Friday, February 8, 2013

Berbakat Menjadi Penulis ? Sertai Projek Buku Ini.



Berbakat dalam menulis ? Minat berfantasi ? Suka berimaginasi ? Kreatif ?  Yaa! Andalah yang kami cari !


Assalamualaikum teman-teman pembaca sekalian..Jangan malu jangan segan..ayuh sama-sama kita raikan segala kehebatan dan keistimewaan bakat semula jadi yang ada dalam diri anda ! Alkisahnya begini, ada seorang rakan saya yang begitu komited dalam usaha-usaha beliau mengetengahkan seni penulisan cerpen ini..beliau ini boleh lah dikatakan penulis muda yang sedang berjinak-jinak ingin mengukir nama dalam dunia Novelist dan sudah pun berjaya menghasilkan beberapa buah buku. InsyaAllah, akan datang beberapa lagi judul buku bakal keluar di pasaran. Oleh itu, di sini ada 2 Projek Buku yang beliau ingin saya promosikan.Tujuan utama adalah untuk mencari sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi penulis dalam 2 buah projek buku ini.

Seperti yang anda lihat gambar buku di atas yang bertulis ARJUNI.. Itu adalah salah satu projek yang diberi nama Projek Buku Arjuni ! 

Sebagai ringkasan, projek ini bertemakan Perempuan ! Konsep buku ini khas untuk cerpen- cerpen di mana, watak utama dalam setiap cerpen mestilah PEREMPUAN. Di dalam buku ini, kami mahu tunjukkan bahawa golongan perempuan juga ada kuasa, ada daya tarikan, ada 'sesuatu' yang lelaki tak ada. Kami mahu cerpen yang mempunyai kelainan. Jadi, cuba reka jalan cerita yang menarik dan tidak mainstream. Berfikir diluar kotak!  

Bilangan penulis yang diinginkan untuk Projek Buku #Arjuni ini adalah seramai 10 orang !






Haaa, daripada Arjuni..kita beralih pula kepada nama yang lebih Feminin ala-ala wanita Melayu abad 70an.. Projek Buku Normasia !


Secara ringkasnya buku ini bertemakan Norma kehidupan manusia. Konsep buku ini tentang ragam atau rona-rona kehidupan manusia samada yang kita sedar atau yang tidak kita sedar. Baik ragam manusia yang jahat minta carut ataupun ragam manusia yang alim minta dibelai. Kami mahu cerpen yang mempunyai kelainan. Jadi, cuba reka jalan cerita yang menarik dan tidak mainstream. Berfikir diluar kotak!  


Bilangan penulis yang diinginkan untuk Projek Buku #Normasia ini adalah seramai 15 orang !



MACAM MANA NAK JADI PENULIS? BEGINI CARANYA


Kalau anda berminat, anda hanya perlu tulis cerpen dan emailkan kepada kami di bijipress@gmail.com

SYARAT-SYARAT CERPEN  :

- Cerpen sekitar 2500 patah perkataan atau lebih (A4, Times New Roman, saiz 12, format.doc)
- Cerpen yang anda tulis haruslah mempunyai jalan cerita yang tidak klise.
- Penulisan yang bersahaja, santai dan berani. Itu lah yang kami cari !
- Menjaga rapi segala nahu, tanda baca, ejaan mahupun perenggan dengan baik.

Deadline Projek : 1 April 2013 !

Bila dah konfiden dengan cerpen sendiri, email kepada kami dengan tajuk CERPEN PROJEK NORMASIA atau CERPEN PROJEK ARJUNI .


BAGAIMANA PROJEK BUKU INI BERJALAN? BEGINI CERITANYA

Jika cerpen anda terpilih :
  1. Anda perlu membayar RM100 kepada BIJI Press. Wang ini akan digunakan sebagai modal untuk kerja-kerja menerbit buku.
  2. Selepas buku siap, kami akan beri anda 10 bijik buku untuk anda jual dengan harga RM20/sebijik. Kalau habis terjual, anda akan dapat RM200. Untung RM100. 
  3. Kalau nak suruh kami jualkan pun boleh. Tiada masalah.
  4. Di samping keuntungan, nama anda juga akan mahsyur di bibir-bibir makwe mahupun pakwe kerana sudah ada buku sendiri. Yahooo!

Tugas kami :

  1. Mengumpul dana sekurang-kurangnya RM1500 untuk kerja kerja menerbit buku.
  2. Kami akan kumpul dan pilih manuskrip power. Kemudian, edit kemas-kemas.
  3. Mendesign cover buku dengan design yang pasti memukau hati makwe makwe. 
  4. Mendapatkan ISBN untuk buku ini. Dengan adanya ISBN, buku ini akan dapat dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Seluruh dunia pun boleh. 
  5. Kami akan cetak buku ini dan agihkan kepada setiap penulis sorang sepuluh buku.

DONE !

Demikianlah 2 Projek Buku yang sedang diusahakan oleh BijiPress..Jadi anda berminat atau tidak untuk menjadi salah seorang daripada penulis buku tersebut ? Jangan risau, anda cuma perlu menulis dan mengeluarkan idea yang sememangnya kreatif daripada kotak fikiran anda. Siapa sangka, anda sebenarnya memang berbakat ! Silap haribulan anda jadi penulis terkenal !! 


InsyaAllah buku ini akan dilancarkan sekitar bulan Mei 2013 ! 

Ayuh Garablah Peluang ! Sertai Projek Buku #Arjuni dan #Normasia ! 

Anda juga boleh terus merujuk ke : Biji Press (tekan)



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...