rasional kenapa ingin menggunakan kalimah Allah di dalam kitab Bible ? adakah selama ini penggunaan God itu telah merugikan Kristian? Saya sendiri berpendapat, selama ini penggunaan God atau Jesus tidak pernah mengganggu gugat kepercayaan penganut Kristian di dalam negara ini, malahan umat Islam tidak pernah menuntut kalimah ini untuk tidak digunakan. Namun, mengapa tiba-tiba keadaan ini wujud?

Persoalan ini adalah tanda tanya terbesar di dalam benak setiap kepala penganut Islam. Dari satu sudut yang lain, mungkin kita boleh andaikan bahawa Penganut Kristian sudah mula mempercayai Allah maka pihak Gereja berusaha untuk memasukkan kalimah Allah di dalam kitab Bible sebagai langkah untuk membetulkan pemahaman penganutnya semula. Mungkin juga pada sudut yang lain, ia adalah suatu langkah untuk mengelirukan pemikiran masyarakat Islam di dalam negara ini. Namun, kedua-dua andaian ini boleh sahaja ditolak . Oleh kerana itu, adalah lebih baik kita memikirkan kesannya jika kalimah Allah digunakan di dalam Bible berbading memikiran andaian yang boleh sahaja dinafikan secara mentah-mentah.

Kita perlu lebih rasional dan realistik, hari ini umat Islam mendapat pelbagai ancaman baik dari Barat sehinggalah dari negara Matahari Terbenam . Barah yang menghantui umat Islam hari ini menyebabkan ramai penganut Islam yang hilang identiti serta jati diri mereka. Ya benar, ia adalah barah dalaman yang telah menyebabkan ribuan umat Islam yang murtad, itu belum lagi bercakap isu ajaran sesat dan perbezaan fahaman aqidah yang melampau. Ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila ramai lagi pemuda-pemuda dan remaja yang beragama Islam tidak tahu membaca al-quran, dan tidak tahu apa itu ajaran Islam yang sebenar. Barah dalaman ini amat menggusarkan kita semua, bahkan ianya dianggap sebagai racun paling berbahaya dalam ketemadunan masyarakat Malaysia yang majoritinya kaum Melayu. Apabila rosak akhlak dan aqidah penganutnya, maka ia juga merosakkan ketemadunan Melayu itu sendiri.

Membenarkan Kalimah Allah untuk digunakan oleh orang Kristian bukanlah suatu kesalahan di dalam Islam. Namun, di dalam Islam kita perlu menjaga maqasid Syariah yang menuntut kita untuk memelihara Islam, dan menghalang sesuatu yang boleh merosakkan serta merugikan Islam. Maka, berbalik semula kepada senario masyarakat di dalam negara kita, menyedari masalah yang berlaku terhadap umat Islam, kita sewajarnya berusaha keras menutup sebarang perkara yang boleh mengelirukan aqidah serta kefahaman Islam di dalam masyarakat di negara ini. Di dalam konteks Malaysia, ianya dianggap sebagai suatu yang tidak relevan untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible bahkan tiada sebab-sebab yang kukuh untuk membenarkan penggunaan Kalimah ini.

Terdapat garis pemisah yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat berkenaan penggunaan kalimah Allah dari sudut perundangan dan keagamaan. Dari sudut agama, ya benar mana-mana agama selain Islam adalah dibenarkan utk menutur kalimah Allah, namun tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan kalimah ini untuk mengelirukan umat Islam seperti yang diperkatakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Namun, saya melihat pandangan yang diberikan oleh Tuan Guru Hj Hadi sebagai tidak menyeluruh, dan sisi pandangnya hanya melihat kepada sisi kepentingan politik sahaja. Beliau tidak menghalang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible kerana katanya ia tidak menjadi masalah sekiranya tidak disalahgunakan.

Saya tidak katakan kata-kata beliau itu salah, namun beliau tidak meluaskan skop perbincangan ini dalam konteks perundangan .  Kita memerlukan suatu garis panduan yang jelas berhubung penggunaan kalimah Allah ini. Sekiranya tiada undang-undang yang jelas, kita khuatir pada masa akan datang, apabila ramai masyarakat Islam yang sudah terkeliru dan tidak lagi mengenali Allah yang sebenar, maka pada ketika itulah baru semua umat Islam tercari-cari jalan penyelesaiannya.

Bayangkan, penggunaan kalimah Allah di dalam Bible adalah begini :

"...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris.

Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda, atau Bible yang berbunyi begini. Saya tidak mahu nasi menjadi bubur, dan tidak juga mahu melihat keadaan masyarakat kita yang sudah terhantuk baru nak tergadah.

Oleh hal yang demikian, kita perlukan Undang-undang sebagai garis panduan yang mampu melindungi kepentingan masyarakat Islam dan kepentingan penganut Kristian di dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Setidak-tidaknya, kita dapat mengelakkan sebarang masalah yang boleh memecahbelahkan masyarakat di dalam negara ini pada masa akan datang. Maka jelas, keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi telah menunjukkan bahawa, undang-undang tidak membenarkan pihak Greja untuk menggunakan Kalimah Allah di dalam Kitab Bible mahupun Risalah  mereka dan ia adalah kalimah penggunaan khusus yang merujuk kepada Tuhan penganut agama Islam.

