Sunday, July 14, 2013

Mengenali Fakulti Undang-undang UKM




Mungkin ramai yang kurang jelas berkenaan Fakulti Undang2 di bumi ilmu UKM ini dan tidak pernah pun lihat bagaimana keadaan di Fakulti ini. Baiklah, sebagai seorang penuntut di sini, sukalah utk saya kongsikan kepada anda semua berkenaan geografi serta sistem pembelajaran yang digunakan di fakulti ini.

Fakulti Undang-undang adalah fakulti yang paling jauh lokasinya berbading dengan fakulti lain. Ianya terletak di hujung bumi ukm ini, kira-kira 7 KM dari pintu masuk UKM. Ukuran sendiri. Untuk sampai ke sana, anda perlu utk berjalan melalui Hutan Simpan UKM dan akan tiba ke pintu utama Fakulti. Namun, sejak tahun lepas, Fakulti Undang-undang bangunan baru sudah mula aktif dan jalan yang baru boleh digunakan utk sampai ke Fakulti.

Secara mudahnya, terdapat dua bangunan iaitu bangunan baru dan bangunan lama, bersebelahan antara satu sama lain.

Fakulti ini menempatkan pelajar-pelajar daripada luar dan dalam negara. Terdapat pelajar2 daripada pringkat Sarjana Muda sehinggalah ke PHD. Semuanya menjalani proses pembelajaran yang sama tanpa diskriminasi.

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh pengajian undang-undang adalah selama 4 tahun. Dalam tempoh ini kita akan menjalani 8 semester iaitu 8 kali ujian sebelum mendapat keputusan penuh CGPA utk menentukan pointer kita sebagai pelajar jurusan undang-undang.

Di UKM, pola pelajar mengikut bangsa adalah berada dalam keadaan yang seimbang mengikut majoriti kaum di Malaysia. Melayu dan China kelihatan seperti sama banyak, dan pelajar2 india hanya segelintir. Namun, tiada diskriminasi atau sifat mementingkan diri di sini, semuanya hidup muafakat dan bekerjasama antara satu sama lain !

Untuk melayakkan diri masuk ke Fakulti ini. keputusan MUET hendaklah mendapat Band 4 dan pointer 3.67. Sekiranya MUET Band 3 juga masih boleh diterima masuk asalkan melalui temu duga yang dijalankan. Hanya pelajar2 yang terpilih melalui temu duga sahaja diterima masuk ke Fakulti ini. Ini bermakna, Pointer dan MUET anda belum 100% menjamin kelayakan anda untuk masuk sebagai warga Fakulti Undang-undang UKM. Anda perlulah seorang yang berwawasan, berfikiran kritis dan kehadapan serta petah bercakap ketika sesi temu duga untuk memastikan tempat anda di sini.

Setelah diterima masuk, anda akan ditempatkan bersama rakan-rakan bacth yang lain. Organisasi bacth perlu dibentuk dan diwakili oleh seorang ketua bacth . Ini adalah sistem yang diguna pakai di fakulti ini bagi membentuk semangat bacth dan memudahkan sebarang urusan.

Sistem pembelajaran di sini menggunakan Dwi Bahasa - Bilanguage, iaitu menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Ramai antara pelajar2 di luar sana yang belum pernah belajar di sini mempertikai dan mengkritik UKM sebagai Universiti under dog dan tidak kehadapan kerana menggunakan Bahasa Melayu. Namun, anda perlu sedar, hanya UKM satu2 nya Universiti yang masih mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi dan Kebangsaan Negara kita. Dalam keadaan inipun, UKM telah ditempatkan sebagai 10 universiti terbaik Asia mengatasi lain2 universiti tempatan. Lihat? Bahasa bukan ukuran.

