Sunday, August 31, 2014

Pakatan Rakyat Bukan Parti Yang Wajar Diteladani








Bercakap soal parti, saya amat kesal dan kecewa dengan Pakatan Rakyat yang mempunyai jiwa besar memimpin negara dengan 3 Parti berbeza di bawahnya. Membawa slogan Reformasi demi hak rakyat telah membawa Pakatan Rakyat kehadapan berbanding Barisan Nasional pada PRU yang lepas. Meskipun Pakatan Rakyat masih lagi gagal memenangi 2/3 kerusi di Parlimen namun secara undi popular, Pakatan Rakyat telah pun mendahului Barisan Nasional.

Namun, itu kisah yang lalu yang wajar kita kaji dan selidik apakah rentetan cerita selepas tamatnya PRU13. Benarlah orang kata, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Strategi dan permainan poilitik Pakatan Rakyat jelas mendukacitakan semua pihak terutamanya golongan muda yang amat berminat dengan corak politik yang dibawa PR. Kini, satu demi satu masalah dalam PR terserlah dan dipaparkan di media baik media sosial mahupun konvensional. PR bukan lagi parti yang dihormati dan disegani dek kerana masalah yang terlalu banyak berlaku dalam pimpinan mereka.

Krisis Air di Selangor yang berpanjangan adalah detik-detik awal melihatkan kegagalan PR dalam memerintah negeri tersebut apabila telah memegang Selangor sejak 2008 lagi. Namun, isu air itu sering kali ditutup dengan isu bayaran bil air di Selangor yang begitu murah berbanding negeri-negeri lain di dalam Negara. Malahan, Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim telah berjaya meraih keuntungan negeri yang terbanyak sepanjang pemerintah negeri tersebut. Ini semua melihatkan rencah kejayaan PR di Selangor yang telah berjaya mendapatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan mereka. 

Namun, konflik dalaman PR begitu menebal sehingga memaksa mereka bertikaman sesama sendiri dan sering gagal mencapai kata putus terhadap sesuatu isu. Bermula dengan Langkah Kajang yang jelas memperlihatkan masalah berlaku di dalam Pakatan Rakyat tatkala calon DAP menarik diri secara tiba-tiba lalu ia terus berlarutan hingga ke hari ini dalam isu Perletakan Jawatan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan isu nepotisme Anwar Ibrahim serta sifat pentingkan diri dalam kalangan ahli PR. Adakah kita masih lagi beranggapan pimpinan PR adalah pimpinan yang membela nasib rakyat ? Atau mereka menjadikan kita sebagai boneka untuk memenuhi periuk nasi mereka?

Permainan politik PR semakin hari semakin melihatkan belang mereka yang sebenarnya. Kononnya membawa slogan Harapan Rakyat namun ia sebenarnya adalah sebuah parti yang bernaung semata-mata untuk memenuhi kehendak Anwar Ibrahim. Akhirnya, perjalanan politik mereka kesemuanya berkiblatkan Anwar Ibrahim meskipun sesuatu keputusan itu dikatakan tidak wajar untuk diterima. Saya percaya, ramai dalam kalangan golongan masyarakat khususnya belia sudah mula muak dengan permainan politik PR yang tidak lagi membawa aspirasi rakyat namun ia adalah aspirasi Anwar semata-mata.

Ayuh, bangkitlah daripada sebuah helah yang telah sekian lama mengaburi mata kita semua. Benar, saya menyokong hasrat Pakatan Rakyat untuk menjadi sebuah kuasa politik yang kuat dan adil buat semua rakyat. Namun, kini, PR dilihat sebagai sebuah parti yang sekadar bermodalkan publisiti murahan dan sekadar melemparkan masalah-masalah yang sama dari dahulu hingga kini tanpa menunjukkan sebarang pembaharuan dalam PR itu sendiri. Yang hairannya, PR kini lebih memalukan tatkala ketiga-tiga parti DAP, Keadilan dan Pas sudah tidak lagi menunjukkan permuafakatan seperti mana yang mereka banggakan.

Pas ibarat berada dalam bayang-bayar PR sedangkan saya berpendapat Pas mampu berdiri atas kaki sendiri dan kekal dalam perjuangan menegakkan daulah Islamiyah ! Hasrat Pas menyertai PR hanyalah semata-mata untuk mengangkat seruan Tahalluf Siyasi namun kini, ia dilihat tidak langsung menguntungkan Pas? Sudahlah DAP jelas dari dahulu hingga kini tidak boleh menerima Hudud untuk dijalankan dalam Negara ini, namun Pas masih lagi mengatakan DAP sebagai rakan politik mereka dalam perjuangan menegakkan keadilan. Namun, keadilan jenis apakah yang mereka nyatakan? Adakah Pas berjaya mendominasi PR dalam membawa perubahan yang lebih baik kepada Islam itu sendiri atau pada akhirnya Pas ini adalah sekadar sebuah parti politik yang lemah dan tidak mampu untuk keluar dari bayang-bayar PR mahupun Anwar Ibrahim.

Apabila ditanya mengapa Pas tidak mahu bersatu dengan UMNO dan bergerak dalam komponen politik yang sama, maka jawapan yang diberi adalah kerana sejarah lalu menunjukkan penyatuan mereka dengan UMNO telah dicabuli oleh UMNO kerana tidak memberikan mereka kerusi untuk bertanding. Kini, apakah hak mereka tidak dicabuli? Walaupun Pas adalah parti yang mendominasi Selangor iaitu sebanyak 15 kerusi, namun mengapa Anwar Ibrahim masi lagi menjadi penentu kepada corak politik di Selangor? Langkah Kajang dengan mudah meletakkan dirinya sendiri yang sudahpun memegang Adun Permatang Pauh untuk bertanding di Kajang. Untuk apa semua ini ? Adakah ia menunjukkan PR sebenarnya ketandusan ahli politik yang layak untuk bertanding atau ia adalah atas dasar kepentingan pribadi Anwar Ibrahim. Apabila isu liwat ini dibawa ke Mahkamah, Anwar Ibrahim meletakkan pula isterinya Wan Azizah sebagai pengganti di Kajang tanpa meletakkan justifikasi yang jelas mengapa tidak diletakkan calon lain yang lebih relevant untuk bertanding. Hairan sungguh tatkala Pas telah pun menjadi parti yang kuat dan berpengaruh di Selangor, pimpinan PR masih lagi menafikan kredibiliti pimpinan Pas untuk bertanding di Kajang. Bukankah ini suatu penafian hak yang jelas dilakukan oleh pimpinan PR?

Kini, dalam isu pencalonan Menteri Besar di Selangor, kepimpinan PR meletakkan Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim. Keadaan ini amat hairan kerana Anwar Ibrahim dilihat telah merancang semua ini untuk menaikkan isterinya sebagai MB di Selangor. Tidakkah ini suatu keadaan yang amat menyedihkan tatkala Wan Azizah bukanlah berasal dari Selangor dan tidak sampai satu tahun duduk di dalam Adun Selangor, kini PR meletakkan beliau pula sebagai MB di Selangor !

Apakah calon PAS tidak berkelayakan untuk berada di kerusi MB?  Hairan, mengapa dalam keadaan ini Pas boleh menerima penafian hak yang dikenakan terhadap mereka sekarang, sedangkan apa yang berlaku dalam UMNO suatu masa dahulu adalah keadaan yang sama. Apakah Pas ini sudah menjadi parti yang takut akan Anwar Ibrahim sehingga gagal menjadi parti yang berani dalam menegakkan yang haq? Apakah kekuatan Pas sebenarnya? Saya lihat Pas ini terlalu takut dengan kekuatan mereka sendiri sehingga sanggup menjadi tulang belakang PR yang tidak pun menguntungkan mereka.

Sudahlah Anwar secara tiba-tiba jatuh hukum terhadap Khalid Ibrahim dengan mengetepikan beliau dari kerusi MB, kemudian secara mudahnya mencalonkan Isterinya pula. Apabila pertikaian ini dibangkitkan oleh masyarakat, mereka menyatakan bahawa ini adalah keputusan pimpinan atasan parti. Isunya, siapakah pimpinan atasan parti kalau bukan Anwar Ibrahim, isterinya dan anaknya? Jadi apakah ini sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat atau ia telah mempermainkan harapan rakyat?

