Sunday, January 26, 2014

Cuma Perlu Sedikit Kuat





Pernah sekali aku berfikir

ya Allah, kalau benar hidup ini akhirnya adalah utk menilai siapa yang layak ke syurga dan neraka, apakah aku pantas untuk menjadi hambamu yang layak ke syurga?

Tuhan, saban hari aku tidak lekang melakukan dosa atas bumimu, masih pantaskah aku dipanggil hambamu? aku risau, anda satu masa bila ajal sudah tiba, aku gagal menjadi hamba yang dibanggakan agama.

Tuhan, benarkah pintu hidayah itu sentiasa terbuka di hadapan ini ? atau aku dan ribuan manusia yang lain sahaja yang buta, mana harus aku lalui dalam mengakhiri kehidupan ini ?

ya Tuhan, setiap keluhan aku ini, pasti dan pasti kau dengar. aku yakin! kau tahu kan, aku tidak mahu mengakhiri hidup ini sebagai hambamu yang hina.

Masih pantaskah aku mengambil langkah kembali mencarimu..sungguh dalam tiap solat dan doa yang aku titipkan, aku selalu tefikir, kemana hilangnya nilai solat aku ? Adakah hanya sekadar memenuhkan tanggungjawab 5 waktu dan aku terus berlalu.

Sampai bila mungkin aku bisa berkata kepada diriku, sabarlah hatii. sabarlah, ini semua cubaan dan ujian dunia yang sementara ! tahanlah dan tabahlah, cuma perlu sedikit sahaja kekuatan untuk mengakhiri alam ini, pasti ianya sementara.

Semoga apabila semua manusia berbangga dengan dunia di tangan mereka, aku sudahpun tersenyum di syurgamu Tuhan. Aminnn.



Thursday, January 23, 2014

Harun Din Jinakkan Buaya



Perlu diingat, saya jarang sekali ambil post2 dan entry orang lain dan masukkan kedalam Blog saya. Namun post kali ini terlalu menarik minat saya untuk dimasukkan ke dalam blogpost saya. Maklumat ini saya peroleh daripada Page Facebook Oh Media .

Mengikut komentar seorang pengguna FB, beberapa blog menyiarkan berita kononnya Tuan Guru Dr Harun Din dan sekumpulan pelajarnya di Darussyifa Brunai telah menangkap seekor buaya besar yang panjangnya lima kaki.

Demi menjelaskan perkara sebenar seorang warga Brunei yang prihatin telah menjelaskan bahawa buaya itu bukan ditangkap oleh Tuan Guru Dr Harun Din dan pelajarnya tetapi adalah buaya yang dipinjam dan dibawa ke Darussyifa untuk tujuan perubatan.

"Sebenarnya ahli-ahli Darusyifa bersama-sama Tuan Guru YB Dato Dr. Harun Din Alhafis serta beberapa guru dari Malaysia membuat aktiviti ini untuk 'menyeluk' mulut buaya dan mengambil sesuatu dari dalamnya untuk membuat rawatan secara tradisional yang pernah dibuat oleh orang dulu-dulu. Insyaallah dengan izin Allah mujarab. Buaya itu kena pinjam sahaja dan di bawa ke Darusyifa bagi kegunaan perubatan.
Jangan lah kita risau, kononya buaya ini merbahaya dan jelmaan atau sebagainya.

Tuan Guru Harun Din memang memang tidak dinafikan seorang yang penuh dengan ilmu di dada berkenaan rawatan-rawatan secara Islam ini. Ini adalah salah satu keunikan seorang yang berilmu berbanding kita orang yang biasa-biasa sahaja. Allahualam.


Wednesday, January 22, 2014

Tolong Selesaikan Masalah Blog Saya Ni :(

Assalamualaikum, sidang pembaca dan pengikut setia blog ni, saya sebenarnya dah hampir sebulan merajuk dengan blog saya ni. Ada masalah dengan blog ni setelah bertahun tahun saya jaga dia. Tak tahu lah pulak sekarang meragam sebab saya lebihkan Instagram kot, mungkinlah. haha.