Keputusan ini langsung tidak menjejaskan kepentingan kaum Kristian di Malaysia, malahan ia juga tidak menghalang mereka untuk menjalan ritual keagamaan mereka seperti sedia kala. Sebagai orang Islam, kita diajar untuk menghormati hak keagamaan mereka. Oleh itu, seluruh penganut Kristian juga perlu menghormati keputusan berhubung penggunaan kalimah Allah ini. Ia adalah keputusan yang baik untuk semua. Tidak wujud unsur diskriminasi disini, kerana kedua-dua agama masih lagi bebas menjalankan dan mengamalkan ajaran masing-masing mengikut perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Berbalik kepada isu penerimaan dan norma masyarakat, terdapat bangkangan di pihak Kristian yang mengatakan bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah Allah di dalam kita Bible sejak 100 tahun yang lalu. Jadi mereka mempersoalkan tentang hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible. Keputusan Hakim di Mahkamah Rayuan pagi tadi jelas memberi kesan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak yang sudah lama menggunakan kalimah Allah di dalam Bible.

Pada pandangan saya, keputusan Mahkamah Rayuan ini adalah berasas dan perlu dihormati. Kenapa saya katakan ianya berasas? Kerana penganut Kristian di Sabah dan Sarawak adalah mempunyai kepercayaan yang sama dengan Kristian di Semenanjung. Untuk berlaku adil terhadap semua pihak, maka penggunaan kalimah Allah di dalam Bible ini perlu dilarang secara menyeluruh baik di Semenanjung mahupun di Sabah Sarawak. Sekiranya kita terus membenarkan komuniti Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, ia akan mengundang persoalan yang tidak akan selesai. Kristian di Semenanjung akan terus mempersoalkan tentang isu ini, dan menganggapnya sebagai Double Standard atau tidak adil. Pada sisi yang lain pula, kitab2 Bible di Sabah dan Sarawak yang mengandungi kalimah Allah boleh sahaja dibawa ke Semenanjung dan diedarkan tanpa kita sedari. Oleh itu, kita memandang kepada matlamat asal mengapa larangan ini wujud ? Larangan ini wujud adalah untuk menjaga maslahah dan kepentingan umat Islam, di samping menjaga hubungan dengan penganut Kristian. Penganut Kristian perlu menerima keputusan ini dan menghormati kepentingan agama Islam dalam penggunaan kalimah Allah ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Sekiranya, keputusan ini diterima, tidak ada pihak yang akan rugi, malahan kebebasan beragama masih lagi dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan yang dimaksudkan bukanlah mutlak, ia mempunyai limitasi yang tertentu untuk menjaga kepentingan awam. Tujuan penulisan ini adalah semata-mata untuk memberikan pandangan dari sisi pandang saya yang menilai kepada norma masyarakat negara kita yang berbilang kaum dan agama. Terima kasih.


MUHAMMAD NAIM BIN FITAL
FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM






Sunday, September 8, 2013

Minggu Mesra Pelajar UKM 2013


Bersama anak2 didik Pendebat Kolej Pendeta Zaaba MMP 2013.

Assalamualaikum, membuka tirai Semester baru dengan entry sempena minggu orientasi pelajar-pelajar baru kemasukan pertama Ijazah Sarjana Muda UKM. Alhamdulillah, setelah 2 minggu berkampung di ukm sementara menunggu kemasukan pelajar-pelajar baru masuk pada 2 September yang lepas, segala urusan Minggu Mesra Pelajar berjaya berjalan dengan lancar . Seminggu berhempas pulas memastikan minggu orientasi ini berjalan seperti yang dirancangkan dan tidak berlaku sebarang masalah besar sepanjang program. 

Pastinya terdapat beberapa kelainan bagi minggu orientasi kali ini. Namun, kelainan atau tidak bukan isu, yang penting kita menyambut ketibaan pelajar2 baru ke gerbang perbukitan ilmu Varsiti ini. Selamat Datang diucapkan buat semua adik dan rakan2 baru ke bumi bertuah ini. Semoga semuanya tenang2 sahaja menimba ilmu dan pengalaman di sini .

Memegang portfolio selaku Pengarah Teknikal Debat Naib Chancelor, saya bersama rakan2 yang lain bertanggungjawab mengendalikan program terbesar di peringkat UKM utk pelajar2 baru iaitu Pertandingan Debat dan Pidato Piala Naib Chancelor yang hanya melibatkan pelajar2 baru bagi setiap kolej. Sebagai suatu pertandingan yang sudah menjadi warisan zaman berzaman, ianya dianggap sebagai suatu platform yang berprestij dan unggul di mata setiap warga kolej. Pastinya gelaran juara itu menjadi rebutan setiap Kolej di bumi ini.

Pada tahun lepas, saya sendiri adalah finalist debat bagi pertandingan ini. Peringkat akhir menemukan Kolej Pendeta Zaaba bertemu dengan wakil Kolej Keris Mas. Alhamdulillah, kemenangan buat kami, Kolej Pendeta Zaaba. Namun, air tidak selamanya tenang. Pada tahun ini, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Tun Syed Nasir membuat kejutan mara ke peringkat akhir pertandingan debat mengetepikan mantan finalist 2012. 

Pertembungan ini dianggap sengit kerana kedua2 wakil mempunyai kekuatan dan kepetahan tersendiri. Namun, dalam apa apa juga pertandingan, kita cuma mencari satu sahaja pemenang. Secara konsensus nya Juri telah bersepakat memberikan gelaran Juara pada tahun ini buat Kolej Aminuddin Baki dan Naib Juara buat KTSN. Apa-apa pun, tahniah buat wakil2 debat kedua-dua pihak kerana mempamerkan aksi yang wajar dipuji.

Walaupun saya gagal membawa anak2 buah saya di Kolej Pendeta Zaaba ke peringkat akhir, namun saya tetap berbangga atas pencapaian mereka kerana kesemuanya tetap memberi saingan yang baik. Setidak tidaknya layak ke Suku Akhir dan salah seorang daripada mereka tersenarai dalam Pendebat Harapan UKM. Tahniah kepada Bhavani.