Jika Pas boleh untuk melabelkan UMNO sebagai parti yang telah menipu mereka, kenapa mereka boleh bergabung dengan DAP yang secara jelasnya menolak prinsip Pas? Malahan, DAP pernah menyatakan bangkangan terbuka terhadap Hudud seperti yang disebut oleh mendiang Karpal Sing, cross my dead body! Mengapa Pas tidak pernah menilai penentangan yang dibuat oleh DAP dan mengapa UMNO yang kini komited membawa perubahan dalam negara tetap dianggap sebagai musuh kepada Pas? Jawapannya mudah, iaitu Pas tidak berani menerima kenyataan bahawa mereka telah dipermainkan oleh PR. Mereka masih lagi menganggap DAP dan PKR adalah rakan juang politik yang patut dipertahankan meskipun hak mereka diketepikan. Pas tetap tidak mahu bergabung walaupun wujud usaha-usaha daripada sesetengah ahli parti dari pihak UMNO dan Pas untuk menyatukan kedua-dua parti ini. Namun, kiblat perjuangan Pas telah mengikut Anwar Ibrahim dan bukannya apa yang disarankan dalam agama untuk bersatu padu sesama muslim dan membawa perubahan yang besar dalam negara Islam.

Kini PR mengatakan bahawa kemelut yang berlaku dalam PR adalah sebuah kemelut biasa dan ia adalah keputusan parti. Mereka mendakwa PR adalah parti yang telus dan berani mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan meskipun ia dilihat tidak menguntungkan mereka. Namun mereka terlupa bahawa mereka telah menunjukkan kepada rakyat bahawa PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas sebenarnya tidaklah bersatu padu malahan bertelagah antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah kalau saya katakan sokongan terhadap PR kini semakin menurun dan merudum kerana mereka telah mengkhianati harapan yang rakyat berikan.

Harapan saya terhadap PR jauh meleset daripada apa yang saya harapkan. PR bukanlah sebuah parti yang wajar diteladani oleh masyarakat secara kesemuanya. Ia adalah sebuah parti yang didokong oleh fahaman liberal dengan mengangkat kebebasan dalam semua aspek. Mereka menggunakan slogan Harapan Rakyat sebagai umpan paling berkesan untuk menarik perhatian masyarakat. Namun, harapan ini adalah sebuah penipuan dan pengkhianatan yang amat menyedihkan. Ia adalah harapan Anwar Ibrahim yang dari dahulu hingga kini masih tidak pernah padam sifat dendam beliau kepada kerajaan. Maka, sebab itulah PR yang kita jangkakan akan menjadi orang kuat rakyat kini hanya menghabiskan masa mereka dengan bertikaman sesama sendiri demi agenda tersendiri. PR sudah tersasar daripada apa yang mereka perjuangkan dan ia membuka mata ramai pihak untuk menilai sendiri masalah yang wujud dalam pentadbiran mereka.

Demi survival Malaysia dan keamanan negara, kita perlu komited melakukan pembaharuan dalam negara kita. Malaysia tanah air tercinta adalah milik setiap insan. Memelihara negara adalah tanggungjawab bersama.



Thursday, August 28, 2014

Hormati Minggu Mesra Mahasiswa UKM Daripada Unsur Politik





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah masuk minggu kedua di UKM dan kini telah masuk fasa kritikal sementara menunggu ketibaan adik-adik baru ke UKM bumi tercinta. Atas dasar amanah dan kerja, saya terpaksa pulang 3 minggu lebih awal daripada pelajar-pelajar senior lain demi memastikan kerja-kerja sepanjang minggu orientasi pelajar baru berjalan dengan lancar. Tambahan pula saya terlibat sepenuhnya di bawah Urusetia Pengucapan Umum UKM iaitu kelab debat UKM, dan matlamat kami pada Minggu Mesra Mahasiswa kali ini adalah untuk menjayakan Debat Piala Naib Chanselor UKM seperti mana yang telah dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini.

Tatkala junior masuk ke UKM, maka hangat Pilihan Raya Kampus akan bermula dan pastinya jentera-jentera Pilihan Raya Kampus akan mula panas punggung serta tidak senang duduk menantikan adik-adik baru yang masih lagi "clean" daripada sebarang unsur politik kampus. Pastinya, sesetengah pihak melihat ini sebagai peluang untuk mencari ahli baru dan kekuatan baru dalam dunia politik masing-masing. Namun kata orang, menanam benih biarlah ditempatnya, jangan disemaikan bukan pada tanahnya, kerana kelak, pohon x tumbuh, benih pun rapuh.

Saya sendiri terlibat dalam mesyuarat bersama pihak atasan untuk perjalanan sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa dan kami telah berbincang panjang berkenaan tentatif program serta perjalanan sepanjang minggu orientasi di UKM.  Beberapa syarat dan perkara telah kita bincangkan demi keselamatan dan kebaikan pelajar sepanjang berada di UKM. Matlamat MMM pada tahun ini adalah untuk menyemai rasa cinta pada pelajar baru terhadap UKM sebagai sebuah gedung ilmu yang cukup tinggi nilai intelektualiti dan daya saingnya di pasara glokal mahupun global. Hasrat MMM adalah untuk memberitahu pelajar bahawa UKM ini ditubuhkan bukan atas dasar ingin menyediakan tempat buat pelajar bergraduasi semata-mata, malahan ia adalah tempat memupuk rasa bertanggungjawab dan sayang akan negara serta bangga sebagai rakyat Malaysia. Elemen utama yang akan diterapkan adalah mendidik pelajar baru agar mempunyai semangat menjunjung Aspirasi Negara. Kita akan mengimbau sejarah bagaimana UKM ini terbina dan apakah ia sekadar sebuah tempat mendapat segulung ijazah atau ia lebih daripada itu? Sejarah membuktikan bahawa pejuang bahasa dan bangsa memerah keringat dan tulang empat kerat demi melihat tertubuhnya sebuah Universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan disamping menjadikan agama sebagai nilai penting dalam pembentukan insaniah pelajar.

Sehubungan dengan itu, beberapa perkara kita harapkan agar tiada mana-mana pihak yang cuba untuk mencari peluang bagi mengedarkan apa-apa bentuk keratan kertas, iklan, brosur mahupun pamplet berkenaan gerakan politik anda di UKM sepanjang minggu orientasi. Hormatilah perkara ini sebagai tanda kematangan anda di UKM dan jangan sesekali cuba megeruhkan keadaan dengan mencetuskan apa-apa kenyataan yang membawa kepada pertelingkahan.

Biarkan segala perjalanan MMM ini dikendalikan oleh Pemudah Cara sama ada di peringkat Pusat mahupun Kolej demi kelangsungan pelajar baru di sini. Tiada sebarang pengedaran risalah politik dibenarkan dan ia adalah sama sekali tidak menghormati sistem gerak kerja MMM yang telah kami bincangkan bersama. Sekiranya terdapat juga apa-apa bentuk pengedaran risalah, saya berganggapan ia adalah suatu tindakan tidak matang dan tidak wajar daripada pihak terbabit. Pastinya saya akan terus mengupas isu ini di dalam penulisan saya agar umum tahu bagaimana sistem yang telah kita rancangkan ini dicabuli demi kepentingan sendiri.

Lazimnya ada perwakilan yang akan bertindak sebagai penganalisis program yang telah barisan PC bersama Pentadbiran sediakan. Lantaran itu, kritikan tidak membina akan dilemparkan sama ada di blog mahupun di Facebook atau mana-mana ruang di laman sosial. Jadi harapan saya buat perwakilan terbabit, jangan mempolitikkan keadaan, kerana sepanjang 2 tahun saya berada di UKM, beberapa program yang dijalankan pasti akan dipolitikkan dan dimanipulasikan. Sudahlah segala gerak kerja perjalanan Minggu Orientasi ini tidak langsung anda ketahui bagaimana ia bergerak dan berjalan, tidak pula terlibat dalam mesyuarat dan post moterm yang PC jalankan, tiba-tiba ingin bertindak sebagai Rule Maker yang sekadar tahu menunding jari. Jadi saya berharap agar perjalanan MMM tahun ini akan bebas daripada segala isu yang dipolitikkan demi kepentingan bersama.

Mana-mana pihak adalah bebas untuk berpolitik dan bebas untuk melakukan perbincangan demi survival politik masing-masing. Namun dalam konteks yang mudah, jangan libatkan minggu orientasi dalam survival politik. Rancangkan perkara yang lebih membuahkan hasil. Saya menulis atas kapasiti saya di pihak pusat dan saya mengetahui betapa kami berhadapan dengan masalah yang sukar untuk mengendalikan pelajar baru yang mencecah 4 ribu kemasukan pada kali ini. Pastinya ia adalah jumlah yang sangat besar, maka harapan saya agar semua pihak faham akan kerja dan tugas kami yang sekadar membantuk pihak Universiti demi memastikan kelancaran kemasukan pelajar-pelajar baru.

Sekian terima kasih.




Monday, August 4, 2014

Boycott McDonald : Sejauh Mana Ia Berkesan dan Praktikal?

