Thursday, January 23, 2014

Harun Din Jinakkan Buaya



Perlu diingat, saya jarang sekali ambil post2 dan entry orang lain dan masukkan kedalam Blog saya. Namun post kali ini terlalu menarik minat saya untuk dimasukkan ke dalam blogpost saya. Maklumat ini saya peroleh daripada Page Facebook Oh Media .

Mengikut komentar seorang pengguna FB, beberapa blog menyiarkan berita kononnya Tuan Guru Dr Harun Din dan sekumpulan pelajarnya di Darussyifa Brunai telah menangkap seekor buaya besar yang panjangnya lima kaki.

Demi menjelaskan perkara sebenar seorang warga Brunei yang prihatin telah menjelaskan bahawa buaya itu bukan ditangkap oleh Tuan Guru Dr Harun Din dan pelajarnya tetapi adalah buaya yang dipinjam dan dibawa ke Darussyifa untuk tujuan perubatan.

"Sebenarnya ahli-ahli Darusyifa bersama-sama Tuan Guru YB Dato Dr. Harun Din Alhafis serta beberapa guru dari Malaysia membuat aktiviti ini untuk 'menyeluk' mulut buaya dan mengambil sesuatu dari dalamnya untuk membuat rawatan secara tradisional yang pernah dibuat oleh orang dulu-dulu. Insyaallah dengan izin Allah mujarab. Buaya itu kena pinjam sahaja dan di bawa ke Darusyifa bagi kegunaan perubatan.
Jangan lah kita risau, kononya buaya ini merbahaya dan jelmaan atau sebagainya.

Tuan Guru Harun Din memang memang tidak dinafikan seorang yang penuh dengan ilmu di dada berkenaan rawatan-rawatan secara Islam ini. Ini adalah salah satu keunikan seorang yang berilmu berbanding kita orang yang biasa-biasa sahaja. Allahualam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...