Untuk pertandingan Pidato pula, tahniah diucapkan buat Kolej Pendeta Zaaba yang diwakili oleh Saudari Mardiah kerana berjaya menjadi Juara bagi edisi kali ini. Manakala Kolej Ungku Omar di tempat kedua dan diikuti Kolej Keris Mas di tempat ketiga. Tahniah kesemuanya. Semoga terus cemerlang ke jagat raya.

Pastinya berkahir minggu MMP ini adalah suatu kepuasan dan kelegaan buat semua Pemudah Cara baik di peringkat Kolej mahupun Pusat. Pada kali ini, saya menimba banyak ilmu dan pengalaman berguna yang boleh dijadikan bekalan pada masa akan datang. Contohnya, pada pertandingan akhir debat kelmarin, saya diberi amanah utk menjadi Ketua Teknikal dan mengendalikan sistem teknikal di Dewan Chancelor Tun Abdul Razak ( DECTAR ). Jujurnya, pucat juga muka berada di bilik teknikal, takut2 kalau buat salah. Mana tidak nya, salah tekan, mahu apa pulak yang jadi kat satu dewan tu. Tapi alhamdulillah, saya banyak dibantu oleh pegawai2 yang turut sama memberikan tunjuk ajar utk memastikan kelancaran program.


Di Bilik Teknikal DECTAR .


Tamatlah seminggu minggu orientasi bagi pelajar2 UKM. Tahniah buat semua Pemudah Cara kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang. Kenangan bersusah payah ini pasti merapatkan ukhwah kita semua :)


Monday, August 19, 2013

The Fact About Fat Burner . How It Works and Give Positive Result ?









Are you like everyone else who wants a quick fix to burning their unwanted fat? That’s why fat burning supplements have become so popular that you can find them in almost any store that you walk into. Find out the real truth about fat burning supplements before you spend a lot of money and time, which could be a waste. The problem is that fat burners and other similar supplements will not get you anywhere if you are completely dependent on them. Regular daily diet and exercise is the biggest part of the battle. Decreasing the daily calorie intake along with regular exercise is the biggest part of fighting fat. Fat burners can be used to enhance the results as a supplement. In other words, don’t eat like a sumo wrestler, and then take a fat loss supplement expecting it to cancel it out. It doesn’t work that way.


Most fat burners are supplements that usually contain different ratios of the same substances like caffeine, B vitamins, chromium, L-carnitine, and guggulesterone. They work similar to an energy drink to get you up and motivated to go to the gym and workout, which is the main thing that will help you lose that unwanted fat in the first place. Some substances in the fat burner can effect your hormone levels and how your fat is metabolized in your body to help use it as an energy source. There are thermogenic effects that some fat burners have which causes your body temperature and metabolism to rise. The effects of fat burners will not fix your problem areas on their own. You have to work hard in the gym and eat nutritious low calorie foods to lose bad weight. If you use trust worthy fat burners properly then you may be able to speed up the process. Different fat burners have different side effects and people may have different reactions. You must be very careful.

Don’t trust the labels on any fat burning supplement, or the advertisements. The labels are not regulated by the FDA so they can put almost anything they want on the label and claim that their product will do just about anything. You have to do research and the best sources are people who have already been adventurous and played the role of the guinea pig. Talk to people in the gym who may have taken fat burners and have the results to show for it. Also, don’t trust the advertisements even if they show before and after pictures. Often those before and after pictures are altered. It’s easy to make the before picture look bad. All you have to do is get someone thats in great shape to stick out their gut and slouch their shoulders. Even the little things like body hair, gloomy pictures, and people with frowns on their face can easily convince you that they were really at a low point in their fitness lives. The after pictures are often brighter and the people are clean shaven, flexing, and have a smile on. Don’t let those ads fool you.

If you find a trust worthy fat burner, don’t overkill on the first day. The first one or two weeks start the dosage off slow. It’s easy to think that taking more of the supplement will have a greater effect, so why not take more? Well your body may have a serious adverse reaction. Many people drink coffee in the morning but fat burners often have their own dosage of caffeine. If you take too much caffeine you may end up feeling very fatigued, light headed, jittery, and recovery from workouts can be slower. It’s much safer to get your body used to something by taking the recommended dosage, or even less for the first week or two.

Fat burners have many positive effects that will help you burn extra calories and use your fat stores as energy in your workouts. If you choose to use something like this be very careful and skeptical about anything that the supplement claims. Talk to people who have personally taken them and find out what results they got. The worst mistake you can make is completely relying on a fat burner to do all the work. It just won’t happen. You have to get motivated to get out of your recliner and go to the gym.

If you don’t like the idea of taking a fat burning supplement, there are easy ways to add foods to your diet that promote fat loss. 


article by Adam Pegg



Sunday, August 18, 2013

What Is R4bia Sign Means For ?



For The Solidarity of Muslims all over the world towards our Brothers and Sisters !

A few People may called it Rabia or Rabbia ! but, the real one is R4BIA . 
What is d meaning of R4BIA ? 

Why its become trending and suddenly many people changes their Default Picture in Facebook Account to R4BIA Symbol ? It must be something that u shall know .

Here is the  chronology of why R4BIA is trending right now .

It is released by Turkish Prime Minister, Recep Tayip Erdogan started on Saturday, August 17th 2013. The 'Rabaa sign' has become the symbol of protests against the military coup in Egypt and the center of the anti-coup protests, Rabaa al-Adawiya Square.

Made by raising four fingers with the thumb resting on the palm, the sign has come to represent civilian demonstrations protesting the ouster of Egypt's first democratically elected president Mohamed Morsi and the ensuing violence that killed hundreds of people.

Rabaa means four or fourth in Arabic. Just a few hours before the massacre on August 14, anti-coup protesters in Egypt were struggling to voice their demands to the world by raising their four fingers.

Rabaa al-Adawiya Square is now as famous as Tahrir Square in Cairo due to the resistance it hosted by hundreds of thousands of protesters for more than two months. Last week, the square witnessed some of the worst atrocities against civilians in recent years.