Pun begitu, penggunaan Bahasa Inggeris tetap digunakan di dalam kelas tutorial sewaktu perbincangan dan sesi menjawab soalan. Soalan di dalam peperiksaan juga perlu dijawab dalam dua bahasa . Wajib utk menjawab satu dalam BM dan satu BI. Ini adalah sistem yang digunakan di ukm.

Jelas, UKM lebih tepat dan jelas dalam melahirkan graduan undang-undang yang mempunyai penguasaan dalam kedua dua bahasa ini. Ini lebih memberi nilai tambah dan skills kepada graduan undang-undang UKM apabila masuk ke alam pekerjaan. Kenapa? Hal ini kerana, di dalam institusi Mahkamah, semua Mahkamah Rendah "subordinate court" menggunakan bahasa Melayu manakala Mahkamah Tinggi pula rata2 nya menggunakan bahasa Inggeris.  Ini bermakna. graduan undang2 UKM telah diberikan ilmu dan market yang lebih tepat berbading tempat lain.

Sistem penilaian pemarkahan di sini pula lebih kepada Praktikaliti. 60% penilaian kerja lapangan dan projek.. manakala 40% markah peperiksaan akhir tahun.. Ini bermakna, di UKM kita melebihkan praktikal berbading teori semata-mata. Kaedah ini menepati kehendak kursus yang sentiasa mementingkan aspek pengamalan dalam setiap perkara.

Terdapat suatu keunikan dan keistimewaan dalam sistem kerja kursus dan projek di UKM. Kita mempunyai pembelajaran berbentuk PBL "Problem Based Learning". Ini bermaksud pembelajaran berasaskan masalah. Untuk tahun pertama, lazimnya pelajar akan didedahkan kepada PBL berbentuk Client Counselling dan Contract Game.

Apa itu Client Counselling ? Untuk memberi kefahaman yang jelas, saya akan terangkan satu persatu. PBL ini adalah satu bentuk kerja projek yang perlu dilaksanakan dalam bentuk kumpulan.Sekurang kurangnya ada 5 orang dalam satu kumpulan. PBL ini boleh dalam pelbagai bentuk, dan salah satunya Client Counselling.

Sekali dengar pun pasti kita boleh bayangkan ianya adalah suatu keadaan di mana peguam menjalan khidmat nasihat kepada pelanggan. Pelajar2 akan diberikan tugasan berdasarkan masalah dan soalan yang diberi. Contohnya ketika saya di semester satu, saya diberi soalan dan masalah berkenaan pembalakan antarabangsa, terdapat element fraud dan misrep di dalam masalah saya itu. Jadi, saya bersama ahli kumpulan perlu utk membuat kajian berkenaan kontrak pembalakan antarabangsa dan mencari masalah2 yang sering berlaku dalam kontrak pembalakan ini. Saya bersama ahli kumpulan pergi berjumpa lawyer yang perlu dicari sendiri, dan bertanyakan soalan berkenaan perkara ini. Selain itu saya juga pergi ke kilang pembalakan dan pelbagai lagi tempat yang perlu utk mendapatkan maklumat. Setiap tempat membawa markah kepada kumpulan.

Berdasarkan kajian dan maklumat yang diperoleh, suatu cerita berbentuk masalah perlu dihasilkan. Cerita ini perlu dirahsiakan utk dibentangkan kepada kumpulan Lawyer pada masa hari Client Counselling. Kumpulan yang bertindak sebagai lawyer perlu untuk menjadi pendengar yang profesional serta mampu mengawal keadaan pelanggan pada waktu client counselling dijalankan. Tujuan utama projek ini adalah utk memberi gambaran dan kefahaman kepada pelajar2 tentang kaedah Client Counselling yang betul apabila sudah bekerja sebagai penasihat undang2 mahupun peguam nanti.

