Sunday, July 14, 2013

Mengenali Fakulti Undang-undang UKM




Mungkin ramai yang kurang jelas berkenaan Fakulti Undang2 di bumi ilmu UKM ini dan tidak pernah pun lihat bagaimana keadaan di Fakulti ini. Baiklah, sebagai seorang penuntut di sini, sukalah utk saya kongsikan kepada anda semua berkenaan geografi serta sistem pembelajaran yang digunakan di fakulti ini.

Fakulti Undang-undang adalah fakulti yang paling jauh lokasinya berbading dengan fakulti lain. Ianya terletak di hujung bumi ukm ini, kira-kira 7 KM dari pintu masuk UKM. Ukuran sendiri. Untuk sampai ke sana, anda perlu utk berjalan melalui Hutan Simpan UKM dan akan tiba ke pintu utama Fakulti. Namun, sejak tahun lepas, Fakulti Undang-undang bangunan baru sudah mula aktif dan jalan yang baru boleh digunakan utk sampai ke Fakulti.

Secara mudahnya, terdapat dua bangunan iaitu bangunan baru dan bangunan lama, bersebelahan antara satu sama lain.

Fakulti ini menempatkan pelajar-pelajar daripada luar dan dalam negara. Terdapat pelajar2 daripada pringkat Sarjana Muda sehinggalah ke PHD. Semuanya menjalani proses pembelajaran yang sama tanpa diskriminasi.

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh pengajian undang-undang adalah selama 4 tahun. Dalam tempoh ini kita akan menjalani 8 semester iaitu 8 kali ujian sebelum mendapat keputusan penuh CGPA utk menentukan pointer kita sebagai pelajar jurusan undang-undang.

Di UKM, pola pelajar mengikut bangsa adalah berada dalam keadaan yang seimbang mengikut majoriti kaum di Malaysia. Melayu dan China kelihatan seperti sama banyak, dan pelajar2 india hanya segelintir. Namun, tiada diskriminasi atau sifat mementingkan diri di sini, semuanya hidup muafakat dan bekerjasama antara satu sama lain !

Untuk melayakkan diri masuk ke Fakulti ini. keputusan MUET hendaklah mendapat Band 4 dan pointer 3.67. Sekiranya MUET Band 3 juga masih boleh diterima masuk asalkan melalui temu duga yang dijalankan. Hanya pelajar2 yang terpilih melalui temu duga sahaja diterima masuk ke Fakulti ini. Ini bermakna, Pointer dan MUET anda belum 100% menjamin kelayakan anda untuk masuk sebagai warga Fakulti Undang-undang UKM. Anda perlulah seorang yang berwawasan, berfikiran kritis dan kehadapan serta petah bercakap ketika sesi temu duga untuk memastikan tempat anda di sini.

Setelah diterima masuk, anda akan ditempatkan bersama rakan-rakan bacth yang lain. Organisasi bacth perlu dibentuk dan diwakili oleh seorang ketua bacth . Ini adalah sistem yang diguna pakai di fakulti ini bagi membentuk semangat bacth dan memudahkan sebarang urusan.

Sistem pembelajaran di sini menggunakan Dwi Bahasa - Bilanguage, iaitu menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Ramai antara pelajar2 di luar sana yang belum pernah belajar di sini mempertikai dan mengkritik UKM sebagai Universiti under dog dan tidak kehadapan kerana menggunakan Bahasa Melayu. Namun, anda perlu sedar, hanya UKM satu2 nya Universiti yang masih mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi dan Kebangsaan Negara kita. Dalam keadaan inipun, UKM telah ditempatkan sebagai 10 universiti terbaik Asia mengatasi lain2 universiti tempatan. Lihat? Bahasa bukan ukuran.

Pun begitu, penggunaan Bahasa Inggeris tetap digunakan di dalam kelas tutorial sewaktu perbincangan dan sesi menjawab soalan. Soalan di dalam peperiksaan juga perlu dijawab dalam dua bahasa . Wajib utk menjawab satu dalam BM dan satu BI. Ini adalah sistem yang digunakan di ukm.

