Thursday, January 31, 2013

Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di ICC !





Tahukah anda, sebagai pengguna kita mempunyai Hak terhadap barang-barang yang kita beli dan gunakan ? Jadi adakah anda tahu apa itu Hak Sebagai Pengguna? Pernahkah anda tahu kesan-kesan dan perkara yang boleh diambil sebagai pengguna? Pasti tidak semua yang tahu ! Alangkah malangnya kalau kita tidak mengambil berat tentang perkara ini kerana di Amerika Syarikat, kuasa pembeli dan pengguna mengatasi segalanya. Inilah sebabnya syarikat2 pengeluar barangan di Barat begitu cakna dan berhati-hati dalam mengeluarkan produk2 baru mereka supaya tidak berhadapan dengan tekanan pengguna di sana.


Adakah anda pernah ambil kisah mengenai apa yang berlaku setiap kali musim perayaan? Adakah anda pernah ke pasar untuk membeli bahan basah dan tanpa sedar harga barangan tersebut meningkat saban tahun? Adakah anda pernah membeli pengering rambut dan selepas gunakan tak sampai sebulan, ianya rosak dan anda gagal untuk mendapatkan ganti rugi daripada penjual?

Sebagai seorang manusia biasa, hidup sebagai salah satu bahagian dalam masyarakat anda pasti akan mengalami situasi-situasi di atas. Tidak kira la anda merupakan seorang peguam, seorang guru atau seorang suri rumah sepenuh masa, anda mesti sekurang-kurangnya ambil peduli terhadap apa yang berlaku kerana pada hari ini, pada ketika anda membaca ini masih ramai lagi di antara kita yang tak tahu ataupun buat-buat tak tahu terhadap hak-hak kita sebagai seorang pengguna. 

Ya, hak anda sebagai pengguna lebih daripada sekadar warranty dan ganti rugi.

Oleh sebab itu, saya menjemput saudara-saudari, tidak kira latar belakang sama ada anda merupakan seorang pensyarah, kaki Twitter atau Facebook, peguam, pelajar undang-undang, ahli perniagaan, suri rumah, model sambilan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kami di dalam :

"International Conference on Consumerism 2013"

Program ini akan berlangsung pada 27 Mac 2013 di Hotel Equatorial Bangi. Program satu hari ini dijalankan dengan kerjasama Consumers International yang beribu pejabat di London dan Sekolah Undang-Undang UKM. 

Selain menarik minat industrialis untuk melihat pelbagai aspek consumerism, program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelbagai latar belakang masyarakat untuk berbincang mengenai undang-undang pengguna dan kepenggunaan selain mendedahkan peserta terhadap pelbagai hak dan kepentingan di dalam celah-celah kepenggunaan ini.

Suatu pelaburan yang kita semua tidak harus sesali adalah pelaburan untuk menuntut ilmu dan lebih-lebih lagi ilmu mengenai kepenggunaan ini melebihi ilmu sains, matematik dan bahasa kerana kepenggunaan itu sendiri melangkaui aspek yang jauh lebih besar dari ilmu-ilmu yang disebutkan tadi. Jangan lepaskan peluang kerana sehingga hari ini kami sudah mempunyai lebih 80 pembentang kertas kerja daripada dalam dan luar negara, selain akan didahului dengan tiga ucaptama dari Profesor Undang-Undang dari Jepun, Arab Saudi dan Consumers International sendiri.

Oleh itu, ayuh ramai-ramai sertai Internation Conference of Consumerism ini untuk menambah ilmu kita sebagai pengguna dan rakyat yang sentiasa berhadapan dgn masalah barangan serta harga di pasaran ! Tunggu apa lagi, daftar lah segera..semoga peroleh manfaat. Jumpa anda di sana ! 

Sebarang urusan pendaftaran dan pertanyaan adalah melalui :

  1. Untuk pendaftaran anda boleh rujuk ke website www.ukm.my/icc2013/
  2. Atau hubungi terus Ms Rohaidaa Shaari di Pejabat Am Sekolah Undang-Undang UKM di talian 03-89216820 atau 03- 89216355
  3. Atau anda boleh emailkan sebarang pertanyaan ke iccukm2013.gmail.com 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...