 


Idea memboikot McD dan produk israel ini membuka pelbagai ruang diskusi dan perdebatan, some will say its irrelevant and some will say its practical and relevant. People will come out with arguments and back then, it wont give any benefits to us.

Its true, the idea of boycott has become irrelevant. Why? sebab ia telah lama disebut dan dibincangkan baik dalam media sosial atau apa sahaja. Back then, McDonald misalnya tetap kekal bertapak di negara ini dan mempromosikan pelbagai jenis makanan segera yang sedap dan murah. Daya tarikannya terus dipopularkan dengan memperkenalkan Mc Cafe dan menyediakan ruang yang selesa utk para pelajar stay up sampai ke tengah pagi. Maklumlah kedai makan 24 jam air cond pulak tu, ditambah fries yang sangat lazat.

Idea memboikot McD tidak berhasil meskipun ia sering digembar gemburkan di mana-mana sahaja dalam media sosial. Bukan apa, mata kasar ini hanya melihat seketul daging burger, secawan air dan fries sahaja tidaklah berdosa untuk memakannya. Solidariti yang semakin kuat tidak mampu melawan pengembangan McD di Malaysia apabila cawangannya semakin bertambah tambah di seluruh negara.

Jadi benarkah rakyat Malaysia boycott McD? Jika benar, pasti mereka sudah rugi namun, setelah beberapa siri solidariti boycott ini dijalankan, restoran ini semakin galak dibina ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Oleh kerana melihat pembinaanya yang begitu rancak, jiwa mana yang tidak kacau tiba2 sebuah Restoran McD dibuka di kawasan yang dahulunya sebuah kawasan nelayan atau perkampungan . Perlis misalnya adalah antara negeri yang cukup kebal kerana tidak pernah dimasuki oleh entiti McDonald ini, namun pada akhirnya mereka tetap menerima kunjungan mesra McDonald apabila buat pertama kalinya sebuah restoran McD berjaya dibina di Kampung Bakau Perlis sekitar bulan Mei yang lalu dan mula beroperasi dalam bulan Julai 2014!

Pada ketika itu seruan berkumandang di serata negeri utk bersama meraikan cawangan baru produk Israel ini yang cukup mendapat tempat di hati remaja. Pada ketika itu tiada lagi slogan Boycott dan PrayForGaza kerana yang terlintas di kepala "alahh aku makan makanan halal kot"

Begitu juga keadaan yang berlaku di Kampun Limbongan Negeri Melaka! Suatu ketika kawasan ini adalah sebuah kawasan nelayan dan ia dibiarkan sebagai kawasan yang tidak mungkin akan dibangunkan. Namun kini jika datang ke Limbongan, anda akan lihat tersergam indah restoran Mc Donald Limbongan yang baru sahaja bertapak dalam tahun 2014. Jelas, ia semakin membiak dan membesar.

Jadi saya ingin bertanya lagi, benarkan slogan dan hashtag boycott produk Israel di Malaysia benar2 mencapai sasaran atau sebenarnya ia sekadar fenomena yang merancakkan media sosial kononnya kita semua bersimpati terhadap Gaza? Jadi adakah mereka yang tidak memboycott dikatakan tidak mempunyai sumbangan terhadap Gaza?

Jawapannya akan tinggal sebagai perdebatan yang tidak berkesudahan. Bukan saya menolak idea boycott. Saya amat hormat dan menyanjungi hasrat murni semua pihak yang berusaha untuk menghentikan sebarang bentuk pengaliran wang kepada Israel. Biarlah orang kata tak relevant dan tidak praktikal, biarkan kerana mereka yang banyak bercakap itu lagilah tidak menyumbang apa-apa. Sekadar tahu berdebat dan bercakap fakta2 ekonomi yang dikorek dari Mr Google. Setidak tidaknya anda mempunyai prinsip dan usaha tersendiri untuk membantu Gaza.

Cumanya disini, amatlah murni jika Kerajaan Malaysia turut bersama sama dengan kita semua mencari jalan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap produk Israel. Selain misi kemanusiaan dan bantuan kewangan yang dihantar di Gaza, Malaysia juga boleh menjadi negara printis yang menyekat dominasi produk Israel di Malaysia. Benar, sehingga sekarang kalau terbayang fries dan sundae cornetto chocolate, terasa ingin ke McDonal meratahnya. Saya bukan insan yang lantang dalam menyeru idea boycott ini, namun buat masa ini, saya terasa segannya juga nak ke McDonald tatkala isu Palestin semakin rancak berlegar di media sosial.

Jangan lupa semua, hari Jumaat ini adalah hari memboikot McDonald selama 24 jam. Mesej moralnya cuma ingin menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak mati tanpa McD dan kita bersolidariti terhadap kekejaman di bumi Palestin. Meskipun akan ada yang mengatakan idea ini mengarut dan tidak praktikal kerana sehari sahaja boycott, namun bagi saya, setidak tidaknya jika sehari ini seluruh rakyat Malaysia bersolidariti, ia menggambarkan kesedaran dari hati kecil kita yang lemah ini. Kita bukan perlu berperang dan bermandi darah. Sambil boycott McDonal anda masih boleh lagi makan dan minum, sedang di Palestin sana, hendak makan dan minum pun belum tentu.

Selamat bersolidariti ! #Pray4Gaza #Pray4Palestine #GazaUnderAttack



Sunday, August 3, 2014

Raya 2014 Bersama Keluarga Haji Fital



Alhamdulillah Syawal menjelang lagi, maka tahun ini kami sekeluarga menyambut dua orang baby baru dalam keluarga iaitu Aini Qistina dan Hadhinah Mardhiyah. Raya 2014 sememangnya paling meriah buat keluarga kerana mempunyai bilangan ahli keluarga yang bertambah memandangkan semua abang-abang dan kakak telah berkahwin, dan kini kami sudah ada 4 anak buah dan semuanya perempuan.




Along Hafiz and family ! my eldest brother with 3 princess in d house.



my 2nd brother's family with his adorable princess Aini Qistina !




Le sister with her husband Abang Hairi ! Supplier mercun dan bom tahun ni! haha



Mak dan Abah yang tetap setiap bersama ke hujung nyawa. Syawal kali ini bergambar di Masjid China Krubong Negeri Melaka. Rasa mcm raya di Beijing sikit.




Kakak ( Hadhinah Aqifah ) dan Adik ( Hadhinah Athirah ) . Pasangan adik beradik menguji iman dan kesabaran.. Selalu dikatakan pasangan kembar tapi sebenarnya beza setahun. Masing-masing dah besar. Cepat masa berlalu meninggalkan zaman kecik2 mereka. Dah x boleh nak timang2 manja :(




Aini Qistina baby Chan ! Anak buah sorang ni kemain sajak pakai rompol2 bunga di kepala. Youngest kiddos in Haji Fital's big family. Born in January 2014. Selamat Hari Raya Pertama Qistina.




Akhir sekali adalah gambar sendiri ! haha. Raya tahun ni serba purple sebab nak sama dengan seseorang. Konon dapat rasa mood raya bersama memandangkan tinggal seorang je anak lelaki yang belum berkahwin. Happy kids in family melihat keluarga yang semakin membesar setiap tahun. Moga Allah berkati keluargaku ini dan diberi kebahgiaan berkekalan dunia akhirat Semoga berjumpa lagi pada Syawal akan datang! Selamat hari raya aildilfitri daripada kami sekeluarga, maaf zahir dan batin :)



Tuesday, July 29, 2014

Syarat dan Kelayakan Menjadi Tentera Al-Qassam Palestin



Israel sudah mula bertapak di tanah suci anbia Palestin sejak tahun 1948 dan tahun tersebut merupakan era permulaan tanah Palestin dijajah dan rakyat mendapat penindasan secara sedikit demi sedikit. Penduduk Israel merupakan warga keturunan Yahudi yang beraliran Zionist. Ini merupakan salah satu cabang dalam kepercayaan Yahudi yang menyeru bangsanya untuk mempertahankan Tanah Palestin yang didakwa sebagai tempat dan tanah mereka. Aliran pemikiran ini akhirnya membawa kepada peperangan dan penindasan yang berterusan terhadap Palestin yang kini saban hari menanti Syahid bertemu Illahi. 

