Wednesday, March 27, 2013

Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheras Kuala Lumpur


ehemm hensem x ?? haha.

Assalamualaikum . Hai. Hello. Salam rindu euww. Gambar kat atas adalah sekeping memori terindah bersama warga mas di rumah orang tua2. Kedatangan saya dan kawan2 disambut dgn sangat meriah oleh sekumpulan warga mas yang aktif dengan persembahan2 yang mencuit hati. Kebanyakan mereka semuanya berbakat dalam memainkan alat2 muzik. Contohnya macam kat atas ni :) *yg baju hitam tuh belia la tapi

Ini adalah satu Projek untuk salah satu subjek di universiti . Perjalanan program diatur dengan baik. Ternyata hati ini tersentuh tatkala pertama kali melangkah masuk ke kawasan RSK ini . Melihat wajah penghuni di sini nyata berjaya menitikkan air mata saya yang sememangnya lembut ini.  Tak terbayang rasanya kalau kita di tempat mereka ditinggalkan keluarga dan hidup tanpa saudara di sisi. Melihat mereka bererti memberi gambaran masa depan kita semua yang x tahu lagi ke mana hujungnya. Jauh di sudut hati saya berdoa agar masa2 akhir hidup saya tidak akan dihabiskan di tempat seperti ini. Ada antara mereka yang sangat uzur dan sakit. Ada yang masih kuat dan aktif. Ada juga yang berkeluarga di dalam itu. Siapa pun mereka, kita semua adalah insan yang perlu memberi bantuan kpd mereka.

Bertemu dengan Pak Siron, seorang bekas Special Constable zaman komunis di Bukit Kepong membuatkan saya tergelak panjang pada hari tersebut. Telalatah serta bakat yang ada oleh Pak Siron utk buat lawak spontan sentiasa buat kami semua terhibur. Pak Siron ada idea yang sangat tajam dan cekap utk berpantun dan buat teka teki yang beyong expectation. Pada waktu makan tengah hari saya mula berbual dengan lebih dekat di hati bersama Pak Siron. Saya bertanya tentang kisah hidupnya yang beliau lalui selama ini. Ternyata Pak Siron ini seorang yang mudah dibawa berbual, beberapa nasihat diberikan kepada saya yang mungkin dianggap sebagai anak.

Pak Siron kata, esok kalau dah kawin jaga isteri baik2. Jaga anak2 dengan penuh kasih sayang. Janga keluarga dgn tanggungjawab. Nanti suatu hari bila kita sakit, isteri lah tempat bergantung. Bila kita susah, isteri lah tempat kita mencari sokongan.

Mendengar nasihat Pak Siron ternyata membuatkan saya terfikir tentang kisah hidup beliau sebenarnya. Pasti ada pengalaman keluarga yang x mahu dikongsikan bersama namun saya faham apa maksud sebenar hati beliau. Pengalaman beliau sebagai seorang constable itu sentiasa segar di ingatan kerana beliau menceritakan detik2 semasa beliau dalam unit SP itu.

Pada waktu makan tengah hari, kami semua menghidangkan nasi untuk penghuni di sana. Maklumlah, sebagai jasa dan bakti kami buat mereka yang sudah tua, perlulah membantu meringankan beban mereka. Namun, tiba2 dalam kesibukan di dewan makan, berlaku sedikit pergaduhan antara 2 orang penghuni wanita yang melibatkan Cina dan India. Mujurlah ramai yang segera meleraikan pergaduhan tersebut. Barulah kami tahu rupa-rupanya pergaduhan seperti ini sentiasa sahaja berlaku sehingga ada yang bertumbuk. X sangka, dah berumur pun masih lagi berkelahi macam kanak2 tapi inilah dia ragam yang menyentuh hati. Saya percaya mereka semua ada masalah masing2 yang menyebabkan mereka gagal mengawal emosi sendiri.

Sesudah solat Zohor saya bertemu dengan Pakcik Jamal seorang bekas tentera laut di raja Malaysia. Ternyata susuk tubuh beliau masih kuat dan wajah beliau masih lagi muda.Sy percaya beliau adalah jejaka idaman Malaya pada usia belia kerana raut wajahnya agak macho. Beliau mempunyai saudara mara terdekat namun memilih untuk duduk di RSK ini kerana x mahu menyusahkan sesiapa. Tambahan pula beliau tidak berkahwin. Kalau ikut cerita Pakcik Jamal, beliau ini kecewa kerana bekas kekasihnya disambar orang..oleh sebab itulah sehingga sekarang beliau x berkahwin. Ewahh sweetnya.

Sepanjang di sana kami dipersembahkan dengan pelbagai persembahan nyanyian oleh penghuni di sana. Sebagai persembahan balas kami membuat persembahan kami sendiri termasuklah nyanyian lagu2 lama dan tarian. Saya secara sendirinya juga membuat suatu persembahan solo dgn mengalunkan Gurindam Jiwa . haha. X tahulah kenapa sepanjang bergurindam tangan ni asyik shaking. Aduh. Gementar mungkin. Maaf x de rakaman :D

Apa yang saya belajar adalah erti kesyukuran kerana diberikan keluarga yang baik dan segala makan minum yang mencukupi. Saya sentiasa berdoa agar hidup ini sentiasa diberkati dan dijauhkan daripada situasi yang sebegini. Kepada anda di luar sana, hargailah ibu dan bapa kita yang masih hidup. Jangan jadi insan yang lupa daratan dan asal usul. Jagalah orang yg bersusah payah membesarkan kita semua kelas setelah mereka semua x berupaya lagi.



Gambar bersama ahli kumpulan yang kacak dan comel ! Barra! Heaven dan sentiasa akan tergelak bila bersama :D



1 comment:

Anonymous said...

assalam.. nak tumpang tanya.. mcm mane procedur yg korang buat utk wat lawatan ni? sbb ade plan nak wat lawatan kat cni gak.. mohon utk share bleh x.. means korang just deal direct dgn RSK atau kena wat surat kemane2 dlu? bleh cntct i kat email ni.

yanna_msr@yahoo.com

tq..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...