Friday, February 1, 2013

Projek Langat 2 Wajar Diteruskan atau Tidak ?




         Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah isu Langat 2. Ya, semua sedia maklum ini adalah isu melibatkan bekalan air di negeri Selangor yang dijangka akan mengalami kekurangan dalam masa 10 tahun. Oleh itu, untuk mengelakkan berlaku masalah kekurangan bekalan air pada masa akan datang, Kerajaan Pusat telah memberikan cadangan untuk membuat satu Loji Rawatan Air ( Langat 2 ) di negeri tersebut. Suatu dana telah diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek ini, namun, sehingga sekarang Langat 2 belum lagi dilaksanakan atas beberapa alasan dan faktor yang dinyatakan Kerajaan Negeri.

Semua sedia maklum, Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sebelum saya menceritakan berkaitan Langat 2 dengan lebih lanjut, suatu persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah, siapakah yang berhak untuk mengurus tadbir isu bekalan air dan pembinaan loji air di Selangor ini ? Kerajaan Negeri atau Pusat ?

Menurut Muhyiddin dalam Sinar Harian, 23 Julai 2012. Projek Langat 2 ini akan tetap diteruskan tanpa penglibatan Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu Kerajaan Pusat telah meminta keputusan dan pandangan Peguam Negara berkaitan isu ini sama ada boleh dilaksanakan atau tidak. Peguam Negara telah bermesyuarat tentang isu ini memandangkan ia adalah isu yang melibatkan kuasa kerajaan negeri juga. Oleh itu, dalam projek Langat 2, wajar atau tidak Kerajaan Pusat meneruskan agenda mereka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri?

Muhyiddin di laman web The Malaysian Insider bertarikh 26 Januari 2013, berkata Projek Langat ini tetap akan diteruskan walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

"Kerajaan pusat kata, lulus tak lulus kita sudah tawar kontrak bina Langat 2...dalam sebulan dua, kita buat juga Langat 2 demi  kepentingan rakyat dan bukan Menteri Besar ataupun pakatan pembangkang," katanya.


Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Oleh itu, di sini saya sertakan sekali beberapa perkara yang dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam laman web Selangorku :


Kerajaan Negeri Selangor yakin semua pihak bersetuju air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk keperluan pengguna meskipun ada pihak yang mengatakan empangan kita hampir kering.

Sepertimana yang disahkan oleh Lembaga Urusan Air Negeri Selangor (LUAS) minggu lepas, kesemua tujuh buah empangan di Selangor berada dalam tahap memuaskan.


"Saya seterusnya bawa perbincangan ke fasa 2 iaitu isu air terawat". Dalam isu ini, dua orang Menteri Persekutuan telah mendakwa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air terawat jika Loji Langat 2 tidak dibina secepat mungkin.


Projek Langat 2 yang dikatakan bernilai lebih RM6 billion ini bukan sahaja melibatkan loji rawatan air tetapi juga terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang. Air mentah ini akan dibayar sebanyak 10sen setiap liter padu.


"Saya mempersoalkan pendirian ini kerana jika air mentah di Selangor mencukupi dan masalah kita yang adalah air terawat; mengapakah kita perlu membina terowong untuk mendapatkan air mentah dari Pahang?"


Bukankan lebih praktikal dan jimat jika kita hanya membina loji rawatan air (water treatment plant) berdekatan dengan empangan yang sedia ada?


Dalam memperkatakan isu air terawat, kita juga perlu mengkaji kos dan kecekapan operasi di loji rawatan air yang sedia ada.


Terdapat 33 loji rawatan air di Selangor dan 29 daripadanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor tetapi diurus oleh Puncak Niaga Sdn Bhd. Dalam satu laporan yang disediakan oleh Enrico terhadap 29 loji rawatan, kesemua loji tidak beroperasi secara optimum manakala 18 dari mereka (62.07%) memerlukan penambahbaikan.