Hampir berdekad yang lalu Palestin berdiri di belakang Fattah iaitu tentera  utama Palestin yang bercirikan Daulah dan Watan iaitu tentera yang dibina atas rasa cinta pada Negara. Perjuangan Fattah dilihat tidak mampu melawan kekuatan IDF iaitu pasukan Tentera Israel yang dilengkapi alat peperangan yang serba maju kehadapan. Akhirnya cetusan idea seorang Ulama Hamas yang cukup kita kenali iaitu Syeikh Ahmad Yassin telah memperkenalkan saf perjuangan Islam yang dikenal sebagai Hamas. Cetusan idea ini adalah kerana menyedari akan hakikat perjuangan sebenar yang diajar di dalam Islam iaitu semangat perjuangan yang dipupuk dengan Al-quran dan ruhil Islam. Hamas berdiri sebagai gerakan Jihad yang telah berkembang dalam  Palestin dan ia telah mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk bersama sama Hamas. Pasukan Jihad ini akhirnya didirikan dan dikatakan sebagai tulang belakang utama perjuangan membebaskan tanah suci Palestin daripada belenggu penjajahan Israel. Namun benar, Hamas berhadapan dengan saat perjuangan yang begitu getir apabila dilabel sebagai gerakan Terrorist dan pengganas yang akhirnya disebarkan oleh Israel sebagai punca mereka terus menghentam Palestin. Lebih malang, Fattah dan Hamas pula bergaduh sesama sendiri dek kerana gagal mencapai persefahaman. Yang seronoknya adalah Israel laknatullah yang terus bermaharajalela.

Perjuangan Hamas bermula dengan begitu dhaif dan ia terus mendapat penglibatan para ulamak dan professional. Di Palestin, Hamas bermula dengan gerakan tentera bertopeng yang hanya sekadar mampu membaling sebutir batu dan dilaungkan kalimah Allah Akbar. Mereka bermati mati menentang Israel meskipun ketika itu mereka tiada senjata yang mampu melawan Israel. Semangat perjuangan terus ditiup agar masyarakat Islam di sana bersama sama saf Jihad Gerakan Hamas demi mempertahankan Palestine.

Akhirnya pada 1987  Bridged Alqassam ini terbentuk bersempena nama ulama Sheikh Izzuddin Al Qassam yang telah mati dibunuh oleh tentera British pada 1935 dan ia menjadi nadi tentera Islam yang cukup digeruni. Meskipun Palestin dibedil hampir saban hari sejak berpuluh tahun yang lalu, hairan bagaimana boleh terbentuknya sebuah pasukan tentera Islam iaitu Bridged Izzudin Al-qassam yang kini cukup digeruni Israel meskipun kekuatan batalionnya cuma 30000 orang. Bermula dengan sebutir batu dan pengeboman berani mati, kini Al-qassam sudah mampu mencipta roket sendiri yang boleh menyerang dan membunuh ramai tentera Israel. Rentetan berita kejayaan Alqassam amatlah menggembirkan umat Islam di seluruh duni akerana ia petanda bahawa Islam sedang menuju kemenangan. Perjuangan Hamas kini sudah benar-benar memberi cabaran kepada Israel dan ia diakui sendiri oleh Israel apabila mereka menyatakan ini adalah serangan terhebat pernah diberikan oleh AlQassam.  Apakah resepi kekuatan dan kejayaan Al-qassam? Jika anda masih mengingati skuad tentera Sultan Muhammad Al Fatih, maka ia juga adalah resepi yang dipakai dalam semangat perjuangan Alqassam. Mereka disuntik dengan semangat jihad yang tinggi dan mempunyai kekuatan rohani dan jasmani yang begitu kuat.

Bercerita mengenai apakah syarat dan kelayakan untuk menjadi tentera Alqassam , maka berikut adalah ciri-ciri yang dicari sebelum boleh bergelar tentera Al-qassam :

  1. Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
  2. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  4. Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  5. Berdisiplin dan mentaati amir.
  6. Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Ramai anak muda yang ingin menyertai Alqassam namun tidak berkelayakan kerana ia memerlukan pengamalan rohani yang kuat. Kekuatan mereka bukan sahaja dinilai daripada amalan-amalan wajib bahkan mereka perlu menghafal alquran serta sentiasa menjaga amalan sunat. Maka benarlah mereka ini adalah sebaik baik tentera yang akan terus mara seperti singa dalam medan perjuangan. 

Moga Allah berkati perjuangan Jihad ini. #PrayForPalestine #PrayForGaza #PrafForAlqassam


Tuesday, July 1, 2014

Suka Duka Riang Gembira Tahun Dua di UKM


Bersama Presiden dan Timbalan Presiden Perundang Sessi 2014/2015




Mock Trial UKM 2014 Crews! Ini sebahagian daripada crew Mannequin yang bertungkus lumus selama hampir satu tahun demi menjayakan program terbesar di Fakulti Undang-undang UKM ini. I miss them a lot! Kami menghabiskan banyak masa bersama, berlatih, cari duit dan sama-sama kena marah . Sure, this is one of the sweetest memories sepanjang di UKM.



Ya it was me,Rahmat Senda Sendu council for Dato Saad ! Its hard and not easy to become an actor especially for a comedy theater. Its hard to deal with me and to find my character..at first they asked me jadi orang terencat, then they ask me to be gagap, then jadi sengau ! omg ! all i cant !! at last i jadi natural with my own style and it went well for me..! i am comfort with my character and thanks to everyone which keep supporting me from the first day till the end ! it was success ! Model cantik rupawan ni nama dia Wan Nur Shahirah.. Sha thanks jadi rakan latihan, u know me well during lakonan kan ! hahaha.




Ini adalah suatu penghormatan yang diberikan oleh FUU when they ask me to become YDP pada pertandingan akhir Debat Piala Ketua Hakim Negara. Ya it was me di kerusi YDP. What make me proud is, dihadapan saya adalah senior Lawyers dan Magistrate sebagai juri pertandingan.. They adress me as Tuan Yang di Pertua.. At least i am over them masa dalam pertandingan ni ! haha.



Saya akan sentiasa rindukan bumi Sabah! Ini kenangan di UMS, pada pertandingan Debat diRaja. Meskipun team kami ( Royal Muda ) gagal membawa pulang kejuaraan tapi kami tahu di mana par kami. Sedih kerana gagal bawa piala kemenangan pulang ke UKM. InsyaAllah pada masa akan datang usaha akan dilipatgandakan :) 




Malam Anugerah MADUM semasa di pertandingan Debat DiRaja 2014 ! Mereka adalah orang kuat dalam industri debat Malaysia. Tahniah buat UKM kerana mendapat anugerah pasukan terbaik! Di bumi Sabah ini terlalu sedih untuk bercerita tentang kekalahan team muda dan utama UKM . Namun, kami tetap berbangga kerana setidak tidaknya kami belajar sesuatu dari sini :)




Semasa Majlis Makan Malam dan Perpisahan Debat UKM. Ini adalah sebahagian daripada tulang belakang jentera penggerak pasukan debat ukm yang masih ada ke hari ini. Perjalanan debat bukan mudah sekiranya tidak ada tulang belakang yang menyokong dan membantu segala kelancaran program! Kejayaan debat adalah kejayaan kami bersama. Akasia , moga terus berjaya :)





Mengakhiri entry ini saya perkenalkan kumpulan bergambar ! haha. Senyuman ini memang manis, tapi siapa tahu, rupa-rupanya ini senyuman baru keluar dewan exam ! So, pasrah dan redha juga turut dirasai di sebalik senyuman ini. Geng dari 1st sem, dan sebenarnya gambar ini sangat memberi inspirasi. one fine day i will share with u guys, the miracle of this photo.. haha. Thanks friends :)

Maka tamatlah sudah perjalanan semester 4 di bumi UKM, dan ia menandakan Tahun 3 sudah bermula! InsyaAllah, masa yang ada terlalu pantas dan singkat. Hargai setiap masa yang ada dgn orang-orang tersayang. Besides friend, i met someone special in my life. But am sorry, just keep it secret okeyh ! shes too special . haha. sorry yaa. Too many sweet memories, semoga tidak kena kencig manis. Jumpa lagi! :)



Thursday, May 22, 2014

Soalan Lazim dan Persediaan Menghadapi Temuduga



Baru-baru ini saya dihujani dengan banyak soalan berkaitan persediaan menghadapi temu duga ke Fakulti Undang-undang UKM yang telah pun bermula minggu ini di beberapa kawasan seperti Sabah dan Sarawak. Hampir kesemua soalan bertanya kepada saya berkenaan kaedah dan metod temu duga dijalankan sama ada dari segi bahasa yang digunakan dan bentuk soalan yang lazimnya diajukan. Maka, saya mengambil inisiatif untuk menulis berkenaan persediaan anda untuk menghadapi temu duga kemasukan ke mana-mana Universiti yang anda idamkan.

Penulisan ini saya umumkan kepada apa-apa sahaja bentuk temu duga sama ada kepada pelajar undang-undang mahupun tidak, namun secara khusus dan terperincinya saya tujukan kepada pelajar Undang-undang yang akan ke UKM pada sessi akan datang. Sebagai seorang penuntut Universiti saya amat percaya, temu duga adalah peluang terbaik kepada anda semua untuk meyakinkan pihak Fakulti dan Universiti akan kemampuan anda untuk bercakap, berfikir secara kritis dan menunjukkan kredibiliti serta karisma anda sebagai pelajar yang sepatutnya diterima masuk ke sesebuah Fakulti.

