Wednesday, June 5, 2013

Final Debat Terbuka Penang (PDO) - Ketiga


Alhamdulillah Tempat Ke-3 Debat Antara Universiti, Penang Debate Open 2013!


Pada 21 Mei 2013, UiTM Pulau Pinang menjadi penganjur bagi pertandingan PDO ini yang mana melibatkan semua universiti di Malaysia secara terbuka. Ini adalah British Debate Style iaitu perlawanan 4 Penjuru dan setiap team diwakili 2 orang pendebat sahaja. Alhamdulillah UKM menghantar 2 Team dan kedua-duanya berjaya melepasi pusingan pertama, namun UKM B kecundang di Peringkat Separuk Akhir. Sekali lagi kejayaan dalam dunia debat ini terukir dengan kekuatan melangkah ke peringat Akhir pertandingan.

Walaupun x sangka akan berjaya mara ke Final, tapi rezeki sudah di depan mata, usaha tetap perlu diteruskan. Permulaan hari di PDO ini sangat tidak memuaskan, kami kalah teruk dengan team team lain. Kami junior, memang jadi team menlasahan. haha.

Tapi mujurlah saya digandingkan bersama teammate yang Optimis , Azman Kholid. Kami sama-sama bersengkang mata dan memerah keringat tulang 4 kerat sepanjang pertandingan. Walaupun x berjaya dapat no 1 tapi masuk ke Final sudah sangat sangat sangat bersyukur. Ini permulaan utk kami yang baru 1st year :)

Doakan perjalanan debat ukm agar terus mahsyur, saya juga sentiasa berharap agar dapat berjumpa dan berkongsi ilmu dengan pendebat2 lain yang lebih jauh kehadapan ! 



Saturday, June 1, 2013

Johan Piala Dekan Debat Undang-undang UKM



Assalamualaikum, alhamdulillah and all praise to HIM for this great achievement. Pada 27 April 2013, Fakulti Undang-undang UKM mengadakan suatu pertandingan Moot dan Bahas utk pelajar2 Fakulti Undang-undang. Saya , nazmi dan azlan masuk sebagai team belasahan. Sekadar ingin mengukir bakat terpendam jauh di kerak hati. haha. Alhamdulillah, menang jugak di tempat pertama.

Dah lama menang benda ni, kira2 sebulan yang lepas, tapi maklumlah busy dengan study sampai xde masa nak update blog.. Maaflah kalau ada pembaca setia...tapi adakah ? huhu.
kami bertiga baru 1st year student, Nazmi Zaini sebagai speaker kedua, Azlan Basri sebagai Perdana Menteri dan saya sendiri sebagai Menteri Pertahanan atau ketiga. Walaupun masuk sebagai team belasahan, tapi kejayaan tetap terukir.



Kejayaan ini juga x dapat dilupakan kerana I got best speaker utk debat kali ni ! yeah, rezeki Tuhan yang Maha Esa kan. :) 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...