Tuesday, January 14, 2014

Maut dilanggar Kereta Api , Jalan Reko Kajang




Around pukul 2 petang macam tu, belum sempat aku nak keluar dari jalan Reko, ternampak ramai orang berkumpul kat tepi jalan and ada yang panjat-panjat tembok nak tengok apa ada kat jalan kereta api . Of course sebagai anak muda berjiwa ingin tahu aku segera melintas jalan dengan tergopoh gapah untuk turut serta meramaikan majlis, dan panjat tembok sebelah laluan kereta api yang dah diranapkan pagarnya.

Mula-mula tak tahu apa yang jadi, yang pasti ramai orang included bomba2 dan polis yang dah pasang tali "jangan hampiri kawasan ini" so that i smell something bad happen. 

Lepas dah masuk celah-celah orang ramai, and semak2 samun yang dah dipijak-pijak, aku berjaya sampai ke sini, di tepi pagar berjarak 3 meter dari mangsa. Tapi mangsa dah ditutup dengan plastik hitam, and i am sure mangsa ada dua, and both dah dewasa. Tak nampak kesan darah or cebisan-cebisan daging . Punca kemalangan yang pasti mangsa nak lintas railway untuk ke rumah mereka. Yang ada masa tu seorang yang tak dikenali, mungkin waris mangsa tengah bacakan yassin kepada arwah.

Tadi baca Utusan Online, ada cerita tentang tragedi ni, innalillah utk mangsa. Kedua-duanay sah Muslim dan pasangan suami isteri yang berumur 70 dan 65 tahun. Polis sahkan mangsa diheret 3 KM sebelum tercampak ke kawasan semak ini. Punca kejadian disebabkan kedua-dua mangsa nak lintas jalan .

Walaupun tak dapat tengok mangsa dengan jelas tapi ini juga pertama kali lihat mangsa nahas kereta api dengan jarak dekat. Ini bukan kes pertama di Malaysia so mohon kepada semua orang silalah prihatin terhadap diri sendiri. Nahas yang menimpa arwah ini berpunca daripada kesilapan mereka sendiri yang menceroboh masuk ke kawasan kereta api dan ingin melintas jalan. Semoga arwah mendapat keampunannya dan tenang di sana. 



1 comment:

fathullah fatt said...

slm kes mcm layak ke waris buat tuntutan.
fatt runner setahun jagung.
0193003434

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...