Kepada pelajar lepasan Asasi, Matrik , STPM, STAM dan Diploma di luar sana yang telah menerima panggilan temu duga kemasukan ke mana-mana Universiti khususnya Fakulti Undang-undang UKM, anda seharusnya bersyukur kerana anda telah pun setapak melangkah ke hadapan untuk diterima masuk ke fakulti idaman anda. Oleh itu, setiap calon perlu untuk menggunakan peluang keemasan ini sehabis mungkin bagi memastikan tempat anda terus tersedia di sini.

Prinsip asas sesebuah temu duga memerlukan anda untuk yakin dan petah bercakap. Anda tidak perlu risau akan bentuk soalan yang akan diajukan kerana tiada suatu format yang khusus namun, apa yang ingin dilihat adalah sejauh mana anda mampu untuk bercakap. Apatah lagi dalam bidang-bidang seperti Undang-undang yang sememangnya memerlukan calon yang berani dan petah untuk bercakap. Soalan lazimnya akan bertanya akan asal usul anda dari segi tempat tinggal, nama, asal, latar pendidikan, dan cita-cita. Walaupun soalan ini agak mudah, namun cara anda menjawab seharusnya menampakkan anda seorang yang berkarisma.

Dalam sesebuah temu duga pastinya mereka inginkan jawapan kenapa anda memilih kursus ini ? Jadi anda perlu bersedia dengan bentuk-bentuk soalan tersebut. Contohnya, kenapa anda memilih untuk belajar undang-undang? Adakah anda benar-benar meminati kursus ini atau anda sebenarnya dipaksa oleh mak dan ayah anda? Apakah matlamat sebenar anda dalam bidang ini ? Apakah sumbangan yang anda boleh lakukan sekiranya anda terpilih untuk belajar dalam bidang ini ? Pada masa hadapan, saingan dalam bidang ini semakin kuat, jadi apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan kerjaya anda tidak tenggelam? Apakah potensi and anda dalam bidang ini yang boleh meyakinkan kami untuk menerima anda? Apakah yang akan anda lakukan terhadap negara bangsa dan agama sekiranya anda menjadi seorang peguam nanti?

Biasanya soalan-soalan begitu adalah untuk menguji tahap persediaan dan kefahaman anda tentang bidang yang ingin anda ceburi. Hal ini kerana, pihak Fakulti pastinya ingin mengambil calon yang benar benar mampu memberi sumbangan kepada Universiti dan Negara pada masa akan datang kerana ia adalah maruah sesebuah fakulti. Selain itu, terdapat beberapa soalan yang perlu untuk anda berhati hati ketika menjawab, misalnya apabila ditanya. Kenapa anda memilih UKM sebagai pilihan kedua? kenapa bukan pilihan pertama? Sekiranya anda diberi peluang untuk memilih UKM dan UM, manakah pilihan yang akan anda buat? Jika UKM kenapa?  Pada waktu begini anda seharusnya bijak dalam menjawab agar ianya tidak menjejaskan kedudukan anda dalam temu duga tersebut. Sekiranya anda benar-benar ingin ke UKM. anda perlu jawab dengan penuh yakin dan tidak ada sebarang keraguan untuk masuk ke sini.

Seterusnya, lazimnya sesebuah temu duga akan bertanya berkenaan isu semasa iaitu berkenaan peristiwa yang melanda negara dalam tempoh setahun kebelakangan ini. Misalnya, pihak yang menemu duga anda akan menanyakan soalan berkenaan isu MH370, isu TPPA, isu GST, isu AUKU, isu SOSMA, isu Hak Bersuara, isu Comango, isu Hak Berhimpun, serta apa-apa isu yang relevan. Soalan ini ditujukan untuk melihat sejauh mana anda mengambil tahu tentang isu-isu semasa dan bagaimanakah corak pemikiran anda sebagai seorang calon yang akan menjadi pelajar undang-undang. Oleh hal yang demikian, nasihat saya kepada calon di luar sana, anda seharusnya bijak dalam menjawab soalan-soalan seperti ini kerana ia melibatkan perspektif politik serta kefahaman yang berbeza antara anda dan pihak yang menemu duga. Oleh itu, kurangkan sentimen politik yang terlalu provokatif serta ambil pendekatan yang rasional dalam menjawab soalan. Anda perlu mengupas isu-isu tersebut dengan pandangan yang paling rasional serta mempunyai alasan yang boleh meyakinkan pihak yang menemu duga anda.

Ada juga sesetengah pembaca blog yang bertanya kepada saya , apakah soalan-soalan yang berbentuk undang-undang akan ditanya? Sebenarnya ia bergantung kepada siapa yang menemu duga anda, kerana tiada suatu format khusus yang pernah dibentangkan. Ada beberapa rakan saya semasa menjalani sessi temu duga dahulu, mereka diberikan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Misalnya anda diberikan suatu situasi dan anda diminta memberi pandangan terhadap situasi tersebut. Contoh, Ahmad membawa kereta pada jam 2 pagi dan lampu jalan raya pada ketika itu berwarna merah. Tiada suatu kenderaan mahupun orang di setiap sudut jalan. Adakah salah sekiranya Ahmad melanggar sahaja lampu merah tersebut? Sekiranya anda Ahmad, apa yang akan anda lakukan? Ini adalah soalan berbentuk critical thinking yang memerlukan anda untuk menjawab dengan penuh berhati hati.

Pada masa yang sama, temu duga ke Fakulti Undang-undang UKM dijalankan secara bertulis. Sebelum anda menjalani temu duga secara lisan, anda akan diberikan soalan bertulis dengan suatu soalan yang berbahasa inggeris. Soalan tersebut bergantung kepada pihak Fakulti kerana tiada suatu format khusus berkenaannya. Namun, anda perlu juga membuat ulangkaji berkenaan undang-undang yang telah anda belajar semasa asasi, dan sekiranya anda pelajar daripada Matrik, STPM, mahupun Diploma, saya cadangkan anda untuk mengambil tahu tentang struktur mahkamah dan perlembagaan negara kita agar ianya dapat juga membantu anda dalam menjawab soalan yang akan diajukan.

Berkenaan dengan bahasa yang digunakan semasa sessi temu duga . Ia sebenarnya bergantung kepada pihak yang menemu duga anda, namun lazimnya kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu akan digunakan untuk menguji tahap kelancaran dan kemampuan anda untuk bercakap. Lazimnya pelajar sering takut untuk bercakap bahasa Inggeris tetapi anda sepatutnya menyahut cabaran ini, kerana walaupun UKM memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan di Universiti ini, namun Fakulti Undang-undang menggunakan kedua dua bahasa dalam sessi pembelajaran dan pengajaran. Malahan dalam peperiksaan juga kedua dua bahasa akan digunakan. Oleh itu, tiada isu Fakulti Undang-undang UKM tidak menggunakan Bahasa Inggeris.

Dari segi etika pemakaian, anda perlulah mematui kod pemakaian pelajar Undang-undang iaitu Formal Hitam Putih berserta tali leher dan blazer sekiranya ada. Jika tidak ada blazer tidak mengapa kerana tidak semua orang mempunyai blazer. Walaubagaimanapun etika yang paling dipentingkan adalah memakai pakaian formal dan kemas ( tidak semestinya black and white ). Untuk perempuan, memadai jika anda memakai baju kurung manakala lelaki pula perlu untuk memakai kemeja. Jangan risau, tunjukkan sahaja segala kebaikan, kelebihan, kecantikan dan kekacakkan anda semua semasa sessi temu duga kerana di sinilah keyakinan diri anda akan diuji.

Pesanan terakhir saya kepada semua calon temu duga, anda perlu ketepikan keputusan CGPA dan MUET anda apabila sudah sampai ke bilik temu duga kerana once u have been selected untuk ke sessi temu duga, anda sudahpun layak dari segi keputusan. Apa yang membezakan anda semua pada ketika itu adalah kredibili dan karisma anda semasa menjalani sessi temu duga. Sekiranya anda benar-benar ingin menjadi pelajar Undang-undang, maka lakukan yang terbaik! InsyaAllah rezeki anda pasti ada di sini . Jangan lupa solat hajat dan berdoa sebelum hari temuduga kerana sebagai orang Islam,  ini adalah amalan yang diajar oleh Agama supaya kita bergantung kepadaNya dalam apa yang kita inginkan di samping berusaha keras. Saya doakan yang terbaik buat semua, semoga kita berjumpa di UKM!


MUHAMMAD NAIM BIN FITAL
FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM



Monday, April 28, 2014

Bersediakah Kita Alami Penjajahan Alaf Baru ?