Pada semester dua pula utk subjek Kontrak saya bersama ahli kumpulan perlu membuat Contract Game berdasarkan topik yang terpilih. Misalnya, saya perlu utk membuat kajian tentang kontrak pembinaan dan membuat suatu Negotiation kontrak bersama kumpulan peguam lain yang mewakili syarikat tertentu. Contract Game sangat berguna dan bermanfaat utk kita memahami cara sebenar seorang peguam menjalankan Contract Negotiation , dan memahami terma kontrak dengan kaedah yang tepat dan betul. Pelajar juga dikehendaki membuat draft kontrak yang betul dan rasmi.

Untuk subjek yang lain pula seperti MLS , saya di kehendaki untuk ke Mahkamah dan mendengar tentang perbicaraan kes2 tertentu. Kemudian, hasil dapat itu perlu dibentangkan secara Perbicaraan dalam Mahkamah di hadapan pensyarah2 dan pelajar lain. Ini bertujuan memberi kefahaman kepada kita berkenaan kaedah sebenar seorang Hakim mahupun peguam menjalankan tugas mereka di mahkamah.

Secara mudahnya saya katakan, sistem projek kerja kursus di UKM adalah yang terbaik dan sangat bernilai tinggi dalam menghasilkan graduan undang-undang yang berkebolehan. Sistem ini memberi pendedahan awal yang sangat mencabar berbanding universiti lain yang hanya memfokuskan kepada exam oriented semata-mata. Bukan utk bermegah, namun ini realiti yang berlaku. Bayangkan, seawal tahun satu anda sudah didedahkan dengan perkara2 ini. Bagaimana pula dengan tahun dua, tiga dan empat? pasti ianya lebih mencabar dan kehadapan.

Selesai berkenaan projek kerja kursus, saya tertarik untk bercerita mengenai sistem kokurikulum di Fakulti ini. Terdapat beberapa persatuan di fakulti ini seperti Persatuan Undang-undang (Perundang). ALSA, dan United Nation Society (UN). Perundang adalah badan induk yang menjadi tunjang utama kepimpinan fakulti ini. Ahli2 Perundang dilantik menerus Pilihan Raya peringkat Fakulti. Setiap tahun, pilihan raya akan diadakan.

Perundang adalah badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan serta membawa suara mahasiswa fakulti ini ke pihak pentadbiran. Segala program fakulti direncana oleh Perundang misalnya program solat hajat, sukan, hari keluarga, bacaan yassin, kutipan derma kilat dan sebagainya.

Suasana di Fakulti adalah selesa dan aman. Setiap kelas mempunyai AirCond, dan juga kita mempunyai Mini Court yang baru. Bangunan baru juga mempunyai 2 lagi Auditorium , di bangunan lama terdapat 2 bilik kuliah. Memang keadaan fasiliti di sini semuanya lengkap dan baik. Serba ada dan selesa. Parking kereta di Fakulti Undang-undang UKM adalah yang terbesar berbanding fakulti lain. Inilah puncanya ramai pelajar Law di UKM yang membawa kereta.

Selain itu, Perpustakaan Undang-undang di UKM terletak di dalam fakulti ini juga. Percayalah, Library akan menjadi tempat paling kerap anda pergi, boleh kata setiap hari kerana kedudukannya yang strategik serta selesa. Terdapat penggunaan Wifi dan juga komputer yang cukup di sini. Buku-buku law juga semuanya lengkap dan tersedia utk dijamah dan diratah. Di dalam library terdapat ruangan menonton TV dan juga ruangan study santai, anda boleh bersila mahupun berbaring. Jadi, apa lagi anda mahu ? semuanya selesa.

Berkenaan dengan tenaga pengajar, anda jangan bimbang ! Hampir semua pensyarah di Fakulti ini memegang title Dr dan Prof.. Cuma ada seorang dua sahaja yang masih lagi dalam proses menyambung PHD. Kesemuanya sudah mempunyai pengalaman mengajar sehingga berpuluh tahun. Ramai yang akui lecturer Law di UKM adalah Otai Otai. Ini bermakna orang lama dalam bidang ini. Maka, pengalaman mereka inilah yang sangat bernilai dan kita inginkan .

