Thursday, May 22, 2014

Soalan Lazim dan Persediaan Menghadapi Temuduga



Baru-baru ini saya dihujani dengan banyak soalan berkaitan persediaan menghadapi temu duga ke Fakulti Undang-undang UKM yang telah pun bermula minggu ini di beberapa kawasan seperti Sabah dan Sarawak. Hampir kesemua soalan bertanya kepada saya berkenaan kaedah dan metod temu duga dijalankan sama ada dari segi bahasa yang digunakan dan bentuk soalan yang lazimnya diajukan. Maka, saya mengambil inisiatif untuk menulis berkenaan persediaan anda untuk menghadapi temu duga kemasukan ke mana-mana Universiti yang anda idamkan.

Penulisan ini saya umumkan kepada apa-apa sahaja bentuk temu duga sama ada kepada pelajar undang-undang mahupun tidak, namun secara khusus dan terperincinya saya tujukan kepada pelajar Undang-undang yang akan ke UKM pada sessi akan datang. Sebagai seorang penuntut Universiti saya amat percaya, temu duga adalah peluang terbaik kepada anda semua untuk meyakinkan pihak Fakulti dan Universiti akan kemampuan anda untuk bercakap, berfikir secara kritis dan menunjukkan kredibiliti serta karisma anda sebagai pelajar yang sepatutnya diterima masuk ke sesebuah Fakulti.

Kepada pelajar lepasan Asasi, Matrik , STPM, STAM dan Diploma di luar sana yang telah menerima panggilan temu duga kemasukan ke mana-mana Universiti khususnya Fakulti Undang-undang UKM, anda seharusnya bersyukur kerana anda telah pun setapak melangkah ke hadapan untuk diterima masuk ke fakulti idaman anda. Oleh itu, setiap calon perlu untuk menggunakan peluang keemasan ini sehabis mungkin bagi memastikan tempat anda terus tersedia di sini.

Prinsip asas sesebuah temu duga memerlukan anda untuk yakin dan petah bercakap. Anda tidak perlu risau akan bentuk soalan yang akan diajukan kerana tiada suatu format yang khusus namun, apa yang ingin dilihat adalah sejauh mana anda mampu untuk bercakap. Apatah lagi dalam bidang-bidang seperti Undang-undang yang sememangnya memerlukan calon yang berani dan petah untuk bercakap. Soalan lazimnya akan bertanya akan asal usul anda dari segi tempat tinggal, nama, asal, latar pendidikan, dan cita-cita. Walaupun soalan ini agak mudah, namun cara anda menjawab seharusnya menampakkan anda seorang yang berkarisma.

Dalam sesebuah temu duga pastinya mereka inginkan jawapan kenapa anda memilih kursus ini ? Jadi anda perlu bersedia dengan bentuk-bentuk soalan tersebut. Contohnya, kenapa anda memilih untuk belajar undang-undang? Adakah anda benar-benar meminati kursus ini atau anda sebenarnya dipaksa oleh mak dan ayah anda? Apakah matlamat sebenar anda dalam bidang ini ? Apakah sumbangan yang anda boleh lakukan sekiranya anda terpilih untuk belajar dalam bidang ini ? Pada masa hadapan, saingan dalam bidang ini semakin kuat, jadi apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan kerjaya anda tidak tenggelam? Apakah potensi and anda dalam bidang ini yang boleh meyakinkan kami untuk menerima anda? Apakah yang akan anda lakukan terhadap negara bangsa dan agama sekiranya anda menjadi seorang peguam nanti?

Biasanya soalan-soalan begitu adalah untuk menguji tahap persediaan dan kefahaman anda tentang bidang yang ingin anda ceburi. Hal ini kerana, pihak Fakulti pastinya ingin mengambil calon yang benar benar mampu memberi sumbangan kepada Universiti dan Negara pada masa akan datang kerana ia adalah maruah sesebuah fakulti. Selain itu, terdapat beberapa soalan yang perlu untuk anda berhati hati ketika menjawab, misalnya apabila ditanya. Kenapa anda memilih UKM sebagai pilihan kedua? kenapa bukan pilihan pertama? Sekiranya anda diberi peluang untuk memilih UKM dan UM, manakah pilihan yang akan anda buat? Jika UKM kenapa?  Pada waktu begini anda seharusnya bijak dalam menjawab agar ianya tidak menjejaskan kedudukan anda dalam temu duga tersebut. Sekiranya anda benar-benar ingin ke UKM. anda perlu jawab dengan penuh yakin dan tidak ada sebarang keraguan untuk masuk ke sini.