( US President Barrack Obama with Malaysia Prime Minister DS Najib Tun Razak )


Malaysia seolah-olah sedang meniti sebuah episod perubahan seram tatkala kita dihujani beberapa siri peristiwa yang di luar kotak sangkaan kita. Tuhan sedang menguji Malaysia? atau rencana ini adalah hasil kesilapan dan kelemahan pemerintahan sedia ada. Allahualam.

Bermula dengan peristiwa duka MH370, ia sudah menggambarkan sebuah novel baru sedang direncana dalam negara ini. Bukan mahu mempolitikkan isu, namun selaku warganegara yang kian berkembang cara pemikirannya, ayuh kita rungkai dengan persepsi yang matang. Benar persepsi ini sekadar persepsi, namun tak salah membuat persepsi asalkan ia berisi kerana kita sentiasa dikelilingi dengan persepsi basi.

Biar apa pun alasan, kita perlu akui bahawa kuasa Tuhan bukan suatu yang boleh kita sangkal dan cabar. Apa yang terjadi benar atas kehendakNya, namun dalam memahami sikap dan rencana manusia, kita juga perlu berhadapan dengan permainan politik yang membolehkan apa sahaja berlaku tanpa kita duga. Siapa sangka, peristiwa MH370 itu ada kaitannya dengan kedatangan Barrack Obama ke Malaysia baru-baru ini. Kedatangan Presiden US ini juga suatu fenomena malahan misteri dalam Novel baru ini, kerana tidak disangka sangka seorang Presiden yang bertapak di White House sudi untuk singgah ke Malaysia sebuah negara kecil malahan mungkin dipandang sepi oleh US. Kenapa dan mengapa? Anda mungkin mengagumi tatkala beliau tiba ke Malaysia namun sopan biar bertempat, bukan adat tunduk dengan musuh. Jika anda singkap sejarah US dalam peta dunia, mereka adalah negara yang paling banyak melakukan kerosakan di muka bumi. US bukan kawan yang boleh dibanggakan. Mereka tidak menghunus pisau dari belakang atau depan, tapi senjata mereka begitu licik memakan semut macam kita semua.

Kedatangan mereka sudah pastinya demi menuntut DS Najib untuk menandatangani TPPA iaitu salah satu perjanjian bebas ekonomi dunia . Logik akalnya, jika perkara ini bukan suatu perkara yang penting buat US, kenapa mereka begitu gigih hadir ke sini demi suatu tandatangan iaitu TPPA. Permainan US yang tak pernah terhenti untuk mencari mangsa seterusnya kini beralih ke Malaysia. Mereka sentiasa berharap agar Malaysia tunduk mengikut rentak dan acuan penjajahan Alaf Baru. Hanya dengan TPPA mereka mampu untuk mencengkam sumber ekonomi negara malahan dengan ini sahajalah US akan dapat bersaing dengan kuasa besar ekonomi dunia sekarang iaitu China.

China? Apa kaitannya? Sedarkah anda satu-satunya negara Asia yang sudahpun mengorak langkah menjadi sebuah kuasa besar ekonomi dunia adalah China. Pergilah ke mana sahaja pelosok bumi ini hatta ke Mekah Mukarramah sekalipun anda akan melihat produk 'Made in China'. Benar, ini suatu realiti yang perlu kita akui. Jubah mahupun serban yang dijual di Mekah dan Tanah Arab itu sendiri kebanyakannya 'Made in China'. Malaysia sendiri berhadapan dengan situasi sama, bukan sahaja pakaian malahan telefon bimbit, laptop dan apa sahaja produk rata-ratanya dari China. Gergasi Tanah Besar China ini sudah layak digeruni oleh mana-mana negara besar terutamanya United States yang selama ini bermegah sebagai negara nombor satu dunia. 

Hakikat yang perlu untuk kita sama-sama sedar, US selama ini sekadar bertahan dengan pengaliran matawang seluruh negara ke Bank Dunia . Mereka adalah negara yang paling tiada hasil dan hanya bergantung kepada Bank Dunia untuk menjana pendapatan dan menguruskan ekonomi mereka. Namun pasaran ekonomi China jauh lebih baik berbanding US. Bukan itu sahaja, dari aspek ketenteraan, China kini bukan calang-calang negara yang boleh dipandang enteng oleh US kerana mereka sudah pun ke hadapan dalam pengaplikasian teknologi ketenteraan. Pendek cerita, sekiranya China isytihar mereka sebagai kuasa besar dunia, US pasti akan goyah dan terduduk di bumi sendiri kerana mereka sedar mehnah apa bakal menanti.

Sebab itu demi mempertahankan kedudukan mereka, US sanggup menggunakan apa sahaja cara demi memastikan kedudukan mereka tidak terjejas. Sebagai suatu langkah untuk menyekat perluasan kuasa China, hanya satu jalan yang mereka pilih iaitu perjanjian TPPA. Tahukan anda TPPA ini akan memberi ruang dan peluang untuk US mendominasi ekonomi negara kita. Segala produk dari US boleh dibawa ke Malaysia dengan mudah dan ia sekaligus memberi saingan kepada produk tempatan. Malahan, sekiranya mereka mendapati wujud beberapa premis syarikat di negara ini seakan akan menyamai perniagaan mereka, US mempunyai hak untuk mengenakan tindakan undang-undang dan boleh menyaman dengan jumlah yang besar. Mereka memberi ruang kepada kita untuk meluaskan pasaran di negara mereka sebagai suatu balasan dalam TPPA. Namun hendak mendabik dada biarlah kita ukur baju di badan sendiri, apalah yang ingin dibanggakan dengan Malaysia tatkala kita bercita cita ingin bersaing dengan produk dari Barat ini? Benarkah produk Malaysia mendapat tempat di US sedangkan dalam pasaran tempatan pun rata-rata masyarakat kita lebih mendahulukan produk dari negara Barat ini? Jika TPPA ini dibenarkan, alamatnya lingkuplah perniagaan IKS, lingkuplah perniagaan masyarakat tempatan yang terpaksa pula tunduk pada pasaran US.

Perkara yang lebih membimbangkan tatkala kita tidak pun boleh tahu tentang kandungan isi perjanjian TPPA itu. Jelas ini adalah permainan US yang begitu licik demi mencengkam kuasa ekonomi negara kita. Bukan niat hendak bersikap negatif, namun anda tanyalah diri sendiri, di manakah titik baiknya negara Amerika Syarikat ini tatkala mereka sudah lama menghentam negara-negara kecil di dunia ini malahan merekalah dalang kepada segala kezaliman yang berlaku di negara-negara Islam Timur Tengah. Kalau World Trade Center di negara sendiri sanggup mereka robohkan demi sebuah konspirasi dan agenda, inikan pula ingin tawan Malaysia yang bila-bila sahaja boleh mereka pijak. 

Apa kaitannya dengan MH370?  Anda mungkin marah jika saya mengaitkan peristiwa ini dengan teori penjajahan US . Namun, apa sahaja boleh berlaku kerana kita sedar, dalam memenuhi kehendak serakah US, pelbagai agenda boleh diatur. Di dalam kapal terbang itu adanya jutawan China malahan dalam suatu teori mengatakan terdapatnya aset besar China di dalam kapal terbang tersebut. Mungkin wujud agenda tersembunyi yang kita tidak tahu. Namun, apa yang berlaku sebenarnya menggambarkan kepada kita semua bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan ujian yang menakutkan kita semua.

Harapan saya kepada pemerintah sedia ada terutamanya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak agar bertindak bijak berhadapan dengan segala desakan dan tuntutan daripada United States. Biarpun dia adalah Barrack Obama, namun rencahnya masih sama, US sejak zaman pemerintahan Bush adalah US yang tidak layak mendapat tunduk hormat daripada kita semua. Jangankan kerana sebuah nilai hubungan diplomatik, kita gadaikan seluruh isi perut warganegara Malaysia tercinta. Jangankan kerana kuasa dan habuan, kita korbankan nilai sebuah kebebasan dan kemerdekaan. Biar kecil di peta dunia, asalkan jangan takut pertahankan pertiwi. Demi sebuah negara tercinta, pertahankanlah hak kita bersama.

MUHAMMAD NAIM BIN FITAL
FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM











 




Monday, April 7, 2014

3.51 In The Morning



3.51 in the morning,

i just woke up after having such a wonderful dream in my sleep.U come into my dream and i cant stop thinking about you.  Ive been thinking what loves bring for? i used to love someone but things getting harder and at last, we broke up and having our own life respectively.

now, am i falling in love again?
yet, it might be yes. lol. i dont know and i am afraid.

i wonder what she thinks about me, what she feels to me, and what she counts on me. Is she knows that i am trying to get her attention now? is she knows i am doing all i can to make her feels like shes d only woman in the world.

