Thursday, March 28, 2013

Mock Trial UKM - Cendol Terbaik. Superb Mock.


Mock Trial UKM ! Cendol Bukan Sebarang Cendol :)


Buat pertama kalinya Fakulti Undang-undang mengadakan Pementasan Mock Trial dengan 100% tenaga lakonan dan idea adalah daripada pelajar-pelajar tahun dua fakulti undang-undang UKM. Ini adalah suatu pencapaian yang sangat membanggakan buat Fakulti memandangkan pementasan ini telah berlangsung dengan begitu baik dan mendapat sambutan yang sangat di luar jangkaan ! Tahniah buat pelajar2 tahun dua fakulti undang2 ukm dan semua jawatankuasa lain termasuk yang terlibat di belakang tabir dalam menjayakan Mock ini ! 

Mungkin ada sesetengah yang tak tahu apa itu Pementasan Mock Trial. Basically, ia adalah suatu lakonan Teater tentang perbicaraan sesuatu kes di Mahkamah yang lengkap mengikut prosedur yang betul. Namun, Mock Trial ini dilakukan dengan memasukkan unsur2 humor dan hiburan atas tujuan untuk memberi kefahaman tentang kes2 yang dibicarakan di mahkamah dengan lebih mudah. Bukan tujuan Mock Trial diadakah untuk menghina institusi kehakiman, namun ia sekadar pementasan ilmiah yang diselitkan dengan genre humor.

Walaupun ini adalah pertama kali UKM membuat pementasan Mock Trial dan dibuka untuk tontonan umum terutamanya pelajar2 undang di seluruh negara , namun ternyata ini adalah pementasan Mock Trial yang terbaik dalam kalangan Law School yang lain setakat ini ! Jujurnya, ini adalah suatu kebanggaan buat semua pelajar undang2 ukm . Rasanya memang x tenang senior2 tahun dua mendapat pujian demi pujian kerana idea pementasan yang sangat awesome serta penuh dgn unsur humor ! Sesiapa yang menonton pementasan ini pasti x kan berhenti gelak dengan genre cerita yang begitu menghiburkan. 

Kejayaan yang hebat ini memberi sedikit kegusaran kepada kami pelajar2 junior utk mengekalkan momentum Mock Trial UKM yang sekarang sudah mendapat tempat di hati universiti lain termasuk alumni2 dan masyarakat luar. Nampaknya, plan yang begitu rapi perlu dirangkan supaya nama Fakulti Undang-undang UKM akan terus mahsyur dan disegani. Bukan untuk menunjukkan siapa lebih hebat, namun hakikatnya ini adalah suatu persaingan yang ada dalam jiwa setiap Law Student. 

Pada kesempatan ini jugalah kami dapat berjumpa dengan kawan2 lama semasa di Asasi Undang-undang UiTM yang sekarang bertebaran di lain-lain universiti dan berlainan kos. Namun, jiwa kami masih lagi segar dengan kenangan semasa belajar di asasi kerana bonding yang sudah ada amat susah utk dipisahkan. Oleh itu, pementasan mock trial adalah medium utk bertemu kembali dgn kawan2 yang lama terpisah .Walaupun x semua yang dapat hadir, namun dengan kehadiran insan2 di bawah ini cukup mengingatkan kembali kenangan manis kami semasa bersama dalam satu kelas dahulu . 


The best classmates ever! Siblings spirit will never ends. Aktivis keadilan :D

Akhir sekali, sekalung tahniah diucapkan kepada Fakulti Undang-undang UKM kerana kejayaan pementasan Mock Trial kali yang pertama dalam sejarah ini. Untuk mereka yang x dapat hadir atau x berkesempatan untuk tonton pementasan Mock Trial Cendol ini,jangan risau kerana crew penerbit UKM sudahpun memuat naik di You Tube. Maka, jangan lepaskan peluang untuk menonton pementasan ini. Beeing Mock ! :)





Wednesday, March 27, 2013

Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheras Kuala Lumpur


ehemm hensem x ?? haha.