Jelas, UKM lebih tepat dan jelas dalam melahirkan graduan undang-undang yang mempunyai penguasaan dalam kedua dua bahasa ini. Ini lebih memberi nilai tambah dan skills kepada graduan undang-undang UKM apabila masuk ke alam pekerjaan. Kenapa? Hal ini kerana, di dalam institusi Mahkamah, semua Mahkamah Rendah "subordinate court" menggunakan bahasa Melayu manakala Mahkamah Tinggi pula rata2 nya menggunakan bahasa Inggeris.  Ini bermakna. graduan undang2 UKM telah diberikan ilmu dan market yang lebih tepat berbading tempat lain.

Sistem penilaian pemarkahan di sini pula lebih kepada Praktikaliti. 60% penilaian kerja lapangan dan projek.. manakala 40% markah peperiksaan akhir tahun.. Ini bermakna, di UKM kita melebihkan praktikal berbading teori semata-mata. Kaedah ini menepati kehendak kursus yang sentiasa mementingkan aspek pengamalan dalam setiap perkara.

Terdapat suatu keunikan dan keistimewaan dalam sistem kerja kursus dan projek di UKM. Kita mempunyai pembelajaran berbentuk PBL "Problem Based Learning". Ini bermaksud pembelajaran berasaskan masalah. Untuk tahun pertama, lazimnya pelajar akan didedahkan kepada PBL berbentuk Client Counselling dan Contract Game.

Apa itu Client Counselling ? Untuk memberi kefahaman yang jelas, saya akan terangkan satu persatu. PBL ini adalah satu bentuk kerja projek yang perlu dilaksanakan dalam bentuk kumpulan.Sekurang kurangnya ada 5 orang dalam satu kumpulan. PBL ini boleh dalam pelbagai bentuk, dan salah satunya Client Counselling.

Sekali dengar pun pasti kita boleh bayangkan ianya adalah suatu keadaan di mana peguam menjalan khidmat nasihat kepada pelanggan. Pelajar2 akan diberikan tugasan berdasarkan masalah dan soalan yang diberi. Contohnya ketika saya di semester satu, saya diberi soalan dan masalah berkenaan pembalakan antarabangsa, terdapat element fraud dan misrep di dalam masalah saya itu. Jadi, saya bersama ahli kumpulan perlu utk membuat kajian berkenaan kontrak pembalakan antarabangsa dan mencari masalah2 yang sering berlaku dalam kontrak pembalakan ini. Saya bersama ahli kumpulan pergi berjumpa lawyer yang perlu dicari sendiri, dan bertanyakan soalan berkenaan perkara ini. Selain itu saya juga pergi ke kilang pembalakan dan pelbagai lagi tempat yang perlu utk mendapatkan maklumat. Setiap tempat membawa markah kepada kumpulan.

Berdasarkan kajian dan maklumat yang diperoleh, suatu cerita berbentuk masalah perlu dihasilkan. Cerita ini perlu dirahsiakan utk dibentangkan kepada kumpulan Lawyer pada masa hari Client Counselling. Kumpulan yang bertindak sebagai lawyer perlu untuk menjadi pendengar yang profesional serta mampu mengawal keadaan pelanggan pada waktu client counselling dijalankan. Tujuan utama projek ini adalah utk memberi gambaran dan kefahaman kepada pelajar2 tentang kaedah Client Counselling yang betul apabila sudah bekerja sebagai penasihat undang2 mahupun peguam nanti.

Pada semester dua pula utk subjek Kontrak saya bersama ahli kumpulan perlu membuat Contract Game berdasarkan topik yang terpilih. Misalnya, saya perlu utk membuat kajian tentang kontrak pembinaan dan membuat suatu Negotiation kontrak bersama kumpulan peguam lain yang mewakili syarikat tertentu. Contract Game sangat berguna dan bermanfaat utk kita memahami cara sebenar seorang peguam menjalankan Contract Negotiation , dan memahami terma kontrak dengan kaedah yang tepat dan betul. Pelajar juga dikehendaki membuat draft kontrak yang betul dan rasmi.