I dont know, what type of guy did she looking for.. i am sorry if i am not ur type.. but i cant stop hoping and praying, u will accept my imperfection..

I know, there are many guys out there waiting for you, i know i am too late to know u.. but i cant stop hoping and praying that, you can give me a chance like i am d only guy u ever knows..

i wonder, did u feel the same thing as i am.
i know, to love someone is easy,
we dont need months or years to love someone ,
it may take only a few seconds to like someone,
and only days to love someone.

and i cant stop hoping and praying,
we can make it easy, then we appreciate every moments together.

coz, ure something and i really want to be ur everything.

sincerely,
politician guy



Wednesday, March 26, 2014

MH370 : Implikasi Pengishtiharan Kematian Kepada Status Perkahwinan dan Perceraian.



PM Najib sudah umum MH370 berakhir terhempas di Koredor Selatan lautan Hindi, denganbantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain.


Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.

Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.

Sekonyong-konyong PM Malaysia membuat pengumuman. mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung.

Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan.

Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?

Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yg terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber'eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang 'eddah kematian suami mesti dipatuhi.

Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh 'eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya.

Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat dihijack (andaian), si suami yg diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dgn isteri itu yg sudah bersuami baru?

Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yg dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami laama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dgn suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru duami yg dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah milik anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dgn pulangnya suami lama yg 'hidup semula'.

Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal dek kemunculan semula suami lama yg pernah diisytihar mati.

Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal zolat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yg lain.

Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu manilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata.

Sekian

p/s: Artikel ini ditulis sebelum majlis fatwa mengumumkan fatwa untuk solat jenazah kepada mangsa MH370. Jika ada kesalahan penyampaian mengenai hukum syariat dalam artikel ini, anda diminta memberi teguran dan pembetulan dengan segera. 

Wallhu a'lam.

Tuesday, March 11, 2014

Pray For MH370





MH370, tragedi yang begitu yang menggusarkan malahan menjadi tanda tanya tanpa jawapan. Ia berterusan menjadi misteri yang tak terjangkau pada akal cetek fikiran manusia seperti kita semua. Bawakanlah teknologi yang manusia agung-agungkan, adakah mampu menandingi kuasa Tuhan yang satu? Apa yang ghaib di mata kita, adalah nyata pada pandangan Allah. Apa yang misteri di mata kita, adalah realiti pada pandanganNya. Tidak ada yang tidak mampu dilihat, dan tidak ada yang tidak mampu dilakukan. He is Allah d Almighty ! Ya Malik, Tuhan Raja Sekalian Alam.

Saban hari, aku melintasi perpustakaan undang-undang akan mencari akhbar dan mengikuti berita semasa. Keputusannya masih sama, "we are still looking for it"

Sayu juga rasa hati, terfikir kalaulah yang di dalam kapal itu ahli keluarga aku, sungguh x tdor malam mengenangkan nasib mereka. Kering air mata memikirkan keadaan mereka. Entah hidup atau tidak, jauh dari pengetahuan kita.

Namun, benar kata Kapten Norudin, masyarakat hari ini terlalu taksub dengan teknologi, terlalu taksub dengan sains, namun kita lupa siapa pencipta teknologi ini. Simple quote " kita tidak takjub pada pencipta sains"

Sesetengah orang bertanya, is there any possibilities this issues is only a propaganda? Political games? Personally i dont agree to those people who simply says that this is a political propaganda or agenda.  Stop sharing any unimportant stuffs. Just keep pray for MH370!


Friday, March 7, 2014

Anwar Ibrahim 1998-2014



Sedari kecil aku sudah mengagumi kepimpinan beliau, seorang insan bergelar Anwar Ibrahim. Jiwa kepimpinannya begitu tinggi, insan yang sangat berkarisma dan bervisi. Tidak pernah gentar pada tentangan, malahan bangkit dan terus bangkit ! Benar, insan ini bukan orang biasa biasa - mungkin anda pernah mendengar Nelson Mandela, mungkin juga kenal Mahatma Ghandi, atau Sheikh Ahmad Yassin, mahupun Dr Morsi - mereka ini semua pemimpin yang hidup dalam kezaliman, bangkit menentang kuku besi, dipenjara dan dibelasah, namun semangat perjuangan tidak pernah padam.

Anwar Ibrahim, tahun 1998, ketika itu aku masih lagi berumur 5 tahun, tidak mengenalinya namun aku masih ingat, namanya disebut sebut. Tahun itu juga lambakan kaset rakaman ceramahnya dijual secara sembunyi ke serata negara. Aku tidak gentar untuk akui seawal usia 5 tahun aku sudah mula mendengar kasetnya dan ceramahnya walaupun aku tidak faham langsung apa yang berlaku. Pada ketika itu aku terdengar daripada perbualan orang tua-tua, kata mereka kaset ini perlu disimpan baik-baik, jika tidak akan ditangkap polis, bahaya! Namun aku sendiri tidak faham situasi sebenar, aku cuma takut untuk bercerita kepada sesiapa bahawa pada ketika itu aku sudahpun mempunyai kaset ceramah Anwar Ibrahim.

Tapi itu kisah 16 tahun dahulu, kini aku sudah 21 tahun, terlalu lama isu Anwar ini berlarutan! Beliau adalah insan yang paling banyak kes di Mahkamah. Bukan sekali namun berkali kali atas banyak pertuduhan. Mungkin sebelum akhir hayatnya Anwar perlu untuk menulis suatu Buku "The Great Prisoner".

Aku sangat sanjungi insan ini atas kepetahannya serta kebijaksanaannya. Aku tidak boleh terima jika dikatakan insan ini seorang peliwat malahan sejarah beliau diheret dan dihumban ke Mahkamah juga aku tak boleh terima. Terlalu banyak persoalan dan kelompongan yang wujud , sehingga ramai yang boleh meragui keputusan ini.

Aku sentiasa mengkaji perjalanan politiknya serta buah fikirnya dalam membentuk sebuah politik baru di negara ini. Benar beliau orang yang sangat berani berhadapan dengan kuku besi, malahan perubahan serta corak politik yang wujud sekarang inipun adalah atas buah fikir beliau yang sangat extra ordinary. Beliau sangat digeruni dan dianggap kekuatan utama Pakatan Rakyat. Isu kezaliman sentiasa bermain di bibirnya kemana sahaja beliau pergi.

Bukan mudah untuk menyatukan rakyat dalam satu komponen parti, bukan mudah juga pembangkang dapat bersatu, bukan mudah juga mempengaruhi rakyat untuk bersama pembangkang, namun benar insan ini punya kekuatan yang sangat luar biasa. 2008 benar-benar memberi kesan signifikan kepada Kerajaan tatkala corak pemilihan dan kepercayaan rakyat sudah beralih kepada pembangkang. Malahan tahun itu cukup terkenal dengan tahun "Tsunami Politik" . Selepas itu juga rentetan himpunan rakyat memenuhi ruang legar di negara ini, BERSIH, BERSIH 2.0, HIMPUNAN HIJAU, HIMPUNAN RAKYAT, TURUN dan pelbagai lagi himpunan membanjiri negara ini. Siapakah insan utama yang menjadi inspirasi gaya demokrasi ini? Aku yakin corak ini telah dibentuk oleh Anwar Ibrahim sejak dari zaman mahasiswanya di Universiti Malaya. Doktrin pemikiran ini telah bercambah dan meresap ke dalam jiwa remaja dan belia. Dari satu sudut aku melihat ini suatu gerakan yang positif dan demokrasi yang subur. Namun, dalam satu sudut aku melihat ianya sebagai budaya yang sangat tidak sihat dan kering.

Namun, dalam bercerita soal kebaikannya, pasti ramai juga yang membencirnya. Malahan orang yang pernah menjadi tulang belakang terkuat DSAI juga ramai yang sudah membelakanginya dan tidak mahu lagi bekerja bersama beliau. Jadi siapakah Anwar ini ?

Seorang peliwat ? Adakah beliau seorang peliwat, persoalan yang tiada nokhtah. Semalam Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. atas tuduhan liwat. Isu liwat yang berpanjangan sejak daripada kes Sukma Dermawan! Kesemua tuduhan liwat anwar melibatkan orang-orang kepercayaan Anwar sendiri termasuklah Saiful Bukhari sebagai pembantu pribadi Anwar suatu ketika dahulu. Hairan, mengapakah orang-orang yang benar-benar rapat dengan Anwar yang merencatkan perjuangannya sendiri. Aku ibarat tersepit di antara ingin percaya atau tidak. Namun, dalam satu sisi yang lain, hairan sungguh, bagaiman insan bernama Saiful Bukhari ini sudi diliwat, malahan pertuduhan beliau dipaksa adalah suatu persoalan fakta yang secara jelasnya keadaan yang tidak masuk akal.