Assalamualaikum . Hai. Hello. Salam rindu euww. Gambar kat atas adalah sekeping memori terindah bersama warga mas di rumah orang tua2. Kedatangan saya dan kawan2 disambut dgn sangat meriah oleh sekumpulan warga mas yang aktif dengan persembahan2 yang mencuit hati. Kebanyakan mereka semuanya berbakat dalam memainkan alat2 muzik. Contohnya macam kat atas ni :) *yg baju hitam tuh belia la tapi

Ini adalah satu Projek untuk salah satu subjek di universiti . Perjalanan program diatur dengan baik. Ternyata hati ini tersentuh tatkala pertama kali melangkah masuk ke kawasan RSK ini . Melihat wajah penghuni di sini nyata berjaya menitikkan air mata saya yang sememangnya lembut ini.  Tak terbayang rasanya kalau kita di tempat mereka ditinggalkan keluarga dan hidup tanpa saudara di sisi. Melihat mereka bererti memberi gambaran masa depan kita semua yang x tahu lagi ke mana hujungnya. Jauh di sudut hati saya berdoa agar masa2 akhir hidup saya tidak akan dihabiskan di tempat seperti ini. Ada antara mereka yang sangat uzur dan sakit. Ada yang masih kuat dan aktif. Ada juga yang berkeluarga di dalam itu. Siapa pun mereka, kita semua adalah insan yang perlu memberi bantuan kpd mereka.

Bertemu dengan Pak Siron, seorang bekas Special Constable zaman komunis di Bukit Kepong membuatkan saya tergelak panjang pada hari tersebut. Telalatah serta bakat yang ada oleh Pak Siron utk buat lawak spontan sentiasa buat kami semua terhibur. Pak Siron ada idea yang sangat tajam dan cekap utk berpantun dan buat teka teki yang beyong expectation. Pada waktu makan tengah hari saya mula berbual dengan lebih dekat di hati bersama Pak Siron. Saya bertanya tentang kisah hidupnya yang beliau lalui selama ini. Ternyata Pak Siron ini seorang yang mudah dibawa berbual, beberapa nasihat diberikan kepada saya yang mungkin dianggap sebagai anak.

Pak Siron kata, esok kalau dah kawin jaga isteri baik2. Jaga anak2 dengan penuh kasih sayang. Janga keluarga dgn tanggungjawab. Nanti suatu hari bila kita sakit, isteri lah tempat bergantung. Bila kita susah, isteri lah tempat kita mencari sokongan.

Mendengar nasihat Pak Siron ternyata membuatkan saya terfikir tentang kisah hidup beliau sebenarnya. Pasti ada pengalaman keluarga yang x mahu dikongsikan bersama namun saya faham apa maksud sebenar hati beliau. Pengalaman beliau sebagai seorang constable itu sentiasa segar di ingatan kerana beliau menceritakan detik2 semasa beliau dalam unit SP itu.

Pada waktu makan tengah hari, kami semua menghidangkan nasi untuk penghuni di sana. Maklumlah, sebagai jasa dan bakti kami buat mereka yang sudah tua, perlulah membantu meringankan beban mereka. Namun, tiba2 dalam kesibukan di dewan makan, berlaku sedikit pergaduhan antara 2 orang penghuni wanita yang melibatkan Cina dan India. Mujurlah ramai yang segera meleraikan pergaduhan tersebut. Barulah kami tahu rupa-rupanya pergaduhan seperti ini sentiasa sahaja berlaku sehingga ada yang bertumbuk. X sangka, dah berumur pun masih lagi berkelahi macam kanak2 tapi inilah dia ragam yang menyentuh hati. Saya percaya mereka semua ada masalah masing2 yang menyebabkan mereka gagal mengawal emosi sendiri.

Sesudah solat Zohor saya bertemu dengan Pakcik Jamal seorang bekas tentera laut di raja Malaysia. Ternyata susuk tubuh beliau masih kuat dan wajah beliau masih lagi muda.Sy percaya beliau adalah jejaka idaman Malaya pada usia belia kerana raut wajahnya agak macho. Beliau mempunyai saudara mara terdekat namun memilih untuk duduk di RSK ini kerana x mahu menyusahkan sesiapa. Tambahan pula beliau tidak berkahwin. Kalau ikut cerita Pakcik Jamal, beliau ini kecewa kerana bekas kekasihnya disambar orang..oleh sebab itulah sehingga sekarang beliau x berkahwin. Ewahh sweetnya.