Turkey has emerged as one of the fiercest critics of the July 3 ouster of Morsi by the powerful Egyptian military. Ankara has described Wednesday's violent crackdown on two major anti-coup sit-ins in Cairo's Rabaa and Giza's Nahda squares as a "massacre".

In Saturday's rally in Bursa, the Turkish premier accused Egypt's coup leaders of "state terrorism".

Rabaa al-Adawiya Square was named after a religious woman called Adawiya. Since Adawiya was the fourth child of the family, the Arabic adjective rabaa was affixed to her name.

The significance of the name is said to come from Adawiya's struggle for freedom all her life. Now with the anti-coup protests, the meaning of this name has given birth to a new symbol.




Why Not  "V Sign" ?

Anti-coup protesters use the Rabaa sign both as a reference to the name of the square and to distinguish themselves from pro-coup protesters in Tahrir Square, which prefer the internationally popular "V sign" for victory or peace.

The Rabaa sign has gradually risen in popularity in Egypt during the protests and eventually come to be used as often as the V sign.

The anti-coup protesters say that the Rabaa sign, besides being the symbol of demonstrations, carries some other meanings as well.

It obviously refers to the square, and distinguishes it from Tahrir Square that housed the supporters of the military coup. But the sign also refers to the deposed president as the fourth president of Egypt after Nasser, Sadat and Mubarak

Monday, August 12, 2013

Syiah Itu Sesat Lagi Menyesatkan Dari Dulu Hingga Kini





Dulu orang kata Raikan perbezaan, Syiah itu juga Islam. Kenapa perlu bermusuh ? Ya aku pun dalam kalangan orang2 ini. Namun, ilmu sentiasa mengubah kita menjadi manusia lebih cakna dgn kebenaran. Rupanya, Syiah ini jauh lebih bahaya utk kita dekati malah dampingi. Golongan yang mengkafirkan sahabat tetapi masih lagi mengaku sebagai Islam.

Dulu orang kata kt Malaysia ni ada Syiah ke? Macam xde je. Tapi alhamdulillah sedikit2 rahsia syiah di Malaysia terbongkar. Rupanya di seluruh negara adanya golongan ini yang sedang giat berdakyah. Gerakannya kita sekat. Orang kata salah sekat Syiah ! diorang pun golongan berkopiah putih, golongan wanita bertudung labuh, golongan menutup aurat, golongan berpurdah. Tapi jangan tertipu, Islam bukan pada pakaian , tetapi pada Aqidah dan Tauhid. Sayangnya Syiah, auratnya ditutup tapi Aqidah nya jauh memesong.

Dulu orang kata betul ke Syiah ni sesat? Apa buktinya. Kerajaan x buat apa2 pun. Tapi alhamdulillah kini semua gerakan Syiah diharamkan. Pusat Syiah dihapuskan. Persatuan Syiah dihazafkan. Pendek kata, kerajaan sudah amik peranan. Alhamdulillah. Sekarang apa pula peranan masyarakat? mendabik dada, menunding jari atau mengikut membuta tuli? Jangan leka, tambah ilmu di dada supaya kita lebih bersedia berhadapan dgn golongan2 agama yang berkopiah dan berjubah kt luar sana. Wataknya warak bak si pencinta Sunnah, tapi rupanya dia jelmaan Syiah yang menyesatkan.

Tapi sayangnya, masih ada lagi orang kata Kalau x tau apa2 pasal Syiah baik x payah cakap la ! Kesian pada insan begini, pada ketika kita semua rancak membongkar rahsia dan penipuan Syiah, masih ada lagi golongan yang tidak mahu mengambil berat perkara ini, masih ada yang x mahu membaca dan mencari kesesatan Syiah ini. Jadi, inilah tanggungjawab kita semua, sebarkan kesesatan Syiah.

Dulu orang kata, kenapa perlu bagi Ustaz yang bertauliah sahaja memberi ceramah, membuka kelas Agama, dan menyampaikan ilmu di masjid2. Kini baru kita tahu bahayanya jika si penyampai ilmu agama ini tidak kita tapis, tidak kita saring dan tidak kita selidik dahulu siapa orang nya. Benar, dari luarnya dia berjanggut, dahinya hitam, berjubah dan juga berserban. Rupa2 nya dia ini juga jelmaan Syiah yang hadir seperti Tuan Guru yang warak.

Dulu orang marah kita kritik Tariqat, Sufi , dan berguru dgn guru2 pondok . Bukan menghina institusi pondok, tapi ianya membuka ruang pada ajaran agama yang boleh menyeleweng. Kalau kita mendapat Tuan Guru yang benar, alhamdulillah kita berada pada laluan yang benar. Tapi kalau kita tidak dapat daripada yang benar, nampak gayanya binasalah diri dunia akhirat. Dari segi perundangannya, Pondok2 ini boleh dibuka oleh sesiapa sahaja. Tanpa perlu berdaftar di bawah mana2 institusi. Maka, ia amatlah merisaukan sekiranya banyak pondok dan madrasah di negara ini mula dicemari dgn ilmu dan fahaman Syiah mahupun ajaran yang terpesong dari jalan Ahli Sunnah. Perbandingannya samalah seperti Bernikah, kenapa dari segi undang2 kita wajibkan orang yang berkahwin ini berdaftar dahulu ? Kerana tujuannya utk mengelakkan zina, sumbang mahram dan membanteras golongan yang mengaku berkahwin tetapi tidak berkahwin. Pendek kata, jika semua institusi agama kita daftarkan, setidak tidaknya ianya memudahkan kita utk mengesan dan mengetahui latar belakang si penyampai ilmu tersebut dan gerakan di pusat tersebut.