Seterusnya, lazimnya sesebuah temu duga akan bertanya berkenaan isu semasa iaitu berkenaan peristiwa yang melanda negara dalam tempoh setahun kebelakangan ini. Misalnya, pihak yang menemu duga anda akan menanyakan soalan berkenaan isu MH370, isu TPPA, isu GST, isu AUKU, isu SOSMA, isu Hak Bersuara, isu Comango, isu Hak Berhimpun, serta apa-apa isu yang relevan. Soalan ini ditujukan untuk melihat sejauh mana anda mengambil tahu tentang isu-isu semasa dan bagaimanakah corak pemikiran anda sebagai seorang calon yang akan menjadi pelajar undang-undang. Oleh hal yang demikian, nasihat saya kepada calon di luar sana, anda seharusnya bijak dalam menjawab soalan-soalan seperti ini kerana ia melibatkan perspektif politik serta kefahaman yang berbeza antara anda dan pihak yang menemu duga. Oleh itu, kurangkan sentimen politik yang terlalu provokatif serta ambil pendekatan yang rasional dalam menjawab soalan. Anda perlu mengupas isu-isu tersebut dengan pandangan yang paling rasional serta mempunyai alasan yang boleh meyakinkan pihak yang menemu duga anda.

Ada juga sesetengah pembaca blog yang bertanya kepada saya , apakah soalan-soalan yang berbentuk undang-undang akan ditanya? Sebenarnya ia bergantung kepada siapa yang menemu duga anda, kerana tiada suatu format khusus yang pernah dibentangkan. Ada beberapa rakan saya semasa menjalani sessi temu duga dahulu, mereka diberikan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Misalnya anda diberikan suatu situasi dan anda diminta memberi pandangan terhadap situasi tersebut. Contoh, Ahmad membawa kereta pada jam 2 pagi dan lampu jalan raya pada ketika itu berwarna merah. Tiada suatu kenderaan mahupun orang di setiap sudut jalan. Adakah salah sekiranya Ahmad melanggar sahaja lampu merah tersebut? Sekiranya anda Ahmad, apa yang akan anda lakukan? Ini adalah soalan berbentuk critical thinking yang memerlukan anda untuk menjawab dengan penuh berhati hati.

Pada masa yang sama, temu duga ke Fakulti Undang-undang UKM dijalankan secara bertulis. Sebelum anda menjalani temu duga secara lisan, anda akan diberikan soalan bertulis dengan suatu soalan yang berbahasa inggeris. Soalan tersebut bergantung kepada pihak Fakulti kerana tiada suatu format khusus berkenaannya. Namun, anda perlu juga membuat ulangkaji berkenaan undang-undang yang telah anda belajar semasa asasi, dan sekiranya anda pelajar daripada Matrik, STPM, mahupun Diploma, saya cadangkan anda untuk mengambil tahu tentang struktur mahkamah dan perlembagaan negara kita agar ianya dapat juga membantu anda dalam menjawab soalan yang akan diajukan.

Berkenaan dengan bahasa yang digunakan semasa sessi temu duga . Ia sebenarnya bergantung kepada pihak yang menemu duga anda, namun lazimnya kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu akan digunakan untuk menguji tahap kelancaran dan kemampuan anda untuk bercakap. Lazimnya pelajar sering takut untuk bercakap bahasa Inggeris tetapi anda sepatutnya menyahut cabaran ini, kerana walaupun UKM memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan di Universiti ini, namun Fakulti Undang-undang menggunakan kedua dua bahasa dalam sessi pembelajaran dan pengajaran. Malahan dalam peperiksaan juga kedua dua bahasa akan digunakan. Oleh itu, tiada isu Fakulti Undang-undang UKM tidak menggunakan Bahasa Inggeris.

Dari segi etika pemakaian, anda perlulah mematui kod pemakaian pelajar Undang-undang iaitu Formal Hitam Putih berserta tali leher dan blazer sekiranya ada. Jika tidak ada blazer tidak mengapa kerana tidak semua orang mempunyai blazer. Walaubagaimanapun etika yang paling dipentingkan adalah memakai pakaian formal dan kemas ( tidak semestinya black and white ). Untuk perempuan, memadai jika anda memakai baju kurung manakala lelaki pula perlu untuk memakai kemeja. Jangan risau, tunjukkan sahaja segala kebaikan, kelebihan, kecantikan dan kekacakkan anda semua semasa sessi temu duga kerana di sinilah keyakinan diri anda akan diuji.

