Friday, February 14, 2014

Dunia Debat: Perjalanan UKM di Debat Astar 2014



Team Astar : Ikhwan, Sam, Naim, dan Azman

3 Februari 2014, aku pulang ke kampus bagi perkampungan debat untuk persediaan ke Astar. Syahdu rasa hati sesampai di ukm cuma ada 3-4 kerat sahaja junior debat yang berkesempatan ke perkampungan kali ini. Terus teringat masa 1st year dulu, perkampungan pasti akan meriah, ramai yang datang, dan sangat menaikkan semangat. Senior2 pun ramai yang turun padang.

Tapi tak apelah, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Berbekal baki 4 hari yang ada sebelum ke Astar, kami baru lah terhegeh hegeh mencari fakta dan mengkaji usul demi usul. Siang malam pagi petang, hidup hanya berfokus kepada usul-usul debat Astar. Alhamdulillah, walaupun sedikit namun masih berjalan lancar dan Allah berkati usaha ini.

Sempat juga bertandang ke UPM jiran di Serdang utk adakan sedikit friendly match sebelum ke pertandingan sebenar. Seronok dan meriah betul sambutan yang diberikan. Terima kasih atas jalinan baik ini. Petang hari sempat juga kita semua berhibur dengan permainan tradisional baling selipar. 1001 kenangan kanak2 kembali mencuit minda. haha, terima kasih UPM for a nice treat ! :)

Malam sebelum ke Astar, semua berkumpul di bilik debat . Cuma ada beberapa kerat utk mendengar pengumuman team ke Astar. Tak seperti selalu, ramai yang akan turut serta pada malam pengumuman team. Nama diumum dan yang tersenarai adalah  Azman, Sam, aku dan juga ikhwan. 4 gandingan lelaki yang diberi amanah besar ke Astar. Perasaan takut itu datang mengenangkan UKM tahun lepas dah pun mara ke Final. Jadi, setidak tidaknya kami juga perlu ke Final.

UKM tak pernah menang Debat Astar sejak pertama kali ia diperkenalkan. Pasti ia bukan suatu amanah yang ringan untuk kami berempat memastikan kemenangan pada penampilan kali ini. Inilah pertama kali kami digandingkan bersama kecuali dengan Azman, ive been working with him masa Penang Debate Open last year and we make it to Final. Kali ini kami berempat perlu bekerjasama walau apa juga yg terjadi.

Yes, inilah team paling awesome yang pernah aku ada. Setiap hari semasa pertandingan kami akan muhasabah diri, tegur yang mana kurang, nasihatkan apa yang perlu diubah, dan sentiasa betulkan niat utk buat yang terbaik. Niat berdebat adalah utk perkongsian ilmu dan bukan utk menipu . Benar kami dimarah dan dikritik tapi tak apelah, itu semua kami terima. Yang mana baik kami ambil utk kebaikan bersama.

Alhamdulillah, berkat doa daripada semua dan usaha yang berterusan Allah permudahkan jalan kami sehingga ke Final. Bermula dari sidang 18 kami kekalkan momentum sehinggalah menjadi Juara Liga.. Peringkat Suku Akhir kami bertemu dengan UiTM, kemudian separuh Akhir bertemu dengan UIA dan sekali lagi Final bertemu dengan UIA. 

Syukur yang tak terkata bila diumumkan berjaya ke Final. Kami sedar, impian untuk menjadi juara tinggal setapak sahaja lagi. Sekali lagi Final Astar menemukan UKM dan UIA. Ahli Pasukan UIA yang sama juga berada di pentas Final tahun ini, nampaknya UIA kekal tidak mahu buat perubahan. Takpelah, kami tampil bawa pembaharuan,muka baru dan gaya baru.


Nak tahu cerita selanjutnya ? Siapa yang menang ?

okeyh, follow my next post! ( CLICK HERE )   :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...