Hakikatnya, kesesatan dan kebenaran ada di depan kita. Terpulang utk kita berdiam diri atau mencari yang mana benar yang mana tidak. Menentang Syiah ini satu amanah buat semua. Jangan jadikan Politik sebagai jualan utk membenarkan ajaran Syiah. Golongan seperti Khalid Ismath tu juga harus kita jauhi. Dia amat berpengaruh dgn Solidariti Mahasiswa ! Dia sendiri mengaku Syiah, tapi kenapa masih ramai mahasiswa Islam yang bertudung labuh dan berkopiah ini bersama bergerak dgn Beliau? Jelas, jangan sampai generasi Mahasiswa juga tersesat dgn ideologi sesat Syiah muda ini. Yang tua, yang muda, yang biru, yang hijau, semua Ayuh Sepakat Tolak Syiah .

Sekian sahaja.


Sunday, August 11, 2013

Salam Lebaran Syawal 2013.



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Minal Aidil Wal Faizin


Syawal kali ini pasti jauh berbeza dengan sebelum ini. Pagi Syawal kali ini tidak semeriah dan seriuh sebelum ini. Biasalah, umur meningkat dewasa, kehidupan mula berubah bila semua adik beradik sudah selamat membina rumah tangga sendiri. Semua telah mempunyai keluarga sendiri dan kini, cuma aku menjadi peneman buat bonda dan ayahanda tercinta di teratak indah ini.

Namun, pulang ke kampung pasti akan melenyapkan kesedihan di hari pertama Syawal ini. Meskipun atuk dan nenek dah bertahun pergi, namun, Kg Sungai Siput Melaka, tempat membesarnya emak dan abah pasti akan menjadi destinasi wajib berkumpulnya sedara mara utk sambutan aidilfitri ini.

Tahun ini buat pertama kalinya aku menjadi tangan yang memberi buat bonda dan ayahanda. Berusaha kerja di bulan Ramadhan semata mata nak cari duit supaya mampu bagi duit kat mak dan abah. Alhamdulillah hajat ni tercapai di pagi Syawal ! :)

Ramadhan telah berlalu, semoga kita bertemu kembali pada akan datang insyaAllah. Akhir kalam, jemput lah datang ke teratak indah ini, mohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Mungkin banyak kesilapan dan kekasaran dalam bertutur kata, semoga kita menjadi saudara seislam yang diredhai.


Thursday, August 1, 2013

Alhamdulillah Rezeki Allah , Final Exam Result



The Sweat,
The Time,
The Devotion.
IT PAYS OFF !

Alhamdulillah, rasanya bukan sekali, bukan dua kali, bukan juga 3 kali jatuh.
Tapi berkali kali, dan aku percaya, pasti akan terjatuh lagi dan lagi,
tapi x mengapa, aku lali jatuh merebah bumi,
kerana dari situ aku belajar erti bangkit dan mengejar impian yang tinggi.


Sekali kau jatuh, kau belajar erti kehidupan yang x pernah senang utk jadi Senang !
Tapi sekali kau berada di atas, awas lah, kita tidak selamanya di atas.

Syukur alhamdulillah all praise to Allah ! Result final exam UKM dah keluar . Agak sedikit lambat entry ini ditulis, tapi ianya sekadar berkongsi pengalaman.

Terharu dan cukup gembira, aku cuma manusia picisan yang cuba menjadi terbaik dalam apa yang aku lakukan. Kerana aku sangat sedar, insan picisan cuma boleh terus berdiri sebagai hamba selagi berilmu. Keputusan exam yang lepas adalah rezeki yang di luar jangkaan, syukur mendapat Dean's List result , 3.67.

Memang gembira. Argh jangan jadi hipokrit kata x gembira. Ini adalah rezeki atas usaha dan keizinan Allah yang tahu menilai . Jauh juga di sudut hati berdoa agar ini bukan suatu istidraj utk aku. Semoga ini adalah kejayaan yang diredhai. Aminnn.

Apa yang penting terimalah setiap pemberian Allah ini dgn rasa syukur meskipun keputusan itu tidak bisa memuaskan hati kita. Ia pasti sebaik baik perancangan daripada Allah.

Aku ingat lagi masa di semester 1, aku adalah antara pelajar paling teruk keputusan exam. Rasa malu dan rendah diri dengan kawan2 lain. Semuanya cemerlang dan tinggi2 keputusan. Tapi syukur, itulah punca kenapa aku nekad untuk menebus kesilapan di sem 1. Usaha berterusan sejak dari awal miggu, perancangan rapi utk assignment, dan susun jadual sebaik mungkin. Sibuk dengan berdebat dan terpaksa ponteng kelas utk ke hospital buat aku lebih berjaga2 utk buat persediaan awal. Memang Sem 1 adalah musim mengenal kelemahan diri dan kesilapan dan Sem 2 musim menebus kesilapan.

Apa2 pun, masih ada 6 semester di bumi UKM ni. Siapa tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita? Belajar Law ni bukan utk berbangga bangga kerana ianya adalah suatu amanah selepas kita keluar dalam dunia kerjaya. Memang Pointer hanya pada nama, yang penting adalah skills dan keikhlasan kita dalam menjadi pengamal undang2 pada masa akan datang.

InsyaAllah, buat yang membaca entry ini, doakan aku terus cemerlang . Sama2 kita mengejar impian kerana kita orang muda.



Sunday, July 14, 2013

Mengenali Fakulti Undang-undang UKM




Mungkin ramai yang kurang jelas berkenaan Fakulti Undang2 di bumi ilmu UKM ini dan tidak pernah pun lihat bagaimana keadaan di Fakulti ini. Baiklah, sebagai seorang penuntut di sini, sukalah utk saya kongsikan kepada anda semua berkenaan geografi serta sistem pembelajaran yang digunakan di fakulti ini.