Saya yakin, informasi yang saya berikan ini mampu memberikan anda suntikan semangat untk memilih UKM sebagai destinasi pengajian anda selepas ini. Percayalah, anda tidak akan sekali kali menyesal belajar di sini ! Mungkin anda meletakkan priority pada Universiti lain, hanya kerana anda tidak pernah sedar UKM adalah destinasi terbaik utk dituju. Sistem yang diberikan di sini menepati pasaran yang negara inginkan.




p/s : kepada semua calon yang terpilih ke sessi temu duga kemasukan ke Fakulti Undang-undang UKM, sila click link ini untuk maklumat lanjut  ( CLICK FOR INFO ) 



Kepada yang bakal ke sini, selamat menempuh cabaran yang tak terkata :)



Saturday, July 13, 2013

Bagaimana Aku Melihat Dunia





Saat matahari terbenam,
aku masih lagi terduduk kaku di atas sebuah kerusi,
menghadap pantai yang terbentang luas,
terasa percikan air yang membasahi seluar dan kaki.

Ku lihat dari jauh matahari Oren itu terbenam,
mengucapkan Sayonara kepada siang dan aku yg setia melihatnya,
awan mula gelap menandakan malam sudah tiba.

Oh hari berganti hari begitulah yg terjadi..siang berganti malam dan seterusnya.

Manusia ? tetap sama..pergi kerja balik kerja..bangun pagi makan..tidor dan bangun semula ! kita masing masing ada tanggungjawab dalam hidup.. tak kira aku ini pelajar..seorang mahasiswa sepenuh masa..atau seorang pekerja di syarikat swasta..atau seorang penjawat awam..semuanya hanya satu..mencari rezeki utk suapan nasi saban hari..

Melihat awan biru..luas
Melihat laut biru..luas

Atas, bawah, semuanya luas..baru ku sedar hidup ini sebenarnya luas ..perjalanan yang terlalu jauh utk mengenal dunia..jadi, apakah aku punyai masa utk sibukkan mengejar dunia? sedangkan sejauh mana aku cuba mengejar dunia..luasnya xkan mungkin aku capai ! xkan pernah aku puas ! kerana luasnya dunia...

Aku duduk..pandang ke tapak tangan..melihat kulit di tangan yang mula menampakkan usia yang semakin meningkat..ku lihat kulit tidak lagi cerah macam zaman kanak2..ku lihat tapak kaki..terasa keras dan kematu menandakan banyaknya aku berjalan..

Alangkah penat tangan dan kaki ini berkerja..tapi aku terlupa..kemana perginya?

Hummmm...pikiran serabut ! sungguh , hidup ini banyak yang sia2 aku kerjakan..terlalu banyak..

Mencari rezeki...dapat duit..hilang ~ dan terus hilang..
Mendapat ilmu...dapat..kemudian hilang ~ dan terus hilang...

Yang tinggal cuma akaun yang kosong..dan keputusan cgpa di atas kertas !

ha ha ha ! hidup yang terus terusan begini.. Dunia ! terasa juga usaha keras ini semua pelaburannya sementara..


Kerana itu.. aku mengerti..kenapa aku dilahirkan sebagai seorang Islam. ? kau tahu kenapa? kerana setiap perkara tidak ada yang sia sia... alangkah indah susun atur ini kalau ku patuh... dapat duit..sedekah lah..biar beranak pinak duit itu menjadi pahala beterusan.. dapat rezeki, bayarlah zakat..biar berkembang duit itu menjadi pahala berpanjangan...dapat ilmu..kongsikanlah..biar kekal ilmu itu menjadi warisan zaman berzaman ! nahhh-- Islam memang cantik !

Satu perkara juga aku sering fikirkan..

