Monday, August 4, 2014

Boycott McDonald : Sejauh Mana Ia Berkesan dan Praktikal?

 


Idea memboikot McD dan produk israel ini membuka pelbagai ruang diskusi dan perdebatan, some will say its irrelevant and some will say its practical and relevant. People will come out with arguments and back then, it wont give any benefits to us.

Its true, the idea of boycott has become irrelevant. Why? sebab ia telah lama disebut dan dibincangkan baik dalam media sosial atau apa sahaja. Back then, McDonald misalnya tetap kekal bertapak di negara ini dan mempromosikan pelbagai jenis makanan segera yang sedap dan murah. Daya tarikannya terus dipopularkan dengan memperkenalkan Mc Cafe dan menyediakan ruang yang selesa utk para pelajar stay up sampai ke tengah pagi. Maklumlah kedai makan 24 jam air cond pulak tu, ditambah fries yang sangat lazat.

Idea memboikot McD tidak berhasil meskipun ia sering digembar gemburkan di mana-mana sahaja dalam media sosial. Bukan apa, mata kasar ini hanya melihat seketul daging burger, secawan air dan fries sahaja tidaklah berdosa untuk memakannya. Solidariti yang semakin kuat tidak mampu melawan pengembangan McD di Malaysia apabila cawangannya semakin bertambah tambah di seluruh negara.

Jadi benarkah rakyat Malaysia boycott McD? Jika benar, pasti mereka sudah rugi namun, setelah beberapa siri solidariti boycott ini dijalankan, restoran ini semakin galak dibina ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Oleh kerana melihat pembinaanya yang begitu rancak, jiwa mana yang tidak kacau tiba2 sebuah Restoran McD dibuka di kawasan yang dahulunya sebuah kawasan nelayan atau perkampungan . Perlis misalnya adalah antara negeri yang cukup kebal kerana tidak pernah dimasuki oleh entiti McDonald ini, namun pada akhirnya mereka tetap menerima kunjungan mesra McDonald apabila buat pertama kalinya sebuah restoran McD berjaya dibina di Kampung Bakau Perlis sekitar bulan Mei yang lalu dan mula beroperasi dalam bulan Julai 2014!

Pada ketika itu seruan berkumandang di serata negeri utk bersama meraikan cawangan baru produk Israel ini yang cukup mendapat tempat di hati remaja. Pada ketika itu tiada lagi slogan Boycott dan PrayForGaza kerana yang terlintas di kepala "alahh aku makan makanan halal kot"

Begitu juga keadaan yang berlaku di Kampun Limbongan Negeri Melaka! Suatu ketika kawasan ini adalah sebuah kawasan nelayan dan ia dibiarkan sebagai kawasan yang tidak mungkin akan dibangunkan. Namun kini jika datang ke Limbongan, anda akan lihat tersergam indah restoran Mc Donald Limbongan yang baru sahaja bertapak dalam tahun 2014. Jelas, ia semakin membiak dan membesar.

Jadi saya ingin bertanya lagi, benarkan slogan dan hashtag boycott produk Israel di Malaysia benar2 mencapai sasaran atau sebenarnya ia sekadar fenomena yang merancakkan media sosial kononnya kita semua bersimpati terhadap Gaza? Jadi adakah mereka yang tidak memboycott dikatakan tidak mempunyai sumbangan terhadap Gaza?

Jawapannya akan tinggal sebagai perdebatan yang tidak berkesudahan. Bukan saya menolak idea boycott. Saya amat hormat dan menyanjungi hasrat murni semua pihak yang berusaha untuk menghentikan sebarang bentuk pengaliran wang kepada Israel. Biarlah orang kata tak relevant dan tidak praktikal, biarkan kerana mereka yang banyak bercakap itu lagilah tidak menyumbang apa-apa. Sekadar tahu berdebat dan bercakap fakta2 ekonomi yang dikorek dari Mr Google. Setidak tidaknya anda mempunyai prinsip dan usaha tersendiri untuk membantu Gaza.

Cumanya disini, amatlah murni jika Kerajaan Malaysia turut bersama sama dengan kita semua mencari jalan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap produk Israel. Selain misi kemanusiaan dan bantuan kewangan yang dihantar di Gaza, Malaysia juga boleh menjadi negara printis yang menyekat dominasi produk Israel di Malaysia. Benar, sehingga sekarang kalau terbayang fries dan sundae cornetto chocolate, terasa ingin ke McDonal meratahnya. Saya bukan insan yang lantang dalam menyeru idea boycott ini, namun buat masa ini, saya terasa segannya juga nak ke McDonald tatkala isu Palestin semakin rancak berlegar di media sosial.

Jangan lupa semua, hari Jumaat ini adalah hari memboikot McDonald selama 24 jam. Mesej moralnya cuma ingin menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak mati tanpa McD dan kita bersolidariti terhadap kekejaman di bumi Palestin. Meskipun akan ada yang mengatakan idea ini mengarut dan tidak praktikal kerana sehari sahaja boycott, namun bagi saya, setidak tidaknya jika sehari ini seluruh rakyat Malaysia bersolidariti, ia menggambarkan kesedaran dari hati kecil kita yang lemah ini. Kita bukan perlu berperang dan bermandi darah. Sambil boycott McDonal anda masih boleh lagi makan dan minum, sedang di Palestin sana, hendak makan dan minum pun belum tentu.

Selamat bersolidariti ! #Pray4Gaza #Pray4Palestine #GazaUnderAttack



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...