Sunday, July 7, 2013

Setahun Berkelana di Bumi Bangi - UKM yang disayangi


Right after last paper of Final Exam year 1 :)


Setiap tutur kata punya budi bicaranya, begitulah setiap perjalan hidup punya susurnya, alhamdulillah setahun berkelana di bumi Bangi bumi bertuah, subur dengan pengisiannya yang penuh suka dan duka. Terima kasih kepada rakan-rakan tercinta yang tidak kenal siang atau malam, sentiasa membuka inci dan ruang utk kita bersama menempuh perjalanan ini. Allah, x terkata rasanya tamat setahun pengajian sebagai pelajar jurusan undang2 .

sekalipun awan berarak laju, namun ia tidak akan menyingkatkan tahun pengajian kita di sini yang masih berbaki 6 semester..namun, berdoalah agar setiap tawa dan suka kita menjadikan penantian kita sekejap sahaja ibarat di bawa air deras dari puncak gunung Himalaya. Ya, semoga cepat perjalanan menghabiskan sisa pengajian ini.

Sepanjang setahun ini, sudah ku kenal apa itu kawan dan apa itu lawan.. apa itu kehidupan dan apa itu kebuntuan..namun belum ku kenal apa itu kejayaan? ahhh..selagi belum ku akhiri perjuangan ini, xkan ku kata ku insan berjaya..aku cuma picisan yang Allah pilih ke bumi ini..syukur..

Siang malam menghadap buku , ini lumrah sebagai seorang hamba yang digelar pelajar..bersengkang mata di kala exam ini lumrah tatakala exam kian mendekat..segalanya kehidupan yang sudah pun dilalui kira2 sedekat yang lalu.. namun yang membezakan adalah kematangan kita..

mengenali bumi Bangi ini, bagai mengenali Bumi Ilmu..banyak curahan ilmunya di sini baik duniawai mahupun ukhwrawi..cumanya...kita sahajalah yang memanfaatkannya atau tidak...

Orang kata UKM bukan tempat yang baik..kualitinya kurang.. tapi semua kata2 itu dusta..hanya dusta..mereka belum pernah jejak ke bumi ini , bagaimana mungkin berani utk lemparkan kata2 bangsat itu ? Lihat, UKM adalah 10 universiti terbaik asia.. bukan calang2 tempat..bermakna skarang kita di no 1 Malaysia.. jangan kerana UKM menjunjung aspirasi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan..kita menganak tirikan kebaikannya..padahal kualiti dan sistem pengajian di sini sangat hebat dan mencabar..

Arghh..lupakanlah ranking2 ini semua..yang penting kejayaan kendiri..benar..ini lebih baik ! ingat, semua yang terpilih utk belajar, semuanya terbaik.. (Y)

Semoga di sem sem mendatang, diri ini peroleh lebih kekuatan, dan kematangan dalam berkelana sebagai seorang pelajar ! InsyaAllah, sama sama doakan :) 



1 comment:

Syaz said...

Salam saudara Naim....Saya sedang dalam dilema untuk menyambung Master samada LLM UKM ataupun MCL UIAM..i would like to improve my English....kalau LLM di UKM, adakah pembelajaran, tutorial and tesis dalam bahasa Melayu?IN term od subject choices, UKM agak interesting subject yang ditawarkan....Mohon pencerahan...tQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...