Sepanjang di sana kami dipersembahkan dengan pelbagai persembahan nyanyian oleh penghuni di sana. Sebagai persembahan balas kami membuat persembahan kami sendiri termasuklah nyanyian lagu2 lama dan tarian. Saya secara sendirinya juga membuat suatu persembahan solo dgn mengalunkan Gurindam Jiwa . haha. X tahulah kenapa sepanjang bergurindam tangan ni asyik shaking. Aduh. Gementar mungkin. Maaf x de rakaman :D

Apa yang saya belajar adalah erti kesyukuran kerana diberikan keluarga yang baik dan segala makan minum yang mencukupi. Saya sentiasa berdoa agar hidup ini sentiasa diberkati dan dijauhkan daripada situasi yang sebegini. Kepada anda di luar sana, hargailah ibu dan bapa kita yang masih hidup. Jangan jadi insan yang lupa daratan dan asal usul. Jagalah orang yg bersusah payah membesarkan kita semua kelas setelah mereka semua x berupaya lagi.



Gambar bersama ahli kumpulan yang kacak dan comel ! Barra! Heaven dan sentiasa akan tergelak bila bersama :D



Thursday, March 7, 2013

Pertemuan Ex-Kisas. Debat Keamanan 2013. "Debaters"





Bersama ex-Kisas di Pertandingan Debat Keamanan 2013 yang bertempat di UPNM.

Dari kiri, Shahidatunnur ( Batch 56 ) , Umar ( Batch 56 ) , Saya ( Batch 55 ) , Hamdan ( F6 2009 ) , Syed Fahmi (Batch 55). 


Pada 28 Februari yang lepas, saya mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke pertandingan debat keamanan. Alhamdulillah, terpilih mewakili universiti adalah suatu penghargaan dan kepercayaan yang sangat saya hargai. Tahun ini UPNM terpilih untuk menjadi Tuan Rumah dan credit diberikan untuk mereka kerana segala pengurusan makan minum penempatan dan pergerakan peserta diatur dengan baik oleh UPNM. Syabas. 

Dalam ratusan peserta yang hadir, maka bertemulah kami semua insan-insan yang pernah bernaung di Kolej Islam Sultan Alam Shah ( Kisas ) Klang dalam arena debat universiti ini. Pada hari pendaftaran saya terserempak dengan seorang junior di kisas, Umar . Aneh, buat apa Umar kat sini? Bila masa join debat? owhh..rupa-rupanya, budak ni sekarang da jadi askar kat UPNM dan sepanjang program debat ni, Umar adalah acher program yang bertungkus lumus menguruskan peserta. Credit untuk Umar sebab banyak membantu sepanjang pertandingan especially sudi pinjamkan Tab bila saat2 genting line internet kat UPNM yang teruk :)

Pada hari yang sama, Umar kenalkan seorang lagi junior kisas yang ada kat UPNM which is Shahidatunnur. Owh, srikandi Kisas yang berjiwa kental ke UPNM. Proud to hear that :)

Malam selepas Grand Dinner Debat, kami semua berkumpul untuk bergambar sebagai kenangan pertemuan ini. gittew. Tapi sayangnya, Abg Adie malam tu x dtg dinner, jadi x cukup lah ahli ex-kisas dalam gambar ni. Kenal Abang Adie? Adie Ucin, UM .

Saya sempat la berbual dengan semua debaters hebat ni termasuklah junior yang baru kenal. Nak jadikan cerita, Shahida ni rupanya budak Sherodz.. haha, memang musuh tradisi sekolah lama, Sultan Muhd. X sangka kami datang dari gagang yang sama, anak Melaka mmg hebat :)

Masa zaman sekolah, saya ni x pernah join Debat . Tapi, terbuka hati untuk aktif di universiti memandangkan ini adalah platform terbaik untuk mengasah intelektual dan soft skills kendiri. Rezeki dan peluang dah terhidang, cuma perlu garab dan genggam. 

