Friday, February 22, 2013

Dasar Kerajaan "Populariti" Bukan Nilai Kepimpinan Yang Kita Cari





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga penulisan ini sampai ke telinga yang layak mendengar dan sedia menerima kritikan telus dari saya, insan yang baru sahaja masuk dekad ke-2 dalam lembaran kehidupan.

Politik bukan perkara asing dalam masyarakat bahkan ia adalah asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat agar berkembang menjadi tamadun. Asalnya kita hidup tanpa organisasi tapi arus masa membawa manusia hidup dengan nilai-nilai yang lebih terhormat . Maka wujudlah organisasi dalam sesebuah masyarakat untuk menjadi jentera penggerak kepada ketemadunan manusia. Asas dalam sesebuah kelompok masyarakat mestilah mempunyai seorang Penghulu atau Ketua bagi mengetuai kumpulan agar kelangsungan masyarakat itu dapat bergerak dengan baik dan sistematik. Maka, wujudlah sebuah terma yang dipanggil Politik . Defini secara literalnya Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.

Tidak dapat tidak berbicara konteks dunia semasa, Politik digambarkan sebagai sebuah kumpulan yang bergerak mengikut kepartisan lalu membentuk sebuah kepimpinan di dalam negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, negara kita mempunyai sistem politik tersendiri yang sangat unik berbanding negara-negara luar. Konsep asasnya negara kita mengamalkan Federalism iaitu negara berasaskan Persekutuan. Perkara yang lebih unik adalah kita mengamalkan Constitutional Monarchy di bawah Federalism ini. Apa itu constitutional monarchy? Ianya adalah suatu konsep Raja Berpelembagaan yang tidak ada diguna pakai dalam negara lain. Gambaran ini memberi makna yang jelas bahawa sistem beraja di negara kita mestilah mengikut Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang utama perundangan di negara ini.

Dalam konteks yang lebih dekat dengan rakyat, negara Malaysia mengamalkan amalan demokrasi seperti mana yang diperkenalkan oleh Barat. Lantaran itu, bagi mendokong aspirasi Demokrasi ini, sebuah proses yang dikenali sebagai Pilihan Raya dijadikan medan pertembungan bagi poilitik yang berasaskan kepartisan ini bertanding dalam meraih undi dan hati rakyat . Perkiraanya cukup mudah, majoriti akan mengatasi minoriti . Ini bermakna, mana-mana parti yang berjaya meraih undi 2/3 hati rakyat akan mendapat kerusi di Parlimen mahupun ADUN . Perkiraan yang sama juga dinilai untuk melihat Parti mana yang layak untuk memerintah Negara berdasarkan undi majoriti.Umum mengetahui, Tsunami Politik yang berlaku pada PRU 12 telah memberikan kesan yang cukup signifikan kepada pergerakan Politik Malaysia kerana membuka mata Barisan Nasional bahawa Rakyat sudah tidak mahu duduk di bawah pemerintahan BN. Hasilnya, sepanjang 5 tahun pentadbiran kerajaan UMNO Barisan Nasional, pelbagai langkah telah diambil dan beberapa dasar negara telah diubah disamping meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan demi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.

Walaubagaimanapun, lain pula ceritanya yang berlaku dalam kalangan anak muda serta barisan alternatif pembangkang kerana pergerakan mereka begitu proaktif dan aktif dalam mencapai sasaran utk menawan Putrajaya sekaligus mengubah polimik politik yang selama ini menghantui negara kita. Maka, pelbagai plan dan dasar telah dibentuk dalam Pakatan Rakyat yang menggabungkan 3 parti iaitu Keadilan Rakyat, Pas, dan DAP. Mereka membongkar rahsia-rahsia korupsi kerajaan dan membawa solidariti Revolusi dalam jiwa rakyat Malaysia untuk bangkit menentang kezaliman serta penipuan Barisan Nasional yang selama ini telah menjadi dalang dalam menghimpit Rakyat.

Lantaran itu, sepanjang 5 tahun ini suara-suara mahasiswa, belia, serta rakyat Malaysia kesuluruhannya lantang menuntut Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak-hak mereka serta menghapuskan budaya politik kotor Barisan Nasional. Perkara ini terbukti apabila wujudnya Bersih 1.0, Bersih 2.0, dan Bersih 3.0 yang dibanjiri puluhan ribu masyarakat di seluruh Negara bahkan turut diraikan di luar negara sebagai tanda protes kepada kepimpinan sedia ada. Tidak cukup dengan itu, beberapa gerakan lain seperti Gerakan Mansuh ISA, Lynas, Himpunan Hijau, Mansuh AUKU, serta Gerakan Tuntutan Royalti turut mendapat sambutan masyarakat sebagai protes terhadap kepimpinan sedia ada. Kemuncak untuk semua Protes ini adalah di Himpunan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka sebagai himpunan terkahir sebelum menghadapi PRU -13.

Senario ini memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa pertarungan Politik Malaysia berada dalam keadaan yang sangat kritikal , dan rakyat sudah berani bersuara kerana kefahaman mereka sudah mula terbuka tentang keadaan Politik sebenar di negara kita. Walaupun Bersih mendapat tentangan dan kritikan hebat oleh barisan pro-kerajaan namun, realiti yang lebih penting untuk kita sama-sama sedari adalah kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional sudah tidak sekuat dahulu.

Kesannya, suara kebangkitan rakyat ini telah menggegar kedudukan Barisan Nasional sebagai parti yang masih lagi diberikan kepercayaan untuk mentadbir negara buat masa ini. Protes kebangkitan rakyat ini nyata telah memberikan impak kepada kepimpinan sedia ada untuk melakukan sesuatu demi mejamin kelangsungan periuk nasi mereka selaku pemimpin yang berwibawa. Maka, senario politik di negara ini telah berubah menjadi sebuah Politik Propaganda dan Populariti semata-mata demi meraih undi. Mereka ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa BN sudi mendengar suara rakyat dan sedia untuk lakukan perubahan demi rakyat tercinta. Lantaran itu, agenda mereka bermula dengan menghapuskan Akta Polis yang kononnya memberi kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun, namun akhirnya ia digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2010 yang pada dasarnya ianya masih sama untuk menyekat kebebasan berhimpun rakyat Malaysia. Kemudian kerajaan menghapuskan ISA sebagai bukti kerajaan peka dan cakna bahawa ianya tidak boleh diguna pakai kerana mencabuli hak asasi manusia. Namun sekali lagi ini adalah mainan Populariti kerajaan kerana memperkenalkan pula SOMMA untuk menggantikan ISA yang dasarnya juga sama untuk menangkap sesiapa sahaja yang didapati bersalah tanpa diberitahu sebab penangkapan dan ditahan tanpa bicara. Inilah mainan Propaganda yang sangat mengecewakan hati rakyat kerana menunjukkan kepimpinan beliau tidak telus dalam mengangkat suara rakyat bahkan sengaja memperlekeh kebangkitan ini.

Menjelang PRU yang semakin dekat, Barisan Nasional di bawah kepimpinan Najib dilihat sebagai parti yang bergerak di bawah dasar "Populariti" kerana memperkenalkan skim-skim yang berasaskan 1 Malaysia untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa "Kerajaan Memberi Rakyat" pelbagai perkara, maka "Kami Parti Yang Prihatin".  Ini adalah konsep populariti yang saya kira BN wajar hentikan. Walaubagaimanpun, sebagai rakyat marhein, saya dan anda semua wajib bersyukur di atas segala pemberian ini dan gunakannya sebaik mungkin kerana ini adalah  rezeki.