Untuk subjek yang lain pula seperti MLS , saya di kehendaki untuk ke Mahkamah dan mendengar tentang perbicaraan kes2 tertentu. Kemudian, hasil dapat itu perlu dibentangkan secara Perbicaraan dalam Mahkamah di hadapan pensyarah2 dan pelajar lain. Ini bertujuan memberi kefahaman kepada kita berkenaan kaedah sebenar seorang Hakim mahupun peguam menjalankan tugas mereka di mahkamah.

Secara mudahnya saya katakan, sistem projek kerja kursus di UKM adalah yang terbaik dan sangat bernilai tinggi dalam menghasilkan graduan undang-undang yang berkebolehan. Sistem ini memberi pendedahan awal yang sangat mencabar berbanding universiti lain yang hanya memfokuskan kepada exam oriented semata-mata. Bukan utk bermegah, namun ini realiti yang berlaku. Bayangkan, seawal tahun satu anda sudah didedahkan dengan perkara2 ini. Bagaimana pula dengan tahun dua, tiga dan empat? pasti ianya lebih mencabar dan kehadapan.

Selesai berkenaan projek kerja kursus, saya tertarik untk bercerita mengenai sistem kokurikulum di Fakulti ini. Terdapat beberapa persatuan di fakulti ini seperti Persatuan Undang-undang (Perundang). ALSA, dan United Nation Society (UN). Perundang adalah badan induk yang menjadi tunjang utama kepimpinan fakulti ini. Ahli2 Perundang dilantik menerus Pilihan Raya peringkat Fakulti. Setiap tahun, pilihan raya akan diadakan.

Perundang adalah badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan serta membawa suara mahasiswa fakulti ini ke pihak pentadbiran. Segala program fakulti direncana oleh Perundang misalnya program solat hajat, sukan, hari keluarga, bacaan yassin, kutipan derma kilat dan sebagainya.

Suasana di Fakulti adalah selesa dan aman. Setiap kelas mempunyai AirCond, dan juga kita mempunyai Mini Court yang baru. Bangunan baru juga mempunyai 2 lagi Auditorium , di bangunan lama terdapat 2 bilik kuliah. Memang keadaan fasiliti di sini semuanya lengkap dan baik. Serba ada dan selesa. Parking kereta di Fakulti Undang-undang UKM adalah yang terbesar berbanding fakulti lain. Inilah puncanya ramai pelajar Law di UKM yang membawa kereta.

Selain itu, Perpustakaan Undang-undang di UKM terletak di dalam fakulti ini juga. Percayalah, Library akan menjadi tempat paling kerap anda pergi, boleh kata setiap hari kerana kedudukannya yang strategik serta selesa. Terdapat penggunaan Wifi dan juga komputer yang cukup di sini. Buku-buku law juga semuanya lengkap dan tersedia utk dijamah dan diratah. Di dalam library terdapat ruangan menonton TV dan juga ruangan study santai, anda boleh bersila mahupun berbaring. Jadi, apa lagi anda mahu ? semuanya selesa.

Berkenaan dengan tenaga pengajar, anda jangan bimbang ! Hampir semua pensyarah di Fakulti ini memegang title Dr dan Prof.. Cuma ada seorang dua sahaja yang masih lagi dalam proses menyambung PHD. Kesemuanya sudah mempunyai pengalaman mengajar sehingga berpuluh tahun. Ramai yang akui lecturer Law di UKM adalah Otai Otai. Ini bermakna orang lama dalam bidang ini. Maka, pengalaman mereka inilah yang sangat bernilai dan kita inginkan .

Saya yakin, informasi yang saya berikan ini mampu memberikan anda suntikan semangat untk memilih UKM sebagai destinasi pengajian anda selepas ini. Percayalah, anda tidak akan sekali kali menyesal belajar di sini ! Mungkin anda meletakkan priority pada Universiti lain, hanya kerana anda tidak pernah sedar UKM adalah destinasi terbaik utk dituju. Sistem yang diberikan di sini menepati pasaran yang negara inginkan.




p/s : kepada semua calon yang terpilih ke sessi temu duga kemasukan ke Fakulti Undang-undang UKM, sila click link ini untuk maklumat lanjut  ( CLICK FOR INFO ) 



Kepada yang bakal ke sini, selamat menempuh cabaran yang tak terkata :)



67 comments:

Anonymous said...

