Friday, April 5, 2013

Kembalikan Kegemilangan Sudut Pidato UKM




Aktivis - Pejuang Speaker Corner UKM


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan Mahasiswa sekalian. Entry kali ini ingin berkongsi kepada anda tentang Sudut Pidato UKM yang telah sekian lama terbiar tanpa sebarang inisiatif daripada mana-mana pihak utk membudayakan Sudut ini sehingga akhirnya ia ibarat monumen sejarah yang tinggal kenangan. Biarpun lokasinya terletak bersebelahan dengan sebuah gerai makan, namun Nilai Estetika yang ada pada Sudut Pidato ini tidak patut dibiarkan sepi tanpa sebarang usaha mengembalikan kegemilangan sudut ini.

Sudut Pidato atau dalam Bahasa Inggerisnya Speaker Corner adalah suatu tempat khas yang menjadi medium atau lapangan utk sesiapa sahaja berpidato, berucap dan menyampaikan sebarang bentuk ucapan dan mesej kepada khalayak ramai berkaitan dengan apa-apa perkara. Sudut Pidato ini ada di seluruh dunia malahan ia adalah sudut yang digilai oleh ramai aktivis Politik utk menyampaikan pandangan dan kritikan terhadap isu-isu tertentu.

Dalam konteks Kampus, Sudut Pidato ini telah mula wujud di Negara kita pada era 60an apabila Universiti Malaya menjadi Institusi Pendidikan pertama yang memperkenalkan sudut ini. Pada ketika itu, sudut ini menjadi tumpuan ramai pejuang Mahasiswa utk berucap dan mengkritik dasar-dasar universiti mahupun menjadi saluran menyampaikan ideologi ke arah pembangunan Mahasiswa. Namun pada awal 70an apabila kerajaan memperkenalkan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) , Sudut Pidato ini telah diharamkan kerana wujud unsur-unsur Politik dan kebebasan bersuara yang melampau oleh Mahasiswa. Akibatnya, Sudut ini lenyap begitu  sahaja dan mencetuskan kebangkita Mahasiswa era 70an 80an 90an sehinggalah masuk era 2000 ke atas apabila ramai aktivis Mahasiswa yang lantang bersuara dan mendesak agar AUKU dimansuhkan.

Akhirnya pada tahun 2009, buat pertama kalinya pindaan Seksyen 15(5)(a) berlaku, maka sebarang bentuk sekatan terhadap kebebasan bersuara dan berpolitik adalah salah menurut Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kemenangan terbesar buat Mahasiswa apabila 4 pelajar UKM menang di Mahkamah Rayuan dalam kes UKM 4 v Govt of Malaysia, MOHE dan UKM.

Lantaran itu, setelah 40 tahun Sudut Pidato terbengkalai, maka UKM menjadi Universiti pertama yang mengorak langkah utk membudayakan semula Sudut Pidato di Kampus. Oleh itu, Dato Saifuddin sendiri iaitu Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi telah merasmikan pembukaan semula Sudut Pidato UKM pada 2009.

Namun sayangnya, pelajar-pelajar UKM mahupun wakil-wakil pelajar di UKM sendiri tidak menghargai nilai estetika Sudut Pidato ini dan akhirnya sudut ini lesu tanpa suara-suara kebangkitan mahasiswa yang lantang untuk menyampaikan ideologi mereka. Ramai yang seolah-olah menganggap sudut ini sekadar medan utk bermanifesto tatkala Pilihan Raya Kampus menjelang walhal hakikat sebenarnya sudut ini adalah terbuka pada setiap masa utk dimanfaatkan. Ada juga sesetengah individu yang mempolitikkan sudut ini tanpa asas yang kukuh. Sepatutnya, Sudut ini perlu dimanfaatkan walau apa juga keadaan yang berlaku kerana sudut ini adalah lapangan yang telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber. Sudut ini jugalah yang menjadi nadi kekuatan mahasiswa Era 60an dan 70an utk menggerakkan jentera mahasiswa agar lebih kehadapan.

Baru-baru ini , atas inisiatif Urusetia Pengucapan Umum UKM, atau lebih dikenali sebagai Kelab Debat/Pidato UKM, suatu rangka usaha ke arah pembudayaan semula Sudut Pidato ini telah dilakukan dengan baik. Sepanjang seminggu yang lepas, pada setiap hari ahli-ahli daripada UPU ini akan berucap dan berpidato berkenaan dengan apa sahaja topik sama ada Politik, Kesihatan, Alam Sekitar, Sains Teknologi ataupun apa sahaja Isu Semasa utk dikongsikan. Pada masa yang sama, warga UPU mempromosikan Sudut Pidato ini kepada semua mahasiswa agar tampil ke hadapan dan berucaplah apa sahaja perkara demi pembangunan mahasiswa UKM. Walaupun pada awalnya, agar sukar utk tampil ke hadapan dan berpidato dikhalayak ramai, namun ternyata usaha ini mendapat respon Positif daripada pelajar-pelajar yang hadir di Sudut Pidato ini. Pada setiap hari, wakil-wakil daripada UPU ini akan hadir ke Sudut Pidato sekitar jam 12.30 - 2 p.m dan akan ada beberapa pemidato yang akan berucap di Sudut ini. Buat masa ini, Sudut ini baru sahaja seminggu diaktifkan dan pembudayaan sudut ini akan diteruskan demi kebaikan mahasiswa secara kesuluruhannya. Besarlah harapan kami agar sudut ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua mahasiswa UKM tanpa mengira latar belakang politik dan fakulti kerana tempat ini adalah milik semua mahasiswa utk bersuara. 


Sepanjang seminggu yang lepas, ramai pelajar-pelajar UKM yang menyokong usaha UPU untuk mengembalikan Sudut Pidato UKM ini kerana sudah lama ia dibiarkan sepi. Sehubungan dengan itu, sukalah utk saya mempromosikan kepada semua mahasiswa UKM yang membaca artikel ini agar tampillah ke sudut ini dan salurkan mesej-mesej serta pandangan anda disini. Janganlah kita hanya menjadi hero di lapangan Alam Maya tetapi takut utk kehadapan dan bersuara, kerana saya pasti suara anda amatlah diperlukan demi kebaikan UKM.

Untuk pengetahuan semua, Sudut Pidato UKM kini sudah mempunyai Page sendiri di Facebook. Oleh itu, sukalah saya untuk mengajak anda semua pergi ke Laman Page tersebut dan berilah sokongan dengan menekan button Like. InsyaAllah, segala perkembangan Sudut Pidato UKM akan dikongsikan di Page tersebut. Anda juga boleh lontarkan sebarang bentuk idea dan pandangan di page tersebut kerana disitu juga adalah medium yang sihat dan baik utk berkongsi pandangan tentang Sudut Pidato UKM. ( Klik sini utk ke Page Sudut Pidato UKM )


Ini adalah Logo Rasmi Sudut Pidato UKM


Saya akhiri entry kali ini dengan suatu harapan menggunung agar semua mahasiswa UKM dapat bersama sama menghidupkan kembali Sudut Pidato ini. Anda berhak utk bersuara asalkan ianya mempunyai batas-batas yang tertentu. Suara anda sentiasa dijamin dibawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, jangan takut utk mencuba , tapi takutlah kalau anda rugi tidak tampil bersuara di sudut ini kerana anda cuma ada 3 - 4 tahun sahaja di sini. Jadi, tinggalkanlah suatu kenangan dan sejarah dalam hidup anda utk berkongsi apa sahaja perkara di Sudut Pidato UKM. InsyaAllah, Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan !


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...