Namun, untuk menilai dasar pemberian ini, kita perlu rasional dan akur bahawa ini memang konspirasi populariti.

Ayuh kita lihat satu persatu apa yang diberikan oleh Kerajaan hari ini iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) , Baucar Buku 1 Malaysia ( BB1M), Kad Siswa 1 Malaysia (KS1M), Bantuan Lesen 1 Malaysia ( BL1M ), Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya. Baiklah, sebagai rakyat saya menyambut baik usaha kerajaan dalam memberikan pelbagai skim-skim dan bantuan kepada golongan sasaran ini. Namun, sedar atau tidak ianya hanya menampal nama 1 Malaysia dan diubah dalam bentuk yang lebih Glamour dan Berjenama.

BR1M misalnya adalah pemberian bersifat one-off iaitu hanya sekali bagi sahaja. Kerajaan memperuntukkan RM 500 ringgit utk setiap keluarga yang pendapatan isi rumah di bawah RM3000 ringgit. Sedar atau tidak ini hanyalah mainan politik,kerana pemberian ini bersifat populariti dan bukan untuk menjaga kebajikan secara telus. Geografi setiap penduduk adalah berbeza, ada yang tinggal di bandar dan ada juga di kawasan pedalaman. Perbezaan geografi ini juga membawa kepada perbezaan kos sara hidup dan juga ekonomi setempat. Sudah tentulah golongan yang tinggal di bandar mempunyai kos sara hidup yang tinggi berbanding mereka yang tinggal di luar bandar . Kos sara hidup juga bertambah sekiranya sudah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai. Jadi adakah pemberian BR1M ini sebenarnya ingin membantu rakyat atau sekadar menunjukkan kerajaan telah beri BR1M berkmakna kerajaan prihatin ? Ini adalah mainan politik yang sengaja dibuat agar mengaburi mata rakyat bahawa pemberian ini sendiri tidak berjaya membela nasib rakyat yang dihimpit kesusahan. Bukanlah niat saya ingin meperlekeh usaha kerajaan, namun ini lah realiti yang kita sama-sama hadapi hari ini. BR1M ini sekadar ingin memancing undi rakyat. Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, perkara yang lebih penting untuk diberi penekanan adalah usaha-usaha yang bersifat jangka masa panjang dan mampu membela rakyat yang miskin daripada ditindas dalam dunia penuh persaingan hari ini.

Oleh itu, sebagai rakyat biasa, pandangan saya cukup mudah. Apabila kita mengkaji semula sejarah kepimpinan Saidina Umar Aziz , beliau memberi penekanan yang cukup tegas terhadap institusi zakat dalam pentadbiran negara. Saya percaya, sekiranya kerajaan kita memberikan tumpuan yang tegas untuk membangunkan institusi zakat di negara ini, dan menubuhkan lagi badan-badan yang bertanggungjawab untuk menjana kelangsungan pemberian zakat ini, maka Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar mampu membasmi kemiskinan. Kita percaya, pemberian wang melalui BR1M itu cuma bersifat sementara, jadi usaha sama kerajaan untuk membangunkan institusi zakat adalah satu bentuk pelaburan yang melangkaui masa depan . Zakat jangan disalah tafsir untuk diberi kepada golongan miskin semata-mata, malahan dalam konteks semasa wang zakat boleh diagihkan untuk memberi bantuan belajar, wang untuk mengerjakan haji dan umrah bagi yang tidak mampu, untuk pembangunan masyarakat setempat, dan juga pelbagai perkara untuk kebaikan Ummah. Hatta zakat juga wajar digunakan untuk menaja perkahwinan golongan muda yang memerlukan. Ini lah sistem pentadbiran yang telus dalam membantu rakyat kerana ianya diberikan mengikut keperluan .Bukan seperti BR1M yang diberi sahaja secara pukul rata tanpa mengira faktor geografi dan isi rumah . Ini lah pemberian berbentuk Populariti yang tidak memberi kesan jangka masa panjang malahan menggalakkan pembaziran.

Seterusnya apabila kerajaan kononnya menunjukkan keperihatinan kepada pelajar dengan memperkenalkan Baucar Buku 1 Malaysia dan Kad Siswa 1 Malaysia. Ini juga adalah pemberian untuk meraih Populariti kerana sebenarnya ianya hanyalah pemberian yang dijenamakan dengan nama 1 Malaysia. Tahukah anda pemberian Kad Siswa 1 Malaysia ini tidak memberi manfaat pun kepada pelajar. Bahkan ianya hanya menolak cukai-cukai dalam pembelian perkara-perkara tertentu yang kebanyakannya bukanlah kepentingan Siswa. Apabila dikaji, penggunaan kad siswa sekadar menolak sekitar 40-60 sen dalam pembelian sesuatu barang yang kadang-kadang tidak diperlukan pun tapi kerajaan telah menghebahkan berita kononnya pelancaran Kad Siswa ini benar2 membantu pelajar. Sungguh ini hanyalah Propaganda. Pengenalan Kad berjenama 1 Malaysia ini juga satu bentuk pembaziran kepada negara kerana apa bezanya dengan status kita sebagai pelajar yang sudah pun mempunyai Kad Matrik Pelajar ?  Bukankah ini bukti kita masih belajar dan perlu mendapat hak-hak istimewa sebagai pelajar ? Ini lah yang sebenarnya trick dan helah kerajaan untuk mengalihkan pandangan kita agar kita nampak kerajaan ini cakna terhadap kebajikan pelajar dgn hanya memperkenalkan Kad Siswa 1 Malaysia.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar , pandangan saya cukup mudah, sepatutnya jika kerajaan ini ikhlas dalam menjalankan amanah untuk kebajikan pelajar, tidak perlulah untuk membuat pembaziran dengan perkenalkan Kad Siswa 1 Malaysia yang ternyata menipu kami sebagai pelajar. Saya sambut baik pemberian Baucar Buku 1 Malaysia yang setakat ini memberi manfaat kepada saya. Namun, untuk lebih telus dan mengangkat hak kebajikan mahasiswa, saya cadangkan agar kerajaan membuat suatu dasar baru yang memberikan mahasiswa ini kelebihan dan speciality dalam hal2 tertentu. Status semasa hari ini memang memberi banyak kelebihan kepada pelajar, namun dasar yang ada dalam kerajaan ini sering kali diketepikan oleh pihak2 syarikat yg lain. Oleh itu jika kerajaan memperkasakan dasar, dan tekad untk mengurangkan beban pelajar, ianya benar2 menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada pelajar. Apa yang ingin saya katakan, sekiranya dasar ini dibuat, sesiapa sahaja yang masih belajar boleh mendapatkan kelebihan seperti membeli buku yang lebih murah dgn potongan 30% , boleh menggunakan transport awam dgn percuma, dikecualikan daripada semua cukai kerajaan, malahan untuk membuat lesen memandu pun berhak mendapat harga yang murah. Kesemua ini hanya boleh diakses sekiranya mempunyai Kad Matrik Pelajar yang menjadi bukti kita masih pelajar. Maka, nampaklah keberkesanannya berbanding memperkenalkan Kad Siswa 1 Malaysia yang akhirnya fungsinya sekadar meraih Populariti.

