Tuesday, July 29, 2014

Syarat dan Kelayakan Menjadi Tentera Al-Qassam Palestin



Israel sudah mula bertapak di tanah suci anbia Palestin sejak tahun 1948 dan tahun tersebut merupakan era permulaan tanah Palestin dijajah dan rakyat mendapat penindasan secara sedikit demi sedikit. Penduduk Israel merupakan warga keturunan Yahudi yang beraliran Zionist. Ini merupakan salah satu cabang dalam kepercayaan Yahudi yang menyeru bangsanya untuk mempertahankan Tanah Palestin yang didakwa sebagai tempat dan tanah mereka. Aliran pemikiran ini akhirnya membawa kepada peperangan dan penindasan yang berterusan terhadap Palestin yang kini saban hari menanti Syahid bertemu Illahi. 

Hampir berdekad yang lalu Palestin berdiri di belakang Fattah iaitu tentera  utama Palestin yang bercirikan Daulah dan Watan iaitu tentera yang dibina atas rasa cinta pada Negara. Perjuangan Fattah dilihat tidak mampu melawan kekuatan IDF iaitu pasukan Tentera Israel yang dilengkapi alat peperangan yang serba maju kehadapan. Akhirnya cetusan idea seorang Ulama Hamas yang cukup kita kenali iaitu Syeikh Ahmad Yassin telah memperkenalkan saf perjuangan Islam yang dikenal sebagai Hamas. Cetusan idea ini adalah kerana menyedari akan hakikat perjuangan sebenar yang diajar di dalam Islam iaitu semangat perjuangan yang dipupuk dengan Al-quran dan ruhil Islam. Hamas berdiri sebagai gerakan Jihad yang telah berkembang dalam  Palestin dan ia telah mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk bersama sama Hamas. Pasukan Jihad ini akhirnya didirikan dan dikatakan sebagai tulang belakang utama perjuangan membebaskan tanah suci Palestin daripada belenggu penjajahan Israel. Namun benar, Hamas berhadapan dengan saat perjuangan yang begitu getir apabila dilabel sebagai gerakan Terrorist dan pengganas yang akhirnya disebarkan oleh Israel sebagai punca mereka terus menghentam Palestin. Lebih malang, Fattah dan Hamas pula bergaduh sesama sendiri dek kerana gagal mencapai persefahaman. Yang seronoknya adalah Israel laknatullah yang terus bermaharajalela.

Perjuangan Hamas bermula dengan begitu dhaif dan ia terus mendapat penglibatan para ulamak dan professional. Di Palestin, Hamas bermula dengan gerakan tentera bertopeng yang hanya sekadar mampu membaling sebutir batu dan dilaungkan kalimah Allah Akbar. Mereka bermati mati menentang Israel meskipun ketika itu mereka tiada senjata yang mampu melawan Israel. Semangat perjuangan terus ditiup agar masyarakat Islam di sana bersama sama saf Jihad Gerakan Hamas demi mempertahankan Palestine.

Akhirnya pada 1987  Bridged Alqassam ini terbentuk bersempena nama ulama Sheikh Izzuddin Al Qassam yang telah mati dibunuh oleh tentera British pada 1935 dan ia menjadi nadi tentera Islam yang cukup digeruni. Meskipun Palestin dibedil hampir saban hari sejak berpuluh tahun yang lalu, hairan bagaimana boleh terbentuknya sebuah pasukan tentera Islam iaitu Bridged Izzudin Al-qassam yang kini cukup digeruni Israel meskipun kekuatan batalionnya cuma 30000 orang. Bermula dengan sebutir batu dan pengeboman berani mati, kini Al-qassam sudah mampu mencipta roket sendiri yang boleh menyerang dan membunuh ramai tentera Israel. Rentetan berita kejayaan Alqassam amatlah menggembirkan umat Islam di seluruh duni akerana ia petanda bahawa Islam sedang menuju kemenangan. Perjuangan Hamas kini sudah benar-benar memberi cabaran kepada Israel dan ia diakui sendiri oleh Israel apabila mereka menyatakan ini adalah serangan terhebat pernah diberikan oleh AlQassam.  Apakah resepi kekuatan dan kejayaan Al-qassam? Jika anda masih mengingati skuad tentera Sultan Muhammad Al Fatih, maka ia juga adalah resepi yang dipakai dalam semangat perjuangan Alqassam. Mereka disuntik dengan semangat jihad yang tinggi dan mempunyai kekuatan rohani dan jasmani yang begitu kuat.

Bercerita mengenai apakah syarat dan kelayakan untuk menjadi tentera Alqassam , maka berikut adalah ciri-ciri yang dicari sebelum boleh bergelar tentera Al-qassam :

  1. Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
  2. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  4. Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  5. Berdisiplin dan mentaati amir.
  6. Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Ramai anak muda yang ingin menyertai Alqassam namun tidak berkelayakan kerana ia memerlukan pengamalan rohani yang kuat. Kekuatan mereka bukan sahaja dinilai daripada amalan-amalan wajib bahkan mereka perlu menghafal alquran serta sentiasa menjaga amalan sunat. Maka benarlah mereka ini adalah sebaik baik tentera yang akan terus mara seperti singa dalam medan perjuangan. 

Moga Allah berkati perjuangan Jihad ini. #PrayForPalestine #PrayForGaza #PrafForAlqassam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...