Sunday, January 26, 2014

Cuma Perlu Sedikit Kuat





Pernah sekali aku berfikir

ya Allah, kalau benar hidup ini akhirnya adalah utk menilai siapa yang layak ke syurga dan neraka, apakah aku pantas untuk menjadi hambamu yang layak ke syurga?

Tuhan, saban hari aku tidak lekang melakukan dosa atas bumimu, masih pantaskah aku dipanggil hambamu? aku risau, anda satu masa bila ajal sudah tiba, aku gagal menjadi hamba yang dibanggakan agama.

Tuhan, benarkah pintu hidayah itu sentiasa terbuka di hadapan ini ? atau aku dan ribuan manusia yang lain sahaja yang buta, mana harus aku lalui dalam mengakhiri kehidupan ini ?

ya Tuhan, setiap keluhan aku ini, pasti dan pasti kau dengar. aku yakin! kau tahu kan, aku tidak mahu mengakhiri hidup ini sebagai hambamu yang hina.

Masih pantaskah aku mengambil langkah kembali mencarimu..sungguh dalam tiap solat dan doa yang aku titipkan, aku selalu tefikir, kemana hilangnya nilai solat aku ? Adakah hanya sekadar memenuhkan tanggungjawab 5 waktu dan aku terus berlalu.

Sampai bila mungkin aku bisa berkata kepada diriku, sabarlah hatii. sabarlah, ini semua cubaan dan ujian dunia yang sementara ! tahanlah dan tabahlah, cuma perlu sedikit sahaja kekuatan untuk mengakhiri alam ini, pasti ianya sementara.

Semoga apabila semua manusia berbangga dengan dunia di tangan mereka, aku sudahpun tersenyum di syurgamu Tuhan. Aminnn.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...