Bercakap soal Kedai Rakyat 1 Malaysia, hakikat sebenarnya harga yang ada di jual di KR1M ini sama sahaja seperti kedai lain, malahan dalam sesetengah barang, harganya lebih mahal daripada kedai biasa. Ini adalah hasil pemantaun dan survey yg saya buat sebelum sesuka hati menulis di dalam blog. Maka, sebenarnya apakah hasrat dan niat kerajaan memperkenalkan KR1M ini ? Ini lah yang saya katakan, kerajaan memperkenalkan suatu perkara semata-mata untuk menampakkan mereka membantu, namun pada hakikatnya ianya masih sama. Ini semua adalah suatu helah yang diberi jenama 1 Malaysia.

Hari ini lambakan bentuk bantuan yang dijenamakan dgn nama 1 Malaysia, walhal pada dasarnya untuk membantu rakyat , Kerajaan perlu mengkaji struktur harga dan ekonomi pasaran. Memberi dan terus memberi bantuan2 yang bersifat sementara ini akan menunjukkan kerajaan sebuah parti yang tidak ada misi dan visi . Sebagai rakyat marhein, saya tidak menolak pemberian ini namun, saya yakin kerajaan perlu lebih komited dalam merangka bentuk-bentuk kebajikan untuk memberi kesan kepada hidup masyarakat. Hari ini kerajaan beri BR1M , RM 500.. tahun depan naik RM 1000.. tapi kos sara hidup meningkat 3 kali ganda. Jadi di manakah relevannya pemberian ini ? Sedar atau tidak RM 500 itu boleh dihabiskan dalam masa satu hingga dua minggu sahaja sekiranya duduk di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Oleh itu, saya berasa, ini semua adalah mainan kerajaan "populariti" yang perlu dihentikan.

Saya tidak kira haluan parti mana yang akan naik menjelang PRU 13 nanti. Namun saya harap, sekiranya UMNO Barisan Nasional masih lagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah, moleklah kiranya BN merombak semula dasar pemerintahan mereka dan hentikanlah sistem pentadbiran yang bersifat Populariti ini. Saya tidak nampak langsung hala tuju pentadbiran Najib Tun Razak yang seolah olah kerjanya mendapatkan Populariti semata-mata. Mungkin molek juga jika diberi peluang kepada Muhyiddin Yassin untuk memerintah. Sekiranya PR yang bakal naik memerintah, saya juga sangat berharap agar PR telus dan ikhlas dalam menunaikan janji serta manifesto yang mereka lemparkan. Semoga kepercayaan rakyat terhadap PR tidak akan dikecewakan.

Hari ini gambaran Politik negara menampakkan perebutan kuasa pemerintahan yang sangat kuat. Namun, rakyat perlu bijak memikirkan yang terbaik untuk rakyat kerana kita adalah rakyat yang perlu diberi keutamaan oleh pemerintah. Sekarang bukan zaman dan masa kita taksub pada Parti, tetapi zaman kita untuk menilai siapa yang lebih layak memerintah. Jika 30 - 40 tahun dahulu memang kita semua bersatu di bawah UMNO namun hari ini, kita perlu lebih telus menilai siapa yang lebih layak memerintah. Tidak semestinya kita perlu menjadi penyokong yang Fanatik, tetapi berfikirlah dengan lebih rasional dan matang. Ini semua adalah hak individu untuk menilai, maka jadilah individu yang berani menyahut revolusi dan reformasi ! PRU - 13 menjadi titik tolak perubahan negara. Dasar Kerajaan "Populariti" Bukan Nilai Kepimpinan Yang Kita Cari.

Mohon maaf penulisan ini menyinggung perasaan mana-mana individu, namun nilailah sendiri fenomena Politik semasa yang berlaku hari ini. Penilaian setiap orang mungkin berbeza, namun atas dasar rasional, fikirkanlah yang terbaik buat negara.

Monday, February 18, 2013

Kes Penahanan Hilmi di Bawah SOSMA.






KUALA LUMPUR 18 FEB: Permohonan habeas corpus difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mencabar penahanan Muhammad Hilmi Hasim di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), 7 Februari lalu.

Peguam mewakili Hilmi, Fadiah Nadwa Fikri berkata, ia dibuat kerana Sosma bertentangan dengan perlembagaan.

“Penahanan Hilmi tidak patut di bawah Sosma. Tangkapan bersifat ‘mala fide’ atau berniat jahat, dan tahanan itu bukan bertujuan untuk siasatan.

“Hilmi ditangkap bersama majikannya, Yazid Sufaat. Saya dan peguam Murni Hidayah kebetulan ada ketika itu. Saya saksikan bagaimana tangkapan itu dibuat tanpa memberitahu Hilmi apa sebab beliau ditahan, walaupun Hilmi ada bertanya pegawai polis tentang penahanannya,” kata Fadiah kepada media.

“Kami kemudian bertanya pegawai sebab penahanan. Ini kerana ia termaktub dalam undang-undang dan Sosma sendiri bahawa sebab penahanan perlu dijelaskan kepada orang ditahan,” jelasnya lagi.

Hilmi dibawa ke Pusat Tahanan Reman Jinjang dan dinafikan akses kepada peguam melebihi 48 jam seperti yang diperuntukkan dalam Sosma.

“Beberapa hari melepasi tempoh 48 jam, kami masih belum dapat bertemu Hilmi, walaupun temu janji dibuat. Kami juga membawa ibu Hilmi, Rahamah Abdul Majid kerana menurut polis hanya ibunya dibenar berjumpa Hilmi,” jelas Fadiah.

Rahamah kemudian diarah ke Balai Polis Sungai Buloh untuk bertemu Hilmi tetapi sekali lagi hak itu dinafikan apabila pegawai polis, Inspektor Azawan mahu menemuduga Rahamah terlebih dahulu.

“Tiba-tiba mereka bawa ibu Hilmi untuk ditemuduga. Peguam bertanya apa tujuan temuduga kerana tiada peruntukan dalam prosedur melainkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah,” kata Fadiah.

“Kata pegawai polis itu, beliau hanya ingin menemuduga dan percakapan itu bukan dibuat di bawah Seksyen 112, malah peguam dihalang untuk menemani ibu Hilmi,” katanya.

Menurut laporan permohonan habeas corpus tersebut, polis melanggar Seksyen 4 (2) Sosma kerana enggan memberitahu alasan tangkapan, dan pencabulan Fasal 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana Hilmi dihalang bertemu peguam.

Tambah Fadiah, Seksyen 4(5) Sosma bertentangan Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan setiap orang patut mendapat perlindungan undang-undang.

“Kita tak diberitahu sebab penahanan. Tahanan juga dinafikan hak bertemu peguam, itu menjadikan semua orang boleh ditahan di bawah Sosma,” kata Fadiah.

Yazid dan kenalannya, Halimah Hussein yang turut ditahan di bawah Sosma akan dibicara bermula Khamis ini, atas tuduhan melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, manakala Hilmi sehingga kini masih ditahan tanpa sebarang pertuduhan.

Habeas corpus adalah perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan yang tidak mengikut undang-undang.


Friday, February 15, 2013

Belajar Di Universiti Tak Sama Macam Di Sekolah





Pada saat dan ketika ini mungkin ramai yang sedang meratap nasib mengenangkan keputusan exam yang malap-malap sahaja pointer nya. Mungkin jugak ada segelintir manusia yang sedang gembira meraikan keputusan Exam nya yang cemerlang lagi terbilang ! Applause !


X kiralah apa pun result yang keluar, tapi perlu diingat, segala takdir dan ketentuan ini milik Allah. Siapalah kita utk berjalan mendabik dada sedangkan jelas ilmu kita cuma secebis daripada lautan yang luas. Only HIM knows whats d best for us.