Nice to meet all kisasians. Semoga berjumpa lagi. Kisas, terus terkenal dalam arena debat universiti:)






Tuesday, March 5, 2013

Pengalaman di Pertandingan Debat Keamanan 2013



Alhamdulillah terpilih mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Pertandingan Debat Keamanan Ala Presdien tahun 2013 bersama-sama dengan rakan pasukan Daniel Baharuddin.


Assalamualaikum dan salam keamanan saya hulurkan buat semua teman-teman di seluruh negara. Demi menjunjung keamanan negara, sama-sama lah kita hulurkan doa buat saudara-saudara Islam kita yang terkorban mempertahankan negara di Lahad Datu menentang musuh negara yang datang x dijemput. Semoga mereka yang masih hidup peroleh ketenangan dan keamanan di sana. InsyaAllah, semoga semuanya kembali pulih seperti biasa. 

Sewaktu insiden pertumpahan darah ini berlangsung, saya sedang sibuk berada di Universiti Pertahananan Nasional Malaysia (UPNM) kerana mewakili universiti dalam pertandingan debat keamanan ini daripada 28 Februari sehinggga 3 Mac . Tatkala isu keamanan ini hangat diperdebatkan oleh semua wakil universiti, suasana di Lahad Datu berubah menjadi peperangan. Jauh di sudut hati terkenangkan rakan-rakan  serta saudara saya di sana. Semoga mereka selamat sentiasa.

Berbalik kepada Entry hari ini, alhamdulillah akhirnya saya dipilih untuk mewakili UKM ke pertadingan debat yang berprestij ini. Membawa nama selaku kuasa besar Debat Universiti bukan mudah, kerana ini adalah harapan semua pihak dalam memastika UKM terus unggul di pentas perdebatan Universiti. Bertindak selaku wakil Presiden, saya amat terharu atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh senior-senior Debat UKM kepada saya. Ini adalah pengalaman pertama saya yang x mungkin dapat dilupakan. Sentuhan pertama ini jelas memberikan saya banyak pengalaman dan ilmu yang boleh digunakana untuk pertandingan seterusnya. 

UPNM menjadi Tuan Rumah untuk Debat Kemanan kali ini dengan 40 penyertaan daripada Universiti seluruh negara . Alhamdulillah, bersama-sama saya adalah senior saya iaitu, Daniel Baharuddin seorang yang banyak pengalaman dalam debat ini. Meskipun begitu, rezeki tidak memihak kepada kami untuk menjadi Juara pada tahun ini. Sekadar berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik dan perjuangan kami terhenti di suku akhir setelah tewas tipis kepada pencabar dari Universiti Teknologi Petronas. 

Debat Ala Presiden ini amat berbeza dengan debat-debat lain kerana ia melibatkan Satu lawan Satu. Ia  baru sahaja 3 tahun diperkenalkan dan Juara Sulung untuk debat ini adalah UKM . Memang tidak dinafikan debat ini sangat mencabar minda dan karisma setiap pendebat kerana setiap perserta mesti mempunyai ciri-ciri Presiden dan berfikiran seperti Presiden. Isu-isu keamanan seluruh dunia menjadi kupasan Usul yang dipertadingkan sepanjang Debat ini. Bayangkan, betapa setiap perserta perlu mempunyai knowledge yang banyak agar debat ini menjadi simbolik kepimpinan Bakal Presiden.

Adat dalam mana-mana pertandingan ada kalah dan menangnya. Maka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah terpilih untuk masuk ke pentas Final selaku Pembangkang dan bertemu Universiti Malaysia Pahang ( UMP ) selaku Pencadang usul. Tahniah diucapkan kepada Saudara Nur Sadiq kerana telah dinobatkan sebagai Juara Debat Keamanan tahun 2013 ini.

Selaku insan yang baru berjinak jinak dalam dunia perdebatan, terlalu banyak perkara yang perlu saya belajar untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada. InsyaAllah, pada tahun akan datang, saya akan buat yang terbaik demi meneruskan harapan seluruh warga Debat UKM . 

Pentas Debat adalah Pentas yang baik untuk mengasah diri menjadi seorang pemimpin berkarisma dan berintelektual ! Namun sayangnya, ramai yang hanya tahu berdebat tapi x tahu nilai sebenar kepimpinan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...