Abg Klau lpsn STPM RMai x dpt TMpat kt fakulti undg2.slalu nyer lpsn stpm nk brp pointer utk dpt course law

Naim said...

ramai je..dont worry..bersepah jugak budak stpm kat sini..pointer around 3.67 ke atas la..lebih kurang je..band 3 pun boleh.. qualification masih sama dgn student asasi :)

Detektif Ady said...

quite hard la for budak STPM sistem baharu capai 3.67... sistem yang kurang jelas, mean pljr STPM 2012/2013 jadi bahan uji sistem baharu.. hopefully can enter FUU.,

Detektif Ady said...

quite hard for us (STPM students 2012/2013)

Anonymous said...

SALAM. SAYA NAK TANYA KALAU LEPASAN ASASI UITM BOLEH KE MEMOHON IJAZAH UNDANG UNDANG DI UKM? KEN APOINTER AT LEAST BERAPA YE? TQ

Naim said...

Boleh tapi anda perlu buat surat rayuan dan hantar kepada Bahagian Akademik UKM di samping menghantar surat rayuan terus kepada Fakulti Undang-undang UKM.

Saluran permohonan anda tidak sama dengan asasi kptm, jadi anda perlu berusaha sedikit keras lah. Sediakan resume, surat permohonan, sijil2 akademik dan koku, result exam dan apa2 dokumen sokongan yang relevan :)

insyaAllah. ada je pengambian utk asasi uitm tapi x ramai.

Anonymous said...

salam. saya juga pelajar asasi undang2 uitm. bila tarikh pengambilan kemasukan ke ijazah undang2 ukm dan berapa kali pengambilan ijazah undang2 ukm dalam setahun. thanks.

Naim said...

tarikh pengambilan sama sahaja seperti asasi kptm, lepas habis asasi dah boleh mula tulis surat permohonan utk masuk ke Law Facu UKM. Biasanya UKM akan buat 2 kali pengambilan, tapi in certain cases, ada pelajar yang diambil lambat atas budi bicara fakulti. Bermakna peluang sentiasa ada, cuma perlu berusahalah kalau x dapat utk pengambilan kali pertama atau kedua.

Anonymous said...

Thanks for the info :)

As mentioned, saya budak asasi undang2 under uitm, not kptm. Skrg ni saya tengah tunggu result final. So, ukm buat tak pengambilan pada awal tahun 2014? and if so, in what month? will ukm announce the intake in the nearest time? If yes, how do i get updated with it? do i have to go to ukm websites or see the ads on newspapers to keep updated?

Regarding the interviews, soalan apa yg sering ditanya? adakah sekadar general knowledge, current issues, or law related stuffs?

If you don't mind me asking, what sem are you in? How are your studies during this programme? Senang tak nak carry?

Sorry for asking lots of questions. Your response will be highly appreciated. Thanks in advance!

Anonymous said...

assalamualaikum... bole ke pelajar lepasan stpm masuk asasi undang2? n apa fungsinya?

muhamad hafiz said...

assalamualaikum... saya pelajar stpm.. bole x kalau masuk asasi? dan apa fungsinya?

muhamad hafiz said...
This comment has been removed by the author.
Naim said...

Salam,

my suggestion to you, right after result keluar terus buat surat permohonan dan hantar ke Bahagian Akademik UKM dan Pejabat Fakulti Undang2 UKM.

Memandangkan anda adalah asasi under uitm, jadi saluran anda tidak sama dengan asasi kptm. Anda perlu berusaha lebih sedikit. Buat sahaja surat beserta apa2 dokumen sokongan, result exam, sijil koku dll.

Pengambilan hanya dibuat selepas tamat asasi. Biasanya kemasukan pelajar baru dibuat pada bulan 9.