Dulu zaman sekolah, kita mungkin boleh bangga result straight A plus plusss.. Boleh menjerit kegembiraan result meletop extravaganza kebabom ! Yeah, itu lumrah, zaman sekolah belajar memang target kita utk dapat Straight A.. Pada waktu itu, bukan susah nak score sebab semuanya disumbat dan disuap dan kita sentiasa telan puas puas apa yang cikgu bagi. Itu yang keluar result boleh kerek-kerek post kat FB . hahaha. well itu semua rezeki ok :)

As time goes, kita akan menghabiskan waktu sekolah dgn result SPM..mungkin ada yang excellent..ada yang kurang excellent dan ada yang biasa-biasa sahaja.. Jadi bertebaranlah kita semua ke merata tempat.. Ada yang ke Matrikulasi, ada ke Asasi, ada ke A-Level , dan ada jugak yang buat Diploma. Semuanya hanya satu sahaja matlamat, iaitu jalan menuju ke Degree ! Bezanya, cepat atau lambat..berjaya atau tidak..itu sahaja.

Begitulah yang aku lalui, masuk ke Asasi dengan matlamat belajar utk lepas buat Degree in Law. Study pulun habis habisan..memang dgn harapan keputusan yang keluar nanti melayakkan aku sambung Law di peringkat Degree. Alhamdulillah,berjaya jugak akhirnya sambung Law di Universiti Kebangsaan Malaysia.. Maka, perjalanan sebagai mahasiswa bermula dgn satu Azam dan tekad yang kuat.. I need to study hard here ! Work hard ! Struggle to get excellent result ! Yeah dan bermacam macam lagi lah kata-kata semangat bermain di jiwa dan mental. Semuanya hanya satu tujuan iaitu untuk menaikkan roh study, moga2 memberi kesan di dalam diri.

Namun ternyata, keputusan untuk sambung study dalam Law ini memberi kesan kepada mental aku sendiri.. Jujurnya, ia bukan course yang senang.. Sama lah juga seperti kawan2 lain yang bertebaran dgn course medic, engineering, dentist , pharmacist dan lain-lain yang mencabar. Semua ini adalah pilihan kita sendiri, dan kita lah yang bakal menanggung segala bebanan yang mendatang. Buat mereka yang mengambil course ringan-ringan, mereka juga ada rintangan mereka sediri tetapi tidaklah tahap criticalnya sama seperti course critical medic, law dan sebagainya. Kita perlu relevan dan terima dengan rasional, ada course yang memang senang sangat nak Score result gempak gempak dan ada course yang cukup lah sekadar lulus sudah memuaskan hati. Jadi result di Universiti ini, x sama mcm zaman sekolah..ia bergantung kepada pilihan bidang masing-masing.

Jujurnya, bila sudah melalui satu semester zaman degree, aku study memang untuk LULUS. Nauzubillah, memang x nak fail..dan takut untuk fail.. x terbayang rasanya kalau kene repeat paper memandang setiap semester subjek makin susah dan bilangan makin bertambah..! Hah, x mungkin aku mampu terus bertahan dalam dunia undang-undang ni.

Memang hakikatnya, aku juga punya cita-cita utk dapat result yang hebat mcm orang lain, tapi aku perlu akur, dalam course critical ini, tidak semudah usaha 100% boleh dapat result cemerlang. Aku kene tambah usaha jadi 200% barulah hasilnya mampu buat aku tersenyum. Sebab itu lah aku belajar sesuatu, iaitu belajar utk ikhlas dan redha menerima keputusan exam. Lumrah kita semua x kan berjaya dengan mudah !

Tatkala hari-hari sedih dan sayu ini menghantui diri, ada juga kawan2 yang meraikan keputusan yang cemerlang dan awesome ! Seronoknya mereka DL .. Tapi ternyata, laluan kita berbeza, bidang kita berbeza..Tika inilah mental aku ibarat dihentak hentak menahan kesedihan dan keperitan..x mungkin semudah itu aku melihat kejayaan mereka..jauh di sudut hati merasakan diri ini dah jatuh tersungkur di lantai..Namun, kita tak boleh nafikan hak dan rezeki orang lain ! Itu kejayaan mereka..

Sebab itu lah, di universiti, pesaing terkuat adalah diri kita sendiri.. Hanya kita yang tahu kemampuan serta kekuatan diri sendiri..Kita jugalah yang tahu kelemahan dan kekurangan diri sendiri.. Maka, bersedialah untuk lakukan perubahan..masih banyak lagi masa untuk lakar kejayaan.. yakin boleh..pasti boleh..insyaAllah boleh..

I have another 7 sem to go..sama lah macam anda semua yang mungkin ada lagi 5 sem.. Jadi kegagalan hari ini, bukan bermakna kita gagal.. Kita masih ada masa utk berubah..ada masa dan waktu utk teruskan perjuangan..insyaAllah..tekad berusaha !

Aku x mungkin sanggup abaikan masa depan aku.. Think ahead.. Aku juga bakal berkeluarga suatu hari nanti..bakal ada anak2..semua ini adalah titik peluh utk kebaikan masa depan.. Selagi mak dan abah masih hidup, pasti parents kita semua nak tengok kita berjaya.. Jadi atas sebab tu, aku x nak cepat putus asa.. Masih ada peluang..peluang utk buat mereka semua gembira..

Zaman sekolah dah berakhir..zaman tu kita belum cukup kenal dunia..skarang, zaman yang jauh lebih mencabar..cabaran datang dari dalam diri sendiri..siapa pun aku, hanya DIA yang menentukan segalanya..Aku, kau dan kau cuma mampu berusaha dan ikhtiar utk yang terbaik.


All d best guys. Three Musketeers  . All For One and One For All. 







Thursday, February 14, 2013

Perjalanan Panther Hitam Putih ! Debat Wupid On9


Glory Glory Panther Hitam Putih ! Lawan Tetap Lawan Membujur Arus Melintang :)


Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat perwakilan kerajaan pembangkang sekalian ! Salam rindu juga buat segenap lapisan pembaca blog ini..semoga semuanya sihat-sihat sentiasa.. maklumlah, keadaan cuaca yang x menentu, kekadang demam datang x diundang. All is well!

Baiklah, untuk mulakan cerita ayuhlah saya perkenalkan Panther Hitam Putih ini kepada semua yang sedang membaca. Saya dan saudara Nazmi adalah pelajar Tahun Satu Fakulti Undang-Undang UKM. Pada masa yang sama, kami juga adalah sebahagian daripada ahli Unit Pengucapan Umum UKM. Sebagai konklusi mudah, kami berdua juga adalah pendebat UKM. 

Pada awal bulan 12 tahun 2012, World Universities Peace Invitational Debate (Wupid) kategori Bahasa Melayu telah diadakan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada mana2 individu tetapi dgn syarat haruslah mempunyai pasangan masing-masing kerana ianya adalah British Parliamentary Debate style . Secara kesuluruhannya, setiap universiti boleh untuk menghantar seberapa banyak pasukan yang diinginkan asalkan menepati syarat yg diberikan. Untuk makluman, ini adalah Debat secara on9 ! Haaa menarik bukan ? Jadi bagaimana methodologi debat ini berlangsung ? Sebenarnya, ia adalah debat idea yang berorientasikan penulisan. Panel hakim akan menilai berdasarkan hujah dan fakta yang kita peroleh. Nampak macam mudah, tetapi hakikatnya ia lebih remeh. Ini fakta bukan auta :)

Baiklah, WupidBM ini telah mendapat sambutan baik, iaitu disertai seramai 38 pasukan yang mewakili pelbagai Universiti . Kalau sifat debat ini terbuka, maka sudah pastilah UITM menghantar Pasukan teramai dalam debat yang sebegini rupa memandangkan UiTM adalah universiti yang mempunyai cawangan terbanyak di dunia. Namun tidak mengapa, itu semua tidak menjadi isu.