Dalam usia aku yang baru 20an ini..masih jauh perjalanan perlu ku tempuh..insyaAllah.
Apa mampu aku buat dalam usia ini ? saban hari bercampur dengan kawan2 di universiti hanya memikirkan soal belajar dan belajar..pikir nak dapat gaji besar masa kerja..tapi soalnya..penantian ke arah itu terlalu lamaaa...

hummm... nah..aku mencari kehidupan lain..bekerja sambilan di sebuah gedung beli belah di bandar Melaka..bercampur dengan rakan2 sebaya yang sudah bekerja sejak lepas SPM..pergaulan ini setidak tidaknya jauh daripada memikirkan soal CGPA..soal kerja lepas habis belajar..kali ini lain pula ceritanya...banyak dihabiskan masa tentang kehidupan sebagai seorang pencari rezeki..

Mereka bekerja sedangkan aku belajar sepenuh masa..di saat aku sedang seronok ditanggung ayah dan ibu...mereka sudah mula menanggung keluarga mereka..duit bulanan dibuat belanja adik2..gaji diberi kepada orang tua..aduhhh..jauh sekali dgn aku ! setiap bulan menghabiskan duit PTPTN..entah kemana pergi duit itu..bila dah habis.. call abah mintak bank in duit ..  berbeza..memang berbeza !

Biarpun mereka kurang pendidikan..namun mereka mengajar aku..erti tanggungjawab kepada keluarga.. ingat, dunia ini bukan tempat kita seorang..tapi kita punya tanggungjawab.. !

Jauh di sudut hati..berdoa agar aku menjadi manusia yang sentiasa berkorban utk keluarga..belajar itu perlu..tapi CGPA tidak pernah mengajar kita erti kasih sayang dalam keluarga..juga nilai pengorbanan yang perlu kita bayar..hanya dgn pengalaman hidup..kita bisa belajar banyak dari insan sekeliling...

kalau kau mahu lihat dunia..bukan lihat awan dan pantai sahaja ! tapi lihatlah teman sekeliling..hayatilah kehidupan mereka..nescaya kau akan melihat dunia dengan kaca mata dan benak fikiran sendiri..sama seperti mana yang aku lihat ! dunia bukan objek bulat atau papan leper..tapi ia pandangan yang luas..dari mana arah pun..kau bisa melihat..dunia ini ! tanpa sempadan..biarlah peluh yang menitis menjadi bekalan ke syurga..biarlah rezeki yang mengalir menjadi bekalan akhirat.. dunia ini utk semua, tapi syurga utk yang mereka berjaya ..hayatilah :)




Friday, July 12, 2013

Dunia "Double Standard"




Dah lama ku pendam, ingin ku luah takut x sampai.

Dah lama ku simpan, ingin ku cerita takut disalah erti.


Kisah seorang pelajar Local University :)

Datang dari sebuah bumi bertuah, sekolahnya disegani ramai, rankingnya hebat, studentnya pandai lako..ahh, apa yang kurangnya dgn tempat ini ? ramai dah lahirnya profesional mahupun asatiz berjaya.

Lihat awan, kita lihat bulan yang sama ! bulan yang bulat menerangi semesta alam. Namun, kau berada jauh di Benua yang berbeza. Aku di sini, bumi Malaysia yang dari kecilku masih disini. oh aku anak Malaysia !

Kekadang hairan, mengapa yea kau di benua sana selalu sahaja mendapat tempat di mata murabbi..sedangkan kita semua melihat bulan yang sama, berada di bumi yang sama..cuma berbeza benua dan atartika.. ! - Double Standard

Ya benar manusia seperti kalian layak diberi lebih pandangan dan layanan karena kalian lebih hebat..jauh terbang merentas negara..membawa nama anak bumi bertuah ini..kalian kebanggaan murabbi.. ha ha ha.. aku juga bangga melihat kalian..apatah lagi pendidik.. namun x pernah dapat menghalang perasaan terguris isi hati karena aku pasti..cuma sebelah mata sahaja pandangan yang aku terima..walaupun terukir juga kejayaan di sini - Double Standard