Soalan2 interview biasanya tanya pasal current issues, pendangan pribadi, matlamat belajar undang2 dan sebagainya.

Belajar law is not so hard. As long as ure interested in this subject, u will not having a big problem with studying law.

Naim said...

wsalam, kenapa nak masuk asasi?

kalau anda sekarang belajar STPM, teruskan sahaja stpm sehingga habis. Kemudian buat permohonan ke Degree Law UKM. InsyaAllah.

muhamad hafiz said...

Bukan apa...sya calon stpm 2012/2013... sperti yg dikatakan td... Pointer skurang kurangnya 3.6 n above right? Bagi calon stpm 2012/2013 memang sukar untuk capai itu.. kami seperti bahan uji diamana sistem.langsung tidak jelas.. bagaimana jika.pointer hanya sekitar 3.1 dan 3.2? Masih adapeluang untuk kami?

Naim said...

Asasi susah juga. Kalau nak amik Law, dare to grab the challenges la bro. InsyaAllah doa, usaha, boleh berjaya. To put urself into a professional course, you must think positive. Belum cuba, belum tahu. Kalau ada rezeki, x kemana. mana2 Law School pun will not consider utk amik 3.1 0r 3.2. At least, 3.5.. usaha sehabis baik, rezeki Allah yang tentukan.

Anonymous said...

Not this UNI!

Anonymous said...

If pointer asasi tak lepas boleh ke nak apply?

Anonymous said...

Assalamualaikum,
i) Saya nak tny biasanya utk satu batch berapa la jumlah intake pelajar degree FUU?
ii) Ramai tak pelajar matrik yang dpt masuk?Agak-agak berapa % dari total satu batch adalah pelajar matrik?

Sekian,
Abg yg megambil berat tentang adiknya.

Anonymous said...

salam. saya nak tanya jika guna result stpm, pointer mesti 3.5 keatas? dan muet mesti band 4 ke? band 3 tak boleh?

Naim said...

Assalamualaikum,

first of all saya nak minta maaf kepada semua yang bertanya soalan di atas, yana mana saya lambat jawab soalan2 anda. Sebab saya mempunyai sedikit masalah dgn blog saya ,dan saya tidak boleh utk reply komen2 anda. Sekarang saya dah boleh reply,so my answer will be as follow,


1) Semua kelayakan utk masuk Law Fac UKM sama ada dari Asasi, Matrik atau STPM adalah sama

2) Pointer adalah 3.67 bagi kelayakan yang dikehendaki UKM tapi disebabkan Law Fac adalah satu2nya Fac yang mengambil pelajar melalui interview, jadi pointer di bawah 3.67 juga diterima masuk ( setakat pemerhatian saya )

3) Untuk MUET , Band 3 sudah memadai utk ke UKM namun seperti yang saya katakan, Band 4 adalah menjadi keutamaan. Perlu diingati English adalah sangat penting untuk Law.

4) bagi pelajar2 dari Asasi Merbok atau Kuantan, anda perlulah membuat surat rayuan dan permohonan utk ke Law Fac UKM terus kepada pejabat fakulti undang2 ukm dan juga kepada Bahagian Pengurusan Akademik UKM. Siap sertakan sekali dokumen2 penting dan relevan.

Semoga jelas jawapan yang saya berikan. TQ :)

Anonymous said...

salam..sy dri asasi uitm..ada kawan sy kata skrg ni FUU bukak rayuan untk masuk k FUU..bleh k sy buat rayuan???

Naim said...

Sila baca jawapan yang saya bagi kat atas, jelas dah rasanya :)

tapi xpelah, saya jawab semula .

1) Semua kelayakan utk masuk Law Fac UKM sama ada dari Asasi, Matrik atau STPM adalah sama

2) Pointer adalah 3.67 bagi kelayakan yang dikehendaki UKM tapi disebabkan Law Fac adalah satu2nya Fac yang mengambil pelajar melalui interview, jadi pointer di bawah 3.67 juga diterima masuk ( setakat pemerhatian saya )

3) Untuk MUET , Band 3 sudah memadai utk ke UKM namun seperti yang saya katakan, Band 4 adalah menjadi keutamaan. Perlu diingati English adalah sangat penting untuk Law.