Pesanan terakhir saya kepada semua calon temu duga, anda perlu ketepikan keputusan CGPA dan MUET anda apabila sudah sampai ke bilik temu duga kerana once u have been selected untuk ke sessi temu duga, anda sudahpun layak dari segi keputusan. Apa yang membezakan anda semua pada ketika itu adalah kredibili dan karisma anda semasa menjalani sessi temu duga. Sekiranya anda benar-benar ingin menjadi pelajar Undang-undang, maka lakukan yang terbaik! InsyaAllah rezeki anda pasti ada di sini . Jangan lupa solat hajat dan berdoa sebelum hari temuduga kerana sebagai orang Islam,  ini adalah amalan yang diajar oleh Agama supaya kita bergantung kepadaNya dalam apa yang kita inginkan di samping berusaha keras. Saya doakan yang terbaik buat semua, semoga kita berjumpa di UKM!


MUHAMMAD NAIM BIN FITAL
FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM



23 comments:

Krishnaaveni Muniandy said...

Very useful

Naim said...

thank you, do share with ur friends :)

Anonymous said...

Thank youuu .

Anonymous said...

Assalamualaikum , tumpang tanya. Kalau perempuan nak pakai baju apa ya ? Baju kurung or kemeja ? Must be black and white kan ?

Naim said...

Wsalam,

Perempuan pakai baju kurung pun sudah memadai. Its not compulsory black and white but it is highly suggested :)

Anonymous said...

it's very useful. thanks! :)

Anonymous said...

it's very useful. thanks! :)

Aqilah Azmi said...

assalamualaikum .. nk tnya.. kalau perempuan pakai baju selain baju kurung seperti kemeja dan sebagainya, adakah itu dibenarkan?

Anonymous said...

Thank you for the tips. Very helpful! Cuma masih nak tanya lagi, Ujian apptitude tu macamana? Ujian personaliti ke?

Terimakasih banyak banyak! :)

Naim said...

Dear Aqilah Azmi,

kemeja macam mana ya? Kalau kemeja mcm baju jalan.. i suggest u dont la..its better to wear baju kurung..or kalau kemeja..must kemeja putih lengan panjang and slack hitam..

Naim said...

Ujian apptitude? sorry, never heard about it.

Anonymous said...

terima kasih! sangat berguna.

youngbarrister said...

Sangat membantu. Terima kasih.

Soalan saya;

1. Pelajar matriks, STPM, asasi dan diploma ada kuota yang tersendiri tak untuk diterima untuk ke Ijazah Undang-Undang UKM? UKM utamakan pelajar dari mana?

2. Di ruangan panduan temuduga, ada dinyatakan Ujian Apptitude. Soalan berbentuk objektif sebanyak 185 soalan. Boleh terangkan mengenai ujian tu?

Naim said...

Dear Young Barrister,

Ujian Apptitud ini sama sahaja seperti IQ test.. 185 soalan objektif akan diberi..

kebiasaannya ujian aptitud untuk mengukur tahap logik IQ dan critical thinking..

semasa saya temuduga dahulu, tiada ujian aptitud.Mungkin ini pendekatan baru yang diperkenalkan oleh pihak Fakulti.



radzi said...

salam. nak tanya, betul ke kalau law kat ukm, muet band 3 tak boleh grad? mesti kena band 4 jugak ke at last?

Naim said...

Radzi,

Tak betul langsung, siapa cakap? kalau MUET Band 3 da boleh grade.

yoya said...

salam nak tanya. kalau saya nak jadi peguam syariah. boleh tak tolong bagitahu saya pathway nak ke sana? UKM ada offer tak program tu? Time sem berapa baru kita tahu, kita layak tak amik syariah?

Nadiya Nerissa said...

Assalam, penemu duga ada yang provocative tak masa interview? Certain interviewers find it fun to mess with the minds of the interviewees.

Nadiya Nerissa said...

Assalam, interviewers ada yang provocative tak?

Naim said...

Wsalam,

Maaf sekarang musim exam. lambat sikit reply

Pasal band 3 tu x betul..kat UKM..masuk Band 3..kuar pun band 3..xde kene amik lagi muet..

Soalan berkenaan soalan provokatif x ada..semua profesional..

TQ

Mohd Muzaffar said...

salam..nk Tanya,kalo nk masuk fac law ukm ni ade amik kira result spm x sbb result spm saya agak hancur tapi result stpm agak bagus ..pointer 3.7 muet band4..mohon penjelasan..tq:)

Mohd Muzaffar said...
This comment has been removed by the author.
dayang syahirah said...

salam, nak tnye result spm die tgok jgk tak dlm kamsukan ijzh law ukm?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...