Nama kalian dalam sebutan - sentiasa di bibir dan di hati, sedangkan di sini aku ibarat picisan yang entah ada atau tidak..wujud atau tidak ! ohh, sedih dan malang.. apakan daya, aku memang insan picisan..hanya kerana kurang membawa kebanggaan.. - Double Standard

Meskipun aku tetap bangga asalku dari bumi yang sama dgn kalian..namun, x mengapalah, biarlah masa menentukan hala tuju di hadapan..xkan pernah aku lupakan dunia Double Standard ini ! ha ha ha. InsyaAllah, aku juga punya cara sendiri..tak perlu lagi mengharap pada yang x sudi..kita punya cara sendiri.. kelak satu hari, yang pejam kan terbuka juga ...x mengapa hari ini menjadi picisan..mana tahu kelak membawa perubahan..




Sunday, July 7, 2013

Setahun Berkelana di Bumi Bangi - UKM yang disayangi


Right after last paper of Final Exam year 1 :)


Setiap tutur kata punya budi bicaranya, begitulah setiap perjalan hidup punya susurnya, alhamdulillah setahun berkelana di bumi Bangi bumi bertuah, subur dengan pengisiannya yang penuh suka dan duka. Terima kasih kepada rakan-rakan tercinta yang tidak kenal siang atau malam, sentiasa membuka inci dan ruang utk kita bersama menempuh perjalanan ini. Allah, x terkata rasanya tamat setahun pengajian sebagai pelajar jurusan undang2 .

sekalipun awan berarak laju, namun ia tidak akan menyingkatkan tahun pengajian kita di sini yang masih berbaki 6 semester..namun, berdoalah agar setiap tawa dan suka kita menjadikan penantian kita sekejap sahaja ibarat di bawa air deras dari puncak gunung Himalaya. Ya, semoga cepat perjalanan menghabiskan sisa pengajian ini.

Sepanjang setahun ini, sudah ku kenal apa itu kawan dan apa itu lawan.. apa itu kehidupan dan apa itu kebuntuan..namun belum ku kenal apa itu kejayaan? ahhh..selagi belum ku akhiri perjuangan ini, xkan ku kata ku insan berjaya..aku cuma picisan yang Allah pilih ke bumi ini..syukur..

Siang malam menghadap buku , ini lumrah sebagai seorang hamba yang digelar pelajar..bersengkang mata di kala exam ini lumrah tatakala exam kian mendekat..segalanya kehidupan yang sudah pun dilalui kira2 sedekat yang lalu.. namun yang membezakan adalah kematangan kita..

mengenali bumi Bangi ini, bagai mengenali Bumi Ilmu..banyak curahan ilmunya di sini baik duniawai mahupun ukhwrawi..cumanya...kita sahajalah yang memanfaatkannya atau tidak...

Orang kata UKM bukan tempat yang baik..kualitinya kurang.. tapi semua kata2 itu dusta..hanya dusta..mereka belum pernah jejak ke bumi ini , bagaimana mungkin berani utk lemparkan kata2 bangsat itu ? Lihat, UKM adalah 10 universiti terbaik asia.. bukan calang2 tempat..bermakna skarang kita di no 1 Malaysia.. jangan kerana UKM menjunjung aspirasi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan..kita menganak tirikan kebaikannya..padahal kualiti dan sistem pengajian di sini sangat hebat dan mencabar..

Arghh..lupakanlah ranking2 ini semua..yang penting kejayaan kendiri..benar..ini lebih baik ! ingat, semua yang terpilih utk belajar, semuanya terbaik.. (Y)

Semoga di sem sem mendatang, diri ini peroleh lebih kekuatan, dan kematangan dalam berkelana sebagai seorang pelajar ! InsyaAllah, sama sama doakan :) 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...