4) bagi pelajar2 dari Asasi Merbok atau Kuantan, anda perlulah membuat surat rayuan dan permohonan utk ke Law Fac UKM terus kepada pejabat fakulti undang2 ukm dan juga kepada Bahagian Pengurusan Akademik UKM. Siap sertakan sekali dokumen2 penting dan relevan.



CastWriter86 said...

Memang diakui, UKM Law antara yang terbaik dalam pengajian undang-undang di Malaysia.

Anonymous said...

Salam. Adakah sesi temuduga perlu menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris?

Fikri said...

saya lepasan stpm 2013 dan keputusan pun baru keluar. selepas baca entri ni, rasa berminat utk beljar undang2 di UKM. Saya nak cuba minta Law UKM utk pilihan pertama dan pointer saya 3.75 . Dalam penerangan kursus saya nampak pelajar Law UKM akan belajar civil dan syariah? betulkah? dalam permohonan tu SPM Dia ambil kira jugak ke?

ieqaqa afrieqa ainafieqa said...

assalamualaikum, abg, kalau lps spm boleh x nak mohon sini? ape syarat2 dia ehh kalau nak amek law kat sini?

Naim said...

Minta maaf semua sebab lambat balas :

Saya akan reply secara keseluruhannay la okayh. Basically kalau lepas SPM, awak kena masuk Asasi dulu or STPM, tetapi malangnya UKM tidak menyediakan pengajian Asasi. Untuk ke UKM, asasi yang boleh anda pergi adalah Asasi UiTM di Shah Alam.

kemudian, bagi lepasan STPM, pointer 3.75 itu sudah cukup strong utk ke sini.

UKM memang menyediakan pengajian Syariah tetapi bukan bermakna semua orang boleh ambil. Diploma lanjutan Syariah hanya dibuka pada tahun 3, dan bergantung kepada prestasi akademik di tahun satu dan dua.

Temuduga memang dijalankan dalam dua2 bahasa.

TQ and Gud Luck!

Radzi said...

Salam. Nak tanya, betul ke kalau kita gagal interview law ukm, course lain yg kita apply kat upu tu kita takkan dapat? Terimakasih.

Naim said...

to Radzi : x betul.

amrie said...

assalam. kputusan stpm sy mencapai 3.75, tapi muet saya hanya mencapai band 2 . sememangnya peluang saya sudah tertutup bukan ?

SUZIE ELYSE AON said...

Heloo..
Boleh tak lepasan diploma undang2 uitm ambil ijazah undang2 kat ukm??
N kalau boleh,berpa lama tempoh masa untuk ambil ijazah kalau da ada diploma undang2??
Harap reply ...sangat2 perlu jawapan...

Naim said...

to Suzie :

lepas diploma boleh, dan tempoh masa dia masih sama..which is 4 tahun :)

Anonymous said...

Assalammualaikum abg naim, na tanya , kalau stpm leaver na ambik llb dekat ukm, dia still tengok result spm ke ?

Law Man said...

Hi to all legal students, practitioner and interested friends, i currently setting up a volunteer page at facebook and blog to help people in law awareness especially in small claim. Please share and support us. Thank you.

https://www.facebook.com/smallclaimcourtmy

adilia erina said...

macam mana eh nk cakap..sy sbnrnya asasi undang2 uitm...amat berminat nk sambung law tapi takut laaa...blh tak lps asasi ni ni ambik bidang psychology..? blh tak eh..? senior sy sbnrnya pun ade yang dapat band 3 utk muet...tapi for uitm nak band 4 right..so, dia pun hntar surat kat rektor uitm shah alam and dia blh masuk dgn syarat mesti dapatkan jugak band 4 sblm habis sem...fuuh...susah giler kot..hehe...tlg jawab soalan kat atas tu eh...n by the way, uitm skrang dah ade interview...huuuuhhh......

Naim said...