UKM menghantar 3 pasukan iaitu, Hitam Putih, UKM C dan Panther Hitam Putih ! Maka, seperti yang terpapar di gambar di atas, kamilah pasukan Panther Hitam Putih . Usah ditanya kenapa Panther? Jawapannya,sampai sekarang pun saya x tau. hahaha.

Perjalanan Debat kami bermula dengan agak huru hara dan kelam kabut memangdankan saya berhadapan dengan masalah teknikal sistem berkomputer Ipidato ! Namun. mujurlah kawan-kawan dan senior semuanya membantu mengatasi masalah ini sehinggalah perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Rentak perjuangan kami seperti disuntik Vaksin Semangat yang begitu membara apabila memenangi pusingan pertama ! Alhamdulillah, sungguh bahagia rasa hati. Maka, bermula daripada itu, saya dan Nazmi begitu gigih utk mempertahankan kemenangan demi kemenangan.

Pada waktu itu, kami sedang berhadapan dengan Final Exam. Bayangkan, sedang sibuk dengan persediaan Exam, kami tetap berusaha utk memastikan Wupid ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah, kemenangan demi kenangan dicapai sehinggalah kami tersenarai dalam 8 kumpulan teratas di peringkat Liga sekaligus melayakkan kami masuk ke pusingan Kalah Mati .



Kedudukan ke-7 daripada 38 Pasukan 


Pusingan kalah mati ini bermula dengan pusingan OctoFinalist. Kami ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi dengan satu-satunya pasukan yang telah mengalahkan kami pada peringkat liga iaitu team senior daripada UPM ! Sungguh ini adalah cabaran berat, kerana kami maklum, mereka adalah senior yang jauh lebih berpengalaman sedangkan kami masih lagi  belajar mencandat. Cabaran berganda datang menimpa kerana jadual perlawanan jatuh pada hari saya masuk ke hospital utk pembedahan Lutut. Maka, memang saya tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu dah menyerahkan sepenuh tugasan kepada saudara Nazmi. Beliaulah yang telah membuat hujah dan lanjutan kes bagi pihak saya. Terima kasih bro ! Namun, ternyata takdir dan rezeki memihak kepada kami kerana keputusan Hakim 2-1 memberi kemenangan kepada Panther Hitam Putih untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu pusingan Suku Akhir. Kami masih lagi teguh berdiri sebagai D'Panthers !

Perjalanana peringkat kalah mati diteruskan di pentas Suku Akhir. Walaupun telah cuba yang terbaik ternyata rezeki bukan memihak kepada kami. Perlawanan bertemu MMU telah memihak kepada mereka, dan kami terhenti setakat di Suku Akhir. Kekalahan ini sedikit pun tidak mengecewakan saya bahkan ianya adalah suatu kebanggaan kerana berjaya ke tahap ini. Cita-cita ingin memenangi RM 3 ribu itu nampaknya sudah terkubur namun disebalik segala pengalaman ini, ianya lebih bermakna :)



Kemenangan bergaya ke atas UPM di Peringkat Octo-Final




Kekalahan teruk kepada MMU di Peringkat Quarter -Final


Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi mengundi sepanjang perlawanan Liga. Tanpa undian daripada anda, maka siapalah kami utk mencapai kejayaan ini. Kalau dapat 3 ribu, insyaAllah boleh saya belanja makan, tapi nampaknya tidak ada rezeki kita utk meraikannya bersama. Kemenangan milik insan lain. Buat pasukan yang layak ke peringkat Semi-Final, teruskan perjuangan dan rebutlah kemenangan . Yang pasti UiTM sudah tempat tiket ke Final. Gud luck and all d best :)


REKOD PERLAWANAN PANTHER HITAM PUTIH







Friday, February 8, 2013

Berbakat Menjadi Penulis ? Sertai Projek Buku Ini.



Berbakat dalam menulis ? Minat berfantasi ? Suka berimaginasi ? Kreatif ?  Yaa! Andalah yang kami cari !


Assalamualaikum teman-teman pembaca sekalian..Jangan malu jangan segan..ayuh sama-sama kita raikan segala kehebatan dan keistimewaan bakat semula jadi yang ada dalam diri anda ! Alkisahnya begini, ada seorang rakan saya yang begitu komited dalam usaha-usaha beliau mengetengahkan seni penulisan cerpen ini..beliau ini boleh lah dikatakan penulis muda yang sedang berjinak-jinak ingin mengukir nama dalam dunia Novelist dan sudah pun berjaya menghasilkan beberapa buah buku. InsyaAllah, akan datang beberapa lagi judul buku bakal keluar di pasaran. Oleh itu, di sini ada 2 Projek Buku yang beliau ingin saya promosikan.Tujuan utama adalah untuk mencari sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi penulis dalam 2 buah projek buku ini.

Seperti yang anda lihat gambar buku di atas yang bertulis ARJUNI.. Itu adalah salah satu projek yang diberi nama Projek Buku Arjuni ! 

Sebagai ringkasan, projek ini bertemakan Perempuan ! Konsep buku ini khas untuk cerpen- cerpen di mana, watak utama dalam setiap cerpen mestilah PEREMPUAN. Di dalam buku ini, kami mahu tunjukkan bahawa golongan perempuan juga ada kuasa, ada daya tarikan, ada 'sesuatu' yang lelaki tak ada. Kami mahu cerpen yang mempunyai kelainan. Jadi, cuba reka jalan cerita yang menarik dan tidak mainstream. Berfikir diluar kotak!  

Bilangan penulis yang diinginkan untuk Projek Buku #Arjuni ini adalah seramai 10 orang !






Haaa, daripada Arjuni..kita beralih pula kepada nama yang lebih Feminin ala-ala wanita Melayu abad 70an.. Projek Buku Normasia !


Secara ringkasnya buku ini bertemakan Norma kehidupan manusia. Konsep buku ini tentang ragam atau rona-rona kehidupan manusia samada yang kita sedar atau yang tidak kita sedar. Baik ragam manusia yang jahat minta carut ataupun ragam manusia yang alim minta dibelai. Kami mahu cerpen yang mempunyai kelainan. Jadi, cuba reka jalan cerita yang menarik dan tidak mainstream. Berfikir diluar kotak!  


Bilangan penulis yang diinginkan untuk Projek Buku #Normasia ini adalah seramai 15 orang !



MACAM MANA NAK JADI PENULIS? BEGINI CARANYA


Kalau anda berminat, anda hanya perlu tulis cerpen dan emailkan kepada kami di bijipress@gmail.com

SYARAT-SYARAT CERPEN  :

- Cerpen sekitar 2500 patah perkataan atau lebih (A4, Times New Roman, saiz 12, format.doc)
- Cerpen yang anda tulis haruslah mempunyai jalan cerita yang tidak klise.
- Penulisan yang bersahaja, santai dan berani. Itu lah yang kami cari !
- Menjaga rapi segala nahu, tanda baca, ejaan mahupun perenggan dengan baik.

Deadline Projek : 1 April 2013 !

Bila dah konfiden dengan cerpen sendiri, email kepada kami dengan tajuk CERPEN PROJEK NORMASIA atau CERPEN PROJEK ARJUNI .


