Thursday, January 31, 2013

Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di ICC !





Tahukah anda, sebagai pengguna kita mempunyai Hak terhadap barang-barang yang kita beli dan gunakan ? Jadi adakah anda tahu apa itu Hak Sebagai Pengguna? Pernahkah anda tahu kesan-kesan dan perkara yang boleh diambil sebagai pengguna? Pasti tidak semua yang tahu ! Alangkah malangnya kalau kita tidak mengambil berat tentang perkara ini kerana di Amerika Syarikat, kuasa pembeli dan pengguna mengatasi segalanya. Inilah sebabnya syarikat2 pengeluar barangan di Barat begitu cakna dan berhati-hati dalam mengeluarkan produk2 baru mereka supaya tidak berhadapan dengan tekanan pengguna di sana.


Adakah anda pernah ambil kisah mengenai apa yang berlaku setiap kali musim perayaan? Adakah anda pernah ke pasar untuk membeli bahan basah dan tanpa sedar harga barangan tersebut meningkat saban tahun? Adakah anda pernah membeli pengering rambut dan selepas gunakan tak sampai sebulan, ianya rosak dan anda gagal untuk mendapatkan ganti rugi daripada penjual?

Sebagai seorang manusia biasa, hidup sebagai salah satu bahagian dalam masyarakat anda pasti akan mengalami situasi-situasi di atas. Tidak kira la anda merupakan seorang peguam, seorang guru atau seorang suri rumah sepenuh masa, anda mesti sekurang-kurangnya ambil peduli terhadap apa yang berlaku kerana pada hari ini, pada ketika anda membaca ini masih ramai lagi di antara kita yang tak tahu ataupun buat-buat tak tahu terhadap hak-hak kita sebagai seorang pengguna. 

Ya, hak anda sebagai pengguna lebih daripada sekadar warranty dan ganti rugi.

Oleh sebab itu, saya menjemput saudara-saudari, tidak kira latar belakang sama ada anda merupakan seorang pensyarah, kaki Twitter atau Facebook, peguam, pelajar undang-undang, ahli perniagaan, suri rumah, model sambilan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kami di dalam :

"International Conference on Consumerism 2013"

Program ini akan berlangsung pada 27 Mac 2013 di Hotel Equatorial Bangi. Program satu hari ini dijalankan dengan kerjasama Consumers International yang beribu pejabat di London dan Sekolah Undang-Undang UKM. 

Selain menarik minat industrialis untuk melihat pelbagai aspek consumerism, program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelbagai latar belakang masyarakat untuk berbincang mengenai undang-undang pengguna dan kepenggunaan selain mendedahkan peserta terhadap pelbagai hak dan kepentingan di dalam celah-celah kepenggunaan ini.

Suatu pelaburan yang kita semua tidak harus sesali adalah pelaburan untuk menuntut ilmu dan lebih-lebih lagi ilmu mengenai kepenggunaan ini melebihi ilmu sains, matematik dan bahasa kerana kepenggunaan itu sendiri melangkaui aspek yang jauh lebih besar dari ilmu-ilmu yang disebutkan tadi. Jangan lepaskan peluang kerana sehingga hari ini kami sudah mempunyai lebih 80 pembentang kertas kerja daripada dalam dan luar negara, selain akan didahului dengan tiga ucaptama dari Profesor Undang-Undang dari Jepun, Arab Saudi dan Consumers International sendiri.

Oleh itu, ayuh ramai-ramai sertai Internation Conference of Consumerism ini untuk menambah ilmu kita sebagai pengguna dan rakyat yang sentiasa berhadapan dgn masalah barangan serta harga di pasaran ! Tunggu apa lagi, daftar lah segera..semoga peroleh manfaat. Jumpa anda di sana ! 

Sebarang urusan pendaftaran dan pertanyaan adalah melalui :

  1. Untuk pendaftaran anda boleh rujuk ke website www.ukm.my/icc2013/
  2. Atau hubungi terus Ms Rohaidaa Shaari di Pejabat Am Sekolah Undang-Undang UKM di talian 03-89216820 atau 03- 89216355
  3. Atau anda boleh emailkan sebarang pertanyaan ke iccukm2013.gmail.com 





Wednesday, January 30, 2013

KISAS Terbaik STAM 2012 .



