Tuesday, March 5, 2013

Pengalaman di Pertandingan Debat Keamanan 2013



Alhamdulillah terpilih mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Pertandingan Debat Keamanan Ala Presdien tahun 2013 bersama-sama dengan rakan pasukan Daniel Baharuddin.


Assalamualaikum dan salam keamanan saya hulurkan buat semua teman-teman di seluruh negara. Demi menjunjung keamanan negara, sama-sama lah kita hulurkan doa buat saudara-saudara Islam kita yang terkorban mempertahankan negara di Lahad Datu menentang musuh negara yang datang x dijemput. Semoga mereka yang masih hidup peroleh ketenangan dan keamanan di sana. InsyaAllah, semoga semuanya kembali pulih seperti biasa. 

Sewaktu insiden pertumpahan darah ini berlangsung, saya sedang sibuk berada di Universiti Pertahananan Nasional Malaysia (UPNM) kerana mewakili universiti dalam pertandingan debat keamanan ini daripada 28 Februari sehinggga 3 Mac . Tatkala isu keamanan ini hangat diperdebatkan oleh semua wakil universiti, suasana di Lahad Datu berubah menjadi peperangan. Jauh di sudut hati terkenangkan rakan-rakan  serta saudara saya di sana. Semoga mereka selamat sentiasa.

Berbalik kepada Entry hari ini, alhamdulillah akhirnya saya dipilih untuk mewakili UKM ke pertadingan debat yang berprestij ini. Membawa nama selaku kuasa besar Debat Universiti bukan mudah, kerana ini adalah harapan semua pihak dalam memastika UKM terus unggul di pentas perdebatan Universiti. Bertindak selaku wakil Presiden, saya amat terharu atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh senior-senior Debat UKM kepada saya. Ini adalah pengalaman pertama saya yang x mungkin dapat dilupakan. Sentuhan pertama ini jelas memberikan saya banyak pengalaman dan ilmu yang boleh digunakana untuk pertandingan seterusnya. 

UPNM menjadi Tuan Rumah untuk Debat Kemanan kali ini dengan 40 penyertaan daripada Universiti seluruh negara . Alhamdulillah, bersama-sama saya adalah senior saya iaitu, Daniel Baharuddin seorang yang banyak pengalaman dalam debat ini. Meskipun begitu, rezeki tidak memihak kepada kami untuk menjadi Juara pada tahun ini. Sekadar berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik dan perjuangan kami terhenti di suku akhir setelah tewas tipis kepada pencabar dari Universiti Teknologi Petronas. 

Debat Ala Presiden ini amat berbeza dengan debat-debat lain kerana ia melibatkan Satu lawan Satu. Ia  baru sahaja 3 tahun diperkenalkan dan Juara Sulung untuk debat ini adalah UKM . Memang tidak dinafikan debat ini sangat mencabar minda dan karisma setiap pendebat kerana setiap perserta mesti mempunyai ciri-ciri Presiden dan berfikiran seperti Presiden. Isu-isu keamanan seluruh dunia menjadi kupasan Usul yang dipertadingkan sepanjang Debat ini. Bayangkan, betapa setiap perserta perlu mempunyai knowledge yang banyak agar debat ini menjadi simbolik kepimpinan Bakal Presiden.

Adat dalam mana-mana pertandingan ada kalah dan menangnya. Maka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah terpilih untuk masuk ke pentas Final selaku Pembangkang dan bertemu Universiti Malaysia Pahang ( UMP ) selaku Pencadang usul. Tahniah diucapkan kepada Saudara Nur Sadiq kerana telah dinobatkan sebagai Juara Debat Keamanan tahun 2013 ini.

Selaku insan yang baru berjinak jinak dalam dunia perdebatan, terlalu banyak perkara yang perlu saya belajar untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada. InsyaAllah, pada tahun akan datang, saya akan buat yang terbaik demi meneruskan harapan seluruh warga Debat UKM . 

Pentas Debat adalah Pentas yang baik untuk mengasah diri menjadi seorang pemimpin berkarisma dan berintelektual ! Namun sayangnya, ramai yang hanya tahu berdebat tapi x tahu nilai sebenar kepimpinan. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...