BAGAIMANA PROJEK BUKU INI BERJALAN? BEGINI CERITANYA

Jika cerpen anda terpilih :
  1. Anda perlu membayar RM100 kepada BIJI Press. Wang ini akan digunakan sebagai modal untuk kerja-kerja menerbit buku.
  2. Selepas buku siap, kami akan beri anda 10 bijik buku untuk anda jual dengan harga RM20/sebijik. Kalau habis terjual, anda akan dapat RM200. Untung RM100. 
  3. Kalau nak suruh kami jualkan pun boleh. Tiada masalah.
  4. Di samping keuntungan, nama anda juga akan mahsyur di bibir-bibir makwe mahupun pakwe kerana sudah ada buku sendiri. Yahooo!

Tugas kami :

  1. Mengumpul dana sekurang-kurangnya RM1500 untuk kerja kerja menerbit buku.
  2. Kami akan kumpul dan pilih manuskrip power. Kemudian, edit kemas-kemas.
  3. Mendesign cover buku dengan design yang pasti memukau hati makwe makwe. 
  4. Mendapatkan ISBN untuk buku ini. Dengan adanya ISBN, buku ini akan dapat dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Seluruh dunia pun boleh. 
  5. Kami akan cetak buku ini dan agihkan kepada setiap penulis sorang sepuluh buku.

DONE !

Demikianlah 2 Projek Buku yang sedang diusahakan oleh BijiPress..Jadi anda berminat atau tidak untuk menjadi salah seorang daripada penulis buku tersebut ? Jangan risau, anda cuma perlu menulis dan mengeluarkan idea yang sememangnya kreatif daripada kotak fikiran anda. Siapa sangka, anda sebenarnya memang berbakat ! Silap haribulan anda jadi penulis terkenal !! 


InsyaAllah buku ini akan dilancarkan sekitar bulan Mei 2013 ! 

Ayuh Garablah Peluang ! Sertai Projek Buku #Arjuni dan #Normasia ! 

Anda juga boleh terus merujuk ke : Biji Press (tekan)



Thursday, February 7, 2013

Kapal Terbang Menghempas Bumi Melaka.







Sedang orang ramai masih lagi diluit mimpi indah,tidur yang masih nyenyak, jalan yang sibuk dengan manusia jalanan.. Tiba2 ada mahkluk putih yang entah dari mana datangnya menghempas bumi Melaka !



Owhh begitulah gambaran suasana pagi tadi di Cheng Height Melaka ketika para bomba sedang berusaha gigih utk memadamkan kebakaran.. Bukan apa, bimbang meletop pulak pesawat mini ni..nanti satu kondominium runtuh ! Jangan buat pasal.. haha.

Pada jam 11.15 pagi, bertempat di airport, Bt.berendam Melaka sebuah pesawat piper 28,9m skz dari Malaysian Flying Academy (MFA) telah terhempas di Bukit Cheng, Melaka. Kemalangan melibatkan seorang pelatih MFA, seorang rakyat Malaysia berumur 20 thn. Mangsa mengalami kcederaan patah kaki dan luka2 dan kini sedang dirawat di Hospital Besar Melaka.

Mujurlah tidak ada sebarang tragei meragut nyawa. Punca kemalangan ini  berlaku masih lagi disiasat. Mohon penduduk Cheng tidak gelabah dan boleh menenangkan jiwa. Semoga ianya tidak akan berulang lagi.


Monday, February 4, 2013

Christiano Ronaldo's Own Goal . First Time Ever .


No matter who you are, which club you are, how skillful you are, what level you are, that's all cant denied that you are still a human who make mistakes in this life.


Yesterday, one miracle history surprised everyone especially Real Fans when Christiano Ronaldo's own goal put Real to lost the game against Granada, the lower rank football team 1-0. It was the first time ever in his career to make this such foolish goal as he is among the most expensive players in the world.

Ronaldo’s career is packed with goals of all sorts and from all angles, but he had never in 10 and a half seasons found the back of his team’s net until he headed a corner over goalkeeper Diego Lopez in a flubbed attempt to clear 22 minutes in.

Madrid’s fifth loss in 12 away games this season left it 15 points behind Barcelona before the Spanish league leader visits Valencia on Sunday. Atletico Madrid is four points ahead of Madrid heading into Sunday’s game against Real Betis.

Real coach Jose Mourinho announced he had already given up winning the league before Christmas and this latest blow means that Barcelona can increase their lead over them to 18 points if they win away to Valencia on Sunday.

There were doubts over whether or not Ronaldo would play as he is struggling with an ankle injury and his mood didn't improve when he headed a Granada corner into his own goal after 22 minutes.

Real had scored nine goals in their last two league games but they lacked the necessary drive perhaps as a result of a draining El Clasico in midweek where they scraped a 1-1 draw in the first leg of their King's Cup tie with Barcelona

I think Ronaldo might get enough rest to give him new spirit before the next game. Dont let this  mistake ruin all ur dreams. Its a challenge for him as a 5 stars footballer, don't ever do the same thing, and take this as a lesson.




Sunday, February 3, 2013

2 Pasangan Batch 55 Kisas ! Amazing, Adorable. Barakallah :)



(Klik Pada Gambar Untuk Lebih Besar)

Bak kata orang, x kenal maka x cinta.. ayuh saya kenalkan pasangan ini kepada anda, supaya anda boleh bercinta dengan mereka.. hahaha..

Assalamualaikum, salam keamanan dan kebahgiaan saya hulurkan buat teman-teman pembaca sekalian. Hari ini saya rasa sangat eksaited untuk menulis blog.. Almaklumlah, ada berita tergempar Kisas Batch 55 Lagi ! Saya makin hari, makin makan hati duduk dalam kalangan Batch 55 ni..setiap tahun, ada je jemputan kahwin yang saya dapat.. masyaAllah..Impressing, Amazing !!

Rasa insecure...semua dah ada hala tuju masing2..setakat ni, total statistic yang rasmi saya dapat..sudah 4 orang rakan Batch 55 berjaya dengan cemerlangnya mendirikan masjid..kalau sebelum ni Pasangan Amir & Siraj menggegar pawagam, kemudian diikuti Amirah & Suami, alhamdulillah, semalam 2.2.2013 Pasangan Sufi & Najwa serta Aini & Iqbar pula selamat diijabkabulkan menjadi Raja Sehari.. Barakallah ! Ini lah nama dia Jodoh dan ketentuan Allah yang tidak ada sesiapa pun mampu melawan dan menolak.. Sudah tertulis di luh mahfuz bahawa sekian sekian tarikh, pasangan pasangan ini akan menjadi Suami & Isteri yang sah..maka, saya rasa turut terharu tatkala melihat kecomelan dua pasangan ini..dan menumpang bahagia..sekadar menumpang bahagia sahajalah kemampuan saya setakat ini memandangkan diri ini juga masih belum berpunyaa. eheemm *promote. hahaha.

Untuk entry kali ini, saya akan cerita secara General siapakah pasangan-pasangan bertuah ini, insyaAllah...akan ada entry seterusnya memandangkan dah lama x menulis Blog tentang kahwin2 ni..maka ada satu lagi entry yang boleh buat anda gelak guling2..Hati2..Twiiter menjadi sasaran !:)



Pasangan yang lengkap berbaju penggantin serba Pinky ini adalah pasangan Aini & Iqbar.. Puan Aini, apa khabar ? Harap awak bacalah ye blog ini supaya boleh sengih dengan abang sayang kat rumah ! haha. Untuk pengetahuan semua, dulu-dulu saya x kenal pun siapa Puan Aini ni..tapi saya tahulah serba serbi..masa di Kisas, beliau adalah a part of Alianz member..ditakdirkan Allah, dengan keputusan SPM yang baik, beliau berjaya terbang ke negara orang untuk terus menimba ilmu di sana..sekarang Puan Aini adalah pelajar di Saint-Petersburg State Marine Technical University, Russia. Hebat bukan ? Yeaa saya tahu hebat !