Adilia Erina :

everything is up you whether u u want to proceed with law or not..but if nak buat psychology for ur degree pun ok..ada je ex asasi my batch yang sambung buat psycho...worth it:)

izati said...

assamualaikum,kalau lepasan spm,sekurang kurang berapa A?? degree ke atau diploma??kalau dalam diploma,so kena dapat muet 4 and pointer 3.67??kalau x lepas so,kena repeat??

E liin said...

Hii :-) May I ask, is it compulsory to take Sejarah in STPM , if I want to take Law course in UKM ?

Anonymous said...

Apa yang perlu Ada dalam Surat permohonan tu ye? Tq

adilia erina said...

eh,betulke..?? MasyaAllah, alhamdulillah...yes..!!agak2..berapa pointer yang die nak for psychology..?? hehe..sorry banyak tanya pulak...:)mesti at least 3.00 kan..?? Ya Allah, tp agak susah laa untuk sy sbb sy asasi uitm....aduih...!!but, sy akan try jugak...err..lgi skali, jawab soalan kat atas tu eh..terima kaseh..!!

Naim said...

To Adilia Erina :

Pointer idk..but usually 3.5 above..its ok u can try!:)

plus, u from asasi uitm, so its quite hard for u to persue in ukm..but still u can try ur best!:) Gud luck!!

Naim said...

TO Izati Said :

lepasa diploma juga masih dalam syarat yang sama..3.67 dan muet band 4 .. memandangkan ukm tidak mengambil ramai student diploma..jadi kita hanya mengambil yang terbaik ..gud luck :)

Anonymous said...

Sori to ask bt cn I ask wat is the usual ques or task tat will b given during the interview? I am totally lost...hope u cn do my a favour><

Anonymous said...

Salam bang. Saya dapat interview law ukm. Saya bukan dari background asasi law so saya nak tahu, apakah perkara basic pasal law yg patut saya tahu? atau yang bakal ditanya nanti untuk written test. Harap abang dapat membantu :)

Anonymous said...

Hello :) I got the letter to the interview today and I would like to make some inquiries regarding UKM's Law course?
1. My Malay is quite bad, orally. Thus must I answer most of the interviewer's questions in Malay?? I would be so terrified if so :(
2. Are the lectures in Malay or English? And is it alright for me to answer in one of the languages?
3. The interviewees should've met the qualification of taking the Law course in UKM. But what would happen if they failed the interview? I am invited to participate in only UKM's interview, no more, so if I were to fail this interview, does it mean I have no chance in other local universities?

Thank you :)

Naim said...

Interview sessions :

hye it have no format for interview but the important thing must have on you is confident and higher determination. Basically the question given is simple but lecturers just wanna see ur credibility and skills when answering d question. So make it well and easy.

Kalau not fluent cakap BM, its ok..tapi u kene jugak cakap BM during interview coz lecturers akan tanya in both languages. Just b prepared.

Ada sesetengah lecturers yang akan tanya soalan critical thinking . Contohnya bagi situation kereta accident of whatsoever. So ia xde format bergantung lepada lecturer yang interview anda.

Benda yang paling penting, you must know why are u choosing law ? do u really want to b a lawyer? what is aim in 10 years ahead? what is u mission? what do u think about law and how it affects society? ni sume soalan2 cliche yang boleh ada. So prepared well ok :)

Anonymous said...

salam alaik.. sy pun dpt panggilan interview undang-undang di ukm.. tapi pointer sy 3.17 shj.. act, pelik sampai sekarang n sgt risau untuk interview nanti sbb sy x fluent sgt bahasa inggeris ni.. n sy lepasan stpm..

Naim said...

Kepada semua calon yang inginkan maklumat Lanjut berkenaan Sessi Temuduga kemasukan ke Fakulti Undang-undang UKM, sila ke link ini : http://naimpital.blogspot.com/2014/05/soalan-lazim-dan-persediaan-menghadapi.html#.U367TPmSxqU

Anonymous said...

Saya nak tanya. Saya lepasan stpm. Pointer 3.50 dan muet band 3. Berkelayakan kah saya untuk bidang ni?