Btw, saya ada masalah, dan masalah saya begini ceritanya :

1) Setiap kali saya Sign In ke Blog saya, sepatutnya Button yang keluar adalah "Sign Out", namun yang hairan, saya masih lagi dianggap belum "Sign In" , cuba tengok gambar bawah ni, dan apa masalahnya ya?






2)  Setelah saya tekan button "Sign In" maka, yang akan keluar adalah seperti dalam gambar di bawah,




3) Tapi bila saya Tekan kepada "View Blog", gambar seperti di bawah jugak yang keluar




4)  Yang lebih menyedihkan, saya tidak boleh untuk reply komen2 yang diajukan oleh pembaca2 blog ini. Cuba tengok gambar di bawah, saya sedang mejawab soalan2 yang diajukan oleh komentar blog. 




5) Bila saya sudah selesai taip , saya pun tekan Button "Publish" namun, apa yang terjadi? Komen2 yang saya balas, tidak terpapar di blog saya sendiri . Sudah banyak kali saya cuba, namun masih lagi tidak berjaya.





Kesimpulannya, saya tak tahu apa dah jadi dengan blog saya ni, jadi saya harapkan bantuan daripada rakan2 dan sesiapa sahaja yang tahu untuk selesaikan masalah ni. InsyaAllah ada rezeki saya belanja awak awak yea, coconut shake melaka ok? haha. Tolong yea. Siapa yang tolong nanti kita jadi kawan kayh. (promishh) ok terima kasih :)









Tuesday, January 14, 2014

Maut dilanggar Kereta Api , Jalan Reko Kajang




Around pukul 2 petang macam tu, belum sempat aku nak keluar dari jalan Reko, ternampak ramai orang berkumpul kat tepi jalan and ada yang panjat-panjat tembok nak tengok apa ada kat jalan kereta api . Of course sebagai anak muda berjiwa ingin tahu aku segera melintas jalan dengan tergopoh gapah untuk turut serta meramaikan majlis, dan panjat tembok sebelah laluan kereta api yang dah diranapkan pagarnya.

Mula-mula tak tahu apa yang jadi, yang pasti ramai orang included bomba2 dan polis yang dah pasang tali "jangan hampiri kawasan ini" so that i smell something bad happen. 

Lepas dah masuk celah-celah orang ramai, and semak2 samun yang dah dipijak-pijak, aku berjaya sampai ke sini, di tepi pagar berjarak 3 meter dari mangsa. Tapi mangsa dah ditutup dengan plastik hitam, and i am sure mangsa ada dua, and both dah dewasa. Tak nampak kesan darah or cebisan-cebisan daging . Punca kemalangan yang pasti mangsa nak lintas railway untuk ke rumah mereka. Yang ada masa tu seorang yang tak dikenali, mungkin waris mangsa tengah bacakan yassin kepada arwah.

Tadi baca Utusan Online, ada cerita tentang tragedi ni, innalillah utk mangsa. Kedua-duanay sah Muslim dan pasangan suami isteri yang berumur 70 dan 65 tahun. Polis sahkan mangsa diheret 3 KM sebelum tercampak ke kawasan semak ini. Punca kejadian disebabkan kedua-dua mangsa nak lintas jalan .

Walaupun tak dapat tengok mangsa dengan jelas tapi ini juga pertama kali lihat mangsa nahas kereta api dengan jarak dekat. Ini bukan kes pertama di Malaysia so mohon kepada semua orang silalah prihatin terhadap diri sendiri. Nahas yang menimpa arwah ini berpunca daripada kesilapan mereka sendiri yang menceroboh masuk ke kawasan kereta api dan ingin melintas jalan. Semoga arwah mendapat keampunannya dan tenang di sana. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...