Oleh sebab beliau ini hebat, maka kehebatannya diteruskan lagi sehinggalah beliau membuat keputusan untuk berkahwin dengan cik abang sayang Encik Mohamad Iqbbar bin Zainal Azhar, yang belajar di  Politeknik Ungku Omar, Ipoh..course marine juga sama seperti isteri terchintaa.. Saya x sempat nak korek info2 tentang Encik Iqbbar ini, tapi insyaAllah saya yakin, beliau juga adalah insan yang hebat dan bertuah memandangkan berjaya menambat hati sekuntum bunga keluaran bumi waqafan.. Sedangkan saya pun belum tentu mampu nk dpt bunga2 bumi waqafan ini.. :D  *promotee

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi pasangan suami Isteri yang sah.. Puan Aini kata, sekarang musim cuti Winter sekejap je..jadi beliau akan jemput kita semua ke suatu majlis yang belum diumumkan lagi tarikhnya..Walaubagaimanapun, melihat kegembiraan wajah penggantin ini, saya yakin rakan2 batch juga turut terhibur..biarpun dipisahkan Russia dan Malaysia, cinta tetap cinta, ia mampu meredah lautan bergelora kerana itulah hakikat Cinta..gittew.



Baiklah, pasangan Adorable serba Putih ini pula adalah pasangan Raja Sehari Sufi & Najwa . Ehemm. Pandai Sufi cari Isteri. hahaha. Alhamdulillah, tahniah Sufi dan isteri ! Bercerita tentang Sufi..dulu dulu saya ni bukanlah rakan yang 24/7 dengan Sufi.. maklumah, kami blok pun berlainan..kelas pun lain2.. Tapi, ade lah masa2 tertentu yang pernah dikongsikan bersama.. X sangka pulak, dalam diam-diam Sufi pasang strategi ! Habis tumbang Muslimin yang lain sebab Sufi dah buktikan dia berjaya jadi Muslimin pertama dalam Batch 55 yang mendirikan Masjid..hebat Sufi ni..xnak kalah..hehehe.

Kalau Aini daripada Rumah Ali, sebenarnya saudara Sufi ini juga datangnya daripada rumah Ali..masyaAllah nampaknya rumah Ali dah 3 orang dlm batch ini yang kahwin.. terbukti keunggulan Rumah Ali dalam pakej perkahwinan..saya tertanya tanya jugak.. KR Ali bila lagi ? ehemm mohon saudara Rauf buat statement terbuka nanti ya..anak buah semua dah pakat2 kahwin ni :)

Takdir Allah itu maha hebat ! Insan hebat ini sekarang masih lagi belajar di Faculty of Medicine Cairo University..insyaAllah bakal bergelar doktor x lama lagi..lulusan Mesir..memang pelik, dalam diam2 Sufi di Mesir, tiba2 ada berita Sufi nak kahwin dengan student Malaysia.. hehe.. Bila masa Sufi berkenalan ini ? Semua pasti tertanya tanya..tapi ini lah dia dikatakan Jodoh Allah beyond our expectation..

Bertemu di Muka Buku, Ku Jatuh Hati Padamu,
Bukan Xnak Mengaku, Tapi Aku Istikharah Dulu

Jadi adakah mereka berkenalan di Muka Buku ? haha. Sebenarnya, Sufi dan Najwa dah kenal lama..dulu2 sebelum Sufi ke Kisas, mereka pernah satu sekolah malah satu kelas.. Tapi pertemuan mereka itu sekadar utk seminggu sahaja..kemudian mereka pun berpisah ke sekolah yang lain..sobss...begitulah awal2 detik pertemuan mereka..Sebelum kisah muka buku bermula, mereka sudahpun berkenalan antara satu sama lain .. Jadi bagaimana pula cerita muka buku ? ahemm. haha.

Dalam ramai2 yang kita jumpa di luar, akhirnya cinta muka buku juga yang menjadi kenyataan .. Comel sungguh..Dengar cerita, Puan Najwa yg mula-mula add FB Sufi.. masa tu Sufi pun hati dah terpaut..ehemm..berdebar debar rasanya dapat friend request dari seorang insan cantik.. demi menjaga hati dan menolak sebarang gangguan yang x patut..maka, Sufi pun beristikharah lah demi mendapat jawapan..istikharah untuk accept friend request sahaja? Ini memang Amazing ! Hebat penangan Puan Najwa ni sampai Sufi kene buat solat istikharah :D

Alhamdulillah, rupa-rupanya inilah insan yang terpilih oleh Allah untuk mengenali antara satu sama keranaNya dan bersama juga keranaNya. Mabrukk  ! Lepas ni saya ingat semua orang pun pakat2 buat solat istikharah dulu sebelum accept friend request kat FB ke Twitter ke..mana tahu, silap haribulan, bertemu jodoh pulak..syukurr..siapa x nak kan.. hahaha...

Eh ehh..sekarang mari saya perkenalkan insan bertuah ini, Puan Nurfarhah Najwa bt Azman..tahniah Najwa kerana sekarang sudah layak dipanggil puan.. Saya harap ketika baca blog ini, Sufi dan Najwa sedang tersengih sengih menahan gelak..konon maluu..haha..maaf yea..sy cuma menulis blog..berita kebahgiaan, eloklah kita kongsikan buat dorongan kawan2 yang masih bujang..:)

Najwa ini bukan calang2 orang..hebat insan ini..beliau adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, MRSM..dan sekarang masih lagi belajar di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan..amboii..daripada Mesir ke Kuala Pilah...jauh betul jarak benua ! Bagaimanapun, semalam, semuanya berjalan dengan baik, 2 benua berbeza kini bersatu menjadi Cinta yang sah..menjadi pasangan yang sah..menjadi suami isteri yang sah.. Sufi dan Najwa..semoga terus sweet..biarpun dipisah dgn benua yang berbeza..hadapilah PJJ (Percintaan Jarak Jauh ) ini dengan tenang..sy tau, korang mesti skype hari hari nanti. haha. *gurau Sufi

Begitulah kisahnya latar belakang 4 orang insan di atas...kesemuanya masih lagi belajar.. dalam usia 20 tahun masing2 dah memikul amanah sebagai pasangan suami isteri..Lepas ni kalau ada rezeki insyaAllah akan pegang amanah sebagai ayah dan ibu..

Walau apa pun cabaran yang mendatang, semoga terus kuat.. memang berkahwin semasa belajar ini bukan jalan yang mudah..apatah lagi dipisahkan 2 benua berbeza.. Sorang di Russia sorang di Malaysia, sorang di Mesir sorang di Malaysia, masyaAllah..ini hebat..kami sentiasa mendoakan kebahgiaan anda semua.. Kahwin di awal usia bukan faktor penghalang utk study.. teruskan perjuangan sebagai student..balik dgn segulung ijazah..buktikan anda memang insan yang hebat..supaya jadi contoh kepada kami2 yang lain ni..ehemm..mana lah tahu, tiba2 tergerak hati tahun depan nak announce saya kahwin jugak ke. cehh..tidakk la..masih belum nampak bayangan lagi...tapi saya yakin, dah dengar desas desus ada lagi yang x lama lagi insyaAllah bakal naik pelamin juga..xpe, Kisas Batch 55 ni memang pantas dalam segala hal..kenapalah aku masuk dalam Batch ni..takut jugak ketinggalan..haha..