Fakulti Undang-undang adalah fakulti yang paling jauh lokasinya berbading dengan fakulti lain. Ianya terletak di hujung bumi ukm ini, kira-kira 7 KM dari pintu masuk UKM. Ukuran sendiri. Untuk sampai ke sana, anda perlu utk berjalan melalui Hutan Simpan UKM dan akan tiba ke pintu utama Fakulti. Namun, sejak tahun lepas, Fakulti Undang-undang bangunan baru sudah mula aktif dan jalan yang baru boleh digunakan utk sampai ke Fakulti.

Secara mudahnya, terdapat dua bangunan iaitu bangunan baru dan bangunan lama, bersebelahan antara satu sama lain.

Fakulti ini menempatkan pelajar-pelajar daripada luar dan dalam negara. Terdapat pelajar2 daripada pringkat Sarjana Muda sehinggalah ke PHD. Semuanya menjalani proses pembelajaran yang sama tanpa diskriminasi.

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh pengajian undang-undang adalah selama 4 tahun. Dalam tempoh ini kita akan menjalani 8 semester iaitu 8 kali ujian sebelum mendapat keputusan penuh CGPA utk menentukan pointer kita sebagai pelajar jurusan undang-undang.

Di UKM, pola pelajar mengikut bangsa adalah berada dalam keadaan yang seimbang mengikut majoriti kaum di Malaysia. Melayu dan China kelihatan seperti sama banyak, dan pelajar2 india hanya segelintir. Namun, tiada diskriminasi atau sifat mementingkan diri di sini, semuanya hidup muafakat dan bekerjasama antara satu sama lain !

Untuk melayakkan diri masuk ke Fakulti ini. keputusan MUET hendaklah mendapat Band 4 dan pointer 3.67. Sekiranya MUET Band 3 juga masih boleh diterima masuk asalkan melalui temu duga yang dijalankan. Hanya pelajar2 yang terpilih melalui temu duga sahaja diterima masuk ke Fakulti ini. Ini bermakna, Pointer dan MUET anda belum 100% menjamin kelayakan anda untuk masuk sebagai warga Fakulti Undang-undang UKM. Anda perlulah seorang yang berwawasan, berfikiran kritis dan kehadapan serta petah bercakap ketika sesi temu duga untuk memastikan tempat anda di sini.

Setelah diterima masuk, anda akan ditempatkan bersama rakan-rakan bacth yang lain. Organisasi bacth perlu dibentuk dan diwakili oleh seorang ketua bacth . Ini adalah sistem yang diguna pakai di fakulti ini bagi membentuk semangat bacth dan memudahkan sebarang urusan.

Sistem pembelajaran di sini menggunakan Dwi Bahasa - Bilanguage, iaitu menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Ramai antara pelajar2 di luar sana yang belum pernah belajar di sini mempertikai dan mengkritik UKM sebagai Universiti under dog dan tidak kehadapan kerana menggunakan Bahasa Melayu. Namun, anda perlu sedar, hanya UKM satu2 nya Universiti yang masih mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi dan Kebangsaan Negara kita. Dalam keadaan inipun, UKM telah ditempatkan sebagai 10 universiti terbaik Asia mengatasi lain2 universiti tempatan. Lihat? Bahasa bukan ukuran.

Pun begitu, penggunaan Bahasa Inggeris tetap digunakan di dalam kelas tutorial sewaktu perbincangan dan sesi menjawab soalan. Soalan di dalam peperiksaan juga perlu dijawab dalam dua bahasa . Wajib utk menjawab satu dalam BM dan satu BI. Ini adalah sistem yang digunakan di ukm.

Jelas, UKM lebih tepat dan jelas dalam melahirkan graduan undang-undang yang mempunyai penguasaan dalam kedua dua bahasa ini. Ini lebih memberi nilai tambah dan skills kepada graduan undang-undang UKM apabila masuk ke alam pekerjaan. Kenapa? Hal ini kerana, di dalam institusi Mahkamah, semua Mahkamah Rendah "subordinate court" menggunakan bahasa Melayu manakala Mahkamah Tinggi pula rata2 nya menggunakan bahasa Inggeris.  Ini bermakna. graduan undang2 UKM telah diberikan ilmu dan market yang lebih tepat berbading tempat lain.

Sistem penilaian pemarkahan di sini pula lebih kepada Praktikaliti. 60% penilaian kerja lapangan dan projek.. manakala 40% markah peperiksaan akhir tahun.. Ini bermakna, di UKM kita melebihkan praktikal berbading teori semata-mata. Kaedah ini menepati kehendak kursus yang sentiasa mementingkan aspek pengamalan dalam setiap perkara.

Terdapat suatu keunikan dan keistimewaan dalam sistem kerja kursus dan projek di UKM. Kita mempunyai pembelajaran berbentuk PBL "Problem Based Learning". Ini bermaksud pembelajaran berasaskan masalah. Untuk tahun pertama, lazimnya pelajar akan didedahkan kepada PBL berbentuk Client Counselling dan Contract Game.

Apa itu Client Counselling ? Untuk memberi kefahaman yang jelas, saya akan terangkan satu persatu. PBL ini adalah satu bentuk kerja projek yang perlu dilaksanakan dalam bentuk kumpulan.Sekurang kurangnya ada 5 orang dalam satu kumpulan. PBL ini boleh dalam pelbagai bentuk, dan salah satunya Client Counselling.