Anonymous said...

Perlukah mengikuti temuduga untuk dapatkan bidang undang-undang di UKM?

Naim said...

yes stpm band 3 and pointer 3.5 masih ada harapan. usually Law Fac will look first for 3.67 above.

and sure, nak masuk ke Lac Faculty UKM ada interview.

Naim said...

yes stpm band 3 and pointer 3.5 masih ada harapan. usually Law Fac will look first for 3.67 above.

and sure, nak masuk ke Lac Faculty UKM ada interview.

Anonymous said...

Jika sya tidak dapat temuduga, ini bermakna peluang saya tertutupkah?

Naim said...

kalau x dapat temuduga bermakna anda tidak lepas pemilihan oleh pihak fakulti dan tak layak.

tapi masih boleh buat rayuan kalau nak..terus sahaja buat surat dan hantar ke pejabat fakulti undang2.

Anonymous said...

Bro. Berapa ramai jumlah pengambilan pelajar utk setiap kali pengambilan baru? I heard it's just around 100..

Anonymous said...

Hye. Nak tanya, currently, saya tengah sambung STPM. Hmm, betulkah syarat nak dapat tawaran Ijazah Undang-undang di UKM, MUET at least band 3 tetapi keputusan Bahasa Inggeris sewaktu SPM juga diambil kira iaitu mesti A-. Saya ada lihat qualification dekat UPU. Harap dijawab TQ. :)

Naim said...

wsalam, pengambilan utk sesuatu sessi seramai 100 orang biasanya.

ya betul syarat minimum band 3 . SPM A- semasa nk mohon foundation. kalau da lepas foundation xde apa lagi dah. Tapi result SPM tu mungkin masih diambil kira semasa interview. Unless kalau MUET dapat Band 4 or 5.. So, result SPM tu seems irrelevant anymore. idk much about it..yg pasti English kena mantop..tq

Naim said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum abg. Just wanna ask, I'm from asasi law uitm and lately UPU result baru released & ofc I'm not in the UPU. I hantar surat sendiri dkt Law Fac UKM, kalau lah dapat kan, UKM ambil masa berapa lama utk hantar surat tawaran kepada kita? TQ

Anonymous said...

Hi!!!I got accepted into the law course in UKM..your blog really gave me a huge inspiration about the law studies in UKM..thanks!!!

Anonymous said...

UKM ada asasi la bang. Asasi pintar. It's inside the hutan2 dekat institut bio tu. Dkt permatapintar. But student asasi pintar stay dkt zaaba. Dan kuantiti dorg sgt sikit dalam 100 mcmtu. Kbnykknnya dari pelajar straight A/A+ sahaja bg lepasan spm. Just for information :)

Naim said...

oh ya for your information i know that things.. what i mean is asasi undang2 :)

Naim said...

oh ya for your information i know that things.. what i mean is asasi undang2 :)

Anonymous said...

Abang, saya sedang belajar di STPM, sekarang sudah sampai semester terakhir. Saya ingin memasuki UKM untuk belajar undang-undang.
Saya ingin bertanya, kalau keputusan keseluruhan saya adalah 3.8 ke atas, tetapi muet hanya dapat band 3. Tapi keputusan BI saya semasa SPM adalah A+, adakah peluang mendapat tawaran daripada pihak universiti lebih cerah? Abang rasa berapa peratus kejayaan saya untuk dapat tawaran? Sorry kerana saya sekarang ini sangat takut dan bimbang. Impian saya adalah memasuki UKM dan belajar undang-undang.
so saya memang harap abang dapat memberi balasan mesej kepada saya.
Terima kasih.

Anonymous said...

Abang, kalau saya dapat pointer 3.8 ke atas dalam STPM tetapi muet saya hanya band 3~ adakah peluang saya cerah untuk mendapat tawaran drpd ukm?

Anonymous said...

kenapa pelajar diploma undang2 kurang pengambilan berbanding pelajar matrik n stpm ?? bukankah kitorang lebih ade latar belakang perundangan ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...