Empat lagi Loji rawatan dimiliki oleh syarikat konsesi dan salah satu daripadanya adalah loji rawatan air Sungai Selangor 2 (SSP2) milik Puncak Niaga - salah satu loji rawatan air termahal di dunia pada harga RM 1.3 billion untuk kapasiti 950 mld (juta liter sehari).


Disini jelas menunjukkan jika kita mahu memperbaiki hasil air bersih; satu kajian yang menyeluruh perlu dibuat ke atas semua loji rawatan yang sedia ada bagi memastikan mereka beroperasi secara optimum.


Jelas pengurusan loji rawatan oleh syarikat konsesi perlu disoal keberkesanannya kerana setelah 8 tahun mereka mengurus, loji rawatan ini masih tidak boleh beroperasi secara optimum.


Satu lagi isu yang perlu diberi keutamaan adalah kadar non-revenue water dimana sekarang berada dalam paras 33%. Dalam pengurusan air yang cekap, tahap NRW adalah pada 10% kebawah. Di Selangor, jika kita boleh kurang 15% dari masalah NRW, kita dapat selamatkan 222.4 mld dari dibazirkan begitu sahaja. Ini bermakna, Selangor tidak akan menghadapi apa-apa masalah bekalan pada 10 tahun akan datang tanpa berbuat apa-apa.


Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri menggesa agar proses penyusunan semula industri air Selangor diselesaikan seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 yang boleh menyelesaikan semua isu: bekalan air mentah dan air bersih, pengurusan loji rawatan, pembaikan paip-paip air dan NRW.


Ini akan membolehkan Kerajaan Negeri sendiri memastikan segara urusan penghasilan dan pembekalan air menjadi lebih berkesan serta memastikan tarif air yang munasabah.


Kesimpulannya projek Langat 2 bukan jawapan bagi menyelesaikan masalah air di Selangor. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor Barisan Nasional sebelum ini gagal mengkaji keseluruhan aspek permasaalahan yang sebenar sebelum membuat keputusan membina projek Langat 2 yang saya kira antara matlamatnya adalah memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.


Begitulah keterangan yang telah diberikan oleh Tan Sri Khalid berkenaan sebab-sebab beliau menolak untuk melaksanakan Projek Langat 2.

Namun, hairan, mengapa isu air di Selangor ini masih tidak selesai ? Saya tertanya tanya, adakah Kerajaan Negeri sengaja menghebohkan cerita ini di media untuk menunjukkan kelemahan urus tadbir PR di Selangor atau perkara ini benar-benar series perlu diatasi ? Adakah selama ini PR tidak menjalankan usaha mereka untuk atasi masalah ini atau Kerajaan Pusat sendiri menjadi dalang dalam isu ini ? Ini semua adalah perkara yang di luar pengetahuan saya selaku golongan marhein. Anda nilailah sendiri sejauh mana kewajaran projek Langat 2 ini. Sy cuma berharapa pihak yang berwajib, pikirkanlah penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat. Jangan kerana menjaga periuk politik masing2, nasib rakyat pula dikorbankan. 





6 comments:

Anonymous said...

Langat 2 untuk future use. you nak tunggu air dah kering baru nak buat projek tu ke?

Anonymous said...

syabas juga di milikki kerajaan selangor. syabas make profit, the state also make money. i bet, jika selepas penstrukturan air, jika ini benar berlaku, means semua belongs to state, projek2 kemudian di salur ke kroni PR. dont u see? so tak payahlah nak cakap besar pasal kroni2 ni. sebab PKR pun ade syarikat2 kroni dia org.

Anonymous said...

apesal takut ke nak siar my comment?

Naim said...

apesal gelabah sangat. haha. Awak yang takut, tunjukkanlah diri sebenar. Setakat anonymous. Ini blog bukan 24 jam dibuka. Tunggulah sehingga komen diapprove. Harap faham ye cik.

Naim said...

How far do u know air nak kering kalau masih ada bukti bekalan mencukupi. In fact kalau benar ianya suatu kepentingan, maka teruskan je la. U shall read my entry carefully befoe beremosi ye cik .

Naim said...

So whats ur point relating to my post ? haha. funny la .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...