Namamu bukan sekadar termasyur bahkan jasadmu menjadi buah mulut masyarakat. Itulah dia bumi Waqafan, bumi penuh rahmat tempat lahir golongan professional dan para ustaz ustazah serta cendekiawan yang sentiasa menjadikan agama sebagai landasan.

Keputusan STAM 2012 baru sahaja diumumkan hari ini ( 30 Januari 2013). Alhamdulillah, sekali lagi KISAS mendapat kedudukan pertama dalam Negara dgn keputusan STAM terbaik kesuluran peringkat kebangsaan. Ini adalah kejayaan bersama, kejayaan pelajar, guru dan pentadbir kesuluruhannya.

Bukan perkara yang mudah utk terus kekalkan momentum dan kedudukan sebagai sebuah sekolah terbaik di Negara ini. Namun, berkat doa, usaha dan kegigihan semua pihak ianya bukan suatu yang mustahil.

Semoga keputusan STAM ini akan menjadi perangsang buat adik2 Kisas yang lain iaitu calon2 SPM, STPM dan STAM 2013. Begitulah juga dgn keputusan SPM dan STPM tahun 2012 yang masih lagi menjadi tanda tanya dan penantian yang mendebarkan. Adakah kejayaan yang sama turut bakal dilakar? Semoga Kisas akan terus melakar sejarah !

Masih ingat lagi kata2 Ayahanda Pengetua Abdullah Jusoh :

"Kita mahu pelajar yang berminda kelas pertama, Kisas adalah sekolah berprestasi tinggi yang terbaik di seluruh negara. Bersama merangkul keunggulan"

Mabruk utk semua pelajar STAM Kisas 2012 . Semoga terus berjaya dalam bidang yang dituju.




Tuesday, January 29, 2013

Pembedahan Terakhir 3.0



Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat.

Alhamdulillah, Jumaat lepas ( 25 Januari 2013) telah selesai pembedahan ketiga dan insyaAllah itulah pembedahan terakhir. Berat telinga mendengar, berat lagi aku yang menggalas kesakitan. Ceh, peribahasa .

Yeaa, aku tahu mesti kawan2 terdekat semua dan penat dengar..aku ni asyik operate sajorh. Ya Allah, bukan ku pinta jadi begini. Sudah takdir illahi menentukan. :)



Sekarang sy sudah di rumah..berehat panjang sementara cuti semester ni. InsyaAllah, naik cuti sem ni pun masih belum baik lagi dan bakal meneruskan kehidupan kat sana dengan tongkat sakti kesayangan aku ni. Sudah 4 tahun saya bersahabat dgn tongkat ni. X sangka, sejak perkenalan kali pertama pada tahun 2009, saya terus bercinta dgn tongkat ni sehinggalah ke tahun 2013. Inilah namanya ketentuan Tuhan..segalanya bukan dalam bidang kuasa kita sebagai manusia yang lemahh .

Sejak 2009 jugalah aku terus bercerai talak satu dengan Rugby..bila lagi boleh kita bersama wahai Rugby tersayang ? Sudah 4 tahun aku menanggung sengsara kerinduan terhadapmu duhai bola rugby..masih bisakah aku meneruskan legasi kehebatan winger ini ? *masihhh berangannn* haha.

Sebenarnya operation kali ke-3 ni bukan sebab aku cedera 3 kali. Tapi sebab operation kali pertama aku gagal..so buat operation kali kedua..cuma ada 2 stage..So, kali ini adalah sambungan daripada operation kali kedua ( 6 bulan lepas) . Mujur Tuhan masih sayang, kerana diberikan Ilham utk doktor2 merawat kecederaan parah aku ni. Masih berpeluang lagi utk aku merasa nikmat kaki seperti anda anda semua.