Sekali dengar pun pasti kita boleh bayangkan ianya adalah suatu keadaan di mana peguam menjalan khidmat nasihat kepada pelanggan. Pelajar2 akan diberikan tugasan berdasarkan masalah dan soalan yang diberi. Contohnya ketika saya di semester satu, saya diberi soalan dan masalah berkenaan pembalakan antarabangsa, terdapat element fraud dan misrep di dalam masalah saya itu. Jadi, saya bersama ahli kumpulan perlu utk membuat kajian berkenaan kontrak pembalakan antarabangsa dan mencari masalah2 yang sering berlaku dalam kontrak pembalakan ini. Saya bersama ahli kumpulan pergi berjumpa lawyer yang perlu dicari sendiri, dan bertanyakan soalan berkenaan perkara ini. Selain itu saya juga pergi ke kilang pembalakan dan pelbagai lagi tempat yang perlu utk mendapatkan maklumat. Setiap tempat membawa markah kepada kumpulan.

Berdasarkan kajian dan maklumat yang diperoleh, suatu cerita berbentuk masalah perlu dihasilkan. Cerita ini perlu dirahsiakan utk dibentangkan kepada kumpulan Lawyer pada masa hari Client Counselling. Kumpulan yang bertindak sebagai lawyer perlu untuk menjadi pendengar yang profesional serta mampu mengawal keadaan pelanggan pada waktu client counselling dijalankan. Tujuan utama projek ini adalah utk memberi gambaran dan kefahaman kepada pelajar2 tentang kaedah Client Counselling yang betul apabila sudah bekerja sebagai penasihat undang2 mahupun peguam nanti.

Pada semester dua pula utk subjek Kontrak saya bersama ahli kumpulan perlu membuat Contract Game berdasarkan topik yang terpilih. Misalnya, saya perlu utk membuat kajian tentang kontrak pembinaan dan membuat suatu Negotiation kontrak bersama kumpulan peguam lain yang mewakili syarikat tertentu. Contract Game sangat berguna dan bermanfaat utk kita memahami cara sebenar seorang peguam menjalankan Contract Negotiation , dan memahami terma kontrak dengan kaedah yang tepat dan betul. Pelajar juga dikehendaki membuat draft kontrak yang betul dan rasmi.

Untuk subjek yang lain pula seperti MLS , saya di kehendaki untuk ke Mahkamah dan mendengar tentang perbicaraan kes2 tertentu. Kemudian, hasil dapat itu perlu dibentangkan secara Perbicaraan dalam Mahkamah di hadapan pensyarah2 dan pelajar lain. Ini bertujuan memberi kefahaman kepada kita berkenaan kaedah sebenar seorang Hakim mahupun peguam menjalankan tugas mereka di mahkamah.

Secara mudahnya saya katakan, sistem projek kerja kursus di UKM adalah yang terbaik dan sangat bernilai tinggi dalam menghasilkan graduan undang-undang yang berkebolehan. Sistem ini memberi pendedahan awal yang sangat mencabar berbanding universiti lain yang hanya memfokuskan kepada exam oriented semata-mata. Bukan utk bermegah, namun ini realiti yang berlaku. Bayangkan, seawal tahun satu anda sudah didedahkan dengan perkara2 ini. Bagaimana pula dengan tahun dua, tiga dan empat? pasti ianya lebih mencabar dan kehadapan.

Selesai berkenaan projek kerja kursus, saya tertarik untk bercerita mengenai sistem kokurikulum di Fakulti ini. Terdapat beberapa persatuan di fakulti ini seperti Persatuan Undang-undang (Perundang). ALSA, dan United Nation Society (UN). Perundang adalah badan induk yang menjadi tunjang utama kepimpinan fakulti ini. Ahli2 Perundang dilantik menerus Pilihan Raya peringkat Fakulti. Setiap tahun, pilihan raya akan diadakan.

Perundang adalah badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan serta membawa suara mahasiswa fakulti ini ke pihak pentadbiran. Segala program fakulti direncana oleh Perundang misalnya program solat hajat, sukan, hari keluarga, bacaan yassin, kutipan derma kilat dan sebagainya.

Suasana di Fakulti adalah selesa dan aman. Setiap kelas mempunyai AirCond, dan juga kita mempunyai Mini Court yang baru. Bangunan baru juga mempunyai 2 lagi Auditorium , di bangunan lama terdapat 2 bilik kuliah. Memang keadaan fasiliti di sini semuanya lengkap dan baik. Serba ada dan selesa. Parking kereta di Fakulti Undang-undang UKM adalah yang terbesar berbanding fakulti lain. Inilah puncanya ramai pelajar Law di UKM yang membawa kereta.

Selain itu, Perpustakaan Undang-undang di UKM terletak di dalam fakulti ini juga. Percayalah, Library akan menjadi tempat paling kerap anda pergi, boleh kata setiap hari kerana kedudukannya yang strategik serta selesa. Terdapat penggunaan Wifi dan juga komputer yang cukup di sini. Buku-buku law juga semuanya lengkap dan tersedia utk dijamah dan diratah. Di dalam library terdapat ruangan menonton TV dan juga ruangan study santai, anda boleh bersila mahupun berbaring. Jadi, apa lagi anda mahu ? semuanya selesa.

Berkenaan dengan tenaga pengajar, anda jangan bimbang ! Hampir semua pensyarah di Fakulti ini memegang title Dr dan Prof.. Cuma ada seorang dua sahaja yang masih lagi dalam proses menyambung PHD. Kesemuanya sudah mempunyai pengalaman mengajar sehingga berpuluh tahun. Ramai yang akui lecturer Law di UKM adalah Otai Otai. Ini bermakna orang lama dalam bidang ini. Maka, pengalaman mereka inilah yang sangat bernilai dan kita inginkan .

