Wednesday, June 5, 2013

Final Debat Terbuka Penang (PDO) - Ketiga


Alhamdulillah Tempat Ke-3 Debat Antara Universiti, Penang Debate Open 2013!


Pada 21 Mei 2013, UiTM Pulau Pinang menjadi penganjur bagi pertandingan PDO ini yang mana melibatkan semua universiti di Malaysia secara terbuka. Ini adalah British Debate Style iaitu perlawanan 4 Penjuru dan setiap team diwakili 2 orang pendebat sahaja. Alhamdulillah UKM menghantar 2 Team dan kedua-duanya berjaya melepasi pusingan pertama, namun UKM B kecundang di Peringkat Separuk Akhir. Sekali lagi kejayaan dalam dunia debat ini terukir dengan kekuatan melangkah ke peringat Akhir pertandingan.

Walaupun x sangka akan berjaya mara ke Final, tapi rezeki sudah di depan mata, usaha tetap perlu diteruskan. Permulaan hari di PDO ini sangat tidak memuaskan, kami kalah teruk dengan team team lain. Kami junior, memang jadi team menlasahan. haha.

Tapi mujurlah saya digandingkan bersama teammate yang Optimis , Azman Kholid. Kami sama-sama bersengkang mata dan memerah keringat tulang 4 kerat sepanjang pertandingan. Walaupun x berjaya dapat no 1 tapi masuk ke Final sudah sangat sangat sangat bersyukur. Ini permulaan utk kami yang baru 1st year :)

Doakan perjalanan debat ukm agar terus mahsyur, saya juga sentiasa berharap agar dapat berjumpa dan berkongsi ilmu dengan pendebat2 lain yang lebih jauh kehadapan ! 



1 comment:

erma nazillah said...

wah, top 3 tu kira dah ok sangat2. mabruk! lama juga x jenguk sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...