As usual, HKL adalah tempat rasmi pembedahan aku.. ward sama, nurse yang jaga pun sama..apatah lagi Doktor yang da 4 tahun rawat aku pun masih sama.. sudah kenal dengan rapat kita semua ni..keluarga di HKL..secara x sengaja dibentuk :) *rahmat*

Tengok muka saya yang sedang peningg :



Ini sebelum masuk  bilik bedah..memang takut..walaupun ini kali ketiga..tapi macam2 boleh jadi..risau juga takut ada perkara2 pelik jadi..tapi alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Operation kali ni amik masa 7 jam. Fuh , memang lama. X tahu apa yang doktor repair lama lama tu. Sangat complicated...aku masuk bilik bedah tu pagi dalam pukul 11.30..dan keluar dah pukul 8.30 malam. Terperanjat jugak hati ini. Tapi sebab dah kene cucuk ubat bius..so x sedar apa2 dah la.

Lepas operation tu, pening kepala yang teramat amat..maklumlah, guna Morphine..setiap kali sakit aku tekan ubat morphine tu masuk terus dalam urat2 badan..Morphine bukan calang2 Dadah..tu memang PainKiller terbaik! Effect dia memang buat aku khayal..macam orang x betul bila cakap..malm tu memang muntah2..x de selera nak makan..memang mengantukk je amik Morphine ni..Ini amik secara Halal..ada sukatan daripada Doktor.. xtahulah aku macam mana Drug Addicts boleh survive amik Morphine ni illegaly..

Sepanjang kat sana, sempatlah aku beramah mesra dengan jiran2 baru.. iaitu pesakit2 tepi katil..yelah, duduk Ward 1st class..ada 4 katil je..memang perlulah berkenalan antara satu sama lain kan..xkan hidup nak sombong..ehh, x berkat hidup mcm tu. ! 

Terima kasih juga utk kawan2 yang datang menziarah aku kt HKL :




Yang sebelah kiri ni my freaking old frens merangkap Brothers..yang sebelah kanan ni adalah kawan2 ex-Kisas yang sekarang tgh cuti sem..terima kasih korang semua yang dtg ! Pakcik terharu nakkkk :D

Sekarang adalah masa utk saya beri tumpuan 200% utk pulihkan semula kaki saya seperti sedia kala. Doktor bagi amaran, dalam masa setahun jangan buat apa2 aktiviti lasak.. Follow schedule dan arahan yang Diorang sediakan..perghh~ maknanya, aku perlu berpuasa daripada jadi HyperActive la skarang ni..xpela, i will survive !! Nak kembali sihat macam dulu..insyaAllah.. 

Doakan kesihatan aku yea..doa kawan2 ni Allah pandang...orite..will see next sem at UKM guys..kalau sudi datanglah ke rumah..okey..jaga kaki baik2..main Rugy ke main bola ke main futsal ke semua perlu berhati hati..tersilap langkah, padah la jawabnya anak2 yea.. Till here. Gud bye :)


Tuesday, January 22, 2013

Picnic di Tanjung Tuan, Blue Lagoon ! Awesome Day.



3 hari sebelum operation adalah saat2 genting yang perlu diperuntukkan dengan sehabis baik memandangkan beberapa bulan lepas operation berlangsung, aku akan berkabung di rumah sepanjang hari. Maka, agenda percutian tanpa malam dirancang dengan baik bersama 5 orang sekawan Ripo, Cimam, aku, box dan Mum. Maaf, nama mereka sangat tidak menarik dan tidak komersial utk dihebahkan..apatah lagi utk berkenalan. hahaha.

Mungkin ramai yang tertanya tanya, "Where is actually d location of Blue Lagoon"

Kalau tuan tuan sekalian tahu lokasi Port Dickson, maka insyaAllah perjalanan tuan tuan ke Tanjung Tuan juga tidak jauh daripada situ. Jika memandu dari Melaka, Tanjung Tuan ini terletak sebelum sampai ke Pantai Teluk Kemang, PD. Ianya tersorok di belakang sebuah Kem Tentera yang terletak di sebelah kiri jalan. Hanya mereka yang cekap memandu dan bijak menggunakan Papa-go sahaja akan berjaya sampai ke kawasan misteri ini. Jadi, jangan lepaskan peluang..! Ayuh selongkar misteri di sini.