Aku percaya, di dalam politik apa sahaja boleh berlaku, saudara pun boleh berpecah belah inikan pula sekadar orang yang rapat dalam perjuangan. Duit dan harta habuan yang tiada tara. Aku tidak tahu benar atau tidak Anwar adalah seorang peliwat, namun, aku percaya segala usaha dan kospirasi untuk menghumban Anwar semula ke penjara ini pasti wujud. Bukan mudah berdiri dalam dunia politik.

16 tahun berlalu, cerita yang terlalu panjang untuk dirungkai satu persatu. Anwar berdiri atas bahu rakyat, kerana itu beliau melaungkan slogan Suara Rakyat. Jika tidak, Anwar sudah lama lenyap dalam pentas politik negara. Aku cuma menulis atas kapasiti Anwar dan bukan pakatan rakyat kerana aku tidak menyokong PR 100%. Apa yang aku nukilkan adalah sejauh mana aku mengagumi insan ini dari aspek buah fikir dan keberaniannya. Seorang pemimpin itu pasti bediri jika dipijak dan ditendang, dan beliau 1 dalam sejuta. Moga keadilan itu benar-benar terbela.





Wednesday, February 19, 2014

Karnival Premier Zaaba ( KAPREZA ) 2014. "Beyond Expectation, Lets Come"





Pernah dengar frasa makan Keyefci sehingga menjilat jari ? Tapi itu KFC! (mainstream)
Pernah tak dengar frasa, datang sekali nak lagi ?! Yeah itulah KAPREZA! (rare kan?)

Guys, first and foremost, actually nak introduce sikit, Kapreza ni adalah annual program yang dianjurkan di bawah Kolej Pendeta Za'ba UKM ! Perancangan untuk menjayakan program ini telah berjalan hampir setengah tahun dan ianya memakan modal serta tenaga yang cukup banyak. Jika nak dihitungkan pagi, petang dan malam mereka, memang terlalu banyak masa dikorbankan untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Saya bukan ahli Kapreza namun diberi sedikit job untuk mempromosikan Kapreza kepada semua pembaca blog ini serta warga luar ukm yang berminat untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Karnival ini terbuka kepada semua masyarakat baik di UKM mahupun di luar sana, tanpa mengenal warna kulit dan umur. Jadi apa lagi ? Jangan lepaskan peluang ini sebab program-program yang akan dijalankan nanti semuanya meletop ! 

Jadi, untuk melihat apakah program yang akan berlangsung sepanjang Kapreza ini, here i give u all the details, so make sure your self interested to come and support all the events! You guys will surely satisfied :)




Cuci kereta sampai bersih, bukan nak cakap apalah, tapi murah dan berpatutan!:)


Yuran RM 90, tapi menang dapat RM 500 ! Its awesome than u thought !


I told you already, its beyond expectation !
Hanya di KAPREZA anda dapat tunggang kuda serendah RM3!
What are you waiting for ? :)


KAPREZA faham kehendak makan setiap manusia.
Cabaran mudah untuk anda, bayar RM 7, makan dan buat perut happy!
Tuah badan dapat RM 150! Kalau kalah pun, kenyang dan puas! XD


KAPREZA menjanjikan realiti bukan fantasi!
Sertai Battlefield ! RM75 sahaja dan anda akan bawa pulang RM400!:)



KAPREZA menyediakan platform untuk anda tonjolkan bakat !
Ingin jadi terkenal dengan Band anda?
Sertai Battle of The Bands! Pemenang akan bawa pulang RM 500!
Tarikh : 8 Mac 2014 , Bayaran : RM 80 



Make up tutorial dan skin care oleh "AVON"
Hijab tutorial oleh " AL HIJAB SISTERS"
· "Health and Fitness Talk"

Special Gives 
(Goodie bags and lucky draw by "AVON")
( Lunch is prepared)

Bil. Penyertaan: 50 orang (girls) minimun

Tiket dijual sekarang!!! 
Vino: 016-7412025
Mus: 012-3271557




Survival Zaaba! Its not merely Explore Race, its more to Running Man !
RM 20 per team ( 4 orang ) Come and join us!
Hadiah misteri pastinya jadi rebutan:)


KAPREZA amat menggalakkan penyertaan anak2 dan adik di rumah :)
Mari adik-adik semua, pujuk kakak kat rumah tolong bawakan ke Kapreza!
Ada pertandingan mewarna, talent show, dan story telling.



"Chocolate Drop" (adaptasi daripada program money drop)
 " Jengga" (menyusun blok yang tertinggi)
"Twisting Twister" ( melakukan refleksi badan)



KAPREZA juga mengajak anda semua untuk bersama-sama menghayati Rasulullah

Tarikh: 7 Mac 2014 (Jumaat ) Masa: 7.30 malam - 11.00 malam 
Tempat: Dataran A-B, Kolej Pendeta Zaba, UKM.


Dalam kita berhibur dan bergembira, kita juga beramal!
Hanya di KAPREZA anda mampu mengubahnya.
Sertai Cancer Charity Cycling dengan penyertaan RM25.
Ingat ini adalah untuk membantu golongan yang menghidapi Cancer.
Marshall akan mengiringi anda sepanjang perjalanan di Putrajaya.
Sertai dengan ikhlas, anda dapat kepuasan :)

· 


PERTANDINGAN TENPIN BOLING KAPREZA

Tarikh: 7 Mac 2014 (Jumaat)

Masa: 2.30 petang - 6.00 petang


Tempat: KL Mega Lanes, Endah Parade, Kuala Lumpur

Bayaran : RM 80 ( Individu ) / 6 Games

Pemenang tempat pertama (Kategori Kumpulan) bakal mendapat hadiah bernilai RM200!


Tarikh tutup penyertaan 24 Februari 2014


Contact person: Aifa (017-5402007)






Akhir sekali, saya menjemput semua penduduk Bumi Perbukitan Ilmu UKM dan juga rakan-rakan pembaca sekalian yang berdekatan dengan UKM untuk hadir ke Karnival Premier Za'ba ( KAPREZA 2014) tahun ini kerana menjanjikan aktiviti yang pastinya menarik dan memuaskan. Program akan berlangsung selama 3 hari bermula 6-9 Mac 2014 ! Jadi marilah memeriahkan keadaan!Sebarang pertanyaan berkenaan program bolehlah berhubung terus dengan dengan Pengurusan Kapreza di Laman Facebook dan Twitter serta no telefon yang telah diberikan dalam setiap program :)

Facebook Rasmi KAPREZA : ( KAPREZA '14 )
Twitter Rasmi KAPREZA      : ( @kapreza14 )



Saturday, February 15, 2014

UKM Juara Debat Terbuka Astar 2014 .


Ikhwan, Sam, Azman , Naim


Alhamdulillah tanggal 10 Februari adalah tarikh yang tak akan dilupakan apabila pertama kali UKM dinobatkan sebagai Johan Debat Astar. Pertembungan dengan UIA bukanlah suatu pertembungan mudah, UKM menang dengan juri 4-3 dengan usul "Sebenarnya Kita Masih Perlukan Che Det"

Syukur tak terkata apabila diumumkan sebagai Juara setelah apa yang kami lalui bersama. Special thanks to all my seniors yang banyak membantu, Kak Farhana, Najah, Shahieza, Zaki, Shila ( izat ), Abang Asri, Abg Daniel,Mimi, MatYus, Abang Black, Kak Mira, Abang Khalis dan semua yang turut serta . Jasa dan tunjuk ajar anda amatlah berguna sepanjang kami disini.

To teammate, anggaplah ini sebagai permulaan yang baik. Ingat pesanan senior, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan berbangga dengan apa yang ada. yeah, its right !:)

Terima kasih atas kerjasama yang baik daripada semua ahli pasukan. Azman such a great debater i ever known. U deserve to be best speaker masa final tapi mungkin xde rezeki, its ok. Sam, adalah orang yang paling banyak improve sepanjang astar ini. Syukur kerana he did a very good job ! Ikhwan pula adalah simpanan paling berguna dan brilliant ! banyak membantu dari semua aspek. He alwez trigger us with brilliant ideas and facts. Thanks untuk semuanya guys!

Tak lupa juga kepada Universiti Malaya, terima kasih atas penganjuran yang lancar dan baik ! Semoga UM meneruskan pertandingan ini pada masa masa akan datang. Kami UKM dah berjaya bawak pulang piala kejuaraan, moga2 semangat ini terus kekal di hati kami.  Alhamdulillah. semoga terus sukses!

Our best moment ever :









p/s : jangan lupa baca previous post ( CLICK HERE )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...