Tuesday, April 2, 2013

Dear Brother's Wedding Day. Adorable Couples.






Barakallah Safwan Fital dan Zuraini Prof Ahmad Said :)


Assalamualaikum , salam penuh kasih sayang saya hulurkan buat pembaca yang sudi meluangkan masa utk menikmati juadah cerita terhebat, kisah cinta sejati dua insan yang penuh dengan suka dan duka :)

Tanggal 30 Mac 2013 secara rasminya pasangan Raja Sehari Mohd Safwan Fital dan Zuraini bt Prof Ahmad Said diijabkabulkan di rumah penggantin perempuan dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah iringan doa dan sejuta pengharapan daripada keluarga kedua belah pihak penggantin sentiasa menjadi kekuatan buat mereka agar kekal bahagia ke akhir hayat.

Selama ini blog saya penuh dengan cerita-cerita perkahwinan rakan2 sekolah..Oleh itu saya sedikit excited untk berkongsi cerita tentang kisah percintaan abang saya bersama Isterinya yang tercinta yang sudah mencecah 5 tahun perkenalan.

Perkenalan mereka bermula Universiti Saitama, Jepun ketika bersama-sama menyambung pelajaran dalam bidang Engineering di sana.Namun sebelum itu mereka berdua membuat persediaan di Ambung Asuhan Jepun Universiti Malaya selama 2 tahun. Pertemuan yang bermula sebagai senior-junior ini kemudian menjadi rakan dan akhirnya berkembang mekar menjadi sejambak bunga Mawar yang harumnya merentasi benua Malaysia dan Jepun. Akhirnya bibit-bibit percintaan mula kelihatan dan bercambah antara kedua pasangan ini. Perkenalan mereka kekal sehinggalah akak ipar saya tamat pengajian di sana dan pulang dengan suatu misi yang dirahsiakan. ( nak kahwin lettew )

Pulangnya kak Zuraini ke Malaysia, kedua-dua belah pihak mula merencana perancangan untuk tamatkan zaman bujang masing-masing. Memang pada awalnya agak terkejut kerana pada waktu itu jugalah akak saya menyatakan hasrat untuk berkahwin juga. Yang paling terkejut dan terkedunya pastilah kedua orang tua saya . Mahu tidak nya, 2 orang anak dia terus sampaikan hajat nak berkahwin. Namun inilah dikatakan perancangan Allah yang sangat memberi makna kepada kami sekeluarga. Selesai majlis perkahwinan akak saya pada bulan 12 yang lepas, kini giliran abang saya yang terkakhir untuk menunaikan sebahagian daripada tuntutan agama iaitu bernikah. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan walaupun terdapat beberapa halangan dan kekangan semasa dalam tempoh perancangan. ini lah yang dikatakan orang, kalau sudah jodoh x kemana walaupun dilanda taufan dan tsunami.

Majlis resepsi pernikahan yang penuh makna ini dibuat di Dewan Gemilang Kelana Jaya pada keesokan harinya iaitu 31 Mac 2013. Perasaan terharu dan gembira bercampur baur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Melihat kegembiraan wajah kedua mampelai sedikit menghiburkan hati kerana mereka sudah lama kenal dan kini alhamdulillah ke pelamin juga akhirnya .

Ramai tetamu yang hadir termasuklah rakan-rakan yang bersama mereka semasa menyambung pelajaran di Jepun. Tidak ketinggalan adalah warga Jepun yang sudah pun berkawan rapat dengan abang dan akak ipar saya. Mereka juga turut menjadi tetamu yang diraikan pada hari tersebut. X disangka, rupanya abang ipar saya juga fasih bertutur bahasa Jepun. Nampaknya, selain daripada Bahasa Melayu , English dan Arab, keluarga saya juga ada 4 orang yang boleh bertutur dalam bahasa Jepun. Awesome family saya kira !!:)

Nampaknya, semua adik beradik saya sudah tamatkan zaman bujang mereka. Pastinya ia meringankan beban mak dan ayah saya yang sudah mencecah 5 dekad. Tah bila laa diri ini nak tamatkan zaman bujang jugak yea? haha. Mungkin tahun depan ? siapa sangka ? insyaAllah kalau ada jodoh dan rezeki, lagi cepat lagi bagus.hahahaha.

Sekadar ini sajahalah perkongsian buat cerita percintaan kedua pasangan ini ! InsyaAllah sama-sama kita doakan mereka agar dilimpahi rahmat dan kasih sayang oleh yang Allah pemilik sekalian hati dan cinta. Barakallah, till jannah :)



With adorable marriage couple :)


Bridge and Bridegroom with their beloved Mini Cooper :D


My Mom (left) and Dad (right)  with My Brother in Law and Sister between them :)


Pelamin of The Year ! Nice and Elegant :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...