Saya yakin, informasi yang saya berikan ini mampu memberikan anda suntikan semangat untk memilih UKM sebagai destinasi pengajian anda selepas ini. Percayalah, anda tidak akan sekali kali menyesal belajar di sini ! Mungkin anda meletakkan priority pada Universiti lain, hanya kerana anda tidak pernah sedar UKM adalah destinasi terbaik utk dituju. Sistem yang diberikan di sini menepati pasaran yang negara inginkan.




p/s : kepada semua calon yang terpilih ke sessi temu duga kemasukan ke Fakulti Undang-undang UKM, sila click link ini untuk maklumat lanjut  ( CLICK FOR INFO ) 



Kepada yang bakal ke sini, selamat menempuh cabaran yang tak terkata :)



Saturday, July 13, 2013

Bagaimana Aku Melihat Dunia





Saat matahari terbenam,
aku masih lagi terduduk kaku di atas sebuah kerusi,
menghadap pantai yang terbentang luas,
terasa percikan air yang membasahi seluar dan kaki.

Ku lihat dari jauh matahari Oren itu terbenam,
mengucapkan Sayonara kepada siang dan aku yg setia melihatnya,
awan mula gelap menandakan malam sudah tiba.

Oh hari berganti hari begitulah yg terjadi..siang berganti malam dan seterusnya.

Manusia ? tetap sama..pergi kerja balik kerja..bangun pagi makan..tidor dan bangun semula ! kita masing masing ada tanggungjawab dalam hidup.. tak kira aku ini pelajar..seorang mahasiswa sepenuh masa..atau seorang pekerja di syarikat swasta..atau seorang penjawat awam..semuanya hanya satu..mencari rezeki utk suapan nasi saban hari..

Melihat awan biru..luas
Melihat laut biru..luas

Atas, bawah, semuanya luas..baru ku sedar hidup ini sebenarnya luas ..perjalanan yang terlalu jauh utk mengenal dunia..jadi, apakah aku punyai masa utk sibukkan mengejar dunia? sedangkan sejauh mana aku cuba mengejar dunia..luasnya xkan mungkin aku capai ! xkan pernah aku puas ! kerana luasnya dunia...

Aku duduk..pandang ke tapak tangan..melihat kulit di tangan yang mula menampakkan usia yang semakin meningkat..ku lihat kulit tidak lagi cerah macam zaman kanak2..ku lihat tapak kaki..terasa keras dan kematu menandakan banyaknya aku berjalan..

Alangkah penat tangan dan kaki ini berkerja..tapi aku terlupa..kemana perginya?

Hummmm...pikiran serabut ! sungguh , hidup ini banyak yang sia2 aku kerjakan..terlalu banyak..

Mencari rezeki...dapat duit..hilang ~ dan terus hilang..
Mendapat ilmu...dapat..kemudian hilang ~ dan terus hilang...

Yang tinggal cuma akaun yang kosong..dan keputusan cgpa di atas kertas !

ha ha ha ! hidup yang terus terusan begini.. Dunia ! terasa juga usaha keras ini semua pelaburannya sementara..


Kerana itu.. aku mengerti..kenapa aku dilahirkan sebagai seorang Islam. ? kau tahu kenapa? kerana setiap perkara tidak ada yang sia sia... alangkah indah susun atur ini kalau ku patuh... dapat duit..sedekah lah..biar beranak pinak duit itu menjadi pahala beterusan.. dapat rezeki, bayarlah zakat..biar berkembang duit itu menjadi pahala berpanjangan...dapat ilmu..kongsikanlah..biar kekal ilmu itu menjadi warisan zaman berzaman ! nahhh-- Islam memang cantik !

Satu perkara juga aku sering fikirkan..

Dalam usia aku yang baru 20an ini..masih jauh perjalanan perlu ku tempuh..insyaAllah.
Apa mampu aku buat dalam usia ini ? saban hari bercampur dengan kawan2 di universiti hanya memikirkan soal belajar dan belajar..pikir nak dapat gaji besar masa kerja..tapi soalnya..penantian ke arah itu terlalu lamaaa...

hummm... nah..aku mencari kehidupan lain..bekerja sambilan di sebuah gedung beli belah di bandar Melaka..bercampur dengan rakan2 sebaya yang sudah bekerja sejak lepas SPM..pergaulan ini setidak tidaknya jauh daripada memikirkan soal CGPA..soal kerja lepas habis belajar..kali ini lain pula ceritanya...banyak dihabiskan masa tentang kehidupan sebagai seorang pencari rezeki..

Mereka bekerja sedangkan aku belajar sepenuh masa..di saat aku sedang seronok ditanggung ayah dan ibu...mereka sudah mula menanggung keluarga mereka..duit bulanan dibuat belanja adik2..gaji diberi kepada orang tua..aduhhh..jauh sekali dgn aku ! setiap bulan menghabiskan duit PTPTN..entah kemana pergi duit itu..bila dah habis.. call abah mintak bank in duit ..  berbeza..memang berbeza !

Biarpun mereka kurang pendidikan..namun mereka mengajar aku..erti tanggungjawab kepada keluarga.. ingat, dunia ini bukan tempat kita seorang..tapi kita punya tanggungjawab.. !

Jauh di sudut hati..berdoa agar aku menjadi manusia yang sentiasa berkorban utk keluarga..belajar itu perlu..tapi CGPA tidak pernah mengajar kita erti kasih sayang dalam keluarga..juga nilai pengorbanan yang perlu kita bayar..hanya dgn pengalaman hidup..kita bisa belajar banyak dari insan sekeliling...

kalau kau mahu lihat dunia..bukan lihat awan dan pantai sahaja ! tapi lihatlah teman sekeliling..hayatilah kehidupan mereka..nescaya kau akan melihat dunia dengan kaca mata dan benak fikiran sendiri..sama seperti mana yang aku lihat ! dunia bukan objek bulat atau papan leper..tapi ia pandangan yang luas..dari mana arah pun..kau bisa melihat..dunia ini ! tanpa sempadan..biarlah peluh yang menitis menjadi bekalan ke syurga..biarlah rezeki yang mengalir menjadi bekalan akhirat.. dunia ini utk semua, tapi syurga utk yang mereka berjaya ..hayatilah :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...