Thursday, February 14, 2013

Perjalanan Panther Hitam Putih ! Debat Wupid On9


Glory Glory Panther Hitam Putih ! Lawan Tetap Lawan Membujur Arus Melintang :)


Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat perwakilan kerajaan pembangkang sekalian ! Salam rindu juga buat segenap lapisan pembaca blog ini..semoga semuanya sihat-sihat sentiasa.. maklumlah, keadaan cuaca yang x menentu, kekadang demam datang x diundang. All is well!

Baiklah, untuk mulakan cerita ayuhlah saya perkenalkan Panther Hitam Putih ini kepada semua yang sedang membaca. Saya dan saudara Nazmi adalah pelajar Tahun Satu Fakulti Undang-Undang UKM. Pada masa yang sama, kami juga adalah sebahagian daripada ahli Unit Pengucapan Umum UKM. Sebagai konklusi mudah, kami berdua juga adalah pendebat UKM. 

Pada awal bulan 12 tahun 2012, World Universities Peace Invitational Debate (Wupid) kategori Bahasa Melayu telah diadakan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada mana2 individu tetapi dgn syarat haruslah mempunyai pasangan masing-masing kerana ianya adalah British Parliamentary Debate style . Secara kesuluruhannya, setiap universiti boleh untuk menghantar seberapa banyak pasukan yang diinginkan asalkan menepati syarat yg diberikan. Untuk makluman, ini adalah Debat secara on9 ! Haaa menarik bukan ? Jadi bagaimana methodologi debat ini berlangsung ? Sebenarnya, ia adalah debat idea yang berorientasikan penulisan. Panel hakim akan menilai berdasarkan hujah dan fakta yang kita peroleh. Nampak macam mudah, tetapi hakikatnya ia lebih remeh. Ini fakta bukan auta :)

Baiklah, WupidBM ini telah mendapat sambutan baik, iaitu disertai seramai 38 pasukan yang mewakili pelbagai Universiti . Kalau sifat debat ini terbuka, maka sudah pastilah UITM menghantar Pasukan teramai dalam debat yang sebegini rupa memandangkan UiTM adalah universiti yang mempunyai cawangan terbanyak di dunia. Namun tidak mengapa, itu semua tidak menjadi isu.

UKM menghantar 3 pasukan iaitu, Hitam Putih, UKM C dan Panther Hitam Putih ! Maka, seperti yang terpapar di gambar di atas, kamilah pasukan Panther Hitam Putih . Usah ditanya kenapa Panther? Jawapannya,sampai sekarang pun saya x tau. hahaha.

Perjalanan Debat kami bermula dengan agak huru hara dan kelam kabut memangdankan saya berhadapan dengan masalah teknikal sistem berkomputer Ipidato ! Namun. mujurlah kawan-kawan dan senior semuanya membantu mengatasi masalah ini sehinggalah perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Rentak perjuangan kami seperti disuntik Vaksin Semangat yang begitu membara apabila memenangi pusingan pertama ! Alhamdulillah, sungguh bahagia rasa hati. Maka, bermula daripada itu, saya dan Nazmi begitu gigih utk mempertahankan kemenangan demi kemenangan.

Pada waktu itu, kami sedang berhadapan dengan Final Exam. Bayangkan, sedang sibuk dengan persediaan Exam, kami tetap berusaha utk memastikan Wupid ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah, kemenangan demi kenangan dicapai sehinggalah kami tersenarai dalam 8 kumpulan teratas di peringkat Liga sekaligus melayakkan kami masuk ke pusingan Kalah Mati .



Kedudukan ke-7 daripada 38 Pasukan 


Pusingan kalah mati ini bermula dengan pusingan OctoFinalist. Kami ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi dengan satu-satunya pasukan yang telah mengalahkan kami pada peringkat liga iaitu team senior daripada UPM ! Sungguh ini adalah cabaran berat, kerana kami maklum, mereka adalah senior yang jauh lebih berpengalaman sedangkan kami masih lagi  belajar mencandat. Cabaran berganda datang menimpa kerana jadual perlawanan jatuh pada hari saya masuk ke hospital utk pembedahan Lutut. Maka, memang saya tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu dah menyerahkan sepenuh tugasan kepada saudara Nazmi. Beliaulah yang telah membuat hujah dan lanjutan kes bagi pihak saya. Terima kasih bro ! Namun, ternyata takdir dan rezeki memihak kepada kami kerana keputusan Hakim 2-1 memberi kemenangan kepada Panther Hitam Putih untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu pusingan Suku Akhir. Kami masih lagi teguh berdiri sebagai D'Panthers !

Perjalanana peringkat kalah mati diteruskan di pentas Suku Akhir. Walaupun telah cuba yang terbaik ternyata rezeki bukan memihak kepada kami. Perlawanan bertemu MMU telah memihak kepada mereka, dan kami terhenti setakat di Suku Akhir. Kekalahan ini sedikit pun tidak mengecewakan saya bahkan ianya adalah suatu kebanggaan kerana berjaya ke tahap ini. Cita-cita ingin memenangi RM 3 ribu itu nampaknya sudah terkubur namun disebalik segala pengalaman ini, ianya lebih bermakna :)



Kemenangan bergaya ke atas UPM di Peringkat Octo-Final




Kekalahan teruk kepada MMU di Peringkat Quarter -Final


Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi mengundi sepanjang perlawanan Liga. Tanpa undian daripada anda, maka siapalah kami utk mencapai kejayaan ini. Kalau dapat 3 ribu, insyaAllah boleh saya belanja makan, tapi nampaknya tidak ada rezeki kita utk meraikannya bersama. Kemenangan milik insan lain. Buat pasukan yang layak ke peringkat Semi-Final, teruskan perjuangan dan rebutlah kemenangan . Yang pasti UiTM sudah tempat tiket ke Final. Gud luck and all d best :)


REKOD PERLAWANAN PANTHER HITAM PUTIH







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...