Tapi sebelum tu, sukalah saya untuk berkongsi beberapa perkara. Sebenarnya, pantai Tanjung Tuan ni adalah kawasan Teluk..ianya tidak lah besar dan lapang macam Pantai Teluk Kemang..tapi saya jamin, kepuasan mandi di sini lebih seronok memandangkan sy sendiri telah merasainya, ehemm, harap anda jelezz. 

Seronok betul mandi kat sini, sebab kita berpeluang pergi sampai ke tengah-tengah pantai..kira-kira 2-3 KM dari jarak tepi pantai sebab keadaan air yang cetek dan sesuai utk kanak2. Tapi utk orang dewasa pun seronok. Air kat sini, jernih bak air yang keluar dari mata ikan duyung. Sungguh boleh nampak ke dasar laut. Sesuai utk peminat Snorkeling !

Memandangkan kami berlima ini datang tanpa persediaan BBQ ataupun masak memasak. Jadi, hadir kami ke sini sekadar memenuhkan ruang2 waktu yang ada. Kami pun berjalan di tepi2 kawasan berbukit dan berbatu untuk sampai ke suatu kawasan persisiran pantai yang lain. Di situ, kawasannya seperti x pernah diteroka manusia. Sungguh kami bangga jadi manusia pertama jejak di situ ! hahaha. Percaya ke?


Sudah jauh ke tengah laut, matahari pulak naik menegak sehingga menyebabkan kulit mula berasa seperti dibakar. Inilah orang kata SunBurn. Mujur awal2 aku da pakai Losyen kulit. haha. 

Kemudian, projek NKRA kami bermula dengan pembinaan Istana Pasir terbesar dengan 100% gunakan bahan semula jadi yang ada di sekitar kawasan pantai. Maklumlah, masa kecik2 dulu x mampu nak buat Sand Castle besar2...main2 pasir kene roboh dek air...kasihann...

Sudah penat main pasir, penat berpanasan dan berlumuran dengan peluh..pastinya tekak menjadi kering kontang dan perut memainkan lagu 60 an.. Sangat klasik ! Arghh laparnya.. Teringin benar pancing ikan lalu panggang kat situ jugak. Tapi ikan semua size bilis sajee..apo nak buekk. haha.

Mujurlah wujud manusia seperti aku yang rajin membeli makanan..kami berlima pun menyantap 2 bungkus Twisties dan sebungkus Potato Chips..perghh..nikmat yang x terkata..sungguh pantas bak pirana dapat makanan..cukuplah sekadar mengalas perut sebelum menjamu juadah yang lebih lengkap..



Setelah menyantap semua hidangan ekspress ini..maka bermulalah sessi fotografi bajet2 gempak dengan Sand Castle buatan kami berlima ! Nampak keghairahan kanak2 berusia 20 tahun kat bawah ni. Hahaha. Maklumlah, cuti semester baru bermula..masa untuk lupakan kenangan Final Exam yang mengerikan..jadi, waktu bersama kawan2 ni adalah waktu Release Tension yang bagus...di samping terus menerus melaksanakan aktiviti Rohani  !!




Pukul 3 petang kami pun beredar mencari Masjid terdekat utk bersihkan diri dan solat. Dah selesai solat, maka kami pun menyantap juadah yang lebih menyelerakan..dan pulang ke Melaka dalam keadaan yang sangat meletihkan.. Masing2 terkulai layu di pusara..tidur sepanjang dalam kereta.. Tabik spring diberikan kepada Encik Ripo kerana terpaksa bersengkang mata memandu keretanya..apa nak buat..adat driver..memang kene tahan mata..kawan2 lain sedap ketiduran..

Begitulah kisah suka duka aku dan D Brothers walaupun x cukup ahli..masih ramai lagi yang belum bercuti.. Blue Lagoon meninggalkan satu lagi sejarah yang terukir nama kita.. ewahh. 

Kepada pembaca, jangan lepaskan peluang menarik ini utk berkunjung ke Pantai Tanjung Tuan atau Blue Lagoon. Semoga perjalanan anda selamat sampai dan pulang. Selamat bercuti ! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...