Sekadar ini sahaja coretan blog utk kali ini. Salam rindu buat teman2 seperjuangan di Kisas dulu, maaf x dapat hadir sama ke Majlis semalam disebabkan faktor kesihatan yang x mengizinkan. Semoga kita bertemu di lain waktu.. Lepas ni kalau ada majlis lain, jangan lupa jemput.. dengan ada majlis2 macam ni lah kita dapat mengubat rindu, mengerat ukhwah dan menambah perencah keseronokan Batch 55.  Oritee. Bersama merangkul keunggulan :)





Friday, February 1, 2013

Projek Langat 2 Wajar Diteruskan atau Tidak ?




         Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah isu Langat 2. Ya, semua sedia maklum ini adalah isu melibatkan bekalan air di negeri Selangor yang dijangka akan mengalami kekurangan dalam masa 10 tahun. Oleh itu, untuk mengelakkan berlaku masalah kekurangan bekalan air pada masa akan datang, Kerajaan Pusat telah memberikan cadangan untuk membuat satu Loji Rawatan Air ( Langat 2 ) di negeri tersebut. Suatu dana telah diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek ini, namun, sehingga sekarang Langat 2 belum lagi dilaksanakan atas beberapa alasan dan faktor yang dinyatakan Kerajaan Negeri.

Semua sedia maklum, Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sebelum saya menceritakan berkaitan Langat 2 dengan lebih lanjut, suatu persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah, siapakah yang berhak untuk mengurus tadbir isu bekalan air dan pembinaan loji air di Selangor ini ? Kerajaan Negeri atau Pusat ?

Menurut Muhyiddin dalam Sinar Harian, 23 Julai 2012. Projek Langat 2 ini akan tetap diteruskan tanpa penglibatan Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu Kerajaan Pusat telah meminta keputusan dan pandangan Peguam Negara berkaitan isu ini sama ada boleh dilaksanakan atau tidak. Peguam Negara telah bermesyuarat tentang isu ini memandangkan ia adalah isu yang melibatkan kuasa kerajaan negeri juga. Oleh itu, dalam projek Langat 2, wajar atau tidak Kerajaan Pusat meneruskan agenda mereka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri?

Muhyiddin di laman web The Malaysian Insider bertarikh 26 Januari 2013, berkata Projek Langat ini tetap akan diteruskan walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

"Kerajaan pusat kata, lulus tak lulus kita sudah tawar kontrak bina Langat 2...dalam sebulan dua, kita buat juga Langat 2 demi  kepentingan rakyat dan bukan Menteri Besar ataupun pakatan pembangkang," katanya.


Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Oleh itu, di sini saya sertakan sekali beberapa perkara yang dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam laman web Selangorku :


Kerajaan Negeri Selangor yakin semua pihak bersetuju air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk keperluan pengguna meskipun ada pihak yang mengatakan empangan kita hampir kering.

Sepertimana yang disahkan oleh Lembaga Urusan Air Negeri Selangor (LUAS) minggu lepas, kesemua tujuh buah empangan di Selangor berada dalam tahap memuaskan.


"Saya seterusnya bawa perbincangan ke fasa 2 iaitu isu air terawat". Dalam isu ini, dua orang Menteri Persekutuan telah mendakwa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air terawat jika Loji Langat 2 tidak dibina secepat mungkin.


Projek Langat 2 yang dikatakan bernilai lebih RM6 billion ini bukan sahaja melibatkan loji rawatan air tetapi juga terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang. Air mentah ini akan dibayar sebanyak 10sen setiap liter padu.


"Saya mempersoalkan pendirian ini kerana jika air mentah di Selangor mencukupi dan masalah kita yang adalah air terawat; mengapakah kita perlu membina terowong untuk mendapatkan air mentah dari Pahang?"


Bukankan lebih praktikal dan jimat jika kita hanya membina loji rawatan air (water treatment plant) berdekatan dengan empangan yang sedia ada?


Dalam memperkatakan isu air terawat, kita juga perlu mengkaji kos dan kecekapan operasi di loji rawatan air yang sedia ada.


Terdapat 33 loji rawatan air di Selangor dan 29 daripadanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor tetapi diurus oleh Puncak Niaga Sdn Bhd. Dalam satu laporan yang disediakan oleh Enrico terhadap 29 loji rawatan, kesemua loji tidak beroperasi secara optimum manakala 18 dari mereka (62.07%) memerlukan penambahbaikan.


Empat lagi Loji rawatan dimiliki oleh syarikat konsesi dan salah satu daripadanya adalah loji rawatan air Sungai Selangor 2 (SSP2) milik Puncak Niaga - salah satu loji rawatan air termahal di dunia pada harga RM 1.3 billion untuk kapasiti 950 mld (juta liter sehari).


Disini jelas menunjukkan jika kita mahu memperbaiki hasil air bersih; satu kajian yang menyeluruh perlu dibuat ke atas semua loji rawatan yang sedia ada bagi memastikan mereka beroperasi secara optimum.


Jelas pengurusan loji rawatan oleh syarikat konsesi perlu disoal keberkesanannya kerana setelah 8 tahun mereka mengurus, loji rawatan ini masih tidak boleh beroperasi secara optimum.


Satu lagi isu yang perlu diberi keutamaan adalah kadar non-revenue water dimana sekarang berada dalam paras 33%. Dalam pengurusan air yang cekap, tahap NRW adalah pada 10% kebawah. Di Selangor, jika kita boleh kurang 15% dari masalah NRW, kita dapat selamatkan 222.4 mld dari dibazirkan begitu sahaja. Ini bermakna, Selangor tidak akan menghadapi apa-apa masalah bekalan pada 10 tahun akan datang tanpa berbuat apa-apa.


Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri menggesa agar proses penyusunan semula industri air Selangor diselesaikan seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 yang boleh menyelesaikan semua isu: bekalan air mentah dan air bersih, pengurusan loji rawatan, pembaikan paip-paip air dan NRW.


Ini akan membolehkan Kerajaan Negeri sendiri memastikan segara urusan penghasilan dan pembekalan air menjadi lebih berkesan serta memastikan tarif air yang munasabah.


Kesimpulannya projek Langat 2 bukan jawapan bagi menyelesaikan masalah air di Selangor. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor Barisan Nasional sebelum ini gagal mengkaji keseluruhan aspek permasaalahan yang sebenar sebelum membuat keputusan membina projek Langat 2 yang saya kira antara matlamatnya adalah memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.


Begitulah keterangan yang telah diberikan oleh Tan Sri Khalid berkenaan sebab-sebab beliau menolak untuk melaksanakan Projek Langat 2.

Namun, hairan, mengapa isu air di Selangor ini masih tidak selesai ? Saya tertanya tanya, adakah Kerajaan Negeri sengaja menghebohkan cerita ini di media untuk menunjukkan kelemahan urus tadbir PR di Selangor atau perkara ini benar-benar series perlu diatasi ? Adakah selama ini PR tidak menjalankan usaha mereka untuk atasi masalah ini atau Kerajaan Pusat sendiri menjadi dalang dalam isu ini ? Ini semua adalah perkara yang di luar pengetahuan saya selaku golongan marhein. Anda nilailah sendiri sejauh mana kewajaran projek Langat 2 ini. Sy cuma berharapa pihak yang berwajib, pikirkanlah penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat. Jangan kerana menjaga periuk politik masing2, nasib rakyat pula dikorbankan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...